Abang susu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 29 Oct 2024 14:14:31 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Abang susu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Abang Susu berhasrat perluas bantuan ke Borneo https://sabahmedia.com/2024/10/29/abang-susu-berhasrat-perluas-bantuan-ke-borneo/ https://sabahmedia.com/2024/10/29/abang-susu-berhasrat-perluas-bantuan-ke-borneo/#respond Tue, 29 Oct 2024 14:14:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63009
Read Time:1 Minute, 12 Second

PUTRAJAYA: Seorang usahawan, Klaus Lim,36, aktif mengadakan program khidmat sosial masyarakat (CSR) dalam membantu rakyat Malaysia dan luar negara yang berdepan kesusahan sejak 10 tahun yang lalu.

Klaus Lim (Abang Susu)

Inisiatif diadakan anak kelahiran Batu Pahat, Johor ini selepas beliau pernah melalui zaman kesusahan semasa kecil dan dijadikan sebagai motivasi bagi membantu golongan susah.

Menurut beliau, CSR diadakan itu turut disertai
beberapa sukarelawan lain melibatkan program bantuan susu tepung kepada kanak-kanak, bantuan perubatan, pendidikan dan barangan keperluan harian kepada golongan kurang berkemampuan.

Katanya, bantuan itu turut melibatkan masyarakat di Sabah, Sarawak dan Orang Asli di Semenanjung.

“Saya percaya suatu hari nanti golongan yang pernah menerima bantuan ini akan mengingat kembali zaman kesusahan mereka seterusnya menyumbang semula kepada pihak lain selepas mereka berkerjaya yang baik dan mempunyai pendapatan yang stabil di masa depan, “katanya ketika ditemui Sabah Media di sini, baru-baru ini.

Salah satu program CSR Abang Susu.

Beliau yang dikenali sebagai ‘Abang Susu’ berkata, sepanjang telibat dalam CSR ini beliau pernah mendapat pengiktirafan ‘Best Intelligent Figure 2023 dari Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTN) dan Anugerah Bantuan Susu Tepung Terbanyak dari Malaysia Book of Record (MBR) pada tahun lalu.

Menurutnya, menerusi CSR ini seramai 25,000 keluarga telah dibantu termasuk di Thailand, Cambodia, Laos dan Indonesia.

“Program bantuan diadakan ini tanpa mengira bangsa dan agama dan saya bercadang memperluaskannya ke Borneo di Sabah dan Sarawak supaya lebih ramai golongan memerlukan mendapat pembelaan ketika berdepan kesusahan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/29/abang-susu-berhasrat-perluas-bantuan-ke-borneo/feed/ 0 63009