PUTRAJAYA : Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sekali lagi mencatatkan jumlah pemberian vaksin harian tertinggi dengan 376,909 dos vaksin diberikan di seluruh negara, semalam.
Ia menyaksikan kadar pemberian vaksin harian berjaya mencatatkan lebih 300,000 dos untuk empat hari berturut-turut, bermula Isnin lalu dengan 313,761 dos, Selasa (340,043) dan kelmarin 375,842).
5 Julai 2021 : 313,761 dos
6 Julai 2021 : 340,043 dos
7 Julai 2021 : 375,842 dos
8 Julai 2021 : 376,909 dos
Peningkatan kapasiti harian itu juga membolehkan Malaysia mencatatkan pemberian kira-kira 1.4 juta dos vaksin hanya dalam tempoh empat hari.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba yang mengongsikan data berkenaan berkata dengan peningkatan itu, Malaysia kini mencatatkan rekod pemberian sebanyak 10,413,270 juta dos vaksin sejak PICK bermula pada 24 Februari lalu.
Daripada jumlah itu, katanya, kira-kira 13.6 peratus daripada hampir 23.4 juta populasi dewasa di negara ini sudah menerima dua suntikan lengkap vaksin COVID-19, manakala 7,222,481 juta orang atau 30.9 peratus sudah menerima dos pertama setakat semalam.
“Jumlah pemberian vaksin COVID-19 setakat semalam berjumlah 10,413,270 dos. Bagi tempoh 24 jam lalu, sebanyak 376,909 dos diberikan semalam, iaitu yang tertinggi setakat ini,” katanya menerusi Twitter, hari ini.
Data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) yang dikongsi Dr Adham, menunjukkan Putrajaya mendahului kadar pemberian dos lengkap vaksin, berbanding jumlah penduduk dengan 31,580 individu atau 28.7 peratus.
Labuan pula merekodkan dengan 22,444 individu menerima dos lengkap vaksin atau 22.5 peratus daripada jumlah penduduk, Perlis (50,236 atau 19.7 peratus), Kuala Lumpur (306,469/17.3 peratus), Sarawak (443,987/15.8 peratus), Negeri Sembilan (124,506/11 peratus) dan Perak (250,922/10 peratus).
Kelantan (181,103/9.5 peratus), Pahang (162,693/9.7 peratus), Terengganu (111,661/8.9 peratus), Kedah (209,999/9.6 peratus), Melaka (85,751/9.2 peratus), Johor (326,207/8.6 peratus), Pulau Pinang 161,469/9.1 peratus), Sabah (275,179 /7.0 peratus) dan Selangor 446,583 (6.8 peratus).
]]>KUALA LUMPUR, Seramai 1,122,420 individu di negara ini telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba hari ini.
Beliau berkata angka itu merupakan peningkatan sebanyak 7,736 orang berbanding 1,114,684 pada Selasa.
Selain itu, seramai 2,208,016 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini berjumlah 3,330,436, katanya dalam hantaran menerusi Twitter beliau.
Menurut infografik berkenaan, Sabah kini mencatatkan sejumlah 152,900 orang telah menerima suntikan manakala 89,821 orang telahpun melengkapkan jumlah 2 dos suntikan manakala Selangor merupakan negeri yang merekodkan dos lengkap tertinggi iaitu 145,636, diikuti Sarawak (116,399), Perak (105,302), Kuala Lumpur (101,249) dan Johor (97,983).
Mengikut perancangan, fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang bermula April lepas hingga Ogos ini akan membabitkan pemvaksinan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan Orang Kurang Upaya.
Fasa ketiga akan bermula pada bulan ini hingga Februari 2022, melibatkan individu berusia 18 tahun ke atas, warganegara dan bukan warganegara, dengan sasaran sekurang-kurangnya 13.7 juta orang.
Pada fasa pertama program yang berlangsung dari Februari hingga April lepas, sekitar 500,000 petugas barisan hadapan termasuk warga kesihatan menerima vaksin itu.
]]>