Oleh NORMIMIE DIUN
KOTA KINABALU: Empat sekeluarga rentung dalam satu kebakaran rumah di Taman Hungap, Penampang dekat sini awal pagi tadi.
Penolong Pengarah bahagian Operasi Negeri (PPON) Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) PgKB I Misran Bisara berkata, sepasukan anggotanya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada pada 2.52 awal pagi tadi ( 7 Sept).

“Sebaik saja tiba di lokasi kejadian mendapati satu kebakaran melibatkan sebuah rumah teres 2 tingkat jenis kekal berkeluasan 20’X30′ telah terbakar 90% dan turut terbakar 2 buah kenderaan telah terbakar 10% terkena bahang api tersebut.
“Pasukan Bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan 2 aliran 200′ 2 pancutan dan sumber air dari tangki jentera,” katanya.
Menurut Misran, keempat-empat mangsa yang rentung dipercayai ahli keluarga dikenali sebagai Matthew Wong, 50, Jecky Vun Kon Fung, 47, Brendan wong, 18 dan Eric wong,15.
Operasi terkawal pada jam 3.40 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.10 pagi tadi.
]]>KOTA KINABALU: Satu kluster direkodkan hari ini iaitu Kluster Sangkabok, Kuala Penyu merupakan kluster jenis komuniti dan menular di Kg Sangkabok dan Kg Tg Aru dalam Daerah Kuala Penyu.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kluster ini dikesan apabila kes indeks, suri rumah, 62, disahkan positif RTK-Ag grading 10% hasil saringan bergejala di klinik swasta pada 16 Julai 2021.
Katanya, berdasarkan maklumat, kes indeks mempunyai sejarah perjalanan ke Beaufort untuk mendapatkan rawatan kesihatan.
Saringan kontak rapat dan kontak sosial setakat hari ini, mencatat jumlah kumulatif 33 kes termasuk empat kes baharu.
Sementara empat lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 14 hari bermula 5 Ogos 2021 hingga 18 Ogos 2021 melibatkan Kampung Banjar, Keningau, Kem 3 Sibulu, Tenom, Penampang Baru, Penampang dan Depot Tahanan Imigresen Tawau.
]]>KOTA KINABALU: Empat kluster baharu iaitu Kluster Bukit Mas, Kinabatangan, Kluster Jalan Stesen TV, Tawau, Kluster Kampung Mananam, Tongod dan Kluster Jalan Utara Dua, Sandakan merekodkan jumlah kes 45 (8.7%) dari jumlah kes hari ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata dalam kenyataan media, empat kluster dilaporkan hari ini, Kluster Kg Mananam di Tongod dikesan pada 19 Julai 2021 melalui saringan bergejala melibatkan kes indeks merupakan lelaki, 49, pengawal keselamatan di sebuah sekolah rendah disahkan positif COVID-19 (RTK-Ag positif 34%) di Pejabat Kesihatan Daerah Tongod setelah mengalami gejala sakit kepala, sukar bernafas, hilang deria rasa, kurang selera makan dan demam.
Namun, saringan kontak mendapati 14 lagi kes positif dalam kalangan komuniti di sekitar kampung terbabit sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes positif bagi kluster ini sebanyak 20 kes termasuk lima kes baharu.
Manakala Kluster Jalan Stesen TV di Tawau melibatkan penularan jangkitan di sebuah ladang ternakan ayam di Mukim Sri Tanjung , daerah Tawau.
Kes indeks adalah buruh kasar lelaki, bukan warganegara, 24, disahkan positif Covid-19 dengan (RTK-Ag positif 20%) hasil saringan bergejala.
Saringan kontak rapat mendapati 48 kes positif termasuk keluarga, rakan sekerja serta jiran yang tinggal di kuarters pekerja.
Daripada 124 kontak yang disaring, kluster ini merekodkan 68 kes positif termasuk 19 kes baharu.
Sementara Kluster Bukit Mas di Kinabatangan adalah kluster jenis tempat kerja di Mukim Sukau, kes indeks merupakan lelaki, 32, kerani stor di Ladang Sawit Bukit Mas, Kinabatangan.
Kes yang mula bergejala demam dan batuk sejak 15 Julai 2021, disahkan positif COVID-19 (RTK-Ag gred 100%) pada 19 Julai 2021 di Klinik Kesihatan Lahad Datu dan telah dirujuk ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut.
Saringan kontak mendapati 10 lagi kes positif dalam kalangan keluarga, pekerja dan tanggungan menjadikan jumlah kumulatif kes positif bagi kluster ini sebanyak 11 kes.
Kluster seterusnya, Kluster Jalan Utara Dua di Sandakan tercetus di wad lelaki sebuah hospital kerajaan di Sandakan dan dikategorikan sebagai kluster pusat rawatan.
Kes indeks adalah lelaki, 74, yang menjalani ujian saringan Genexpert PCR selepas pemeriksaan oleh Pakar Perubatan ke atas X-ray dada, dikesan positif COVID-19.
Saringan seterusnya mendapati 11 kes positif masing-masing dua kes kakitangan dan sembilan kes pesakit-pesakit melalui saringan Genexpert PCR, manakala satu kes penjaga tahanan dan satu lagi kes kontak serumah melalui ujian RTK-Ag.
Turut menjalani ujian saringan Genexpert PCR ialah 28 pesakit di wad tersebut dan didapati negatif, sementara 18 health care workers yang menjalani ujian saringan PCR masih menunggu keputusan dan setakat 23 Julai 2021, kumulatif kes adalah 13 orang termasuk 11 kes baharu hari ini.
Dalam perkembangan lain, Masidi turut menyatakan 10 lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 14 hari berkuat kuasa 25 Julai 2021 hingga 7 Ogos 2021 iaitu melibatkan Kampung Kolam, Kudat, enam Lokaliti di Kota Kinabalu termasuk Taman Sepanggar, Blok D & E, Apartment Angkasa, Bandar Sinsuran, Kampung Sepakat Jaya, Kampung Rampayan dan Kampung Lokub, Taman Sabana Fasa 1, Keningau, Kampung Berhala Darat & Kampung Melayu Bumiputra, Sandakan, dan Kampung Nagapas, Jalan Kebun Lama, Papar.
]]>KOTA KINABALU: Terdapat empat kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Batu Tiga Utara, Sandakan, Kluster Agathis, Kalabakan, Kluster Sri Sandau, Kinabatangan dan Kluster Tembok Dua, Tawau.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata dalam kenyataan hari ini, Kluster Batu Tiga Utara, Sandakan merupakan kluster pusat rawatan.
“Kes indeks adalah lelaki, 27, pesakit rawatan hemodialisis di sebuah unit dialisis hospital kerajaan, mula bergejala sejak 11 Julai 2021 kemudian disahkan positif COVID-19 melalui ujian RTK-Ag 100% di sebuah klinik swasta pada 13 Julai 2021,” kata Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri
Katanya, saringan kontak serumah yang dijalankan mendapati empat ahli keluarga kes juga positif iaitu tiga PCR dan satu RTK-Ag. Pada 17 Julai 2021, unit hemodialisis hospital terbabit juga telah menjalankan saringan di wad dan mengesan 14 lagi kes positif ujian RTK-Ag 100% dalam kalangan pesakit di pusat rawatan terbabit, keseluruhan kluster ini merekodkan jumlah kumulatif 19 kes termasuk 17 kes baharu pada hari ini.
Manakala, Kluster Agathis, Kalabakan melibatkan penularan jangkitan di tempat kerja iaitu di sebuah ladang kelapa sawit di daerah Kalabakan.
Pada 14 Julai 2021, kes indeks yang merupakan pemandu estet, lelaki, 46, disahkan positif COVID-19 hasil saringan bergejala di klinik swasta dalam kawasan ladang tersebut.
Siasatan awal mendapati kes indeks pernah membawa pekerja bergejala ke klinik estet untuk mendapatkan rawatan.
Berikutan maklumat tersebut, saringan kontak rapat dan staf klinik mengesan rakan sekerja dan jururawat klinik terbabit turut positif COVID-19 pada 16 Julai 2021.
Setakat hari ini, jumlah terkini kes positif COVID-19 bagi kluster ini ialah sebanyak 33 kes positif termasuk 31 kes baharu.
Sementara, Kluster Sri Sandau, Kinabatangan dikesan apabila kes indeks yang merupakan pekerja ladang wanita, 35, bukan warganegara, disahkan positif COVID-19 melalui RTK-Ag grading 50% di sebuah klinik swasta di Nangoh, Beluran pada 12 Jula 2021.
Saringan tersebut bertujuan untuk kemasukan ke ladang dan kes indeks telah dirujuk ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan untuk rawatan lanjut.
Saringan kontak seterusnya mendapati 10 orang rakan sekerjanya didapati positif COVID-19 dan setakat 18 Julai 2021, jumlah kumulatif kes positif bagi kluster ini ialah 11 orang termasuk 10 kes baharu hari ini.
Seterusnya, Kluster Tembok Dua, Tawau adalah kluster kategori pusat tahanan/ penjara, pada 16 Julai 2021, 35 kes positif dikesan dalam kalangan banduan hasil saringan pra-pengeluaran dari penjara.
Jumlah ini merangkumi 30 kes menerusi saringan banduan dagang yang akan dikeluarkan ke Depot Tahanan Sementara dan akan diserahkan kepada imigresen.
Manakala, lima kes lagi mempunyai urusan luar penjara iaitu satu banduan temujanji antenatal dan empat banduan persidangan mahkamah.
Semua kes positif ini berada di Blok Ceria, Damai dan Abadi yang merupakan blok penjara yang bersih di mana semua tahanan telah menjalani 14 hari kuarantin dan dua (2) sampel negatif.
Saringan kontak rapat telah dilakukan bagi banduan dan juga pegawai penjara, siasatan awal mendapati, tiada kaitan epidemiologi dengan Kluster Tembok Tawau sebelum ini yang berlaku di Blok Ehsan yang merupakan blok tercemar dan setakat hari ini, sebanyak 159 kes telah berjaya dikesan termasuk 124 kes baharu.
“Siasatan lanjut pengesanan kontak rapat
dan pengenalpastian punca jangkitan kesemua kluster terbabit sedang giat dijalankan,” tambah Masidi.
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri bersetuju menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kampung Bukit Gemuk, Tawau, Kampung Tanjung Batu Keramat, Tawau, Perumahan Etara, Jalan Agaseh, Lahad Datu dan Taman Lavender pada 1 Julai 2021 seperti yang dijadualkan.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata dalam kenyataan media hari ini, Kerajaan menamatkan PKPD di empat lokasi tersebut selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan berlaku penurunan kes kesemua lokasi terbabit dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah menerima rawatan.
Sementara itu satu lokasi dikenakan PKPD iaitu Taman Public, Kota Kinabalu berkuat kuasa 2 Julai sehingga 15 Julai 2021.
Kata Masidi yang juga Jurucakap COVID-19 Negeri, KKM telah melakukan 16 ujian saringan di Taman Public, Kota Kinabalu dan sembilan daripadanya direkodkan positif COVID-19 dengan kadar positiviti 56.25%.
“Pelaksanaan PKPD ini untuk memastikan penduduk yang berisiko dijangkiti COVID-19 kekal berada dalam kawasan,”katanya.
Manakala PKPD di Kampung Landung Ayang, Kudat, dilanjutkan bermula 2 Julai sehingga 15 Julai 2021 setelah KKM mencatatkan peningkatan kes berlaku dalam komuniti serta terdapat kes baharu direkodkan di lokaliti tersebut.
]]>KOTA KINABALU: Kerajaan memutuskan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua lokaliti dari daerah Tawau iaitu Kampung Pukat Tanjung Batu Laut dan Kampung Baru Pasir Putih, manakala dua lokaliti dari daerah Sandakan iaitu Lorong 12, 15 & 16, Taman Fajar dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Murni.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, empat lokaliti tersebut dikenakan pelaksanaan PKPD berkuat kuasa 27 Jun 2021 sehingga 10 Julai 2021.
“Susulan dengan pelaksanaan PKPD tersebut, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah merekodkan 12 kes positif di Kampung Pukat Tanjung Batu Laut selepas 31 individu disaring manakala di Kampung Baru Pasir Putih, sebanyak 50 ujian saringan dilakukan dan 10 daripadanya dilaporkan positif COVID-19.
“KKM juga mengesahkan berlaku peningkatan kes yang amat ketara dalam tempoh singkat apabila 17 kes positif telah direkodkan di Lorong 12, 15 & 16, Taman Fajar selepas 91 orang menjalani ujian saringan manakala di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Murni, 42 orang disaring dan 15 disahkan positif COVID-19,”kata Masidi yang juga Jurucakap COVID-19 Negeri dalam kenyataan media hari ini.
Dalam perkembangan lain, enam kawasan PKPD ditamatkan pada Sabtu 26 Jun 2021 termasuklah Taman Villa Felca Nambazan, Penampang,Kampung Kadazan, Tawau,
perkampungan di Kota Kinabalu, Kampung Skim Cocos, Kunak, Taman Puri Warisan, Kota Kinabalu dan Taman Telipok Jaya, Tuaran.
Menurut Masidi, kerajaan bersetuju selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM supaya menamatkan PKPD di kawasan-kawasan tersebut setelah KKM mengesahkan berlaku penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah menerima rawatan.
]]>KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri memutuskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua kawasan iaitu Kampung Tambulion Ulu, Kota Belud dan Kampung Kukut, Beaufort.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata dalam kenyataan media hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati kes telah meningkat dalam tempoh singkat dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di dua lokaliti tersebut.
“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Tambulion Ulu, Kota Belud Kampung Kukut, Beaufort berkuat kuasa 25 Jun sehingga 08 Julai 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan,”kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Negeri.
Sementara itu, satu pelanjutan PKPD di Kampung Likas, Kota Kinabalu yang dijadualkan ditamatkan pada 23 Jun 2021 tetapi KKM mendapati penularan masih berlaku dalam komuniti serta terdapat kes baharu direkodkan di lokaliti tersebut.
Kerajaan Negeri bersetuju melanjutkan PKPD di Kampung Likas, Kota Kinabalu bermula 24 Jun sehingga 07 Julai 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.
“Empat kawasan PKPD ditamatkan iaitu Kampung Batu Layar, Pulau Banggi, Kudat, Taman Wawasan, Beaufort ditamatkan PKPD pada 23 Jun 2021 (11.59 malam) seperti yang dijadualkan, manakala Perumahan Kilang, Ladang Ong Yah Ho, Kinabatangan dan Lorong
Pasir Putih, Taman Pasir Putih Fasa 1, Putatan ditamatkan pada 24 Jun 2021 (11.59 malam) seperti yang dijadualkan selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.
“KKM juga mendapati trend kes menurun dan kluster adalah terkawal di empat kawasan PKPD tersebut manakala semua kes positif telah menerima rawatan,”katanya.
]]>KOTA KINABALU: Kerajaan melaksanakan empat kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu Kampung Sundang Laut, Sandakan, termasuk dua lokaliti di Penampang, Sabah yang melibatkan Country Heights Apartment dan Vista Minintod Apartment serta Kampung Skim Cocos, Kunak.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun yang juga Jurucakap Rasmi Covid-19 Sabah berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan 18 saringan dan 10 daripadanya disahkan positif COVID-19 di Kampung Sundang Laut, Sandakan.
Manakala, dua lokaliti di Penampang, Sabah yang melibatkan Country Heights Apartment dan Vista Minintod Apartment, KKM mengesahkan terdapat peningkatan ketara kes dalam tempoh dua minggu apabila sebanyak 18 kes positif telah direkodkan daripada 25 disaring di Country Heights Apartment dan 14 kes positif di Vista Minintod Apartment hasil saringan ke atas 21 orang.
Katanya, bagi Kampung Skim Cocos, Kunak pula, KKM mengesahkan terdapat
peningkatan kes COVID-19 yang ketara dalam tempoh seminggu di lokaliti tersebut di mana 10 kes positif telah direkodkan dari 24 ujian saringan yang dijalankan dengan kadar positiviti 42%.
“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan Negeri bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan
Diperketatkan (PKPD) ke empat-empat kawasan terbabit berkuat kuasa 16 Jun sehingga 29 Jun 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan COVID-19,” kata Masidi.
11 Jun 2021
KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokaliti di Tawau yang dijadualkan tamat esok 12 Jun 2021 iaitu di lokaliti, Kampung Pasir Putih Blok B, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Balung dan Kampung Baru Pasir Putih.
Jurucakap Rasmi Covid-19 Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sepanjang tempoh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan 3,109 ujian saringan dan 120 daripadanya disahkan positif COVID-19.
”KKM mengesahkan berlaku penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala
semua kes positif telah menerima rawatan,” kata Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dalam satu kenyataan media hari ini.
Katanya, ”setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju menamatkan PKPD di tiga lokaliti dinyatakan pada 12 Jun 2021, seperti yang dijadualkan selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan”.
Manakala PKPD membabitkan dua perkampungan dalam daerah Kota Kinabalu iaitu Kampung Lobou 1, Kampung Bukit Permai.
KKM mendapati berlaku peningkatan kes yang ketara apabila sebanyak 15 kes telah dikesan hasil daripada 20 ujian saringan dijalankan di kedua-dua perkampungan ini.
Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua perkampungan seperti dinyatakan berkuat kuasa 13 Jun sehingga 26 Jun 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.
Berikutan PKPD di dua kawasan di Kampung Kadazan, Tawau, Sabah, sehingga kini, berlaku peningkatan kes dalam tempoh seminggu apabila sebanyak 14 kes positif COVID-19 telah dilaporkan hasil daripada 45 ujian saringan yang dilakukan oleh KKM dengan kadar positiviti 31.11%, manakala di Taman Villa Felca Nambazan, Penampang, KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti tersebut apabila sebanyak lapan (8) kes positif telah direkodkan dalam tempoh satu minggu.
Oleh itu, kedua-dua lokaliti tersebut PKPD dilaksanakan berkuatkuasa 13 Jun sehingga 26 Jun 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan.
Masidi berkata,”terdapat 1 kluster baru direkodkan iaitu Kluster Kopi Blues – Tawau melibatkan jangkitan dalam komuniti di Mukim Sri Tanjung daerah Tawau.
”Kes indeks merupakan suri rumah, 46, dari Kg Lorong Saddani, Batu 2 yang disahkan positif melalui saringan bergejala pada 09 Jun 2021 bersama anaknya.
” Siasatan awal mendapati semua kontak telah menghadiri perjumpaan di Kg Kopi Blues Batu 2, iaitu rumah keluarga mereka sempena majlis pengebumian dan tahlil pada 29 Mei 2021.
“Aktiviti pengesanan kontak rapat dan mengenalpasti punca jangkitan sedang giat dijalankan,”katanya.
]]>9 Jun 2021
Normimie Diun
PENAMPANG: Polis Daerah Penampang bertindak menutup beberapa lokasi yang dikenalpasti laluan ‘Jalan Tikus’ dan pusingan ‘U’ yang dijadikan akses menghubungkan jalan di Daerah Penampang dengan Bandaraya Kota Kinabalu.
Ini berikutan dengan kenyataan media oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun bertarikh 6 Jun 2021 menetapkan bahawa Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu tidak lagi di dalam daerah yang sama berkuatkuasa mulai 7 Jun 2021.
Antara ‘Jalan Tikus’ yang ditutup iaitu Jalan Nosoob – Hungab Susur keluar ke lampu isyarat Shell Kobusak, Jalan Penampang – Lido, Jalan Kobusak ke Susur Keluar simpang Taman Bangsawan Jalan Lintas, Jalan Penampang Lama – Jalan Gunung Bintang Luyang️ dan Jalan Bongun Kodondungan Ganang Ke Cyber City.
Manakala, lokasi pusingan ‘U’ yang turut ditutup iaitu dua pusingan ‘U’ sepanjang Jalan Penampang Bypass Kota Kinabalu – Penampang dan pusingan ‘U’ Jalan Chempaka berhampiran SJR Jalan Bundusan.
‘Jalan-jalan tikus’ dan pusingan ‘U’ ini ditutup serta merta bagi memperketatkan pergerakan sempadan melibatkan Daerah Penampang dan Kota Kinabalu.
Oleh yang demikian, pihak polis berharap agar pengguna jalan raya memberi kerjasama dan bersabar serta memahami tugas polis dalam menguatkuasakan undang-undang yang telah ditetapkan.
]]>