30 pelajar – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 29 Aug 2023 10:14:48 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png 30 pelajar – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 30 pelajar KTYS terima sijil tamat kursus Program Khas Persediaan ke Timur Tengah https://sabahmedia.com/2023/08/29/30-pelajar-ktys-terima-sijil-tamat-kursus-program-khas-persediaan-ke-timur-tengah/ https://sabahmedia.com/2023/08/29/30-pelajar-ktys-terima-sijil-tamat-kursus-program-khas-persediaan-ke-timur-tengah/#respond Tue, 29 Aug 2023 09:33:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40953
Read Time:2 Minute, 38 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Seramai 30 pelajar Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) menyertai Program Khas Persediaan ke Timur Tengah menerima sijil tamat kursus, dirai dalam satu majlis penghargaan yang berlangsung di Dewan Madani, Wisma Muis, di sini, hari ini.

Majlis penyampaian sijil disempurnakan oleh Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah, Datuk Harun Durabi.

Harun berkata, beliau mengucapkan syabas dan tahniah atas penganjuran Program Khas Persediaan ke Timur Tengah yang julung kali diadakan oleh KTYS dengan kerjasama Yayasan Sabah kepada pelajar-pelajar lepasan SPM, STPM dan STAM di negeri Sabah ini.

“Saya mewakili Kerajaan Negeri Sabah mengucapkan syabas dan tahniah kepada anak-anak yang terpilih dan berjaya, juga khususnya kepada KTYS dan Yayasan Sabah yang telah merancang program ini.

“Program ini adalah julung kali diadakan dan inshaa Allah program ini menjadi titik mula kita untuk meneruskan usaha-usaha akan datang ke arah persediaan dari Negeri Sabah,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Hadir sama pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif KTYS, Haji Samin Ongki.

Sementara itu, Pengerusi KTYS Datuk Tah Niah dalam ucapannya berkata, Program Khas Persediaan Ke Timur Tengah telah diilhamkan oleh Yayasan Sabah pada awal tahun ini pada April 2023, KTYS menyambut dengan baik seruan ini untuk memperkenalkan kepada anak-anak Sabah yang berminat untuk melanjutkan pengajian di Timur Tengah khususnya Jordan dan Mesir dalam bidang kursus yang ditawarkan iaitu Agama dan Bahasa Arab.

“Dalam program lima bulan ini pelajar-pelajar diajar Asas Bahasa Arab dalam penulisan dan komunikasi selain itu, memahami budaya, adat istiadat, dan nilai-nilai masyarakat di negara Timur Tengah.

“Program ini juga akan mengajar mereka menyesuaikan diri dengan keadaan dan cuaca pada musim sejuk yang bakal dihadapi sepanjang berada di negara Timur Tengah. Jadi kami telah membawa pelajar-pelajar ini ke Kundasang Ranau selama tiga hari dua malam bagi mendapat gambaran untuk menyesuaikan diri ketika menghadapi musim sejuk di sana,” katanya.

Seorang pelajar Ahmad Farhan Ansir, 20, dari Sekolah Menengah Agama Kota Kinabalu, yang bakal mengambil kursus Bahasa Arab di Jordan turut berkongsi keterujaannya menyertai Program Khas Persediaan ke Timur Tengah di KTYS.

Ahmad Farhan

“Terima kasih kepada pihak Yayasan Sabah dan KTYS, saya bangga dipilih dan diberi peluang menyertai program khas ini.

“Selama lima bulan menyertai program ini saya yakin dapat membantu dan memudahkan pembelajaran kami di Jordan nanti, inshaa Allah, program ini akan dapat diteruskan pada masa-masa akan datang,” katanya.

Manakala seorang pelajar Liyana Fathiyah Mohd Zulkani, 20, dari Sekolah Menengah Islamiah, Tawau, berkata, dia akan mengambil pengajian Kursus Bahasa Arab di Mesir, dia sangat gembira kerana dipilih untuk menyertai program khas tersebut.

Liyana

“Dalam program ini kami telah diajar dalam ‘bahasa pasar’ Bahasa Arab, kalau di sekolah dulu kami tidak diajar bahasa ini.

“Bila saya ikuti program di KTYS ini, saya dapat maklumat berkenaan bahasa pasar dan juga budaya Timur Tengah, saya sangat teruja dan saya rasa tidak cukup untuk lima bulan belajar bahasa pasar Arab ini, tapi saya sahut cabaran untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir.

“Cita-cita saya ingin menjadi pensyarah Bahasa Arab dan berbakti kepada penduduk Sabah,” katanya.

Pelajar-pelajar yang terpilih akan melanjutkan pengajian dalam bidang Agama dan Bahasa Arab di Mesir dan Jordan pada 22 September ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/29/30-pelajar-ktys-terima-sijil-tamat-kursus-program-khas-persediaan-ke-timur-tengah/feed/ 0 40953
30 pelajar di DUN Kundasang bakal dipilih lanjut pelajaran di NBUC https://sabahmedia.com/2023/03/20/30-pelajar-di-dun-kundasang-bakal-dipilih-lanjut-pelajaran-di-nbuc/ https://sabahmedia.com/2023/03/20/30-pelajar-di-dun-kundasang-bakal-dipilih-lanjut-pelajaran-di-nbuc/#respond Sun, 19 Mar 2023 22:58:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31108
Read Time:1 Minute, 45 Second

RANAU: Seramai 30 pelajar dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang bakal dipilih untuk melanjutkan pelajaran di North Borneo University College (NBUC) menerusi satu program belia anjuran Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.36 Kundasang bersama NBUC di Dewan Kampung Timbua, di sini, pada Sabtu.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam menyambut baik program itu.

Program Roadshow Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) itu diadakan bagi merekrut belia dan beliawanis luar bandar melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi selepas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Antara lain pengisian program ialah kempen menderma darah yang dikendalikan oleh Klinik Kesihatan Malaysia (KKM) Kota Marudu.

Sementara itu, Dr. Joachim mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Kundasang, Dounis Sani, pihak kolej NBUC dan wakil kakitangan KKM Kota Marudu kerana berjaya menganjurkan program ini.

“Program seperti ini merupakan satu usaha yang amat baik kerana ia dapat membantu penduduk kawasan luar bandar khususnya di sekitar DUN Kundasang.

“Saya dimaklumkan bahawa NUBC juga akan memilih seramai 30 pelajar daripada DUN Kundasang dan mereka ini akan diberikan pinjaman atau biasiswa.

“Sekiranya pihak saya sudah mendapat senarai penama berkenaan, kita akan berusaha membantu dari segi pendaftaran pertama bagi semester pertama yang berjumlah RM9,000 bagi 30 pelajar berkenaan sementara menunggu kelulusan pinjaman pendidikan/biasiswa pada semester kedua,” kata Dr Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dalam ucapan perasmiannya.

IPTS tersebut menawarkan sijil di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda dan Doktor Falsafah.

Dr Joachim berharap pihak penganjur mencapai matlamat yang disasarkan dan meminta pihak kolej untuk terus mengadakan lebih banyak program di seluruh kawasan dalam DUN Kundasang dan juga di kawasan lain.

Beliau turut berterima kasih atas sambutan belia dan beliawanis yang hadir dalam program itu.

Hadir sama ialah Naib Canselor NBUC, Prof. Madya Jaisan Julparael, wakil Unit Tabung Darah KKM Kota Marudu yang juga Presiden Persatuan Talasemia Sabah, Francis Mujim; Ketua Anak Negeri, Ketua-ketua Kampung dan Pengerusi Jawatankuasa dan Keselamatan Kampung (JPKK).

Dalam program yang sama, bantuan bakul makanan turut disampaikan kepada 60 ketua isi rumah (KIR) dalam DUN tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/20/30-pelajar-di-dun-kundasang-bakal-dipilih-lanjut-pelajaran-di-nbuc/feed/ 0 31108