abu sayaf – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 07 Feb 2022 01:14:10 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png abu sayaf – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tiada tangkapan anggota Abu Sayyaf – Polis Sandakan https://sabahmedia.com/2022/02/07/tiada-tangkapan-anggota-abu-sayyaf-polis-sandakan/ https://sabahmedia.com/2022/02/07/tiada-tangkapan-anggota-abu-sayyaf-polis-sandakan/#respond Mon, 07 Feb 2022 01:14:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11962
Read Time:48 Second

SANDAKAN: Polis menegaskan tiada sebarang tangkapan berkaitan kumpulan Abu Sayyaf di daerah ini seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Abdul Fuad Abdul Malek berkata, gambar yang tular di media sosial itu adalah tugas pemeriksaan dan operasi rutin yang dijalankan oleh pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi keselamatan yang lain.

“Polis mengesahkan tidak ada sebarang tangkapan berkaitan kumpulan Abu Sayyaf di daerah ini sebagaimana ditularkan di Facebook dan media sosial lain baru-baru ini.

“Gambar yang tular memaparkan pihak keselamatan sedang menjalankan pemeriksaan. Ia adalah tugas pemeriksaan dan operasi rutin pasukan keselamatan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan semalam.

Sehubungan itu, Abdul Fuad meminta orang ramai agar sentiasa menghubungi polis sekirannya terdapat sebarang kemusykilan bagi mendapatkan pengesahan.

Katanya, tindakan menularkan isu-isu yang boleh mendatangkan kegusaran pada masyarakat awam adalah satu kesalahan.

“Individu yang melakukan perbuatan sedemikian boleh dikenakan tindakan mengikut Kanun Keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1988,” jelasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/07/tiada-tangkapan-anggota-abu-sayyaf-polis-sandakan/feed/ 0 11962
Polis Sentiasa Pantau Cubaan Anggota Abu Sayyaf Masuk Ke Sabah https://sabahmedia.com/2021/06/29/polis-sentiasa-pantau-cubaan-anggota-abu-sayyaf-masuk-ke-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/06/29/polis-sentiasa-pantau-cubaan-anggota-abu-sayyaf-masuk-ke-sabah/#respond Tue, 29 Jun 2021 11:37:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2224
Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: Polis sentiasa memantau pergerakan ahli kumpulan pengganas Abu Sayyaf yang cuba masuk untuk bersembunyi di Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, polis khususnya cawangan khas dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) sentiasa giat menjalankan operasi bagi menghalang kemasukan kumpulan ini.

Katanya, pihaknya percaya banyak cubaan-cubaan ahli kumpulan ini yang lari dari negara jiran dan bersembunyi di Sabah disebabkan tindakan agresif pihak berkuasa Filipina.

“Pada masa kini, saya tidak nafikan disebabkan tindakan agresif pasukan keselamatan di Filipina, kumpulan Abu Sayyaf cuba melarikan masuk ke Sabah.

“Namun, hasil tindakan kita, seperti pada bulan lalu di mana kita berjaya menembak mati lima orang dan beberapa lagi diserahkan balik ke Filipina, mereka bersembunyi di pulau-pulau sekitar sempadan perairan antarabangsa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah, hari ini.

Hazani berkata, kita akan bekerjasama penuh dengan Esscom dan agensi keselamatan lain bagi mencegah kemasukan mereka ke negeri ini.

“Kita akan buat pemantauan berterusan dan tindakan sewajarnya supaya mereka tidak menjadikan Sabah seperti ‘syurga’ mereka,” tegasnya. – ASIATIMES

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/29/polis-sentiasa-pantau-cubaan-anggota-abu-sayyaf-masuk-ke-sabah/feed/ 0 2224
ESSCOM Senarai 4 Suspek Baharu https://sabahmedia.com/2021/06/28/esscom-senarai-4-suspek-baharu/ https://sabahmedia.com/2021/06/28/esscom-senarai-4-suspek-baharu/#respond Mon, 28 Jun 2021 14:15:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2155
Read Time:46 Second

LAHAD DATU – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) hari ini menyenaraikan empat suspek baharu bagi senarai individu yang dikehendaki.

Mereka ialah Ellam Sajiran@Nasirin, Ismuran Jirah, Tista Hussein dan Ahadin Hussein.

ESSCOM turut mengeluarkan lima individu daripada senarai lama berikutan semua suspek terbabit sudah dineutralise oleh pihak keselamatan Filipina.

Lima individu itu adalah Apo Mike@Majan Sahidjuan, Raden Abuh, Long Sahirin, Japs Sawadjaan@Mujafar Sawadjaan dan Mundi Sawadjaan.

Komander ESSCOM, Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, senarai orang dikehendaki terbaharu itu dikemas kini selepas kejayaan operasi menghapuskan suspek di Beaufort, baru-baru ini.

“Semua penama yang disenaraikan adalah suspek yang mempunyai kaitan dalam jenayah rentas sempadan dan penculikan.

“Ini merupakan sebahagian kejayaan menghapuskan suspek lama hasil daripada operasi terdahulu di Beaufort.

“Kejayaan itu membawa kepada operasi ke atas Abu Sayaf Group Sub Leader, INJAM YADAH dan AL SAWADJAAN dan RAF,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini. –K! ONLINE

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/28/esscom-senarai-4-suspek-baharu/feed/ 0 2155