2022 – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 08 Apr 2022 09:21:49 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png 2022 – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 LPKP Setuju Naikkan Kadar Tambang Khas Bas Ekspress Sepanjang Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2022 https://sabahmedia.com/2022/04/08/lpkp-setuju-naikkan-kadar-tambang-khas-bas-ekspress-sepanjang-musim-perayaan-hari-raya-aidilfitri-2022/ https://sabahmedia.com/2022/04/08/lpkp-setuju-naikkan-kadar-tambang-khas-bas-ekspress-sepanjang-musim-perayaan-hari-raya-aidilfitri-2022/#respond Fri, 08 Apr 2022 08:45:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14060
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Selaras dengan keputusan Jemaah Menteri yang meluluskan kenaikan kadar tambang 10% daripada kadar tambang asal perkhidmatan Bas Ekspres, Mesyuarat Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah bersetuju untuk menaikkan kadar tambang khas sebanyak 14.3 sen (RM0.143) bagi setiap kilometer sepanjang tempoh dari 29 April 2022 hingga 8 Mei 2022 berbanding 13 sen bagi setiap kilometer sebelumnya.

Pengerusi LPKP Sabah, Dato’ Chin Kim Hiung berkata, LPKP Sabah juga mengambil maklum akan keperluan bas tambahan bagi menampung keperluan pengguna di sepanjang musim perayaan Aidilfitri yang dijangka akan meningkat disebabkan oleh kelonggaran SOP COVID-19 oleh kerajaan.

“Mesyuarat Lembaga LPKP Sabah juga bersetuju untuk membuka permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2022 bagi mana-mana syarikat pengendali Bas Ekpres yang layak untuk memohon bagi menampung keperluan ini,” katanya semasa mempengerusikan mesyuarat LPKP di sini , hari ini.

Tarikh permohonan LPS akan dibuka bermula 11 hingga 22 April 2022 dan borang boleh didapati di Ibu Pejabat LPKP Sabah, Kota Kinabau, LPKP Sabah Cawangan Tawau dan LPKP Sabah Cawangan Sandakan manakala tempoh sah laku LPS yang telah diluluskan adalah dari 29 April 2022 hingga 8 Mei 2022.

“Saya percaya keputusan ini akan mendapat pelbagai maklum balas dari pihak yang terkesan. Namun demikian saya percaya keputusan ini adalah keputusan menang-menang bagi memastikan kebajikan semua pihak terjaga selaras dengan konsep Keluarga Malaysia.

“Saya juga berharap agar semua pihak yang terlibat akan terus menjaga dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan agar kita semua dapat membendung penularan COVID-19,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/08/lpkp-setuju-naikkan-kadar-tambang-khas-bas-ekspress-sepanjang-musim-perayaan-hari-raya-aidilfitri-2022/feed/ 0 14060
Johan Bahas Guru Piala Pusingan YGMB Peringkat Kebangsaan 2022 Milik Sabah https://sabahmedia.com/2022/04/01/johan-bahas-guru-kebangsaan-milik-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/04/01/johan-bahas-guru-kebangsaan-milik-sabah/#respond Fri, 01 Apr 2022 11:36:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13766
Read Time:1 Minute, 23 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Johan Pertandingan Bahas Guru Piala Pusingan Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) Peringkat Kebangsaan 2022 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sah menjadi milik pasukan Sabah selepas menewaskan pasukan Kelantan di peringkat akhir perbahasan.

Jurulatih Pasukan Bahas Sabah Dexter Silam berkata, selepas 18 tahun, sirih pun pulang ke gagang, Johan Bahas Guru Kebangsaan sah menjadi milik Sabah.

“Alhamdulillah atas rezeki yang Allah berikan buat pasukan Bahas Guru Sabah. Kita hanya berusaha, mengangkat doa dan selebihnya berserah pada yang Maha Esa,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Pertandingan Bahas Guru yang berlangsung selama tiga hari pada 27 hingga 29 Mac baru-baru ini di Terengganu menyaksikan pasukan Sabah memenangi pusingan separuh akhir menentang pasukan Selangor dengan membahaskan usul, Arus Kecil di Aliran Perdana, Ibarat Abu di Atas Tunggul.

Katanya, kemenangan ini membawa pasukan Sabah ke peringkat akhir menentang pasukan Kelantan dengan membahaskan usul, Generasi Alfa Umpama Tikus Jatuh ke Beras.

Pasukan Sabah membawa watak sebagai Kerajaan memenangi keseluruhan pertandingan sekali gus menjadi juara dalam pertandingan itu.

Manakala kategori Pembahas Terbaik dinobatkan kepada pembahas Kamarudin Ismail juga daripada pasukan Sabah.

Dalam pada itu, naib johan dimiliki oleh Kelantan, diikuti Selangor tempat ketiga dan Putrajaya tempat keempat.

Barisan Pembahas Sabah diwakili oleh Cikgu Mohd Redzwan Abd Majid (SK Kg. Suan Lamba, Kinabatangan), Cikgu Inra Darmensa (Kolej Vokasional Beaufort), Cikgu Kamarudin Ismail (SMK Desa Kencana, Lahad Datu), Cikgu Abd Wahab Abd Hamid (Sekolah Agama Suria, Tuaran) dan Cikgu Avralinetine Epin (SK Pekan Pitas II).

Turut mengiringi pasukan Bahas Guru Sabah iaitu dua orang jurulatih, Jamilah Ahmad (SK Bahagia, Tawau) dan Dexter Silam (IAB Cawangan Sabah) serta Pengurus Pasukan Awang Jaya Awang Damit dari Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPN Sabah).

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/01/johan-bahas-guru-kebangsaan-milik-sabah/feed/ 0 13766
Bajet 2022 : Kerajaan Fokus Kesejahteraan Rakyat & Santuni Golongan Memerlukan https://sabahmedia.com/2021/12/03/bajet-2022-kerajaan-fokus-kesejahteraan-rakyat-santuni-golongan-memerlukan/ https://sabahmedia.com/2021/12/03/bajet-2022-kerajaan-fokus-kesejahteraan-rakyat-santuni-golongan-memerlukan/#respond Fri, 03 Dec 2021 14:05:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9267
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU : Sejumlah RM134.12 juta diperuntukkan kepada Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) pada Belanjawan Sabah 2022.

Peruntukan perbelanjaan itu adalah untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyantuni golongan yang memerlukan.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, institusi keluarga adalah tonggak kepada keharmonian dan kesejahteraan masyarakat.

“Sehubungan itu, Kerajaan akan terus menekankan agenda untuk membangun dan memantapkan institusi keluarga menerusi pelaksanaan Program Kekeluargaan dan Program Kepenggunaan dengan peruntukan sebanyak RM1.08 juta.

“Program Pencegahan Dadah bersama PEMADAM akan diteruskan dengan peruntukan RM550 ribu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam pembentangan Belanjawan Sabah 2022 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Hajiji berkata, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am turut memperuntukkan sebanyak RM105.11 juta di bawah perbelanjaan perbekalan dan pembangunan pada tahun 2022.

Katanya, peruntukan ini termasuk RM60 juta bagi pemberian bantuan kebajikan kepada Orang Kelainan Upaya (OKU), warga emas dan ibu tunggal.

“Di samping itu, usaha akan diteruskan untuk meningkatkan kemudahan kepada OKU seperti pembinaan bangunan Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya (TDKKU) Sandakan dan bangunan TDKKU Mini di Daerah Kecil Sook dengan siling peruntukan di bawah RMKe-12 sebanyak RM58.19 juta.

“Pada masa yang sama, Yayasan Kebajikan Sabah telah mula beroperasi untuk membantu meningkatkan sistem penyampaian agenda kebajikan yang dihasratkan oleh Kerajaan melalui kerjasama dan sumbangan sektor korporat, NGO dan orang persendirian,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/03/bajet-2022-kerajaan-fokus-kesejahteraan-rakyat-santuni-golongan-memerlukan/feed/ 0 9267