aadk – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 24 May 2026 22:46:00 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png aadk – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 AADK perkasa komuniti Pulau Banggi menerusi program JABD 2026 https://sabahmedia.com/2026/05/25/aadk-perkasa-komuniti-pulau-banggi-menerusi-program-jabd-2026/ https://sabahmedia.com/2026/05/25/aadk-perkasa-komuniti-pulau-banggi-menerusi-program-jabd-2026/#respond Sun, 24 May 2026 22:45:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97255
Read Time:1 Minute, 14 Second

KUDAT: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mempergiat usaha pencegahan dadah di peringkat akar umbi menerusi pendekatan agresif ‘turun padang’ melalui kempen Jerayawara SKUAD Antidadah Dua Roda sempena Program Jelajah Aspirasi Bebas Dadah (JABD) 2026 di Pulau Banggi, pada Ahad.

Ketua Pengarah AADK, Dato’ Ruslin Jusoh berkata, program itu dilaksanakan bagi memperkukuh sinergi bersama komuniti dengan memberi fokus kepada perlindungan institusi keluarga dan masyarakat kampung daripada ancaman dadah.

Menurutnya, pendekatan berkenaan merupakan anjakan paradigma dalam usaha pencegahan dadah negara yang kini tidak lagi tertumpu di peringkat atasan semata-mata, sebaliknya digerakkan secara terus kepada masyarakat.

“Kita menjalankan pendekatan turun padang secara langsung kepada komuniti, keluarga dan masyarakat kampung kerana kempen pencegahan dadah perlu benar-benar sampai ke peringkat bawah.

“Dengan adanya program pertama seumpamanya di Sabah ini, ia mampu membuka mata masyarakat agar lebih sedar terhadap bahaya dadah kepada diri, keluarga dan komuniti sekeliling,” katanya ketika ditemui selepas program itu di Pulau Banggi.

Terdahulu, majlis perasmian program disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banggi, Datuk Mohammad Mohamarin.

Turut hadir Pengarah AADK Sabah, Puan Elmariah Chung; Penolong Pegawai Daerah Banggi, Jaslee Jaafar serta Pengerusi SKUAD Antidadah Sabah, Datuk Mazlan @ Joehari Manan.

Mengulas lanjut, Ruslin berkata, penglibatan aktif masyarakat menerusi program seumpama itu mampu meningkatkan kesedaran dan kepekaan komuniti terhadap ancaman dadah di persekitaran mereka.

Katanya, penganjuran program secara berterusan juga dapat mendorong masyarakat mengamalkan gaya hidup lebih sihat dan positif.

“Melalui program JABD, inisiatif ini direkayasa bukan hanya tertumpu kepada satu negeri, tetapi dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh negara,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/25/aadk-perkasa-komuniti-pulau-banggi-menerusi-program-jabd-2026/feed/ 0 97255
11 klien AADK dari PUSPEN Papar lulus SPM https://sabahmedia.com/2024/05/27/11-klien-aadk-dari-puspen-papar-lulus-spm/ https://sabahmedia.com/2024/05/27/11-klien-aadk-dari-puspen-papar-lulus-spm/#respond Mon, 27 May 2024 13:42:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55130
Read Time:1 Minute, 33 Second

KAJANG: Seramai 12 klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daripada 14 klien yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berjaya lulus dalam mata pelajaran yang diambil bagi tahun 2023.

Daripada jumlah itu, seramai 11 orang adalah klien dari Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Papar, Sabah manakala seorang calon lagi adalah dari PUSPEN Seri Iskandar, Perak.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK, Shobah Jamil, semua klien ini sedang mengikuti program Rawatan dan Pemulihan Dalam Institusi (RPDI) di kedua-dua PUSPEN berkenaan yang menawarkan modul khas iaitu Program Akses Pendidikan Klien (PAPK) khususnya kepada klien di bawah umur 18 tahun sebagai peluang kebajikan pendidikan.

“Menerusi program PAPK ini, semua klien yang layak akan mengikuti jadual kelas yang sistematik dan diajar oleh guru yang dilantik menerusi Skim Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan berpengalaman dalam bidang pendidikan serta bantuan tenaga pengajar daripada Pejabat Pendidikan Daerah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.

Shobah yang kini memangku jawatan Ketua Pengarah AADK berkata, program PAPK mula diperkenalkan AADK pada tahun 2015 bagi membantu klien yang berdepan dengan keciciran pelajaran ketika menjalani program RPDI di PUSPEN.

Katanya, usaha ini adalah untuk memberi peluang kepada klien bagi memajukan diri dalam aspek akademik dan sijil yang diperoleh ini juga boleh digunakan mereka untuk meneruskan kehidupan sekali gus dapat mengekalkan kepulihan sepanjang hayat.

“Berdasarkan pengalaman kami, ada diantara mereka yang berdepan masalah seperti tidak pandai membaca, mengira, menulis pada awal kemasukan ke PUSPEN, namun selepas mengikuti program PAPK di PUSPEN, mereka beroleh kemahiran tersebut sehingga berjaya lulus dalam SPM.

“Sebanyak enam mata pelajaran diambil klien AADK iaitu Bahasa Melayu; Bahasa Inggeris; Sains; Matematik; Sejarah dan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral.

“Kesemua klien yang lulus SPM 2023 berpeluang melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi seperti di Institut Kemahiran Mara (IKM), Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), GiatMara Malaysia dan politeknik,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/27/11-klien-aadk-dari-puspen-papar-lulus-spm/feed/ 0 55130
Kerjasama Semua Pihak Tangani Masalah Dadah Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/11/15/kerjasama-semua-pihak-tangani-masalah-dadah-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/11/15/kerjasama-semua-pihak-tangani-masalah-dadah-di-sabah/#respond Mon, 15 Nov 2021 02:40:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8475
Read Time:1 Minute, 12 Second

KARAMBUNAI: Usaha berterusan semua pihak adalah penting bagi menangani masalah penyalahgunaan dadah di negeri ini.  

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, ini termasuklah komuniti setempat terutamanya di kawasan berisiko tinggi (KBT).

Katanya, sebanyak empat kawasan KBT di Sabah dikenalpasti iaitu di Kota Kinabalu, Keningau, Labuan dan Tawau.

“Kolaborasi di antara jabatan adalah sangat penting bagi membanteras isu serta masalah dadah di negeri ini khususnya.

“KBT di sabah telah mencapai tahap ‘stabilisasi’ dan menunjukkan kesediaan komuniti untuk mengambil tindakan lanjut dalam isu penyalahgunaan dadah dan pelencongan sosial,” katanya.

Shahelmey berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Program Bengkel Pendayaupayaan Komuniti Peringkat Negeri Sabah Tahun 2021 di Nexus Resort & Spa Karambunai anjuran Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) disini semalam.

Hadir sama adalah, Pengarah AADK Sabah, Abdul Hamediee Ibrahim dan Setiausaha Eksekutif PEMADAM Sabah, Josie Ansilmus.

Terdahulu, semasa majlis berkenaan, Shahelmey berkata usaha kesedaran perlu diteruskan bagi meningkatkan keupayaan dalam komuniti setempat menangani isu penyalahgunaan dadah.

“AADK bertanggungjawab untuk memberikan pendidikan pencegahan kepada pemimpin komuniti, rakan strategik dan rakan pintar agar komuniti berupaya untuk melaksanakan program, dasar dan lain-lain perubahan yang dibangunkan kerajaan untuk mencapai komuniti bebas dadah,” katanya.

Terdahulu, seramai 30 peserta menghadiri bengkel tersebut dengan melibatkan kawasan-kawasan KBT termasuklah dari daerah Kota Kinabalu,Keningau, Tawau dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bengkel selama tiga hari itu adalah bertujuan memaksimakan jalinan kerjasama antara agensi terlibat bagi mengekang penyalahgunaan dadah di kawasan masing-masing.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/15/kerjasama-semua-pihak-tangani-masalah-dadah-di-sabah/feed/ 0 8475
Majikan Perlu Tubuh Jawatankuasa Pencegahan Dadah https://sabahmedia.com/2021/11/09/majikan-perlu-tubuh-jawatankuasa-pencegahan-dadah/ https://sabahmedia.com/2021/11/09/majikan-perlu-tubuh-jawatankuasa-pencegahan-dadah/#respond Tue, 09 Nov 2021 09:33:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8299
Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mahu semua majikan menubuhkan sebuah jawatankuasa pencegahan dadah di tempat kerja.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, ini bagi memastikan kakitangan lebih peka dan mempunyai kesedaran tentang penyalahgunaan dadah.

“Saya menyarankan majikan untuk mengambil inisiatif dengan menubuhkan jawatankuasa pencegahan dadah di tempat kerja masing-masing.

“Ini bagi membantu majikan dan kakitangan sama-sama memahami bahaya dan kesan penyalahgunaan dadah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) Peringkat Negeri Sabah Tahun 2021 di disini hari ini.

Shahelmey berkata, pelaksanaan ujian air kencing secara berkala juga perlu diusahakan bagi memastikan majikan dan pekerja sentiasa berada dalam keadaan sihat dan bebas dadah.

Katanya, penyalahgunaan dadah di tempat kerja akan membantutkan kecemerlangan sesebuah organisasi atau syarikat.

“Latihan dan program pencegahan penyalahgunaan dadah di pejabat seperti program gaya hidup sihat perlu dilakukan bagi mewujudkan komuniti bebas dadah sekaligus meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi.

“Ini selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk meningkatkan produktiviti dan seterusnya membantu meningkatkan sumber ekonomi Negeri Sabah,” katanya.

Terdahulu, program TEKAD merupakan satu usaha pencegahan penyalahgunaan dadah di sektor kerajaan mahupun swasta anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang bernaung di bawah Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/09/majikan-perlu-tubuh-jawatankuasa-pencegahan-dadah/feed/ 0 8299