50 KIR – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 28 Feb 2022 05:31:00 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png 50 KIR – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 NGO Beri Sumbangan Kepada 50 KIR di Ranau https://sabahmedia.com/2022/02/28/ngo-beri-sumbangan-kepada-50-kir-di-ranau/ https://sabahmedia.com/2022/02/28/ngo-beri-sumbangan-kepada-50-kir-di-ranau/#respond Mon, 28 Feb 2022 05:28:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12587
Read Time:1 Minute, 1 Second

RANAU: Persatuan Peranakan Tionghua Ranau Ranau telah menghulurkan sumbangan kepada 50 ketua isi rumah (KIR) di Kampung Gusi.

Sesi penyerahan sumbangan bakul makanan ini diadakan di Balairaya Kg Gusi, kelmarin.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr. Joachim Gunsalam menghargai komitmen dan sumbangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang terus menghulurkan sumbangan dan membantu golongan yang memerlukan.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada persatuan ini atas keprihatinan dalam usaha membantu masyarakat khususnya di Ranau.

Selain ifu, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang dan semua yang terlibat sama menjayakan program ini.

“Kesemua KIR ini adalah keluarga murid sekolah daif,” kata Dr Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Peranakan Tionghua Ranau, Aldem Chia berkata, pihaknya telah memberikan sumbangan seumpama ini sejak tahun lalu lagi.

“Golongan sasar ialah mereka yang terkesan akibat Covid-19, seperti ibu tunggal dan kanak-kanak istimewa,” katanya, sambil menambah pihaknya bekerjasama dengan Pusat Dalam Komuniti (PDK) seperti di daerah Ranau dan Tuaran.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK); Abdul Rashid Abdul Halim, Guru Besar SK Gusi, Julai Salim; ketua kampung dan beberapa ahli jawatankuasa persatuan berkenaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/28/ngo-beri-sumbangan-kepada-50-kir-di-ranau/feed/ 0 12587