7 – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 22 Jul 2021 13:01:52 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png 7 – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 COVID-19: Lagi majlis pengebumian cetus kluster baharu, 7 lokaliti dikenakan PKPD di Sabah https://sabahmedia.com/2021/07/22/covid-19-lagi-majlis-pengebumian-cetus-kluster-baharu-7-lokaliti-dikenakan-pkpd-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/07/22/covid-19-lagi-majlis-pengebumian-cetus-kluster-baharu-7-lokaliti-dikenakan-pkpd-di-sabah/#respond Thu, 22 Jul 2021 13:01:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3448
Read Time:1 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU: Kluster Kebun Lama, Papar merupakan kluster kategori komuniti yang dikesan di daerah Kota Kinabalu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes indeks adalah lelaki, 33, yang disahkan positif COVID-19 hasil saringan sign-on kapal pada 15 Julai 2021.

Bagaimanapun, saringan kontak rapat mendapati satu kes positif di daerah Papar pada 17 Julai 2021.

Menurut Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 negeri dalam satu kenyataan media hari ini, berikutan penemuan kes positif itu bagi Kluster Kebun Lama, Papar, saringan kontak dijalankan terhadap 35 sampel dan mendapati 26 kontak positif menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 27 kes, lapan sampel negatif dan satu sampel masih menunggu keputusan ujian saringan.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, punca pertambahan bilangan kes positif dalam kalangan keluarga disyaki berpunca daripada majlis pengebumian pada 6 Julai 2021 di Kg Kabang diikuti majlis tahlil selama lima hari yang dihadiri 60 orang di Kg Nagapas, Papar.

Manakala Kluster Kuril Kinabatangan berlaku di tempat kerja iaitu sebuah ladang sawit di Mukim Sukau, Kinabatangan.

“Kes indeks merupakan pemandu ladang, lelaki, 26, yang disahkan positif COVID-19 dengan keputusan RTK-Ag (grading 100%) di Klinik Mabello Paris, Kinabatangan pada 15 Julai 2021.

“Namun saringan kontak kemudian mengesan 11 lagi kes positif dalam kalangan keluarga, pekerja dan tanggungan”,katanya.

Aktiviti siasatan, persampelan COVID-19 dan disinfeksi masih diteruskan di lapangan untuk menilai sebaran jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada pekerja ladang berdekatan yang lain.

Setakat hari ini, terdapat 12 kes positif COVID-19 bagi Kluster Kuril, Kinabatangan direkodkan termasuk 10 kes baharu.

Semantara itu, terdapat tujuh lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 14 hari berkuat kuasa 24 Julai hingga 6 Ogos 2021 melibatkan dua lokaliti di Tuaran iaitu Kg Pukak, Mukim Tengah dan PPR Gayang Ria, Mukim Berungis, Kampung Gumandang, Kudat, Kampung Lumatai Ulu, Beaufort, tiga Lokaliti di Sipitang iaitu Kampung Banting, Kampung Kawang dan Kampung Ulu Bole.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/22/covid-19-lagi-majlis-pengebumian-cetus-kluster-baharu-7-lokaliti-dikenakan-pkpd-di-sabah/feed/ 0 3448
7 Lokaliti Dikenakan PKPD, 1 Kluster Direkodkan Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/07/11/7-lokaliti-dikenakan-pkpd-1-kluster-direkodkan-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/07/11/7-lokaliti-dikenakan-pkpd-1-kluster-direkodkan-di-sabah/#respond Sun, 11 Jul 2021 12:28:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2909
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Tujuh kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sabah bermula Selasa ini 13 Julai hingga 26 Julai 2021 melibatkan dua lokaliti di Beaufort iaitu Kampung Jempangah dan Kampung Rancangan Klias, Kampung Tebongon, Putatan, tiga lokaliti di Kota Kinabalu iaitu Jalan Pasir, Likas, Kampung Kuala Menggatal dan Kuarters Tangki Air Biru, Telipok dan Borneo Timber, Tongod.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, PKPD dilaksanakan di dua lokaliti Daerah Beaufort berikutan dengan peningkatan 70 kes positif COVID-19 direkodkan berpunca daripada 10 kes daripada Saringan Kluster Lumadan, 51 kes daripada Saringan Kontak Rapat dan Sembilan kes daripada Saringan Bergejala.

Sementara satu kluster direkodkan hari ini iatiu, Kluster Kayu Patikang, Keningau merupakan penularan jangkitan di tempat kerja iaitu di sebuah kilang pemprosesan kayu balak di daerah Keningau, melibatkan Mukim Patikang dan Lingkudau.

“Kes indeks adalah kanak-kanak perempuan, 4, bukan warganegara yang dikesan melalui saringan bergejala di Hospital Keningau dengan keputusan RTK-Ag positif.

“Saringan kontak di lapangan mendapati 16 lagi kes dengan keputusan RTK-Antigen positif pada 10 Julai 2021,”kata Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri.

“Pada tarikh sama, dua lagi kes positif RTK-Antigen dilaporkan oleh Pusat Kuarantin Sementara, IPG Keningau melalui saringan seumpama.

“Setakat hari ini, daripada 88 kontak yang disaring, terdapat 19 kes positif termasuk 18 kes baharu,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/11/7-lokaliti-dikenakan-pkpd-1-kluster-direkodkan-di-sabah/feed/ 0 2909