40 % – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 10 Nov 2025 03:38:32 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png 40 % – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Jangan samakan perbelanjaan Persekutuan dengan hak 40% Sabah https://sabahmedia.com/2025/11/10/jangan-samakan-perbelanjaan-persekutuan-dengan-hak-40-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/11/10/jangan-samakan-perbelanjaan-persekutuan-dengan-hak-40-sabah/#respond Mon, 10 Nov 2025 03:36:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85408
Read Time:1 Minute, 39 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya mencampuradukkan antara perbelanjaan biasa dengan kewajipan perlembagaannya terhadap Sabah, kata bekas Presiden Persatuan Peguam Sabah (SLS), Datuk Roger Chin.

Menurutnya, keputusan Mahkamah Tinggi pada Oktober lalu adalah sangat jelas bahawa hak 40 peratus hasil negeri adalah hak perlembagaan, bukan perkara untuk dirundingkan. Ia mewakili 40 peratus daripada hasil bersih Persekutuan yang diperoleh dari Sabah dan bukan jumlah yang Putrajaya pilih untuk dibelanjakan di sini.

“Peruntukan untuk sekolah, hospital, jalan raya atau keselamatan adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan kepada semua rakyat Malaysia dalam sistem Persekutuan bukan sebahagian daripada geran khas 40 peratus yang wajib dibayar khusus kepada Sabah.

“Perlembagaan bukan tentang kemurahan hati. Ia tentang kewajiban, ketelusan dan penghormatan kepada janji yang menubuhkan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad berhubung hak tersebut.

Roger berkata kenyataan Perdana Menteri mengenai hak 40 peratus menunjukkan “salah faham yang serius” terhadap hak negeri ini.

“Apabila Perdana Menteri berkata RM10 bilion dikutip dan RM17 bilion ‘dikembalikan’, beliau sebenarnya mencampuradukkan dua perkara berbeza iaitu perbelanjaan persekutuan dan pembayaran semula berdasarkan perlembagaan,” katanya.

Beliau menambah bahawa perbandingan seperti itu tidak mempunyai makna selagi kerajaan tidak mendedahkan pecahan jelas yang menunjukkan mengenai jumlah hasil yang dikutip daripada Sabah, jumlah yang dikembalikan di bawah Perkara 112C, dan jumlah yang dibelanjakan untuk fungsi biasa kerajaan persekutuan.

“Selagi angka-angka ini tidak didedahkan, tiada sesiapa secara tepat boleh mengatakan bahawa Sabah telah menerima lebih daripada apa yang diberikannya,” katanya.

Roger berkata apabila Perdana Menteri berkata “datang dengan fakta dan angka” untuk membincangkan isu 40 peratus itu, ia merupakan kenyataan yang bersifat merendahkan seolah-olah rakyat Sabah tidak memahami.

“Bagaimana rakyat Sabah boleh mengemukakan angka jika kerajaan persekutuan sendiri enggan mendedahkan data tersebut?”

“Jika benar Putrajaya berpaksikan kepada fakta, maka dedahkanlah. Tunjukkan hasil, tunjukkan pemotongan, tunjukkan pembayaran.

“Sehingga itu berlaku, meminta rakyat Sabah ‘datang dengan fakta’ sebenarnya hanyalah mengejek ketidakmakluman yang sengaja diwujudkan oleh Kerajaan Persekutuan demi kesenangan dan keuntungan sendiri,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/10/jangan-samakan-perbelanjaan-persekutuan-dengan-hak-40-sabah/feed/ 0 85408
SLS gesa Kerajaan Persekutuan tidak fail rayuan terhadap keputusan 40 peratus hasil Sabah https://sabahmedia.com/2025/10/17/sls-gesa-kerajaan-persekutuan-tidak-fail-rayuan-terhadap-keputusan-40-peratus-hasil-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/10/17/sls-gesa-kerajaan-persekutuan-tidak-fail-rayuan-terhadap-keputusan-40-peratus-hasil-sabah/#respond Fri, 17 Oct 2025 11:35:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83542
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Sabah Law Society (SLS) menggesa Kerajaan Persekutuan agar tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung isu hak 40 peratus hasil Persekutuan yang dikutip dari negeri Sabah.

Bekas Presidennya, Datuk Roger Chin, berkata sebarang langkah untuk mencabar keputusan berkenaan akan mencemari keikhlasan dan semangat kerjasama yang menjadi asas kepada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Walaupun menjadi hak Kerajaan Persekutuan untuk memfailkan rayuan, tindakan sedemikian akan menjejaskan keikhlasan, terutama apabila kerajaan-kerajaan terdahulu, termasuk kerajaan kini telah berulang kali berjanji untuk menghormati MA63 namun masih gagal menyelesaikan isu hak 40 peratus ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Chin berkata keputusan Mahkamah Tinggi itu mengiktiraf semula hak perlembagaan Sabah terhadap 40 peratus hasil Persekutuan yang berpunca daripada negeri berkenaan dan memulihkan keadilan yang sekian lama dinafikan kepada rakyat Sabah.

“Kini, selepas mahkamah membuat keputusan yang jelas, Kerajaan Persekutuan wajar menghormati proses kehakiman, menerima keputusan itu dan mematuhinya,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa keputusan mahkamah itu bukan kemenangan menentang Persekutuan, sebaliknya kemenangan untuk Persekutuan, yang membuktikan bahawa Malaysia menghormati janji-janji asal pembentukannya dan bahawa perpaduan sebenar dibina atas dasar hormat, bukan pengabaian.

“Hari ini, keadilan telah ditegakkan menghormati keputusan ini bukan sekadar tentang Sabah, tetapi tentang memperkukuh Malaysia itu sendiri,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/17/sls-gesa-kerajaan-persekutuan-tidak-fail-rayuan-terhadap-keputusan-40-peratus-hasil-sabah/feed/ 0 83542
Pelaksanaan penuh terhadap tuntutan 40 peratus https://sabahmedia.com/2025/10/17/pelaksanaan-penuh-terhadap-tuntutan-40-peratus/ https://sabahmedia.com/2025/10/17/pelaksanaan-penuh-terhadap-tuntutan-40-peratus/#respond Fri, 17 Oct 2025 11:26:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83539
Read Time:1 Minute, 5 Second

KUNDASANG: Pengerusi Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan Kundasang, Datuk Japiril Suhaimin menyambut baik keputusan mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung
Tuntutan 40 peratus hasil Sabah.

“Justeru kita menuntut supaya pelaksanaan penuh keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu demi memastikan proses semakan dilakukan secara telus dan adil.

“Dalam masa yang sama, kita mahu pihak berwajib untuk terus memperjuangkan hak Sabah dalam rundingan MA63 dan pembahagian hasil negara,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyeru rakyat dan pemimpin Sabah bersatu dalam memperkukuh tuntutan hak negeri, dan menjadikan keputusan ini sebagai titik tolak ke arah keadilan fiskal dan pemulihan maruah Sabah.

“Keputusan ini membuktikan bahawa perjuangan berprinsip mampu membawa perubahan.

“Rakyat Sabah kini melangkah ke hadapan dengan semangat baru untuk masa depan yang lebih adil dan bermaruah,” katanya pada Jumaat.

Japiril menambah, para pemimpin awal yang menyuarakan tuntutan ialah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan tokoh lantang memperjuangkan hak Sabah sejak era 1990-an, khususnya berkaitan MA63 dan pembahagian hasil.

Walau bagaimanapun, katanya, penghargaan perlu juga diberikan kepada Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) sebagai pelopor tindakan undang-undang yang membawa kes ke Mahkamah Tinggi dan memperoleh keputusan bersejarah itu.

Ujar beliau, tuntutan ini penting kerana ia menyentuh soal-soal pengiktirafan hak negeri, Keadilan dalam sistem federalisme, dan pemulihan maruah Sabah dalam kerangka Malaysia.

“Kita berharap bahawa Kerajaaan Malaysia tidak mengemukakan rayuan terhadap perkara ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/17/pelaksanaan-penuh-terhadap-tuntutan-40-peratus/feed/ 0 83539
Mahkamah arah semakan semula hak 40% hasil Sabah dalam tempoh 90 hari https://sabahmedia.com/2025/10/17/mahkamah-arah-semakan-semula-hak-40-hasil-sabah-dalam-tempoh-90-hari/ https://sabahmedia.com/2025/10/17/mahkamah-arah-semakan-semula-hak-40-hasil-sabah-dalam-tempoh-90-hari/#respond Fri, 17 Oct 2025 07:31:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83506
Read Time:3 Minute, 18 Second

Oleh J.Evachel John

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Kerajaan Persekutuan untuk mengadakan semakan semula bersama Kerajaan negeri Sabah berhubung 40 peratus hasil bersih persekutuan yang dikutip dari Sabah.

Hakim Datuk Celestina Stuel Galid membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Sabah Law Society (SLS).

Dalam keputusannya, Celestina antara lain membenarkan perintah mandamus yang dipohon oleh SLS pada perenggan 112 dalam Lampiran 101 dengan pindaan pada perenggan 3(a).

Perintah mandamus itu mengarahkan kerajaan persekutuan untuk mengadakan semakan semula bersama Kerajaan Negeri Sabah di bawah peruntukan Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan, bagi melaksanakan hak pemberian 40 peratus hasil bersih kepada Negeri Sabah seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 112C, dibaca bersama subseksyen (1) Seksyen 2 Bahagian IV Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan.

“Semakan tersebut hendaklah dijalankan bagi setiap tahun kewangan berturut-turut (consecutive financial year) dari tahun 1974 hingga tahun 2021, dalam tempoh 90 hari dari tarikh perintah ini dikeluarkan, dan persetujuan antara kedua-dua kerajaan hendaklah dicapai dalam tempoh 180 hari dari tarikh perintah ini.

“Saya tidak membuat sebarang perintah berhubung kos bagi pindaan ini,” katanya.

Ketika membacakan keputusannya, Celestina antara lain berkata mahkamah berpendapat bahawa SLS telah berjaya membuktikan bahawa Perintah Kajian Semula Kedua yang dibuat oleh kedua-dua kerajaan untuk menimbangkan dan menetapkan pemberian khas kepada Negeri Sabah adalah tidak sah dan ‘ultra vires’, iaitu melampaui kuasa yang diberikan kepada mereka.

“Adalah tidak sah bagi Kerajaan Persekutuan untuk membuat pemberian khas seperti yang dimaksudkan di bawah Jadual Kesepuluh kepada Negeri Sabah. Tindakan sedemikian adalah tidak sah dan tidak rasional, serta melanggar Perlembagaan Persekutuan dalam konteks semakan kehakiman ini,” katanya.

Celestina memaklumkan bahawa keputusan penghakiman penuh bertulis dijangka akan siap pada Selasa (21 Okt) atau Rabu (22 Okt).

Sementara itu pasukan guaman SLS yang diketuai oleh Dr David Fung berkata secara ringkasnya, hak 40 peratus yang dijanjikan kepada Sabah ini perlu dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Negeri.

“Kita bercakap tentang hak 40 peratus yang sepatutnya diterima oleh negeri bagi tempoh dari 1974 hingga 2021. Itu melibatkan 48 tahun. Hak bagi tempoh tahun-tahun yang hilang itu tidak terhapus, kata mahkamah.

“Oleh kerana ini merupakan tanggungjawab perlembagaan kerajaan, mereka kini perlu mengkaji semula dan menentukan jumlah sebenar. Mahkamah turut memberikan tempoh masa untuk melaksanakannya. Itulah intipatinya,” katanya ketika diminta menjelaskan mengenai Keputusan Mahkamah Tinggi.

David berkata mahkamah turut mengambil kira dokumen-dokumen perlembagaan seperti Suruhanjaya Cobbold, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Laporan Antara Kerajaan (IGC) ketika menafsir maksud hak 40 peratus di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Mahkamah juga mempertimbangkan keadaan sosial yang sedang dihadapi negeri pada masa ini. Hak 40 peratus ini sepatutnya digunakan oleh kerajaan negeri untuk menyediakan perkhidmatan negeri, serta meningkatkan pembangunan.

“Negeri ini telah ketinggalan kerana tiada pembayaran bagi hak ini sepanjang 48 tahun tersebut,” katanya.
Selain David, SLS juga diwakili oleh peguam Jeyan Marimuttu dan Janice Lim.

Pada Jun 2022, SLS memfailkan permohonan untuk kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman tersebut dan menamakan Kerajaan Persekutuan Malaysia dan Kerajaan Negeri Sabah masing-masing sebagai responden pertama dan kedua.

Pada November 2022, Mahkamah Tinggi memberikan kebenaran kepada SLS untuk meneruskan prosiding semakan kehakiman.

Kerajaan Persekutuan kemudiannya memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut. Namun pada Jun 2024, Mahkamah Rayuan sebulat suara menolak rayuan Kerajaan Persekutuan, sekali gus mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan SLS meneruskan prosiding semakan kehakiman.

Kerajaan Persekutuan kemudian memfailkan permohonan untuk mendapat kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.

Bagaimanapun, pada Oktober 2024, Mahkamah Persekutuan sebulat suara menolak permohonan itu, menyebabkan kes berkenaan dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan merit substantif.

Kerajaan Persekutuan diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan (SFC) Ahmad Hanir Hambaly @ Arwi, bersama Peguam Persekutuan (FC) Nur Atirah Aiman Rahim dan Mohammad Solehheen Mohammad Zaki.

Kerajaan Negeri Sabah pula diwakili oleh Peguam Besar Negeri Sabah Datuk Brenndon Soh, bersama Pegawai Undang-Undang Negeri Mohd Saifurrazee Hussin, Devina Teo dan Roland Alik.

Terdahulu pada sebelah pagi, bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Yong Teck Lee dan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Jeffrey Kitingan turut hadir di mahkamah.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/17/mahkamah-arah-semakan-semula-hak-40-hasil-sabah-dalam-tempoh-90-hari/feed/ 0 83506
Pertikaian 40% Pemberian Khas : SLS akan failkan tindakan minggu depan https://sabahmedia.com/2022/06/03/pertikaian-40-pemberian-khas-sls-akan-failkan-tindakan-minggu-depan/ https://sabahmedia.com/2022/06/03/pertikaian-40-pemberian-khas-sls-akan-failkan-tindakan-minggu-depan/#respond Fri, 03 Jun 2022 12:50:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=16364
Read Time:5 Minute, 41 Second

KOTA KINABALU — Persatuan undang-undang Sabah (SLS)  akan memulakan tindakan berkaitan pertikaian yang berterusan berkenaan dengan Pemberian Khas 40% Negeri Sabah di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Tindakan SLS yang dilihat selaras dengan ketegasan Kerajaan Negeri Sabah yang  tetap dengan pendirian untuk menuntut 40 peratus hasil yang dikutip kerajaan Persekutuan dari negeri ini walaupun peruntukan mengenai perkara itu dinafikan kerajaan Pusat.

Di dalam satu kenyataan media, Persatuan itu telah mengambil maklum mengenai pengumuman Kerajaan Persekutuan baru-baru ini dimana  persetujuan yang dikatakan dicapai antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.  

Menurut Presiden SLS, Roger Chin, Persatuan itu berpandangan bahawa Pengumuman yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan pada 14.04.2022 dan Perintah yang diterbitkan dalam Warta Persekutuan pada 20.04.2022 yang dikatakan di bawah Perkara 112D sememangnya tidak konsisten.

Menurut badan itu lagi, Walaupun Pengumuman itu dengan jelas menyatakan bahawa ia adalah perjanjian tanpa prejudis, Kerajaan Persekutuan terus menerbitkan sama seperti Perintah di bawah 112D tanpa menyebut syarat tanpa prejudis.

“ SLS berpandangan bahawa Pengumuman dan penerbitan dalam Warta sebagai Perintah 112D adalah jelas melanggar Perkara 112C yang dibaca bersama Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 112C.” 

“ SLS sebagai penjaga Keadilan akan memfailkan tindakan minggu depan dan khususnya Permohonan Semakan Kehakiman, untuk mencabar Pengumuman bertarikh 14.04.2022 serta penerbitan Warta bagi Perintah yang dikatakan itu atas alasan ia adalah ultra vires.

Berikut adalah kenyataan media penuh persatuan itu 

SLS’s Press Statement on 40% Entitlement Action

The Sabah Law Society (SLS) will be commencing an action pertaining to the on-going dispute in respect of the 40% Special Grant that the State of Sabah is entitled to under the Federal Constitution. 

SLS has taken cognizance of the recent announcement by the Federal Government on the purported agreement reached between the Federal Government and the State Government. SLS is also aware of the Gazette publication purporting that it is an Order under Article 112D of the Federal Constitution. 

SLS is of the view that both the Announcement made by the Federal Government on 14.04.2022 and the Order published in Federal Gazette on the 20.04.2022 purportedly under Article 112D is inherently inconsistent. 

While the Announcement clearly stated that it is a without prejudice agreement, the Federal Government went on to publish the same as an Order under 112D with no mention of the without prejudice condition.

SLS is of the view that both the Announcement and the publication in the Gazette as an Order 112D is in clear breach of Article 112C read together with Tenth Schedule of the Federal Constitution as well as Article 112C. 

Notwithstanding the purported without prejudice Agreement and the gazette publication, there remains the issue of Sabah’s entitlement under the Federal Constitution, more particularly Article 112D and 112C. 

For the period from 1964 to 1969 and the period from 1974 to 2021 the State of Sabah is entitled to the 40% Special Grant as provided under Article 112C read together with Part III, Part IV and Part V of the Tenth Schedule. 

Part IV of the Tenth Schedule provides for a specific formula for the calculation of the 40% Special Grant. It is imperative that both the formula and the application of that formula must be determined once and for all. There have been so many different and sometimes conflicting interpretations of the formula. With this in mind, the SLS action and after nearly 60 years, will seek the court’s assistance as to what really is the 40%. 

SLS as the guardian of Justice will file an action next week and more particularly a Judicial Review Application, to challenge the Announcement dated 14.04.2022 as well as the Gazette publication of the purported Order on the grounds it is both ultra vires the Federal Constitution and that it goes to very root of the formation of Malaysia. 

It is an affront to the sanctity of the Malaysia Agreement. The Constitutional Foundation Documents are sacrosanct. They are the soul and spirit of Malaysia. 

Without the Constitutional Foundation Documents, there would be no Malaysia. Upholding them is upholding Justice for Malaysia.

The Constitutional provisions under Chapter 2 of Part VII of the Constitution form part and parcel  of the Safeguards, Guarantees and Rights that are provided under the Malaysia Agreement in favour of Sabah and Sarawak. Accordingly, these are very tangible guarantees and rights are enshrined in the Federal Constitution and must be honoured to the sacred words of the same. They ought not and should not be disregarded or trampled upon willy-nilly. The sanctity of these Constitutional provisions must be upheld with utmost piety.

There is clear breach of the relevant Articles of the Constitution as set out herein in the forgoing paragraphs and more particularly Article 112C and 112D read together with the Tenth Schedule of the Federal Constitution as well as the Constitutional Foundation Documents. Any agreement as may be reached as between the Federal Government and the State Government must be in accordance with Article 112C and 112D read together with the Tenth Schedule of the Federal Constitution, failing which it would be ultra vires the Federal Constitution, unlawful and be of no effect. 

The Announcement dated 14.04.2022 made by the Federal Government and the State Government and subsequent Gazette Publication dated 20.04.2022 of the Review of Special Grant under Article 112D [State of Sabah] Order 2022 (Impugned Announcement and Review Order 2022) are both ultra vires the Federal Constitution, breach of natural justice, tainted with procedural impropriety, irrational and unreasonable and beyond all reasonable proportion. 

Impugned Announcement and Review Order 2022 failed to take into consideration the 40% formula and amount that would be derived by its application for the periods from 1964 to 1968 and 1974 to 2021. This has infringed on the Constitutional rights, benefits and entitlement of the State of Sabah and her people ultimately. 

It is grossly disproportionate to the constitutional entitlement in the State of Sabah under the Constitutional Foundation Documents, more particularly, the IGC Report and the express provisions of the Federal Constitution as set out in Article 112C and 112D.

By reason of the Impugned Announcement and Review Order 2022, the legitimate expectation of the State of Sabah and her people under the Malaysia Agreement, the Malaysia Act and the Constitutional Foundation Documents as well as the Federal Constitution, has been wholly disregarded and unfairly trampled upon.

The Applicants are entitled pursuant to Article 112C and 112D read together with Part III, IV and V of the Tenth Schedule of the Federal Constitution to assess the amount due to the State of Sabah and ultimately, the people of Sabah in accordance therewith.

Roger Chin

President

Sabah Law Society

3 June 2022

]]>
https://sabahmedia.com/2022/06/03/pertikaian-40-pemberian-khas-sls-akan-failkan-tindakan-minggu-depan/feed/ 0 16364