500 – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 23 Sep 2021 09:17:14 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png 500 – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 YNJ Serah Bantuan Bakul Makanan Kepada 500 Penduduk Terjejas Banjir Di Kg Sugud https://sabahmedia.com/2021/09/23/ynj-serah-bantuan-bakul-makanan-kepada-500-penduduk-terjejas-banjir-di-kg-sugud/ https://sabahmedia.com/2021/09/23/ynj-serah-bantuan-bakul-makanan-kepada-500-penduduk-terjejas-banjir-di-kg-sugud/#respond Thu, 23 Sep 2021 09:17:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6776
Read Time:44 Second

PENAMPANG: Seramai 500 penduduk Kampung Sugud yang terjejas banjir menerima bakul makanan.

Pengerusi Yayasan Nur Jauhar (YNJ), Jeneral Al Hambra Juhar menyampaikan sumbangan tersebut di Dewan Datu Damidal, Kg Sugud.

” YNJ menyampaikan sumbangan kepada 500 orang penduduk yang terjejas akibat bencana banjir di Kg Sugud.

“Sumbangan ini hasil kerjasama dengan beberapa syarikat swasta seperti Sawit Kinabalu dan Syarikat Adabi.

“Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban penduduk yang terkesan akibat bencana banjir yg menimpa Kg Sugud baru-baru ini”, ujar beliau.

Al Hambra ditemui media selepas menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada mangsa banjir di sini, pada Khamis.

Tambahnya, YNJ juga merancang untuk mengedarkan sumbangan ke daerah lain yang turut terjejas akibat bencana terbabit.

Hadir sama dalam majlis ini Penaung YNJ Toh Puan Norlidah Tan Sri Datuk R.M.Jasni, Pengarah Urusan Sawit Kinabalu Bacho Jansie dan Pengurus Adabi Sabah Distribution Sdn. Bhd. Muhamad Zahari Muhd Nasir. – PENERANGAN

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/23/ynj-serah-bantuan-bakul-makanan-kepada-500-penduduk-terjejas-banjir-di-kg-sugud/feed/ 0 6776
Tidak Benar Kerajaan Beli 500 buah Ambulan Secara Tergesa-Gesa https://sabahmedia.com/2021/06/22/tidak-benar-kerajaan-beli-500-buah-ambulan-secara-tergesa-gesa/ https://sabahmedia.com/2021/06/22/tidak-benar-kerajaan-beli-500-buah-ambulan-secara-tergesa-gesa/#respond Tue, 22 Jun 2021 06:31:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1738
Read Time:1 Minute, 7 Second

SUARA.TV

PUTRAJAYA: Kementeri Kesihatan Malaysia menafikan kerajaan membuat pembelian 500 buah ambulan secara perolehan terus seperti dakwaan bekas Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

Iklan tawaran tender terbuka untuk perolehan 490 jenis ambulans bersama kelengkapan peralatan perubatan bagi kegunaan hospital dan klinik di seluruh negara telah dikeluarkan pada 17 Jun 2021 lalu.

Dalam satu kenyataan media Kementerian Kesihatan memaklumkan Menterinya, Dr Adham Baba, memaklumkan dalam sidang media beberapa hari lepas, “bahawa KKM akan mulakan tender 500 ambulans ini dan bagi ambulans lain kita akan gunakan sistem ‘leasing’ mengikut zon agar isu logistik pesakit COVID-19 di mana-mana jua dapat diatasi,”

YB Menteri Kesihatan berkata demikian ketika majlis penyerahan ‘Negative Pressure Ambulance’ bagi membawa pesakit COVID-19 di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS pada 19 Jun 2021.

Dalam kenyataan tersebut tidak disebut kesemua 500 ambulans itu bercirikan ‘Negative Pressure Ambulance’ sebagaimana yang disalahfahami dan dilapor oleh pihak tertentu.

KKM melihat keperluan ciri-ciri ‘Negative Pressure Ambulance’ ini untuk melawan
pandemik COVID-19 pada masa ini dan di masa hadapan.

Ciri-ciri ‘Negative Pressure Ambulance’ ini mempunyai sistem tekanan negatif, penapisan HEPA dan lampu UV khusus untuk kes penyakit berjangkit terutamanya jenis penyakit bawaan udara.

Sementara sumber memaklumkan kepada SuaraTV, perolehan ini telah dirancang sejak zaman Dr Dzulkefly lagi dan hanya diluluskan oleh Kementerian Kewangan untuk perolehan tahun ini.-SUARATV

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/22/tidak-benar-kerajaan-beli-500-buah-ambulan-secara-tergesa-gesa/feed/ 0 1738