60 peratus – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 21 Aug 2021 09:18:53 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png 60 peratus – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan Sabah Yakin Mampu Capai 60 Peratus Rakyatnya Terima Vaksinasi, Beralih Fasa 3 PPN https://sabahmedia.com/2021/08/21/kerajaan-sabah-yakin-mampu-capai-60-peratus-rakyatnya-terima-vaksinasi-beralih-fasa-3-ppn/ https://sabahmedia.com/2021/08/21/kerajaan-sabah-yakin-mampu-capai-60-peratus-rakyatnya-terima-vaksinasi-beralih-fasa-3-ppn/#comments Sat, 21 Aug 2021 09:18:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5016
Read Time:1 Minute, 4 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah yakin mampu mencapai sasaran 60 peratus rakyatnya menerima vaksinasi pada atau sebelum 15 September bagi membolehkan negeri itu beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia berikutan perkembangan harian vaksinasi akan mencapai 40 peratus nilai ambang selain kira-kira 1.4 juta rakyat Sabah telah menerima suntikan dos pertama menerusi Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Amat menggembirakan apabila beberapa hari lalu juga, kita telah mencapai angka tertinggi vaksinasi harian melebihi 60,000 dos,” katanya dalam satu sidang media selepas mengadakan lawatan ke pusat pemberian vaksin (PPV) di Dewan Sri Sulaman di sini, hari ini.

Katanya, jika keadaan seperti ini berterusan, kita boleh mencapai imuniti kelompok sekurang-kurangnya pada bulan Oktober atau November.

“Jika dilihat kepada pengurusan vaksinasi yang teratur ini,saya yakin Sabah akan mencapai sasaran 60 peratus lebih awal,” katanya.

Sebelum ini kerajaan negeri menyasarkan 60 peratus penduduk negeri ini mendapat vaksin menjelang bulan Oktober.

Setakat ini, jumlah keseluruhan penerima dos pertama adalah seramai 1,428,122.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan negeri akan menerima sebanyak 560,720 dos vaksin termasuk CanSino selain Pfizer dan Sinovac, pada minggu depan.

“Ini akan merancakkan lagi momentum Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) terutama di kawasan pedalaman,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/21/kerajaan-sabah-yakin-mampu-capai-60-peratus-rakyatnya-terima-vaksinasi-beralih-fasa-3-ppn/feed/ 1 5016
Sabah berada dalam rangka mencapai 60 peratus vaksinasi menjelang Oktober https://sabahmedia.com/2021/07/27/sabah-berada-dalam-rangka-mencapai-60-peratus-vaksinasi-menjelang-oktober/ https://sabahmedia.com/2021/07/27/sabah-berada-dalam-rangka-mencapai-60-peratus-vaksinasi-menjelang-oktober/#respond Tue, 27 Jul 2021 06:39:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3648
Read Time:1 Minute, 33 Second

KENINGAU: Sabah berada dalam rangka untuk mencapai matlamat memvaksin sekurang-kurangnya 60 peratus penduduk pada bulan Oktober dengan program jangkauan luar (mobile outreach) menunjukkan hasil yang baik setakat ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, berdasarkan angka Program Vaksinasi Jangkauan Luar, Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF), jumlah sebenar orang yang disuntik telah melebihi sasaran selama empat hari berturut-turut bermula 21 Julai.

Pada 21 Julai lalu, penduduk yang sudah mendapatkan sama ada dos pertama atau kedua adalah 31,375, manakala pada 22 Julai (32,293), 23 Julai (35,749) dan 24 Julai (32,504).

“Dengan ketibaan vaksin dos tunggal CanSino yang dijangkakan pada bulan depan, Sabah kini berada dalam rangka untuk mencapai sasaran itu,” katanya.

Ditambah dengan pembukaan PPV Integrasi pertama Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), pada 28 Julai ini, akan membantu meningkatkan kadar vaksinasi di negeri ini.

Bersama dengan program sedia ada iaitu Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) untuk pekerja industri, PPV Integrasi yang melibatkan dua organisasi Penjagaan Kesihatan swasta diharap dapat meningkatkan vaksinasi daripada 1,500 hingga 10,000 sehari.

“Sabah akan menerima satu juta dos vaksin Pfizer dan menjangkakan penghantaran 1.8 juta dos vaksin CanSino yang diminta, menjelang bulan depan,” Hajiji berkata demikian selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) daerah di Kompleks Sukan Keningau di sini pada Selasa.

Sementara itu, Hajiji juga menyerahkan Bantuan Sabah Prihatin (BSP) 3.0 di bawah peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah di Dewan Keningau, di Majlis Daerah berkenaan.

“Manakala mengenai bakul makanan dan bantuan secara tunai one-off, sebanyak 84.25 peratus atau RM88,815,600 daripada RM120,469,481 yang diperuntukkan di bawah BSP 3.0 yang diumumkan pada 9 Jun lalu, sudah disalurkan.

“Sebanyak RM45,612,200 yang telah diperuntukkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah adalah sebahagian daripada RM120 juta dan hampir keseluruhannya sudah disalurkan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/27/sabah-berada-dalam-rangka-mencapai-60-peratus-vaksinasi-menjelang-oktober/feed/ 0 3648