40 peratus – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 09 Aug 2026 14:55:46 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png 40 peratus – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah terus tuntut hak 40 peratus hasil Persekutuan https://sabahmedia.com/2026/08/09/sabah-terus-tuntut-hak-40-peratus-hasil-persekutuan/ https://sabahmedia.com/2026/08/09/sabah-terus-tuntut-hak-40-peratus-hasil-persekutuan/#respond Sun, 09 Aug 2026 14:55:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101318
Read Time:3 Minute, 1 Second

PENAMPANG: Kerajaan Sabah akan terus menuntut hak pemberian 40 peratus hasil Persekutuan di Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) melalui rundingan kerajaan dengan kerajaan (G to G) dengan Kerajaan Persekutuan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, hak 40 peratus merupakan hak terbesar Sabah dalam MA63 dan termaktub dalam Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

“Saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan saya akan terus menuntut pelaksanaan penuh pembayaran 40 peratus melalui proses rundingan G to G dengan Kerajaan Persekutuan kerana hak 40 peratus merupakan hak terbesar kita dalam MA63, juga seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.Hak ini mesti ditunaikan oleh Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Ulang Tahun UPKO ke-32 dan Persidangan Perwakilan Tritahunan UPKO ke-17 di Dewan Hongkod Koisaan, KDCA, di sini, malam ini.

Hajiji berkata, pendirian Kerajaan Negeri itu akan terus dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan termasuk dalam mesyuarat Jawatankuasa Teknikal MA63 yang bersidang pada 3 Ogos lalu di Putrajaya dan turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ewon Benedick sebagai antara delegasi Kerajaan Negeri.

Katanya, sebanyak 13 tuntutan berkaitan MA63 telah dilaksanakan setakat ini, termasuk kawal selia tenaga, pelesenan dan penangkapan laut dalam, pengiktirafan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di bawah Arahan Perbendaharaan 182, pentadbiran badan kehakiman di Sabah, pentadbiran Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan, tenaga buruh serta alam sekitar.

Mengenai tuntutan 40 peratus itu, beliau berkata walaupun ia belum dilaksanakan sepenuhnya termasuk satu rayuan berkaitan oleh Kerajaan Persekutuan di Mahkamah Rayuan, Kerajaan Sabah menerima pelaksanaan secara interim yang dahulunya hanya RM26 juta tetapi kini ditambah kepada RM1.5 bilion bermula tahun ini.

“Kita mengalu-alukan keputusan Perdana Menteri meningkatkan jumlah bayaran interim ini dan kita akan menggunakan hasil ini untuk membina lebih banyak jalan raya berturap di Sabah, membina jambatan konkrit, menambah baik bekalan air dan elektrik serta agenda-agenda pembangunan dan kebajikan rakyat Sabah seperti pembinaan lebih banyak Rumah SMJ dan Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR).

“Pendek kata, apa yang kita perolehi daripada Kerajaan Persekutuan, akan kita pulangkan semula kepada rakyat dalam pelbagai bentuk insentif dan bantuan,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata Kerajaan Negeri terus memberi fokus besar kepada prestasi kewangan dan peningkatan jumlah kutipan hasil, dengan jumlah kutipan berjaya dikekalkan mencecah RM7 bilion setiap tahun sejak 2022 dan dijangka meningkat sehingga RM8 bilion tahun ini.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga telah membangunkan daya tahan ekonomi walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran domestik dan global, sekali gus menjadikan Sabah sebagai destinasi pelaburan yang strategik.

“Pada tahun 2025 sahaja, sebanyak RM7.6 bilion nilai pelaburan dalam sektor pembuatan telah direkodkan, iaitu hampir 208 peratus berbanding pada tahun 2024,” katanya.

Hajiji berkata, kesemua usaha Kerajaan itu bertujuan membina kemakmuran ekonomi rakyat melalui penciptaan peluang pekerjaan kepada anak-anak Sabah serta limpahan aktiviti ekonomi dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana dengan adanya pelaburan berimpak tinggi di Sabah.

Beliau berkata, melalui kerjasama strategik dengan PETRONAS di bawah Commercial Collaborative Agreement (CCA), Kerajaan Negeri juga berjaya meningkatkan pegangan ekuiti dalam penerokaan dan pembangunan industri minyak dan gas di Sabah, di samping membuka ruang penyertaan lebih banyak syarikat tempatan Sabah dalam pembangunan industri berkenaan.

“Untuk makluman, kita sedang memuktamadkan untuk memperoleh 40 peratus ekuiti dalam projek fasiliti Gas Asli Cecair Terapung (FLNG) di Sabah, di samping 30 peratus lagi pegangan dalam dua lapangan minyak dan gas yang baharu di Pantai Timur. Insya- Allah, perjanjian untuk perkongsian ini akan dimeterai dalam waktu terdekat,” katanya.

Kerajaan Negeri juga akan membangunkan taman-taman perindustrian baharu termasuk di Kota Belud dan Hab Ekonomi Biru di Kudat bagi melonjakkan lagi kadar pelaburan di negeri ini, sekali gus meningkatkan aktiviti rantaian ekonomi domestik.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/09/sabah-terus-tuntut-hak-40-peratus-hasil-persekutuan/feed/ 0 101318
DUN Sabah : Sabah tegas tuntut hak 40 peratus https://sabahmedia.com/2026/04/28/dun-sabah-sabah-tegas-tuntut-hak-40-peratus/ https://sabahmedia.com/2026/04/28/dun-sabah-sabah-tegas-tuntut-hak-40-peratus/#respond Tue, 28 Apr 2026 04:12:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95687
Read Time:1 Minute, 43 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menegaskan tuntutan hak 40 peratus hasil Persekutuan yang diperoleh dari negeri itu kekal menjadi keutamaan, dengan fokus semasa diberikan kepada pembayaran yang sedang dirunding termasuk bagi tempoh 2022 hingga 2025.

Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Chong Chen Bin, berkata rundingan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah masih berjalan di peringkat pegawai melalui Jawatankuasa Rundingan Pemberian Khas.

Menurut beliau, dalam beberapa siri mesyuarat yang diadakan awal tahun ini, Kerajaan Persekutuan telah mengemukakan sebahagian data hasil Persekutuan yang diperoleh di Sabah meliputi tempoh 1974 hingga 2025, merangkumi komponen seperti cukai langsung, cukai tidak langsung, hasil bukan cukai serta hasil petroleum.

“Bagaimanapun, semua komponen ini masih dalam proses rundingan untuk diputuskan sama ada ia boleh diambil kira dalam pengiraan pemberian khas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Alias Sani (Warisan-Sekong) di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini pada Selasa.

Chong berkata, data yang dikongsi setakat ini tidak boleh didedahkan kepada umum kerana tertakluk kepada proses rundingan antara kedua-dua pihak.

Dalam pada itu, Chong berkata Kerajaan Sabah telah menyatakan pendirian jelas melalui surat bertarikh 18 Mac lalu agar komponen hasil yang tidak mempunyai pertikaian dibayar terlebih dahulu sebagai bayaran interim.

“Bagi komponen yang masih dipertikaikan, ia akan dimuktamadkan kemudian selepas rundingan selesai,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata Kerajaan Sabah juga telah menggesa Kerajaan Persekutuan supaya membuat bayaran tuntutan pemberian khas bagi tahun 2022 hingga 2025 tanpa menunggu penyelesaian keseluruhan isu ‘lost years’.

Katanya, langkah itu selaras dengan keputusan terdahulu yang tidak melibatkan pertikaian bagi tempoh semasa, berbanding tuntutan bagi tahun-tahun terdahulu dari 1974 hingga 2021 yang kini tertakluk kepada proses perundangan.

“Tuntutan bagi tahun 2022 hingga 2025 adalah berasingan dan tidak seharusnya ditangguhkan,” tegasnya.

Pada masa sama, beliau berkata Sabah menghormati keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan penangguhan pelaksanaan pembayaran 40 peratus sementara menunggu keputusan rayuan berkaitan ‘lost years’.

Namun, katanya, penangguhan itu tidak menjejaskan usaha rundingan semasa termasuk perkongsian data, penilaian dan perbincangan teknikal antara kedua-dua kerajaan.

“Kerajaan Sabah tetap konsisten dan tidak akan berkompromi dalam menuntut hak negeri seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/28/dun-sabah-sabah-tegas-tuntut-hak-40-peratus/feed/ 0 95687
Forum ‘40% hak kita, wang kita’ perkasa kesedaran hak Sabah https://sabahmedia.com/2026/04/22/forum-40-hak-kita-wang-kita-perkasa-kesedaran-hak-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/04/22/forum-40-hak-kita-wang-kita-perkasa-kesedaran-hak-sabah/#respond Wed, 22 Apr 2026 06:47:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95322
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Orang ramai dijemput dan dipelawa untuk menghadiri forum awam bertajuk ‘40% Hak Kita, Wang Kita’ yang akan berlangsung Sabtu ini, di Hall 2, Hotel Platinum Lintas, di sini.

Forum pertama yang bermula seawal jam 10 pagi itu adalah mengangkat tema “Memahami 40%: Hak, Sejarah & Mekanisme” dengan matlamat memberi pendedahan menyeluruh kepada masyarakat mengenai tuntutan 40 peratus hasil Sabah, termasuk latar belakang sejarah serta mekanisme pelaksanaannya.

Program ini akan dikendalikan oleh bekas Menteri Luar, Tan Sri Anifah Aman, selaku moderator. Barisan panelis pula terdiri daripada Ahli Parlimen Keningau Datuk Seri Jeffrey Kitingan, Profesor James Chin yang akan menyertai secara dalam talian, serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik Datuk Roger Chin.

Perbincangan dijangka menyentuh pelbagai aspek penting termasuk kerangka perlembagaan, sejarah pembentukan Malaysia, serta cabaran dan hala tuju pelaksanaan tuntutan tersebut.

Selain penyertaan secara fizikal, forum ini turut disiarkan secara langsung menerusi platform YouTube dan Facebook Live bagi membolehkan capaian lebih meluas kepada rakyat Sabah dan seluruh negara.

Penganjuran forum ini dilihat sebagai inisiatif penting dalam meningkatkan kesedaran awam terhadap isu hak negeri, di samping membuka ruang dialog yang lebih konstruktif antara pelbagai pihak berkepentingan.

Kemasukan adalah percuma, namun tempat adalah terhad.

Orang ramai yang berminat disaran mendaftar awal bagi memastikan penyertaan dalam forum yang dijangka memberi manfaat serta pemahaman lebih mendalam mengenai isu utama negeri Sabah ini

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/22/forum-40-hak-kita-wang-kita-perkasa-kesedaran-hak-sabah/feed/ 0 95322
Tangguh Bayaran 40%: Tamparan hebat aspirasi rakyat Sabah — Penganalisis https://sabahmedia.com/2026/04/09/tangguh-bayaran-40-tamparan-hebat-aspirasi-rakyat-sabah-penganalisis/ https://sabahmedia.com/2026/04/09/tangguh-bayaran-40-tamparan-hebat-aspirasi-rakyat-sabah-penganalisis/#respond Thu, 09 Apr 2026 09:36:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94586
Read Time:1 Minute, 59 Second

KOTA KINABALU : Keputusan Mahkamah Rayuan Malaysia membenarkan kerajaan Persekutuan menangguhkan pembayaran 40 peratus hasil bersih kepada Sabah disifatkan sebagai satu tamparan hebat terhadap aspirasi rakyat negeri itu.

Penyelidik Geopolitik dan Elektoral Sabah (GeoPES), Prof. Madya Dr. Syahruddin Awang Ahmad berkata, tuntutan tersebut merupakan hak perlembagaan yang jelas termaktub di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

“Penangguhan itu bukan sahaja memberi kesan kepada kedudukan kewangan negeri, malah turut melambatkan proses pemulihan ekonomi Sabah yang memerlukan suntikan dana besar bagi merapatkan jurang pembangunan.

Penyelidik Geopolitik dan Elektoral Sabah (GeoPES), Prof. Madya Dr. Syahruddin Awang Ahmad

“Bagi rakyat Sabah, setiap kelewatan bermakna peluang untuk menikmati infrastruktur asas yang lebih baik serta sistem penyampaian perkhidmatan awam yang lebih efisien terus tertangguh,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.

Dr. Syahruddin menjelaskan, kegagalan menyalurkan dana tersebut berpotensi menjejaskan pelaksanaan projek kritikal seperti naik taraf bekalan air, elektrik dan rangkaian jalan raya yang sekian lama menjadi rungutan penduduk tempatan.

Sabah, katanya, merupakan negeri yang kaya dengan sumber alam, namun masih berdepan kadar kemiskinan yang tinggi. Justeru, dana 40 peratus itu bukan sekadar angka, sebaliknya menjadi “tali hayat” untuk memacu transformasi industri serta pembangunan luar bandar.

Dalam masa sama, beliau menegaskan bahawa ketidakstabilan dari segi kawalan kewangan akan menyukarkan kerajaan negeri merancang pembangunan jangka panjang yang mampan dan berdaya saing.

Mengulas kesan sosial, beliau berkata, kelewatan berterusan dalam isu ini turut menjejaskan kesejahteraan rakyat, khususnya di kawasan pedalaman yang masih bergelut dengan kekurangan kemudahan pendidikan dan kesihatan.

Dr. Syahruddin berkata, rakyat Sabah kini semakin sedar akan hak mereka di bawah Perjanjian Malaysia 1963 dan dijangka akan terus menuntut ketelusan dalam pelaksanaannya.

“Ketidakpastian mengenai bila bayaran ini akan dilunaskan telah mewujudkan sentimen kekecewaan yang mendalam dalam kalangan rakyat, apatah lagi sumbangan hasil Sabah kepada negara adalah signifikan,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa keadilan kepada Sabah tidak seharusnya ditangguhkan atas alasan teknikal perundangan semata-mata.

“Kepentingan rakyat Sabah mesti diutamakan melebihi birokrasi politik bagi memastikan keharmonian Persekutuan terus terpelihara berasaskan prinsip perkongsian hasil yang adil,” katanya.

Bagaimanapun, beliau masih menaruh keyakinan bahawa kerajaan Persekutuan melalui pejabat Perdana Menteri bersama agensi berkaitan dan kerajaan negeri Sabah akan terus mendengar suara rakyat serta mencari penyelesaian pragmatik bagi melunaskan bayaran 40 peratus tersebut.

Tambahnya, penyelesaian segera terhadap isu ini amat penting bagi memastikan limpahan ekonomi dapat dirasai seluruh rakyat Sabah, sekali gus membolehkan negeri itu mencapai pembangunan mampan dan setanding dengan negeri-negeri lain di Semenanjung.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/09/tangguh-bayaran-40-tamparan-hebat-aspirasi-rakyat-sabah-penganalisis/feed/ 0 94586
Pemuda Gagasan Rakyat sokong pendirian tegas kerajaan negeri pertahankan hak 40% Sabah https://sabahmedia.com/2026/03/13/sokong-pendirian-tegas-kerajaan-negeri-pertahankan-hak-40-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/03/13/sokong-pendirian-tegas-kerajaan-negeri-pertahankan-hak-40-sabah/#respond Thu, 12 Mar 2026 22:43:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93171
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) menyatakan sokongan penuh terhadap pendirian tegas Kerajaan Negeri Sabah yang membantah permohonan penangguhan pelaksanaan Perintah Mahkamah Tinggi berhubung tuntutan hak 40 peratus hasil bersih Persekutuan daripada Sabah.

Pemangku Ketua Pemuda Gagasan Rakyat, Azrul Ibrahim berkata, sebagai generasi muda yang bakal mewarisi masa depan negeri ini, usaha mempertahankan hak Sabah bukan sekadar isu politik, sebaliknya soal keadilan serta penghormatan terhadap semangat Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor telah menunjukkan komitmen yang jelas dan konsisten dalam memastikan proses perundingan serta libat urus dengan Kerajaan Persekutuan dilaksanakan secara profesional, telus dan berlandaskan prinsip undang-undang.

“Pada masa sama, kerajaan negeri juga tegas memastikan keputusan mahkamah dihormati serta dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pendekatan matang dan berprinsip yang diambil kerajaan negeri wajar mendapat sokongan semua pihak tanpa mengira latar belakang politik kerana isu berkenaan melibatkan kepentingan jangka panjang rakyat Sabah.

Katanya, Pemuda Gagasan Rakyat berpandangan sebarang usaha yang boleh melambatkan pelaksanaan keputusan mahkamah tidak akan membantu mempercepatkan penyelesaian isu berkenaan.

“Sebaliknya, apa yang diperlukan ketika ini ialah komitmen bersama untuk mencapai penyelesaian yang adil, munasabah serta menghormati hak Sabah sebagaimana yang termaktub dalam kerangka Perlembagaan,” katanya.

Azrul turut menyeru semua pihak di Sabah agar bersatu dalam memperjuangkan isu berkenaan kerana hak Sabah adalah hak rakyat negeri ini.

“Perjuangan ini perlu dilihat sebagai usaha bersama demi memastikan masa depan Sabah terus terpelihara,” katanya.

Beliau menegaskan Pemuda Gagasan Rakyat akan terus berdiri teguh bersama kerajaan negeri dalam mempertahankan hak serta kepentingan Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/13/sokong-pendirian-tegas-kerajaan-negeri-pertahankan-hak-40-sabah/feed/ 0 93171
Sabah yakin hak geran khas 40 peratus akan dimuktamadkan tidak lama lagi https://sabahmedia.com/2025/12/06/sabah-yakin-hak-geran-khas-40-peratus-akan-dimuktamadkan-tidak-lama-lagi/ https://sabahmedia.com/2025/12/06/sabah-yakin-hak-geran-khas-40-peratus-akan-dimuktamadkan-tidak-lama-lagi/#respond Sat, 06 Dec 2025 10:30:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87850
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yakin bahawa hak geran khas 40 peratus untuk Sabah akan dimuktamadkan tidak lama lagi berikutan hubungan baik antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

“Kita percaya bahawa hubungan yang rapat dan kukuh bukan sahaja perlu, malah penting untuk memastikan kemajuan berterusan. Ini termasuk perkara berkaitan kedaulatan, keselamatan, perpaduan dan kenegaraan.

“Walaupun kita memperjuangkan hak-hak Sabah, kita tidak boleh lupa tanggungjawab kita untuk menjaga kepentingan negara,” tegasnya.

“Saya yakin hubungan yang kukuh akan membawa banyak manfaat, termasuklah pemuktamadan obligasi Kerajaan Persekutuan berkaitan pembayaran hak hasil 40 peratus untuk Sabah, yang kita harap dapat dimuktamadkan tidak lama lagi demi kebaikan bersama,” katanya pada program Sentuhan Madani yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Sabtu.

Ketua Menteri turut menegaskan komitmen Kerajaan Negeri untuk menunaikan. tanggungjawab serta mengangkat martabat Sabah dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Matlamat utama kita adalah memacu kemajuan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. Setiap perancangan yang dilaksanakan mesti memberi tumpuan. kepada kesejahteraan mereka, sama ada secara langsung atau tidak langsung, melalui peningkatan ekonomi dan peluang pekerjaan,” tambahnya.

Beliau berkata, mulai tahun depan, dasar pembangunan Sabah akan dipandu oleh pelan. Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2.0. Ini termasuk penubuhan tiga taman perindustrian baharu Taman Perindustrian Industri Ekonomi Biru di Kudat, Taman Perindustrian Minyak dan Gas di Beaufort, serta Taman Perindustrian Teknologi Tinggi dan Semikonduktor antara Kota Belud dan Kota Marudu bagi menampung minat pelabur yang semakin meningkat.

Mengulangi komitmen Kerajaan Negeri dalam menjaga kepentingan rakyat Sabah, Hajiji mengumumkan penambahbaikan program kebajikan sosial. Ini termasuk pembinaan 50 unit Rumah Mesra SMJ bagi setiap kawasan DUN untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar, di samping bantuan kewangan bulanan RM300 untuk 100,000 penerima tahun depan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/06/sabah-yakin-hak-geran-khas-40-peratus-akan-dimuktamadkan-tidak-lama-lagi/feed/ 0 87850
PM beri jaminan parameter tuntutan 40 peratus dimuktamad sebelum pertengahan Januari depan https://sabahmedia.com/2025/12/06/pm-beri-jaminan-parameter-tuntutan-40-peratus-dimuktamad-sebelum-pertengahan-januari-depan/ https://sabahmedia.com/2025/12/06/pm-beri-jaminan-parameter-tuntutan-40-peratus-dimuktamad-sebelum-pertengahan-januari-depan/#respond Sat, 06 Dec 2025 10:04:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87844
Read Time:1 Minute, 39 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa penetapan parameter bagi tuntutan 40 peratus hasil yang menjadi hak Sabah dijangka dimuktamadkan sebelum pertengahan Januari tahun depan.

Berucap pada Majlis Sentuhan Madani Bersama Rakyat Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini, hari ini, Anwar berkata proses penyediaan kaedah pelaksanaan tuntutan itu kini dalam peringkat akhir melalui Jawatankuasa Teknikal yang berkaitan.

Menurutnya, Ketua Setiausaha Perbendaharaan telah mengadakan perbincangan awal bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah bagi menyusun keperluan teknikal sebelum dipersembahkan kepada jawatankuasa berkenaan.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan proses itu sedikit terkesan ekoran beberapa kekosongan jawatan menteri Persekutuan yang perlu diisi segera.

“Kita ada kekosongan empat jawatan menteri yang akhir Datuk Ewon Benedict, Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz yang tamat tempoh Senator, serta dua lagi. Jadi saya perlu mengisi kekosongan ini dalam tempoh dua minggu.

“Saya akan berbincang dengan ketua-ketua parti, termasuk Datuk Seri Hajiji Noor, sebelum dimuktamadkan (penetapan parameter tuntutan 40 peratus hak Sabah),” katanya.

Anwar berkata kerajaan menetapkan syarat pertama iaitu penetapan “parameter” termasuk jumlah keseluruhan serta peringkat pembayaran dalam setahun dapat diselesaikan sebelum pertengahan Januari.

“Selepas itu ia akan diserahkan kepada Jawatankuasa Teknikal, kemudian kepada Jawatankuasa Persekutuan–Negeri sebelum diangkat kepada Jemaah Menteri Sabah dan Jemaah Menteri Persekutuan,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa komitmen Kerajaan Persekutuan terhadap hak 40 peratus Sabah adalah muktamad dan bukan retorik politik.

“Apa yang sudah jelas ialah Kerajaan Persekutuan tetap komited menyerahkan 40 peratus hasil kepada Sabah. Ini bukan soal cari dalih,” tegasnya.

Menurut Anwar, meskipun ada pihak bersikap sinis terutama dalam musim pilihan raya atau kerana sentimen perkauman, kerajaan tetap berpegang bahawa setiap janji mesti ditunaikan.

“Saya tidak mahu budaya politik yang hanya menjanji tetapi tidak melaksanakan. Dalam Islam juga ada amaran jelas mengenai orang yang bercakap tetapi tidak mengamalkannya,” katanya.

Beliau berkata proses itu turut mengambil kira kedudukan kewangan Sabah dan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan pelaksanaan dilakukan sebaik mungkin.

“Kita terangkan kekuatan kewangan Sabah, kekuatan kewangan Persekutuan, dan cari kaedah pelaksanaan yang paling sesuai,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/06/pm-beri-jaminan-parameter-tuntutan-40-peratus-dimuktamad-sebelum-pertengahan-januari-depan/feed/ 0 87844
Isu 40 peratus: Hajiji optimis perbincangan dapat diselesaikan dalam tempoh 3 bulan https://sabahmedia.com/2025/11/18/isu-40-peratus-hajiji-optimis-perbincangan-dapat-diselesaikan-dalam-tempoh-3-bulan/ https://sabahmedia.com/2025/11/18/isu-40-peratus-hajiji-optimis-perbincangan-dapat-diselesaikan-dalam-tempoh-3-bulan/#respond Tue, 18 Nov 2025 09:38:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86283
Read Time:1 Minute, 33 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA BELUD: Perkembangan positif mengenai tuntutan hak 40 peratus hasil Sabah yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan dibincangkan semalam antara Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) dan wakil Persekutuan, melibatkan perincian mekanisme pembayaran yang sedang dimuktamadkan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata berdasarkan perkembangan semasa, beliau optimis isu berkenaan dapat diselesaikan dalam tempoh tiga bulan sebagaimana yang ditetapkan oleh mahkamah.

“Saya dimaklumkan rundingan itu sudah dimulakan semalam menerusi perbincangan peringkat pegawai yang diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) bagi pihak kerajaan negeri dengan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia mewakili kerajaan Persekutuan.

“Perbincangan yang berlangsung di Menara Kinabalu itu antara lain berkaitan mekanisme atau cara. Mereka masih berbincang, dan perbincangan ini mungkin diadakan beberapa kali sebelum mencapai persetujuan.

“Mahkamah beri tempoh 90 hari untuk rundingan. Insya-Allah, saya yakin ia boleh diselesaikan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Jelajah Kempen Rumah Kita, Kita Jaga GRS Dewan Undangan Negeri (DUN) Usukan dan DUN Tempasuk sempena Pilihan Raya Umum Dewan Undangan (PRU DU) Sabah ke-17 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Hajiji menjelaskan kerajaan negeri belum menetapkan jumlah khusus kerana pihaknya masih menunggu maklumat lengkap daripada Kerajaan Persekutuan.

“Kita pun tidak tahu secara terperinci berapa jumlah hasil yang dikutip di Sabah. Itu yang kita minta Persekutuan maklumkan, termasuk kategori perbelanjaan yang berada dalam tanggungjawab mereka dan apa yang termasuk dalam 40 peratus itu,” katanya.

Mengulas mengenai program jelajah hari ini, Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yakin dua kerusi calon GRS iaitu DUN Usukan diwakili Datuk Japlin Akim dan DUN Tempasuk, Datuk Mohd Arsad Bistari mampu meraih kemenangan pada pilihan raya kali ini.

“Program jelajah seperti ini memang biasa dalam kempen. Hari ini di DUN Usukan dan DUN Tempasuk, dan saya amat yakin calon yang kita tampilkan akan mendapat sokongan rakyat. Kita boleh nampak mood rakyat yang mahukan perubahan dan mahu kerajaan yang ada ini diteruskan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/18/isu-40-peratus-hajiji-optimis-perbincangan-dapat-diselesaikan-dalam-tempoh-3-bulan/feed/ 0 86283
Jawatankuasa khas Persekutuan-Sabah ditubuhkan laksanakan tuntutan 40 peratus hasil negeri https://sabahmedia.com/2025/11/17/jawatankuasa-khas-persekutuan-sabah-ditubuhkan-laksanakan-tuntutan-40-peratus-hasil-negeri/ https://sabahmedia.com/2025/11/17/jawatankuasa-khas-persekutuan-sabah-ditubuhkan-laksanakan-tuntutan-40-peratus-hasil-negeri/#respond Mon, 17 Nov 2025 07:20:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86126
Read Time:1 Minute, 53 Second

BERNAMA

KOTA KINABALU : Sebuah jawatankuasa khas melibatkan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri ditubuhkan bagi membincangkan mekanisme pelaksanaan tuntutan 40 peratus hasil bersih Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Fadillah, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 (JKTMPMA63), berkata jawatankuasa itu akan dipengerusikan bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Safar Untong dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.

Beliau berkata jawatankuasa khas berkenaan akan melapor kepada JKTMPMA63, namun turut dibenarkan melapor terus kepada Jemaah Menteri berhubung perkembangan perbincangan serta mekanisme yang dicadangkan.

“Tempoh masa untuk kita membincangkan pelaksanaan ini amat singkat. Rundingan bermula hari ini dengan penubuhan jawatankuasa tersebut, dan jika boleh saya mahu mereka memperincikan terus mekanisme pelaksanaannya.

“Saya menunggu laporan dan hasil perbincangan mereka. Yang penting, jawatankuasa ini ditubuhkan dan dapat mengemukakan cadangan kepada kerajaan… kita tunggu laporan penuh nanti,” katanya kepada pemberita di Menara Kinabalu, di sini hari ini.

Terdahulu Fadillah mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu hari ini, yang turut dihadiri Safar, Johan, dan Peguam Besar Negeri Sabah Datuk Brenndon Keith Soh. 

Pada 17 Okt lepas, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan bahawa Kerajaan Persekutuan bertindak secara tidak sah dan melampaui kuasa Perlembagaan apabila gagal menunaikan hak Sabah terhadap 40 peratus hasil bersih Persekutuan di negeri ini hampir empat dekad.

Mahkamah turut mengarahkan semakan dibuat dalam tempoh 90 hari, manakala persetujuan bersama antara kedua-dua kerajaan perlu dicapai dalam tempoh 180 hari daripada tarikh perintah dikeluarkan berhubung tuntutan pemberian khas 40 peratus hak Sabah bagi tempoh 1974 hingga 2021.

Fadillah berkata setelah ditubuhkan, jawatankuasa khas itu akan membincangkan skop tugas dan tanggungjawab pelaksanaan tuntutan tersebut serta perbincangan lanjut bersama kerajaan negeri baharu selepas PRN Sabah ke-17 pada 29 Nov.

“Kerajaan Persekutuan sudah membuat keputusan untuk tidak merayu terhadap tuntutan 40 peratus ini. Oleh itu, keputusan Kabinet Persekutuan adalah mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri. Disebabkan masa ini hanya terdapat caretaker government, adalah lebih penting untuk berjumpa dahulu,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 Nov ini sebagai hari pengundian bagi PRN Sabah ke-17 dan 25 Nov bagi pengundian awal.

Untuk berita-berita terkini mengenai PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php.- BERNAMA / FOTO FB TPM FADILLAH YUSOF

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/17/jawatankuasa-khas-persekutuan-sabah-ditubuhkan-laksanakan-tuntutan-40-peratus-hasil-negeri/feed/ 0 86126
Kerajaan Persekutuan tidak rayu isu 40 peratus hasil Sabah, rundingan disegerakan – AGC https://sabahmedia.com/2025/11/11/kerajaan-persekutuan-tidak-rayu-isu-40-peratus-hasil-sabah-rundingan-disegerakan-agc/ https://sabahmedia.com/2025/11/11/kerajaan-persekutuan-tidak-rayu-isu-40-peratus-hasil-sabah-rundingan-disegerakan-agc/#respond Tue, 11 Nov 2025 11:31:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85516
Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU :  Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk tidak akan membuat rayuan terhadap pemberian khas negeri Sabah berdasarkan 40 peratus hasil sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam satu kenyataan memaklumkan, ia adalah susulan penghakiman Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dalam Permohonan Semakan Kehakiman yang difailkan oleh Sabah Law Society terhadap Kerajaan Malaysia.

“Keputusan ini adalah selepas Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 11 November 2025, yang turut membincangkan implikasi penghakiman tersebut.

“Jabatan Peguam Negara menekankan bahawa Kerajaan Persekutuan menghormati prinsip Pemberian Khas berdasarkan 40 peratus hasil sebagaimana diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Kerajaan Persekutuan akan memulakan proses rundingan dengan Kerajaan Negeri Sabah dengan kadar segera bagi memastikan pelaksanaan pemberian khas ini berjalan lancar,” menurut kenyataan itu di sini pada Selasa.

Menurut kenyataan itu, Peguam Negara telah memberikan nasihat dan pandangan kepada Jemaah Menteri berhubung kecacatan dalam Alasan Penghakiman tersebut.

Ini termasuk dakwaan bahawa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah telah disyaki menyalahgunakan kuasa dan melanggar kewajipan perlembagaan sejak tahun 1974.

Selain itu, penghakiman mendakwa kajian semula selepas tahun 2021 menyalahi undang-undang, tidak rasional, serta tidak selaras dengan prosedur yang wajar.

Kerajaan Persekutuan menegaskan bahawa walaupun ia menghormati prinsip 40 peratus hasil, rayuan akan dibuat berhubung kecacatan dalam Alasan Penghakiman bagi menegakkan keadilan dan memastikan prosedur undang-undang dipatuhi. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/11/kerajaan-persekutuan-tidak-rayu-isu-40-peratus-hasil-sabah-rundingan-disegerakan-agc/feed/ 0 85516