Adik – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 04 Nov 2025 08:46:29 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Adik – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lelaki tukar pengakuan, kini nafikan rogol adik kandung https://sabahmedia.com/2025/11/04/lelaki-tukar-pengakuan-kini-nafikan-rogol-adik-kandung/ https://sabahmedia.com/2025/11/04/lelaki-tukar-pengakuan-kini-nafikan-rogol-adik-kandung/#respond Tue, 04 Nov 2025 08:45:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84930
Read Time:49 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang sebelum ini mengaku bersalah atas pertuduhan merogol adik kandungnya telah menukar pengakuan kepada tidak bersalah hari ini.

Tertuduh, 23 tahun menukar pengakuannya kepada tidak bersalah di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Zaini Fishir @ Fisal ketika ketika kes itu disebut semula untuk tujuan hukuman.

Pada 31 Oktober lalu, tertuduh telah mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut, namun hukuman ditangguhkan ke hari ini sementara menunggu fakta kes.

Tertuduh didakwa merogol mangsa yang pada ketika itu berusia 15 tahun di dalam sebuah rumah pekerja di daerah Putatan, pada Disember 2021, sekitar jam 8 malam.

Dia didakwa di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara lapan hingga 30 tahun, dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 25 November ini sebagai tarikh pengurusan kes pra-perbicaraan (PTCM).

Tiada jaminan dibenarkan dan tertuduh diperintahkan untuk terus ditahan reman sehingga kes selesai.

LINK BERITA TERDAHULU:
https://sabahmedia.com/2025/10/31/abang-rogol-adik-dijangka-ketahui-hukuman-4-november/

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/04/lelaki-tukar-pengakuan-kini-nafikan-rogol-adik-kandung/feed/ 0 84930
Tikam Kepala Adik Gara-Gara Tidak Diberi Wang https://sabahmedia.com/2021/09/09/tikam-kepala-adik-gara-gara-tidak-diberi-wang/ https://sabahmedia.com/2021/09/09/tikam-kepala-adik-gara-gara-tidak-diberi-wang/#respond Thu, 09 Sep 2021 11:53:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6066
Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

BEAUFORT: Polis menahan seorang lelaki disyaki menikam kepala adiknya dengan sebilah gunting gara-gara tidak diberikan wang oleh ibunya dalam satu kejadian di Kg Pintas dekat sini pada Rabu (8 Sept 2021).

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, suspek yang berusia 31 tahun itu berang dan mengamuk selepas ibunya tidak memberikan wang yang diminta.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 8 September 2021 jam 5.30 petang, bertempat di rumah mangsa di Kg. Pintas, Beaufort, mangsa dalam laporannya menyatakan telah menegur suspek yang juga abang kandungnya yang mengamuk dengan ibu mereka kerana tidak memberikan wang yang diminta lalu berlaku pergelutan sehingga suspek bertindak mengambil gunting dan menikam kepala mangsa menyebabkan mangsa mengalami kecederaan.

“Mangsa yang berusia 25 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian atas kepala sebelah kiri dan luka di bahagian dada kanan akibat terkena hujung gunting yang digunakan suspek,” kata Yusoff dalam satu kenyataan media hari ini.

Hasil dari laporan mangsa, suspek telah berjaya ditangkap di belakang sebuah rumah tidak bernombor di Kg. Pintas, Beaufort oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort.

Pihak polis turut merampas sebilah gunting stainless steel pemegang plastik berwarna oren ukuran lebih kurang 21cm panjang.

Menurut Yusoff lagi, pengakuan awal suspek, dia mengaku ada mengamuk dan mengambil gunting tetapi tidak sengaja mencederakan mangsa.

Mangsa yang cedera dirujuk ke hospital Beaufort untuk rawatan lanjut.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan cedera menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/09/tikam-kepala-adik-gara-gara-tidak-diberi-wang/feed/ 0 6066
Keputusan cemerlang SPM kakak bakar semangat 3 beradik daki bukit ikuti kelas dalam Talian https://sabahmedia.com/2021/06/20/keputusan-cemerlang-spm-kakak-bakar-semangat-3-beradik-daki-bukit-ikuti-kelas-dalam-talian/ https://sabahmedia.com/2021/06/20/keputusan-cemerlang-spm-kakak-bakar-semangat-3-beradik-daki-bukit-ikuti-kelas-dalam-talian/#respond Sun, 20 Jun 2021 04:28:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1600
Read Time:1 Minute, 34 Second

Bernama

PAPAR: Keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kakak mereka membakar semangat tiga beradik untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga sanggup mendaki bukit hampir setiap hari bagi mendapatkan isyarat perkhidmatan Internet untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Dona Fiona David, 17, Richie Declare, 11 dan Falesia Brisha, 7, akan memulakan perjalanan kaki seawal 7 pagi ke kawasan bukit yang terletak kira-kira 2km dari kampung mereka di Kopozon Gana, semata-mata untuk mendapatkan isyarat perkhidmatan Internet.

Mereka kebiasaannya memulakan PdPR seawal 8 pagi, dan mereka nekad untuk melakukan terbaik bagi mengikut jejak langkah kakak mereka Debra Penny David, 18, yang memperoleh keputusan 7A dalam SPM baru-baru ini.

Dona Fiona berkata, mereka tiga beradik kebiasaannya akan ditemani bapa mereka, David Lamaris, 57, dan ibu Rosalia Onlon, 46, dan akan menghabiskan masa sehingga lewat petang sekiranya cuaca baik untuk menghantar kerja sekolah.

“Rasa putus asa memang ada, rasa macam saya malas sudah mahu ikut PdPR tapi lepas saya nampak keputusan kakak, saya pun rasa mahu macam dia

“Kalau setiap kali PdPR kami mesti naik di sini, untuk hantar tugasan paling kurang satu minggu tiga kali,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Rosalia berkata, anak-anaknya terpaksa ke bukit berkenaan kerana hanya kawasan itu mempunyai isyarat Internet yang baik.

“Memang di sini saja yang ada isyarat Internet, mula-mula kami penoreh getah di sini…jadi kami suka-suka tengok macam mencari-cari ‘line’…tiba-tiba di sini ada isyarat penuh.

“Jadi (mereka) fikir mahu belajar di sini, sebab itulah kami buka pondok, dahulu kami menoreh getah tiada pondok,” katanya.

Kata David pula, disebabkan hanya bukit berkenaan mempunyai isyarat Internet yang baik, mereka telah membersihkan kawasan berkenaan, malah lebih ramai pelajar lain dari kampung itu yang datang ke sini untuk mengikuti PdPR.

“Budak-budak ramai datang ke bukit berkenaan sejak PKP pertama kerana bukit berkenaan mempunyai isyarat Internet yang baik dan ia berlarutan sehingga hari ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/20/keputusan-cemerlang-spm-kakak-bakar-semangat-3-beradik-daki-bukit-ikuti-kelas-dalam-talian/feed/ 0 1600