acara – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 24 Apr 2023 06:14:53 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png acara – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Acara Rumah Terbuka erat perpaduan kaum https://sabahmedia.com/2023/04/24/acara-rumah-terbuka-erat-perpaduan-kaum/ https://sabahmedia.com/2023/04/24/acara-rumah-terbuka-erat-perpaduan-kaum/#respond Mon, 24 Apr 2023 06:14:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=33273
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Acara rumah terbuka terutamanya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang disertai masyarakat berbilang bangsa merupakan titik pertemuan bagi masyarakat majmuk di Malaysia untuk mencapai erti perpaduan sebenar.

Konsep rumah terbuka sempena musim perayaan termasuk Hari Raya boleh merapatkan hubungan pemimpin dengan rakyat, selain memantapkan perpaduan dan muhibah di kalangan penduduk berbilang kaum.

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat (PGRS) Usukan Datuk Japlin Akim berkata tradisi rumah terbuka secara tidak langsung merapatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat. Menerusi majlis seperti ini perpaduan kaum dapat diperkukuhkan melalui budaya kunjung-mengunjung.

Beliau berkata, rakyat berbilang kaum di negeri ini bebas mengamalkan cara hidup tanpa sebarang diskriminasi termasuk menganjurkan sambutan sempena hari kebesaran sama ada Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali.

“Ini kerana kunjungan orang ramai ke majlis rumah terbuka anjuran pemimpin sempena musim perayaan dapat meningkatkan lagi kemesraan antara rakyat dengan pemimpin,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita Rumah Terbuka beliau di Taman BDC Kolombong hari ini.

Japlin berkata kestabilan dan kemakmuran dikecapi hasil kerjasama semua kaum membolehkan setiap perayaan utama etnik negara ini disambut bersama.

“Amalan saling kunjung-mengunjung terutama pada musim perayaan mampu mengeratkan perpaduan serta mengukuhkan perasaan kekitaan dalam kalangan masyarakat.

“Sempena Hari Raya Aidilfitri, gunakanlah kesempatan ini untuk kita sebarkan keharmonian dengan mengeratkan hubungan kekeluargaan dan memperteguhkan ukhuwah di kalangan umat Islam tanpa mengira latar belakang politik kepartian serta mengukuhkan keharmonian hubungan antara kaum,” katanya.

Turut hadir ke rumah terbuka beliau Ahli Parlimen Siptang Datuk Matbali Musah, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Redonah Bahanda.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/24/acara-rumah-terbuka-erat-perpaduan-kaum/feed/ 0 33273
Pemanah Raman Sinigi Raih Pingat Perak Acara Barebow Berpasukan Lelaki https://sabahmedia.com/2022/01/02/pemanah-raman-sinigi-raih-pingat-perak-acara-barebow-berpasukan-lelaki/ https://sabahmedia.com/2022/01/02/pemanah-raman-sinigi-raih-pingat-perak-acara-barebow-berpasukan-lelaki/#respond Sun, 02 Jan 2022 01:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10564
Read Time:1 Minute, 43 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Pemanah, Raman Sinigi memenangi pingat perak dalam acara Barebow Berpasukan Lelaki dalam Kejohanan Memanah Terbuka Gadek Alor Gajah, Melaka 2021 yang berlangsung pada 24 hingga 26 Disember 2021 di Melaka.

Presiden Persatuan Memanah Daerah Kota Kinabalu, Ram Singh.
Presiden Persatuan Memanah Daerah Kota Kinabalu, Ram Singh.

Presiden Persatuan Memanah Daerah Kota Kinabalu (PMDKK) Ram Singh berkata, Raman Sinigi adalah wakil tunggal PMDKK yang menyertai kejohanan memanah pada acara tersebut hanya mendapat pingat perak setelah bergandingan dengan Azha Ariffin dan Razyrul Hisham Ramli dari Kelantan, trio memanah menamakan pasukan mereka PMDKK 5 Arrows dan menyaksikan Pasukan Barebow Malaysia meraih pingat emas manakala pingat gangsa menjadi milik pasukan Studio Memanah KL.

“Pada acara itu, malangnya, Raman terpaksa memanah pada sesi petang, bergelut dengan angin kencang dan hujan namun berjaya mendapat tempat ke-17 daripada 78 peserta yang menyertai,” kata Ram Singh dalam kenyataannya.

Menurut Ram Singh, ramai pemanah Barebow dari PMDKK tidak dapat menghadiri kejohanan tersebut kerana majoriti daripada mereka baru sahaja menamatkan Kejohanan Memanah Piala Presiden yang diadakan di Padang SUKMA, Likas pada 17 hingga 20 Disember 2021 dan sebahagiannya kerana komitmen kerja.

Persatuannya turut gembira dengan pencapaian Jonson Soumin dalam Piala Presiden yang telah menetapkan penanda aras untuk pertandingan Barebow kebangsaan.

Katanya, terdapat kira-kira 80 pemanah Barebow berdaftar dengan PMDKK dan bilangannya semakin meningkat.

“Persatuan ini dari semasa ke semasa menaik taraf kemudahan rangkaiannya dan memperkenalkan pelbagai program untuk memberikan yang terbaik untuk ahli serta melatih potensi pemanah. Ini kebanyakannya dilakukan oleh ahli Persatuan sebagai satu pasukan.

“Kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada Persatuan Memanah Negeri kerana berjaya menganjurkan Kejohanan Memanah Piala Presiden 2021 baru-baru ini yang menyaksikan ramai pemain muda baharu kami muncul antaranya seperti Jayden Vun, Muhamad Zidane Farhan Roslee, Quik Chern Ee, Ewyn Rich Chong dan Valerie Tan.

“Selaras dengan komitmen PMDKK, kami akan menetapkan program/acara 2022 kami untuk menjadikan persatuan kami kukuh dalam negeri, dengan gaya kemenangan pemanah kami,”ujarnya.

Ram Singh turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pasukan PMDKK yang diketuai oleh Setiausaha Agung Shiu Vay Leung dan semua jurulatih serta ahli PMDKK atas sokongan mereka.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/02/pemanah-raman-sinigi-raih-pingat-perak-acara-barebow-berpasukan-lelaki/feed/ 0 10564
Kerajaan Diminta Timbang Bantuan Kepada Peniaga Sektor Pengurusan Acara https://sabahmedia.com/2021/06/06/kerajaan-diminta-timbang-bantuan-kepada-peniaga-sektor-pengurusan-acara/ https://sabahmedia.com/2021/06/06/kerajaan-diminta-timbang-bantuan-kepada-peniaga-sektor-pengurusan-acara/#respond Sun, 06 Jun 2021 04:07:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=647
Read Time:1 Minute, 7 Second

6 Jun 2021
Erdie Ab Wahid
[email protected]

KOTA KINABALU: Kerajaan diminta untuk mempertimbangkan bantuan sewajarnya kepada pengusaha syarikat sektor perniagaan pengurusan acara, sewaan lampu, sistem bunyi dan skrin di negeri ini yang terjejas pendapatan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Salah seorang pengusaha, Sharom Abd Ghafar berkata, sejak PKP dikuatkuasakan tahun lalu, perniagaan perkhidmatan tersebut tidak mendapat tempahan berikutan PKP selain perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Sejak PKP pertama yang lalu sehingga kini perniagaan kami tidak menerima tempahan dari mana-mana penganjur dan dalam masa sama syarikat terpaksa menanggung gaji pekerja.

“Pekerja pula kebanyakkan sudah bekeluarga selain kami juga perlu membayar peralatan yang masih mempunyai pinjaman dengan Bank, sudah pasti ia memberi kesan kepada syarikat yang terlibat dalam sektor ini,”katanya.

Sharom Abd Ghafar

Sharom berkata, kerajaan seolah-olah terlepas pandang dalam menyalurkan bantuan atau geran kepada sektor ini seperti mana yang diumuman kepada pengiat industri lain khususnya dalam pelancongan, pengangkutan dan pertanian.

“PKP yang pertama atau kedua mungkin kami masih boleh bertahan namun pada kali ini kebanyakkan syarikat yang terlibat akan berhadapan masalah agak kritikal dan tidak mustahil akan berdepan gulung tikar.

“Justeru itu, saya bersama rakan lain yang terlibat dalam industri ini memohon agar kerajaan negeri mahupun pusat dapat melihat isu ini dan seterusnya mempertimbangkan bantuan atau geran agar kami boleh bertahan sehingga penularan kes COVID-19 ditangani,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/06/kerajaan-diminta-timbang-bantuan-kepada-peniaga-sektor-pengurusan-acara/feed/ 0 647