15 Jun 2021
KOTA KINABALU: Pengurusan masjid di negara ini disarankan bertindak lebih proaktif membantu masyarakat yang amat terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sehingga hujung bulan ini.
Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ( YADIM ) Negeri Sabah Hj Samin Hj Ongki berkata dalam kenyataan medianya hari ini (15 Jun), masjid adalah satu sumber kekuatan umat yang belum digembeling sepenuhnya.
“Memang benar kerajaan melalui jabatan atau agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pusat Zakat, agensi-agensi agama serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) telah memainkan peranan tetapi ia belum mencukupi memandangkan bilangan yang terjejas sangat besar dan tempoh pandemik ini mengancam negara sudah kebih setahun lamanya.
“Pengurusan masjid terutama masjid-masjid besar dan mempunyai kedudukan kewangan yang baik sekurang-kurangnya boleh menyalurkan bantuan bakul makanan kepada ahli kariah terjejas.
“Inilah masanya database ahli kariah sangat perlu ada di fail masjid”, katanya.
Sasaran keutamaan bantuan adalah kepada asnaf, pesakit kronik, ibu tunggal miskin, anak yatim, Orang KUrang Upaya (OKU) dan mereka yang kehilangan pekerjaan atau pendapatan tetap.
Samin berpandangan, banyak masjid telah cemerlang dari sudut peranannya sebagai Pusat Ibadah dan ilmu atau dakwah tapi belum banyak yang cemerlang dari sudut kebajikan komuniti.
Jesteru itu, dengan mewujudkan Food Bank atau Tabung Makanan ia menjadi pemudahcara kepada ahli kariah yang berkemampuan menyalur sumbangan kepada ahli kariah yang kurang mampu apalagi yang sangat terjejas berikutan PKP 3.0 antara yang boleh dilaksanakan oleh Jawatankuasa Masjid.
Masjid juga boleh bekerjasama dengan tokoh-tokoh koporat, syarikat, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) untuk melaksanakan penyaluran sumbangan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Inilah masa terbaik masjid membalas jasa para penginfaq yang selama ini menderma hingga ada masjid mampu menyimpan ratusan ribu bahkan jutaan ringgit dalam akaun masjid,”tambahnya.
Samin turut mencadangkan Masjid besar dan berkemampuan membantu masjid-masjid kecil di kampung-kampung yang kurang mampu melaksanakan program-program Kebajikan dan kemasyarakatan.
Samin optimis jika peranan institusi Masjid diperkasakan, kebergantungan kepada dana kerajaan yang semakin terhad berikutan pandemik Covid-19 dapat dikurangkan dan masjid berupaya melengkapi usaha murni kerajaan serta NGO selama ini.

Dalam perkembangan lain, pihak Ahli Jawatankuasa Masjid Puncak Taqwa (MPT) Pekan Kinarut telah menyerahkan sumbangan barangan keperluan kepada ahli persatuan Sabah Buskers Community yang disampaikan oleh Pengerusi MPT Prof madya Dr Awang Setia Musleh.
Wakil menerima sumbangan tersebut iaitu Presiden Sabah Buskers Community, Cyrill Aloysius, yang mana ahli persatuan ini juga antara yang terjejas pendapatannya berikutan pandemik covid-19 ini.
]]>BELURAN: Pekebun Kecil Sawit Sabah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan negeri diatas pemberian bantuan kewangan BANTUAN SABAH PRIHATIN 3.0 untuk para pekebun kecil sawit negeri Sabah.
Pengerusi Konsortium Koperasi Penanam Sawit Mampan Berhad Negeri Sabah; James Tan berkata, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Mohd Noor sangat prihatin dalam menjaga kebajikan semua pekebun kecil kelapa sawit di seluruh negeri ini.
“Bantuan ini tepat pada masanya sejajar desakan dan kekangan pandemik COVID-19 ketika ini. Lebih 30,000 pekebun kecil dijangka akan mendapat manfaat menerusi bantuan ini”.
“Sudah tentu kami amat bersyukur diatas bantuan ini, sekurang-kurangnya kami dapat membeli satu tong 20 liter racun rumpai yang mana harga racun sekarang ini telah meningkat” jelas James.
Beliau berkata, pekebun kecil sememangnya telah memainkan peranan yang sangat penting dalam menyediakan makanan dan bahan keperluan seperti minyak masak yang berasaskan kelapa sawit, yang mana menjadi keperluan harian setiap isi rumah.
Menurutnya, pekebun kecil amat berbesar hati dan gembira dengan pengumuman bantuan kewangan yang disediakan itu, memandangkan ia dapat memenuhi beberapa keperluan para pekebun kecil.
“Sebelum ini Ketua Menteri telah menyediakan bantuan 1.0 dan 2.0, dan ini merupakan kali ketiga kerajaan negeri terus-menerus membantu para petani,” tambah James lagi.
Dalam pada itu, ahli-ahli koperasi penanam sawit juga merakamkan penghargaan kepada Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr. Jeffrey Kitingan diatas inisiatif menyediakan bantuan kepada semua petani, penternak dan juga nelayan.
“Bagi pihak semua, saya ingin merakamkan ucapan khas terima kasih kepada Datuk Seri Hajiji dan Datuk Dr. Jeffrey diatas usaha gigih mereka dalam memajukan ekonomi dan membantu rakyat menjana pendapatan melalui sektor pertanian dan perikanan,” kata James.
]]>