4 kampung – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 21 Aug 2021 04:27:15 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png 4 kampung – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 175 KIR Di 4 Kampung DUN Kundasang Terima Sumbangan Bakul Makanan https://sabahmedia.com/2021/08/21/175-kir-di-4-kampung-dun-kundasang-terima-sumbangan-bakul-makanan/ https://sabahmedia.com/2021/08/21/175-kir-di-4-kampung-dun-kundasang-terima-sumbangan-bakul-makanan/#respond Sat, 21 Aug 2021 04:27:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4995
Read Time:48 Second

RANAU: Seramai 175 ketua isi rumah (KIR) di empat kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang telah menerima sumbangan bakul makanan.

Penerima dari empat kampung tersebut merupakan penduduk dari Kg. Nawanon, Kg. Kantas Baru, Kg. Pugi dan Kg. Gunsapou.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr. Joachim Gunsalam mengucapkan terima kasih kepada pihak yang prihatin dan memberikan sumbangan kepada rakyat Ranau khusunya DUN Kundasang.

“Saya bersyukur di atas sumbangan daripada Syarikat Kini Progresif Sdn. Bhd. Terima kasih dan semoga Tuhan memberkati anda,” katanya yang juga Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian dalam kenyataan media.

Edaran sumbangan bakul makanan ini diketuai oleh Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri, Yubidi Gumpoyo. Turut serta ialah Pegawai Khas, Pemaju Mukim serta dua lagi sukarelawan dari Kg Kundasang.

Dr. Joachim mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat mengedarkan sumbangan bakul makanan ini.

“Kerjasama di antara jentera pentadbiran DUN Kundasang amat saya hargai, saya percaya ini adalah untuk rakyat,” tambahnya lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/21/175-kir-di-4-kampung-dun-kundasang-terima-sumbangan-bakul-makanan/feed/ 0 4995