21 remaja – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 22 Nov 2024 13:15:40 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png 21 remaja – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 21 remaja ditahan bantu siasatan kes gaduh di gelanggang futsal https://sabahmedia.com/2024/11/22/21-remaja-ditahan-bantu-siasatan-kes-gaduh-di-gelanggang-futsal/ https://sabahmedia.com/2024/11/22/21-remaja-ditahan-bantu-siasatan-kes-gaduh-di-gelanggang-futsal/#respond Fri, 22 Nov 2024 13:15:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64226
Read Time:38 Second

KOTA KINABALU: Polis menahan 21 remaja bagi membantu siasatan berhubung kejadian pergaduhan di gelanggang futsal berhampiran sebuah sekolah menengah di Kota Kinabalu baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Superintendan Kasim Muda berkata, kesemua daripada mereka adalah pelajar sekolah membabitkan pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima.

“Kesemua mereka yang di bawah umur ditahan pada khamis dan dibebaskan dengan jaminan polis,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Kasim, kejadian ini berpunca daripada salah faham berkaitan dengan perselisihan faham yang berlaku sebelum ini.

“Mangsa telah dipukul beramai-ramai, dan mengalami sakit pada beberapa bahagian badan dan telah hantar ke hospital untuk pemeriksaan” katanya.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

“Setakat ini tindakan lanjut masih dijalankan untuk melengkapkan kertas siasatan,” jelasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/22/21-remaja-ditahan-bantu-siasatan-kes-gaduh-di-gelanggang-futsal/feed/ 0 64226