2025 – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 08 Feb 2025 06:55:34 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png 2025 – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lampoopalooza 2025 gegar Kota Kinabalu, Dabra Sia pukau pengunjung https://sabahmedia.com/2025/02/08/lampoopalooza-2025-gegar-kota-kinabalu-dabra-sia-pukau-pengunjung/ https://sabahmedia.com/2025/02/08/lampoopalooza-2025-gegar-kota-kinabalu-dabra-sia-pukau-pengunjung/#respond Sat, 08 Feb 2025 06:55:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68227
Read Time:1 Minute, 20 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Festival Lampoopalooza, kembali menggegarkan perkarangan bangunan bersejarah Sabah Tourism Board (STB) di Jalan Gaya, menarik kehadiran 3,000 pengunjung tempatan serta pelancong antarabangsa.

Persembahan bertenaga barisan artis berbakat, termasuk bintang Sabahan Dabra Sia, memukau pengunjung sepanjang malam.

Dabra Sia

Dabra membuka persembahannya dengan penuh bertenaga menerusi lagu hits ‘APT’, nyanyian asal Rose Blackpink dan Bruno Mars, yang dibawakan dengan gaya tersendiri.

Kejutan berterusan apabila Dabra mengalunkan lagu berbahasa Cina, ‘Divorce in Ghana’ oleh Firdhaus Tarmizi, memperlihatkan kepelbagaian bakatnya dan membuai emosi penonton dengan penghayatan yang mendalam.

Kemuncak persembahan Dabra adalah mashup ‘Senyuman Sabahan’ dan ‘Hanya di Sabah’, dua lagu yang cukup dekat di hati rakyat negeri ini, membuatkan ramai pengunjung turut menyanyi bersama dalam suasana meriah.

Selain Dabra, acara ini turut digamatkan dengan persembahan hebat daripada Tuni Sundatang, Isobahtos, DJ Yohan, dan Maasmona yang masing-masing membawa aura tersendiri ke pentas.

Dihoskan oleh Boy Vanz dan Ojoe, Lampoopalooza 2025 sekali lagi membuktikan keistimewaannya sebagai festival yang menyatukan muzik, cahaya, dan kreativiti.

Menariknya, edisi kali ini menekankan konsep inklusiviti, apabila STB bekerjasama dengan Persatuan Orang Pekak Sabah Kota Kinabalu bagi memastikan festival ini dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

Festival ini turut disertai oleh pelajar Politeknik Kota Kinabalu, yang menjual makanan dan minuman sepanjang acara berlangsung.

Mereka merupakan peserta Program Sijil Khas Operasi Katering, iaitu program khas yang memberikan peluang kepada pelajar pekak dan kurang pendengaran untuk membina kerjaya dalam bidang operasi katering.

Sejak diperkenalkan, Lampoopalooza telah memainkan peranan penting dalam menghidupkan kembali Jalan Gaya dan festival ini sekali lagi membuktikan bahawa muzik dan seni adalah medium penyatuan yang tiada batasan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/08/lampoopalooza-2025-gegar-kota-kinabalu-dabra-sia-pukau-pengunjung/feed/ 0 68227
Sabah Komited Memperluaskan TPA 30 Peratus Di Bawah Inisiatif HoB Menjelang 2025 https://sabahmedia.com/2021/11/09/sabah-komited-memperluaskan-tpa-30-peratus-di-bawah-inisiatif-hob-menjelang-2025/ https://sabahmedia.com/2021/11/09/sabah-komited-memperluaskan-tpa-30-peratus-di-bawah-inisiatif-hob-menjelang-2025/#respond Tue, 09 Nov 2021 07:38:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8284
Read Time:3 Minute, 31 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan memperluaskan jumlah Kawasan Dilindungi Sepenuhnya (TPA) di bawah inisiatif Heart of Borneo (HoB) yang meliputi 30 peratus keluasan negeri ini menjelang tahun 2025.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pada masa ini lebih 26 peratus keluasan tanah negeri ini atau 1.9 juta hektar sudah diwartakan sebagai TPA di bawah inisiatif HoB.

Katanya, Sabah telah mencapai kemajuan yang membanggakan dalam pemuliharaan hutan sejak penubuhan Inisiatif HoB 14 tahun lalu, bahawa 75 peratus daripada 1.9 juta hektar TPA terletak dalam sempadan Malaysia di Borneo.

“Sasaran pengembangan TPA adalah sejajar dengan pelan pembangunan lima tahun Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2021– 2025 yang mana Inisiatif HoB termasuk dalam Jaringan Infrastruktur dan Kelestarian Hijau.

“Berdasarkan usaha bersepadu yang kami lakukan, Sabah telah mengekalkan sebanyak 50 peratus daripada keluasan negeri ini di bawah perlindungan hutan dan kita telah meningkatkan kawasan litupan hutan kepada 65 peratus yang mana 52 peratus daripadanya diwartakan sebagai Hutan Simpan, Taman dan Kawasan Konservasi Hidupan Liar. Projek HoB telah memulihkan 2,000 hektar hutan simpan,” katanya.

Ketika merasmikan persidangan antarabangsa HoB yang pertama secara maya hari ini, “Inisiatif HoB – Melangkah ke Hadapan dalam Norma Baharu,” Hajiji berkata Sabah juga menjadi negeri pertama di negara ini yang melancarkan Peraturan Amalan Baik (Good Regulatory Practice), yakni mencontohi langkah yang diperkenalkan Kerajaan Persekutuan.

Sehubungan itu, Hajiji berkata, Sabah akan melaksanakan Pengurusan Landskap Bersepadu HoB di bawah ‘Global Environment Facility-funded, Food Systems, Land Use and Restoration Impact Programme (FOLURIP), satu projek yang memfokuskan kepada pengurusan pembangunan tanah dan alam sekitar.

“Projek enam tahun ini membabitkan sebanyak 1.6 juta hektar dalam landskap HoB, dengan kos RM30.3 juta atau (USD7.3 million) akan dibiayai oleh Global Environment Facility (GEF), di bawah Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP).

“Sabah juga akan terlibat dalam satu lagi program yang dibiayai UNDP iaitu projek BIOFIN berkaitan Pemuliharaan Kewangan di negeri ini,” katanya.

Menurut Hajiji, Sabah telah menjalinkan kerjasama dengan pelbagai rakan kongsi, melaksanakan 79 Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) beberapa tahun lalu.

“Hari ini, kita akan menambah sebanyak lapan lagi MoU dalam senarai itu.

“Sejak 2009 Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan sebanyak RM47 juta untuk Inisiatif HoB dan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) Kerajaan Persekutuan telah menjanjikan tambahan RM13 juta.

“Manakala, sejak tahun 2007, sebanyak 22 pos lapangan telah diwujudkan untuk meningkatkan penguatkuasaan di dalam hutan simpan Sabah.

“Justeru itu, Jabatan Perhutanan Sabah telah menubuhkan pasukan taktikal elit dikenali sebagai
PROTECT iaitu skuad khas anti pemburuan haram untuk membantu penguatkuasaan logistik dan pasukan itu bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Operasi Khazanah, bagi memeriksa isu berkaitan pencerobohan hutan,” jelasnya.

“Dalam pada itu, bagi mengukuhkan lagi penguatkuasaan, kita telah melibatkan masyarakat setempat untuk berkhidmat sebagai Renjer Hutan Kehormat, dan kita juga mempunyai 112 renjer daripada 700 penduduk kampung,” tambahnya.

Pada masa sama, Hajiji turut meyatakan Sabah telah menganjurkan 42 ekspedisi saintifik dalam sempadan HoB termasuk 1,800 pelajar tempatan dari 34 sekolah terlibat dalam program kesedaran HoB.

Beliau berkata ekspedisi penyelidikan ini telah menghasilkan beberapa penemuan saintifik utama, antaranya, pokok hutan hujan tertinggi di dunia di Kawasan Pemuliharaan Lembah Danum, Lahad Datu, dan penemuan Langur Hose endemik Borneo yang jarang ditemui di Maligan, Sipitang.

“Hasil daripada ekspedisi itu akan menjadi panduan kepada Kerajaan Negeri dalam merangka Rancangan Pemuliharaan khususnya di kawasan Nilai Konservasi Tinggi,” katanya.

Hajiji berkata, sama seperti pelaksanaan Majlis Tindakan Perubahan Iklim Malaysia (MyCAC) di peringkat Persekutuan untuk melihat isu perubahan iklim, Sabah juga akan mempunyai platform CAC sendiri untuk membincangkan dasar dan tindakan perubahan iklim, memacu pertumbuhan ekonomi hijau, memangkin kehijauan, teknologi dan pertumbuhan rendah karbon.

“Sabah akan menjalankan perdagangan karbon dengan berhati-hati supaya aktiviti seperti itu tidak menjejaskan komitmen pelepasan gas rumah hijau (GHG) negara,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata persidangan tahun ini akan membantu kerajaan mengumpul sumber bagi merangka Pelan Tindakan Strategik (SPA) ketiga bagi inisiatif itu.

SPA, pertama kali disediakan pada 2013 dan akan siap menjelang 2022. Beliau juga gembira melihat usaha berterusan dalam penyelidikan oleh saintis dan penulis di HoB yang telah menghasilkan beberapa penerbitan seperti yang dibuktikan dengan penerbitan dua buku baharu oleh Markus Gubilil bertajuk “A Checklist of Trees of Sabah – new edition” and “Panduan Bergambar Likofit dan Paku Pakis di Sabah”.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/09/sabah-komited-memperluaskan-tpa-30-peratus-di-bawah-inisiatif-hob-menjelang-2025/feed/ 0 8284