65 pemain negeri – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 01 Mar 2023 12:17:27 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png 65 pemain negeri – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 65 pemain negeri sertai Kejohanan Badminton AFFIN-100Plus Junior Elite di Putrajaya https://sabahmedia.com/2023/03/01/65-pemain-negeri-sertai-kejohanan-badminton-affin-100plus-junior-elite-di-putrajaya/ https://sabahmedia.com/2023/03/01/65-pemain-negeri-sertai-kejohanan-badminton-affin-100plus-junior-elite-di-putrajaya/#respond Wed, 01 Mar 2023 12:17:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30185
Read Time:51 Second

KOTA KINABALU: Seramai 65 pemain negeri menyertai Kejohanan Badminton AFFIN-100Plus Junior Elite yang berlangsung selama lima hari di Putrajaya, sehingga 5 Mac depan.

Presiden Persatuan Badminton Sabah (SBA), Janih Bangud berkata, kejohanan membabitkan pemain remaja dari seluruh negeri ini dalam kategori berusia 12 hingga 16 tahun.

Katanya, pasukan Sabah yang berada dalam kumpulan B diletakkan bersama-sama pasukan tuan rumah Putrajaya, Negeri Sembilan dan Kedah.

“Berdasarkan pencapaian tahun lalu, pasukan badminton Sabah muncul naib johan di kejohanan pusingan pertama yang berlangsung di negeri Perlis.

“Manakala pada pusingan kedua pula yang berlangsung di negeri Kedah, pasukan kita dinobatkan sebagai juara,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Janih berkata, pihaknya berharap, pasukan badminton remaja Sabah akan sekali lagi dapat mengulangi pencapaian cemerlang tahun lalu.

“Ini adalah antara inisiatif berterusan dalam usaha untuk terus melahirkan bakat-bakat baru dalam sukan badminton.

“Kita ucapkan selamat maju jaya kepada pasukan Sabah dan begitu terima kasih kepada AST Sport Centre kerana menaja baju seluruh pasukan badminton dan pegawai rasmi pasukan Sabah pada kejohanan ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/01/65-pemain-negeri-sertai-kejohanan-badminton-affin-100plus-junior-elite-di-putrajaya/feed/ 0 30185