KOTA KINABALU: Terdapat dua kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Sawit Lung, Beluran dan Kluster Industri KKIP Selatan, Kota Kinabalu, Tuaran.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Sawit Lung, Beluran melibatkan jangkitan dalam ladang yang disyaki berpunca daripada pematuhan SOP yang lemah.
Katanya, kes indeks adalah lelaki, bukan warganegara, 35, bergejala sejak 12 Julai 2021, sebelum disahkan positif RTK-Ag dengan grading 80 peratus dalam saringan masuk ke ladang pada 14 Julai 2021.
Bagaimanapun, pada hari yang sama, tiga lagi kes positif dengan kaitan epidemiologi di tempat kerja.
Daripada 40 kontak yang disaring, 11 kontak dikesan positif melibatkan rakan sekerja dan ahli keluarga sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes positif bagi kluster ini sebanyak 15 kes.
Manakala, Kluster Industri KKIP Selatan, Kota Kinabalu, Tuaran berlaku di sebuah kilang plastik di kawasan perindustrian Kota Kinabalu.
Kes indeks adalah operator kilang, lelaki, 20, disahkan positif COVID-19 melalui ujian RTK-Ag dengan grading 97% di Family Care Clinic Sepanggar pada 12 Julai 2021, selepas bergejala pada 09 Julai 2021. Kes indeks telah dimasukkan ke PKRC untuk rawatan lanjut.
Daripada 45 sampel dalam kalangan kontak rapat yang diambil di daerah Kota Kinabalu, lapan kes telah dikesan positif termasuk enam kes baharu pada hari ini.
Manakala 32 sampel negatif sementara lima kes masih menunggu keputusan ujian saringan.
Selain itu, empat lagi kes dengan kaitan epidemiologi juga telah didaftarkan di daerah Tuaran, menjadikan jumlah kumulatif bagi kluster ini sebanyak 12 kes.
Dalam perkembangan lain, satu lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu Taman Merpati, Sandakan berkuat kuasa pada 23 Julai 2021 hingga 5 Ogos 2021.
]]>KOTA KINABALU: Sejumlah 370 kes positif baharu COVID-19 direkodkan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 73,506 kes dengan dua kes kematian dilaporkan iaitu masing-masing satu kes di daerah Keningau dan Semporna.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, punca mempengaruhi bilangan kes COVID-19 hari ini adalah bilangan kes positif COVID-19 yang diperolehi melalui saringan berikut 148 kes adalah daripada Saringan Kontak Rapat, 115 kes Saringan Kluster, 21 kes Saringan Bergejala, 36 kes Saringan Bersasar manakala 50 kes adalah daripada Saringan Lain-lain kes.
Katanya, 11 daerah yang mencatatkan peningkatan kes berbanding semalam (14 Julai 2021) iaitu Kota Kinabalu 113 kes, peningkatan (+61) kes, Tawau 55 kes, peningkatan (+23) kes, Kota Belud 23 kes, peningkatan (+19) kes Penampang 29 kes, peningkatan (+15) kes, Kudat 29 kes, peningkatan (+12) kes, Pitas sembilan kes, peningkatan (+8) kes, Putatan 11 kes, peningkatan (+8) kes, Sipitang 23 kes, peningkatan (+6) kes, Telupid dua kes, peningkatan (+2) kes, Kinabatangan empat kes, peningkatan (+1) kes dan Semporna dua kes, peningkatan (+1) kes.
Manakala Satu daerah yang mencatatkan kes baharu sebagaimana semalam (14 Julai 2021) iaitu Kuala Penyu satu kes.
Sementara 10 daerah yang mencatatkan penurunan kes berbanding semalam (14 Julai 2021) iaitu Beaufort 15 kes, penurunan (-19) kes, Lahad Datu sifar (0) kes, penurunan (-12) kes, Papar 11 kes, penurunan (-10) kes Kota Marudu satukes, penurunan (-6) kes, Ranau dua (2) kes, penurunan (-6) kes, Tuaran 10 kes, penurunan (-6) kes, Sandakan 21 kes, penurunan (-4) kes, Keningau sembilan kes, penurunan (-4) kes, Beluran sifar kes, penurunan (-3) kes dan Kalabakan sifar kes, penurunan (-2) kes.
Walau bagamanapun Lapan daerah yang mencatatkan sifar kes pada hari ini iaitu Beluran, Lahad Datu, Kunak, Kalabakan, Tongod, Tenom, Nabawan dan Tambunan.
Dalam pada itu, jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 230 menjadikan jumlah kumulatif 70,413 orang.
Seramai 2,226 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 417 orang di hospital, 1,709 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 100 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.
Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 53 orang dan 12 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).
Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri menasihati orang ramai untuk kekal berada di rumah dan bagi mereka yang bekerja, hadkan pergerakan kerana kebergantungan penurunan kes atau jangkitan baharu adalah sangat dipengaruhi oleh sejauh mana komuniti mematuhi SOP Kendiri dan SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.
]]>KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan jumlah kes baharu COVID-19 pada hari ini sebanyak 239 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 72,850 kes dengan dua kematian dilaporkan iaitu dari Daerah Sandakan.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Jumlah kes positif COVID-19 Sabah pada hari ini ialah 239 kes iaitu penurunan 59 kes berbanding 298 kes semalam (12 Julai 2021).
Katanya, punca mempengaruhi bilangan kes COVID-19 hari ini iaitu 102 kes adalah daripada Saringan Kontak Rapat, 59 kes adalah daripada Saringan Kluster, 34 kes adalah daripada Saringan Bergejala, 26 kes daripada Saringan Bersasar dan 18 kes adalah daripada Saringan Lain-lain kes.
Meskipun jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 241 menjadikan jumlah kumulatif 69,899 orang.
Namun seramai 2,109 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 415 orang di hospital, 1,652 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 42 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.
Manakala bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 55 orang dan 14 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).
“Bilangan jumlah daerah Zon Hijau telah berkurangan kepada dua daerah dan dengan jumlah catatan sebanyak 102 kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.
“Orang ramai digesa untuk kekal berada di rumah dan bagi mereka yang bekerja, hadkan pergerakan kerana kebergantungan penurunan kes atau jangkitan baharu adalah sangat dipengaruhi oleh sejauh mana komuniti mematuhi SOP Kendiri dan SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri,” tegas Masidi lagi.
]]>KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri memutuskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua kawasan iaitu Kampung Tambulion Ulu, Kota Belud dan Kampung Kukut, Beaufort.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata dalam kenyataan media hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati kes telah meningkat dalam tempoh singkat dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di dua lokaliti tersebut.
“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Tambulion Ulu, Kota Belud Kampung Kukut, Beaufort berkuat kuasa 25 Jun sehingga 08 Julai 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan,”kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Negeri.
Sementara itu, satu pelanjutan PKPD di Kampung Likas, Kota Kinabalu yang dijadualkan ditamatkan pada 23 Jun 2021 tetapi KKM mendapati penularan masih berlaku dalam komuniti serta terdapat kes baharu direkodkan di lokaliti tersebut.
Kerajaan Negeri bersetuju melanjutkan PKPD di Kampung Likas, Kota Kinabalu bermula 24 Jun sehingga 07 Julai 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.
“Empat kawasan PKPD ditamatkan iaitu Kampung Batu Layar, Pulau Banggi, Kudat, Taman Wawasan, Beaufort ditamatkan PKPD pada 23 Jun 2021 (11.59 malam) seperti yang dijadualkan, manakala Perumahan Kilang, Ladang Ong Yah Ho, Kinabatangan dan Lorong
Pasir Putih, Taman Pasir Putih Fasa 1, Putatan ditamatkan pada 24 Jun 2021 (11.59 malam) seperti yang dijadualkan selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.
“KKM juga mendapati trend kes menurun dan kluster adalah terkawal di empat kawasan PKPD tersebut manakala semua kes positif telah menerima rawatan,”katanya.
]]>KOTA KINABALU: Dua kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ditamatkan esok 17 Jun 2021 iaitu Mukim Pekan, Kunak dan Sekolah Menengah Ugama Pantai Manis, Papar.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata dalam kenyataan medianya hari ini, Penamatan dua kawasan PKPD tersebut adalah berdasarkan penurunan kes jangkitan Covid-19 di kawasan itu.
Masidi yang juga Jurucakap Rasmi Covid-19 Sabah berkata, kerajaan akan melaksanakan lima lagi PKPD termasuklah Kampung Bukit Gemuk, Tawau, Perumahan Etara, Jalan Agaseh, Lahad Datu, Kampung Tanjung Batu Keramat, Tawau, manakala dua lokaliti di Kudat iaitu Kampung Landung Ayang dan Taman Lavender.
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan ke semua kawasan tersebut terdapat peningkatan kes positif Covid-19, kini KKM sedang giat menjalankan siasatan dan pemantauan supaya kes jangkitan tidak menular,” katanya.
Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lima kawasan tersebut berkuatkuasa 18 Jun 2021 sehingga 1 Julai 2021.
Dalam hal yang berkaitan terdapat satu kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Kionsom Kecil, Kota Kinabalu melibatkan penularan jangkitan dalam komuniti yang berkemungkinan berpunca daripada sambutan Hari Kaamatan pada 31 Mei 2021.
Kata Masidi, kluster ini mula dikesan melalui saringan bergejala di JMC Kota Kinabalu pada 09 Jun 2021.
Kes indeks merupakan pekerja lelaki, 31, di Jijiko Engineering Sdn Bhd Inanam dan telah dimasukkan ke PKRC untuk rawatan lanjut dan isolasi, selepas disahkan positif RT-PCR.
]]>13 Jun 2021
KOTA KINABALU: Tiga kluster baharu direkodkan hari ini, iaitu Kluster EIOZ Selatan, Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang, Kluster Jalan Agaseh, Lahad Datu, Kluster Kg. Kebayu, Kota Belud, Keningau dan Kluster Jalan Agaseh, Lahad Datu.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata dalam kenyataan medianya hari ini, daripada tiga kluster tersebut, dua Kluster EIOZ Selatan, Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang dan Kluster Jalan Agaseh, Lahad Datu berpunca dari tempat kerja manakala Kluster Kg. Kebayu, Kota Belud, berpunca daripada upacara pengebumian.
Masidi yang juga Jururcakap Rasmi Covid-19 Negeri menjelaskan, Kluster Eioz Selatan, Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang merupakan penularan jangkitan di tempat kerja melibatkan kakitangan Servay Express Warehouse di KKIP Selatan Kota Kinabalu.
Kebanyakan kes positif terdiri daripada
pekerja dari daerah Kota Kinabalu,
Penampang dan Tuaran, malah telah merebak kepada generasi kedua iaitu ahli keluarga kepada kakitangan di gudang terbabit.
Kes indeks adalah pekerja am, lelaki, 23, tinggal di Taman Sri Rugading Tuaran disahkan positif COVID-19 pada 03 Jun 2021, setelah mengalami gejala sejak 31 Mei 2021 di Hospital Tuaran.
Dalam pada itu, Kluster Kg Kebayau, Kota Belud, Keningau berkaitan rapat dengan majlis pengebumian di Kg Kebayau pada 26 Mei 2021.
Kes indeks merupakan tukang bina rumah, lelaki, 26, bergejala demam, batuk, sakit tekak serta hilang deria bau dan rasa sejak 30 Mei 2021, sebelum disahkan positif COVID-19 pada
03 Jun 2021.
Manakala Kluster Jalan Agaseh, Lahad Datu membabitkan penularan jangkitan di tempat kerja iaitu sebuah syarikat kejuruteraan elektrik.
Kes indeks adalah warganegara, wanita, 64, yang dikesan positif COVID-19 pada 09 Jun 2021 hasil saringan bergejala di Klinik Kesihatan Lahad Datu.
“Oleh yang demikian, aktiviti pengesanan kontak dan siasatan punca jangkitan ketiga-tiga kluster sedang giat dijalankan,” tambah Masidi.
]]>