Abdul rahman dahlan ums – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 28 Jun 2026 04:39:54 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Abdul rahman dahlan ums – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 CIPTA@UMS perkasa pengkomersilan penyelidikan https://sabahmedia.com/2026/06/28/ciptaums-perkasa-pengkomersilan-penyelidikan/ https://sabahmedia.com/2026/06/28/ciptaums-perkasa-pengkomersilan-penyelidikan/#respond Sun, 28 Jun 2026 04:39:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99020
Read Time:1 Minute, 45 Second

KOTA KINABALU : Pelancaran Hub Inkubasi Pengkomersilan Universiti Malaysia Sabah (CIPTA@UMS) membuktikan komitmen UMS dalam memperkasa ekosistem pengkomersilan penyelidikan yang lebih dinamik, progresif dan berimpak tinggi. 

Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, selaras dengan aspirasi Kerajaan Madani untuk memacu ekonomi berteraskan inovasi, universiti bertanggungjawab menyediakan persekitaran yang kondusif bagi menyokong pertumbuhan syarikat pemula dan syarikat terbitan atau Start-Up Spin-Off (SUSO). 

“Landskap global hari ini sedang mengalami perubahan pantas didorong kemajuan teknologi, kecerdasan buatan (AI), pendigitalan dan ekonomi berasaskan pengetahuan. 

“Dalam mendepani persekitaran yang kompetitif ini, sesebuah Institusi Pendidikan Tinggi hendaklah melangkaui fungsi konvensional yang sekadar bertindak sebagai pusat penyelidikan dan pendidikan semata-mata.

“Universiti pada era ini memikul tanggungjawab mendesak untuk bertindak sebagai pemangkin penciptaan nilai ekonomi, peneraju inovasi dan tulang belakang kepada pembangunan industri serta masyarakat. 

“Kecemerlangan sesebuah universiti tidak lagi diukur bersandarkan metrik penerbitan akademik atau kuantiti graduan semata-mata tetapi dilihat dari segi keupayaan menterjemahkan hasil penyelidikan ke dalam bentuk produk, teknologi, perkhidmatan dan penubuhan syarikat yang memberi manfaat kepada masyarakat dan negara,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Majlis Pelancaran Hub Inkubasu Pengkomersilan CIPTA@UMS di Galeri Majlis, Bangunan Canselori UMS di sini.

Abdul Rahman berkata, CIPTA@UMS akan berfungsi sebagai hab sehenti komprehensif yang menyokong rantaian hayat pembangunan teknologi di bawah SUSO dari perlindungan harta intelek, pembangunan prototaip, market validation sehinggalah ke fasa pengkomersilan. 

“Inisiatif ini selaras dengan komitmen Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dalam agenda pemerkasaan penyelidikan dan inovasi. 

“Namun begitu, kita sedar kelangsungan sesebuah syarikat sentiasa berdepan dengan risiko kegagalan yang tinggi atau dipanggil Valley of Death. 

“Oleh yang demikian, Lembaga Pengarah Universiti menyambut baik dasar proaktif Kementerian Pendidikan Tinggi khususnya menerusi inisiatif pengenalan Skim Geran Pemecutan Syarikat Pemula dan Syarikat Terbitan & Accelerator atau SUSOA bermula tahun ini,” katanya. 

Beliau menyeru para inovator dan bakal usahawan UMS supaya segera merebut dan memanfaatkan skim geran tersebut dengan menjadikan CIPTA@UMS sebagai pusat operasi dan inkubasi utama. 

Dalam majlis berkenaan, turut diadakan penyerahan sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Tahun 2025 dan Watikah Kelulusan Syarikat Pemula Fasa 1/2026.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/28/ciptaums-perkasa-pengkomersilan-penyelidikan/feed/ 0 99020
Komitmen Kerajaan Sabah selesaikan isu bekalan air termasuk di UMS dihargai – Abdul Rahman https://sabahmedia.com/2023/10/04/komitmen-kerajaan-sabah-selesaikan-isu-bekalan-air-termasuk-di-ums-dihargai-abdul-rahman/ https://sabahmedia.com/2023/10/04/komitmen-kerajaan-sabah-selesaikan-isu-bekalan-air-termasuk-di-ums-dihargai-abdul-rahman/#respond Wed, 04 Oct 2023 01:39:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43021
Read Time:1 Minute, 32 Second

Kota Kinabalu : Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) menghargai komitmen Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan isu bekalan air di Sabah termasuk yang dihadapi warga universiti khususnya di Kampus Kota Kinabalu 

Pengerusi Lembaga Pengarah UMS Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, pihaknya juga memberi jaminan akan menyelesaikan isu berkaitan air termasuk yang menjejaskan keselesaan pelajar dan warganya.

“Pihak kita bersama pengurusan universiti sudah merangka pelan penyelesaian yang diyakini dapat menangani masalah ini.

“Kita ada pelan untuk menyelesaikan masalah air di UMS. InsyaAllah dalam masa terdekat ia dapat diselesaikan dan penginapan pelajar juga akan menjadi lebih selesa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ikrar dan Aku Janji pelajar baharu UMS sempena Minggu Suai Mesra Sesi 2023 / 2024 di UMS Kampus Kota Kinabalu, di sini,semalam.

Majlis itu disaksikan Ketua Menteri Sabah yang juga Pro Canselor UMS, Datuk Seri Hajiji Noor dan Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Kasim Mansur.

Abdul Rahman berkata, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, beliau sentiasa menginginkan agar setiap pelajar berasa ‘enjoy’ dengan ‘campus life’. 

“Saya, bersama ahli-ahli lembaga pengarah dan pengurusan universiti sentiasa mencari jalan agar segala kemudahan yang ada di universiti sentiasa dijaga.

“Hal yang demikian dapat memberi keselesaan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di UMS,” katanya.

Berdasarkan laporan sebelum ini, UMS adalah antara kawasan yang berdepan masalah gangguan air berikutan kekurangan bekalan dari Loji Rawatan Air (LRA) di Tuaran yang menyalurkan air ke kawasan utara bandar raya Kota Kinabalu.

Berikutan itu, UMS terpaksa mengambil beberapa inisiatif termasuk meningkatkan penghantaran air menggunakan lori tangki dari Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan membina sistem bekalan air graviti menggunakan sumber air bukit di kawasan kampus.

Kerajaan negeri sebelum ini memberi jaminan bekalan air untuk kawasan utara Kota Kinabalu, termasuk UMS akan ditingkatkan setelah kerja akhir proses naik taraf loji di Tuaran siap dan dijadual beroperasi sepenuhnya pada awal tahun depan. – SABAH MEDIA / FOTO UMS

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/04/komitmen-kerajaan-sabah-selesaikan-isu-bekalan-air-termasuk-di-ums-dihargai-abdul-rahman/feed/ 0 43021