74 gereja di Tongod – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 22 Dec 2024 06:48:48 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png 74 gereja di Tongod – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 74 Gereja di Tongod Terima Sumbangan Sempena Hari Natal https://sabahmedia.com/2024/12/22/74-gereja-di-tongod-terima-sumbangan-rm50000-sempena-hari-natal/ https://sabahmedia.com/2024/12/22/74-gereja-di-tongod-terima-sumbangan-rm50000-sempena-hari-natal/#respond Sun, 22 Dec 2024 06:28:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65837
Read Time:44 Second

TONGOD: Sebanyak 74 komuniti gereja di daerah Tongod menerima sumbangan daripada Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah, sebagai persediaan menyambut perayaan Hari Natal tahun ini.

Sumbangan tersebut, yang disampaikan dalam satu majlis sambutan Hari Natal di Dewan Entilibon semalam, bertujuan membantu jemaah gereja melaksanakan pelbagai aktiviti keagamaan pada 25-26 Disember ini.

Setiap gereja menerima bantuan antara RM2,000 hingga RM500, bergantung kepada saiz komuniti, dengan fokus kepada gereja kecil.

Menurut Masiung, inisiatif ini merupakan program tahunan sebagai tanda sokongan kepada komuniti gereja di kawasan tersebut.

Dalam ucapannya, beliau turut berjanji untuk terus melibatkan diri dalam program pembangunan keagamaan di daerah Tongod.

Beliau juga menggesa pemimpin komuniti gereja untuk melaksanakan projek gotong-royong bagi meningkatkan keindahan luaran dan dalaman bangunan gereja, sambil memperkukuhkan semangat kerjasama dalam kalangan jemaah.

Majlis itu disambut meriah dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat, menggambarkan semangat perpaduan dan keharmonian yang kukuh di daerah itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/22/74-gereja-di-tongod-terima-sumbangan-rm50000-sempena-hari-natal/feed/ 0 65837