3 – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 29 Jul 2021 12:41:12 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png 3 – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 COVID-19: Penularan jangkitan dalam komuniti dan tempat kerja cetus 3 kluster baharu di Tawau https://sabahmedia.com/2021/07/29/covid-19-penularan-jangkitan-dalam-komuniti-dan-tempat-kerja-cetus-3-kluster-baharu-di-tawau/ https://sabahmedia.com/2021/07/29/covid-19-penularan-jangkitan-dalam-komuniti-dan-tempat-kerja-cetus-3-kluster-baharu-di-tawau/#respond Thu, 29 Jul 2021 12:41:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3770
Read Time:1 Minute, 53 Second

KOTA KINABALU: Selepas Keningau, tiga lagi kluster baharu membabitkan penularan jangkitan COVID-19 di dalam kalangan komuniti dan tempat kerja direkodkan di daerah Tawau hari ini iaitu Kluster Batu Keramat, Kluster Unipark dan Kluster Lahat-Lahat.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, tiga kluster direkodkan di daerah Tawau iaitu Kluster Batu Keramat yang dikategorikan sebagai kluster komuniti menular ekoran sambutan Aidiladha.

“Kes indeks adalah lelaki, 77, disahkan positif COVID-19 hasil saringan bergejala di Hospital Tawau pada 24 Julai 2021,” kata Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri dalam kenyataan media hari ini.

Katanya, saringan kontak rapat kemudiannya mengesan lima lagi kes positif dalam kalangan ahli keluarga.

Kes hasil saringan pengiring yang disahkan positif pada 26 Julai 2021 di Hospital Tawau mempunyai kaitan epidemiologi (epid link) dengan kes indeks.

Siasatan awal mendapati kes indeks dan keluarga telah berkumpul di Kg Tg Batu Keramat pada 20 Julai 2021 bagi menyambut perayaan aidiladha.

Setakat hari ini, seramai 25 kontak telah disaring dan 18 daripadanya didapati positif termasuk 10 kes baharu, manakala dua sampel lagi negatifdan lima sampel masih menunggu keputusan.

Manakala Kluster Unipark mula dikesan melalui saringan bergejala terhadap wanita, 39, di sebuah hospital swasta pada 19 Julai 2021.

Kes indeks yang juga Pengurus Cawangan Globinaco di Taman Unipark ini disahkan positif COVID-19 dengan keputusan RTK-Ag grading 100%. Saringan yang dijalankan ke atas 54 kontak mengesan 18 kes positif termasuk satu kes baharu hari ini.

Sementara itu Kluster Lahat-Lahat dipercayai menular dalam komuniti berikutan kenduri tahlil pada 19 Julai 2021 di Kg Lahat-Lahat.

Kes indeks adalah lelaki, 31, pembantu kedai makan di Selangor dan pulang ke Tawau pada 13 Julai 2021.

Menurut Masidi, Kes indeks yang dikuarantin di rumah di Kg Lahat-Lahat, Pulau Sebatik disahkan positif pada sampel hari ke-10 kemasukan dari luar Negeri Sabah melalui saringan Pintu Masuk Antarabangsa (Lapangan Terbang Tawau) dengan keputusan RT- PCR positif (CT value 24) di Klinik Kesihatan Tawau.

Setakat hari ini, 50 kontak telah disaring dan mengesan 20 kes positif termasuk satu kes baharu. Sementara itu, dua kontak didapati negatif manakala 28 lagi masih menunggu keputusan sampel kedua.

“Aktiviti pengesanan kontak masih dijalankan kerana kehadiran tetamu tidak direkodkan, malah jiran yang disaring mempunyai gejala dan berkait dengan kenduri tersebut,” jelasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/29/covid-19-penularan-jangkitan-dalam-komuniti-dan-tempat-kerja-cetus-3-kluster-baharu-di-tawau/feed/ 0 3770
APMM berjaya menahan 5 PATI, 3 daripadanya positif COVID-19 https://sabahmedia.com/2021/07/28/apmm-berjaya-menahan-5-pati-3-daripadanya-positif-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/07/28/apmm-berjaya-menahan-5-pati-3-daripadanya-positif-covid-19/#respond Wed, 28 Jul 2021 09:36:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3689
Read Time:1 Minute, 43 Second

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Tawau berjaya menahan sebuah bot penumpang membawa lima Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di kedudukan dua batu nautika barat daya Tanjung Batu, dekat sini sekitar jam 11.45 malam, semalam.

Pengarah Zon Maritim Tawau Kepten Maritim Siva Kumar a/l Vengadasalam berkata, kesemua lima orang tahanan didapati tiga daripada PATI tersebut positif COVID-19 hasil ujian saringan pengesanan awal (RTK) dan mereka telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya.

Menurut Siva, tangkapan ini berikutan hasil maklumat risikan mengenai terdapatnya bot penumpang tempatan yang menjalankan aktiviti membawa masuk PATI secara haram melalui perairan Tawau.

“Pemantauan melalui Ops Cegah PATI Selatan COVID-19 oleh bot ronda Maritim Malaysia telah mengesan bot penumpang berpendaftaran tempatan itu bergerak dari arah sempadan perairan Indonesia – Malaysia menuju ke perairan Tawau dalam situasi mencurigakan.

“Berikutan itu bot ronda Maritim menuju ke arah bot tersebut untuk melakukan pintasan dan juragan bot telah bertindak agresif dengan memecut laju hingga hilang kawalan dan terbalik.

“bagaimanapun juragan serta lima penumpang di dalam bot tersebut berjaya diselamatkan dan diberkas anggota Maritim Malaysia,” katanya.

Siasatan awal mendapati juragan bot, lelaki warga tempatan berusia 17 tahun manakala lima penumpang terdiri dari dua lelaki dan tiga wanita merupakan warga Indonesia berumur diantara 15 hingga 58 tahun.

Namun, kesemua penumpang gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri dan memberi alasan insiden bot terbalik menyebabkan kesemua dokumen jatuh ke laut.

Juragan serta kesemua penumpang telah ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 atas cubaan memasuki negara ini melalui laluan laut yang tidak diwartakan.

Kesemua mereka ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau untuk pemeriksaan dan siasatan lanjut.

“Maritim Malaysia akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab dengan cubaan membawa masuk warga asing ke negara ini,” tambah Siva.

Kerjasama dengan agensi-agensi lain akan terus diperkukuhkan dalam memastikan undang-undang negara dipatuhi sepenuhnya.

Siva juga menyeru kepada orang ramai supaya salurkan sebarang salah laku jenayah yang berlaku di sekitar perairan Tawau ke talian Pusat Operasi Zon Maritim Tawau 089-752116 dan talian kecemasan 999.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/28/apmm-berjaya-menahan-5-pati-3-daripadanya-positif-covid-19/feed/ 0 3689
COVID-19: Sabah catat 741 kes positif, 3 kes kematian https://sabahmedia.com/2021/07/27/covid-19-sabah-catat-741-kes-positif-3-kes-kematian/ https://sabahmedia.com/2021/07/27/covid-19-sabah-catat-741-kes-positif-3-kes-kematian/#respond Tue, 27 Jul 2021 13:18:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3663
Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 741 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 80,931 kes.

Namun, tiga kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu Putatan, Penampang dan Kudat masing-masing mencatatkan satu kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, penyumbang utama jumlah kes hari ini adalah dari Saringan Kontak Rapat iaitu sebanyak 379 kes atau 51.15%.

Diikuti tambahan kes dari Saringan Kluster Sedia Ada dengan 101 kes atau 13.6 % dan Saringan Bergejala sebanyak 129 kes atau 17.41% dari kumulatif kes harian Negeri Sabah, manakala Saringan Bersasar merekodkan 53 kes atau 7.15%.

Katanya, sejumlah 74% daripada kes-kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2. Kategori 1, iaitu 257 kes adalah mereka yang tidak mengalami sebarang simptom dan Kategori 2 iaitu sebanyak 291 kes sekadar mengalami simptom ringan (mild), bagaimanapun kedua kategori pesakit ini tidak perlu dimasukkan di hospital untuk rawatan, sekadar ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam.

Dalam pada itu, jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital sembuh 652 menjadikan jumlah kumulatif 74,737 orang.

Seramai 3,554 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 685 orang di hospital, 2,740 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, manakala 129 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.

Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 80 orang dan 19 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/27/covid-19-sabah-catat-741-kes-positif-3-kes-kematian/feed/ 0 3663
Kampung Gusi Kinarut dikenakan PKPD Kali Ke 3 https://sabahmedia.com/2021/07/02/kampung-gusi-kinarut-dikenakan-pkpd-kali-ke-3/ https://sabahmedia.com/2021/07/02/kampung-gusi-kinarut-dikenakan-pkpd-kali-ke-3/#respond Fri, 02 Jul 2021 13:04:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2420
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Gusi Kinarut, Papar bermula 4 Julai sehingga 17 Julai 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.

Ini merupakan kali ke-3 PKPD dilaksanakan di Kampung Gusi, Kinarut selepas dikenakan PKPD 6 Jun lalu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan 700 ujian saringan di Kampung Gusi, Kinarut dan 155 daripadanya disahkan positif COVID-19, KKM juga mendapati penularan masih berlaku dalam komuniti serta terdapat kes baharu di rekodkan di lokaliti tersebut.

Kata Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri dalam kenyataan media hari ini, turut dilaksanakan PKPD ialah dua lokaliti di Kota Belud iaitu Kampung Siasai Dundau dan Kampung Pantai Emas, Kampung Naruntung, Pitas, Kampung Iban Kuala Nansang, Tawau dan Kampung Babagon, Penampang berkuat kuasa 4 julai hingga 17 Julai 2021.

“KKM mendapati kes telah meningkat dalam tempoh singkat dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti-lokaliti tersebut,”jelas Masidi.

Menurut Masidi, Penamatan PKPD Kawasan
Semarak, Tawau pada hari ini Jumaat 2 Julai manakala PKPD Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Pasir Putih, Putatan dan Kampung Skim Pamalan, Keningau ditamatkan pada Sabtu ini 3 Julai.

Pada masa sama, KKM juga mengesahkan berlaku penurunan kes ke semua lokaliti yang ditamatkan PKPD dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah menerima rawatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/02/kampung-gusi-kinarut-dikenakan-pkpd-kali-ke-3/feed/ 0 2420
Kerajaan Laksana 8 PKPD di Sabah, 3 Tamat, 1 Lanjut https://sabahmedia.com/2021/06/15/kerajaan-laksana-8-pkpd-di-sabah-3-tamat-1-lanjut/ https://sabahmedia.com/2021/06/15/kerajaan-laksana-8-pkpd-di-sabah-3-tamat-1-lanjut/#respond Tue, 15 Jun 2021 13:00:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1323
Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan menamatkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokaliti Kota Belud esok 16 Jun 2021 iaitu Taman Nikmat, Kampung Pirasan dan Kampung Dundau.

Manakala satu pelanjutan PKPD di Kampung Simpang Tuaran yang sepatutnya tamat pada 16 Jun tetapi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati masih berlaku penularan di kawasan tersebut dan melanjutkan pelaksanaan PKPD dari 17 Jun 2021 sehingga 30 Jun 2021.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun selaku Jurucakap Rasmi Covid-19 Sabah berkata dalam kenyataan medianya hari ini 15 Jun, kerajaan melaksanakan lapan lagi kawasan PKPD iaitu dua lokaliti di Kalabakan termasuk Kampung Rancangan dan Kampung Kijang Merotai, dua lokaliti di Tawau iaitu Kampung Tanjung Batu Tengah dan Taman Semarak Megah, Dua lokaliti di Kota Kinabalu iaitu Kampung Rampayan dan Kampung Kionsom Kecil, Kampung Taun Gusi Peningting, Kota Belud dan PPR Taman Ehsan, Kudat.

Katanya, KKM juga mendapati kes telah mula menular dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti-lokaliti tersebut.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di semua kawasan lokaliti terbabit berkuatkuasa 17 Jun sehingga 30 Jun 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan Covid-19 dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut,”ujar Masidi.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/15/kerajaan-laksana-8-pkpd-di-sabah-3-tamat-1-lanjut/feed/ 0 1323
3 Kluster Baharu di Sabah https://sabahmedia.com/2021/06/12/3-kluster-baharu-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/06/12/3-kluster-baharu-di-sabah/#respond Sat, 12 Jun 2021 12:03:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1106
Read Time:53 Second

12 Jun 2021

[email protected]

KOTA KINABALU: Terdapat tiga kluster baharu direkodkan di Sabah hari ini, iaitu Kluster Ambar Park, Tawau, Kluster Indah, Nabawan dan Kluster Kg Baru, Sipitang.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Ambar Park, Tawau direkodkan di Mukim Sri Tanjung di daerah Tawau melalui saringan Brought In Dead (BID) terhadap kluster indeks.

“Berdasarkan maklumat, dianggarkan
lebih 50 ahli keluarga dan kontak sosial telah menziarahi kes indeks untuk majlis
doa selamat di rumah kes indeks, di Kg Kadazan, Ambar Park,” kata Masidi yang juga Jurucakap Rasmi Covid-19 Sabah dalam kenyataan medianya hari ini.

Katanya, “Kluster Indah, Nabawan berkaitan majlis pertunangan di Kampung Indah,
Nabawan pada 20 Mei 2021, malah penularan wabak COVID-19 dalam kluster ini melibatkan generasi kedua”.

Manakala kluster ke-3 iaitu Kluster Kg Baru, Sipitang melibatkan jangkitan dalam komuniti di Mukim Sindumin daerah Sipitang yang melibatkan kaitan epidemiologi sama iaitu menghadiri rumah ibadat di Sabah Forest Industries (SFI).

” Oleh yang demikian, pengesanan kontak rapat kesemua kluster masih giat dijalankan dan punca jangkitan masih dalam siasatan,” tambah Masidi.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/12/3-kluster-baharu-di-sabah/feed/ 0 1106
3 Lokaliti Tamat PKPD, 4 Lokaliti PKPD, 1 Kluster baru di Sabah https://sabahmedia.com/2021/06/11/2-lokaliti-tamat-pkpd-2-lokaliti-pkpd-1-kluster-baru-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/06/11/2-lokaliti-tamat-pkpd-2-lokaliti-pkpd-1-kluster-baru-di-sabah/#respond Fri, 11 Jun 2021 12:36:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1055
Read Time:2 Minute, 8 Second

11 Jun 2021

[email protected]

KOTA KINABALU:  Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokaliti di Tawau yang dijadualkan tamat esok 12 Jun 2021 iaitu di lokaliti, Kampung Pasir Putih Blok B, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Balung dan Kampung Baru Pasir Putih.

Jurucakap Rasmi Covid-19 Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sepanjang tempoh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan 3,109 ujian saringan dan 120 daripadanya disahkan positif COVID-19.

”KKM mengesahkan berlaku penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala 

semua kes positif telah menerima rawatan,” kata Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, ”setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju menamatkan PKPD di tiga lokaliti dinyatakan pada 12 Jun 2021, seperti yang dijadualkan selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan”.

Manakala PKPD membabitkan dua perkampungan dalam daerah Kota Kinabalu iaitu Kampung Lobou 1, Kampung Bukit Permai.

KKM mendapati berlaku peningkatan kes yang ketara apabila sebanyak 15 kes telah dikesan hasil daripada 20 ujian saringan dijalankan di kedua-dua perkampungan ini.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua perkampungan seperti dinyatakan berkuat kuasa 13 Jun sehingga 26 Jun 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.

Berikutan PKPD di dua kawasan di Kampung Kadazan, Tawau, Sabah, sehingga kini, berlaku peningkatan kes dalam tempoh seminggu apabila sebanyak 14 kes positif COVID-19 telah dilaporkan hasil daripada 45 ujian saringan yang dilakukan oleh KKM dengan kadar positiviti 31.11%, manakala di Taman Villa Felca Nambazan, Penampang, KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti tersebut apabila sebanyak lapan (8) kes positif telah direkodkan dalam tempoh satu minggu. 

Oleh itu, kedua-dua lokaliti tersebut PKPD dilaksanakan berkuatkuasa 13 Jun sehingga 26 Jun 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan.

Masidi berkata,”terdapat 1 kluster baru direkodkan iaitu Kluster Kopi Blues – Tawau melibatkan jangkitan dalam komuniti di Mukim Sri Tanjung daerah Tawau.

”Kes indeks merupakan suri rumah, 46, dari Kg Lorong Saddani, Batu 2 yang disahkan positif melalui saringan bergejala pada 09 Jun 2021 bersama anaknya.

” Siasatan awal mendapati semua kontak telah menghadiri perjumpaan di Kg Kopi Blues Batu 2, iaitu rumah keluarga mereka sempena majlis pengebumian dan tahlil pada 29 Mei 2021. 

“Aktiviti pengesanan kontak rapat dan mengenalpasti punca jangkitan sedang giat dijalankan,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/11/2-lokaliti-tamat-pkpd-2-lokaliti-pkpd-1-kluster-baru-di-sabah/feed/ 0 1055
4 Lokasi ‘Jalan Tikus’, 3 Pusingan ‘U’ Ditutup Serta Merta https://sabahmedia.com/2021/06/09/4-lokasi-jalan-tikus-3-pusingan-u-ditutup-serta-merta/ https://sabahmedia.com/2021/06/09/4-lokasi-jalan-tikus-3-pusingan-u-ditutup-serta-merta/#respond Wed, 09 Jun 2021 01:55:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=830
Read Time:58 Second

9 Jun 2021

Normimie Diun

[email protected]

PENAMPANG: Polis Daerah Penampang bertindak menutup beberapa lokasi yang dikenalpasti laluan ‘Jalan Tikus’ dan pusingan ‘U’ yang dijadikan akses menghubungkan jalan di Daerah Penampang dengan Bandaraya Kota Kinabalu.

Ini berikutan dengan kenyataan media oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun bertarikh 6 Jun 2021 menetapkan bahawa Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu tidak lagi di dalam daerah yang sama berkuatkuasa mulai 7 Jun 2021. 

Antara ‘Jalan Tikus’ yang ditutup iaitu Jalan Nosoob – Hungab Susur keluar ke lampu isyarat Shell Kobusak, Jalan Penampang – Lido, Jalan Kobusak ke Susur Keluar simpang Taman Bangsawan Jalan Lintas, Jalan Penampang Lama – Jalan Gunung Bintang Luyang️ dan Jalan Bongun Kodondungan Ganang Ke Cyber City.


Manakala, lokasi pusingan ‘U’ yang turut ditutup iaitu dua pusingan ‘U’ sepanjang Jalan Penampang Bypass Kota Kinabalu – Penampang dan pusingan ‘U’ Jalan Chempaka berhampiran SJR Jalan Bundusan.

 
‘Jalan-jalan tikus’ dan pusingan ‘U’ ini ditutup serta merta bagi memperketatkan pergerakan sempadan melibatkan Daerah Penampang dan Kota Kinabalu. 

Oleh yang demikian, pihak polis berharap agar pengguna jalan raya  memberi kerjasama dan bersabar serta memahami tugas polis dalam menguatkuasakan undang-undang yang telah ditetapkan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/09/4-lokasi-jalan-tikus-3-pusingan-u-ditutup-serta-merta/feed/ 0 830