Abdul Ghani – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 21 Nov 2025 15:01:27 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Abdul Ghani – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Abdul Ghani kukuhkan momentum, pastikan kemenangan GRS https://sabahmedia.com/2025/11/21/abdul-ghani-kukuhkan-momentum-pastikan-kemenangan-grs/ https://sabahmedia.com/2025/11/21/abdul-ghani-kukuhkan-momentum-pastikan-kemenangan-grs/#respond Fri, 21 Nov 2025 15:01:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86642
Read Time:51 Second

Oleh Silar Pinikit

NABAWAN: Minggu pertama kempen calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi N.46 Nabawan, Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin, menyaksikan peningkatan ketara dalam kehadiran dan sokongan akar umbi.

Abdul Ghani berkata sambutan penduduk amat menggalakkan di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM), termasuk di kawasan terpencil, sekali gus mencerminkan keyakinan pengundi terhadap kepimpinan GRS.

“Fokus pusingan pertama kempen ini adalah untuk turun ke semua PDM dan bertemu rakyat secara bersemuka. Ini langkah awal yang telah kami susun bersama jentera sejak lebih setahun lalu,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa strategi baharu telah dirangka untuk pusingan kedua kempen, mengambil kira perkembangan di lapangan setakat ini.

Terdahulu, Abdul Ghani bersama jentera kempen meneruskan gerak kerja dengan memasuki lima lagi lokasi, yang hanya dimaklumkan kepada penyokong GRS bagi memastikan kelancaran operasi kempen.

Turut serta dalam kempen tersebut ialah bekas pemimpin STAR yang kini kekal menyokong GRS, selain pemimpin-pemimpin komponen GRS yang lain termasuk PBS.

Pemimpin akar umbi Pakatan Harapan (PH) juga hadir memberikan sokongan, menunjukkan penyatuan sokongan rentas parti terhadap Abdul Ghani.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/21/abdul-ghani-kukuhkan-momentum-pastikan-kemenangan-grs/feed/ 0 86642
Abdul Ghani terus santuni semua kaum https://sabahmedia.com/2025/11/09/abdul-ghani-terus-santuni-semua-kaum/ https://sabahmedia.com/2025/11/09/abdul-ghani-terus-santuni-semua-kaum/#respond Sun, 09 Nov 2025 02:48:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85324
Read Time:1 Minute, 16 Second

Oleh Silar Pinikit

NABAWAN : Kepimpinan berteraskan kebajikan dan keharmonian terus menjadi pegangan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nabawan, Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin yang konsisten turun padang membantu masyarakat tanpa mengira latar belakang atau fahaman politik.

Dalam kunjungan Majlis Gabungan Gereja-Gereja Kristian Daerah Nabawan baru-baru ini, Abdul Ghani menegaskan bahawa setiap masyarakat di kawasan itu berhak menerima bantuan apabila diperlukan, termasuk bantuan kewangan untuk rawatan kesihatan, aktiviti komuniti dan keperluan rumah ibadat.

“Siapa pun yang perlukan bantuan, kita bantu. Sama ada untuk rawatan di klinik atau hospital, atau bantuan kepada badan keagamaan — semua kita salurkan ikut keperluan,” katanya.

Jelas beliau, bantuan kepada masyarakat Kristian ketika perayaan Krismas dan program gereja sentiasa diusahakan, sama seperti bantuan yang diberikan kepada masyarakat Islam ketika Hari Raya dan aktiviti masjid atau surau.

“Tidak kira agama atau kaum, saya membantu kerana kita semua masyarakat Nabawan,” katanya.

Dalam masa yang sama, Abdul Ghani mengingatkan agar rumah ibadat tidak dijadikan platform politik, sebaliknya kekal sebagai tempat penyatuan umat.

“Masjid dan gereja mempunyai komuniti daripada pelbagai parti politik. Jadi kalau ada perjumpaan keagamaan, khususkan untuk agama sahaja, jangan dicampur adukkan dengan politik,” katanya.

Beliau berkata pendekatan itu penting agar keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di Nabawan terus terpelihara.

Pengerusi Majlis Gabungan Gereja-Gereja Kristian Daerah Nabawan, Daud Anggau, turut merakamkan penghargaan kepada Abdul Ghani atas sumbangan berterusan kepada gereja-gereja di daerah berkenaan.

Lawatan tersebut sekali lagi memperlihatkan komitmen Abdul Ghani dalam mengutamakan kesejahteraan rakyat dan memupuk hubungan erat antara pemimpin dan masyarakat. SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/09/abdul-ghani-terus-santuni-semua-kaum/feed/ 0 85324
Abdul Ghani dijangka pertahan kerusi DUN Nabawan https://sabahmedia.com/2025/10/18/abdul-ghani-dijangka-pertahan-kerusi-dun-nabawan/ https://sabahmedia.com/2025/10/18/abdul-ghani-dijangka-pertahan-kerusi-dun-nabawan/#respond Sat, 18 Oct 2025 13:26:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83652
Read Time:55 Second

Oleh Silar Pinikit

NABAWAN: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nabawan, Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin, dipercayai telah mendapat isyarat awal daripada pucuk pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk dicalonkan semula pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang dijadual berlangsung pada 29 November depan.

Perkara itu dapat dilihat melalui mesyuarat urusetia Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Nabawan yang diadakan bagi membincangkan persiapan awal menjelang hari penamaan calon pada 15 November ini.

Mesyuarat berkenaan berlangsung pada Khamis di Dewan Kampung Malampoi yang disewa sebagai pusat jentera pilihan raya GRS DUN Nabawan.

Setiausaha Gagasan Rakyat Nabawan, Anthony Amin, yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata, tumpuan diberikan kepada persiapan hari penamaan calon dan strategi gerakan kempen akan datang.

Beliau turut membayangkan bahawa Abdul Ghani, yang juga penyandang kerusi DUN Nabawan, berkemungkinan besar akan dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada PRN ke-16 tahun 2020.

Bagaimanapun katanya, perkara itu hanya akan disahkan selepas pengumuman rasmi senarai calon oleh Presiden parti.

Pada PRN Sabah ke-16 lalu, Abdul Ghani memenangi kerusi DUN Nabawan dengan majoriti 2,238 undi, menewaskan tiga calon lain.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/18/abdul-ghani-dijangka-pertahan-kerusi-dun-nabawan/feed/ 0 83652