Aduan jalan rosak – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 12 Feb 2025 07:57:43 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Aduan jalan rosak – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Aduan jalan rosak di Kota Marudu-Kota Belud-Tuaran, konsesi dalam tindakan – Arsad https://sabahmedia.com/2025/02/12/aduan-jalan-rosak-di-kota-marudu-kota-belud-tuaran-konsesi-dalam-tindakan-arsad/ https://sabahmedia.com/2025/02/12/aduan-jalan-rosak-di-kota-marudu-kota-belud-tuaran-konsesi-dalam-tindakan-arsad/#respond Wed, 12 Feb 2025 07:57:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68523
Read Time:40 Second

KOTA KINABALU: Aduan mengenai jalan rosak teruk dan berlubang di laluan Kota Marudu-Kota Belud-Tuaran yang tular di media sosial mendapat perhatian pihak berkuasa tempatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tempasuk, Datuk Mohd Arsad Bistari, berkata beliau telah memaklumkan isu itu kepada pihak berwajib dan menerima maklumat daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Belud.

Menurut Arsad, Jurutera Daerah (DE) JKR Kota Belud memaklumkan menerusi pesanan ringkas di aplikasi WhatsApp bahawa pihak konsesi sudah mengambil tindakan susulan bagi menangani masalah terbabit.

“Menurut DE JKR Kota Belud, mereka sudah mengambil maklum dan pihak konsesi sedang melaksanakan tindakan lanjut. Mereka juga mengakui kerja pembaikan sedikit lambat disebabkan masalah kekurangan pasukan serta faktor cuaca,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Beliau berharap kerja pembaikan dapat diselesaikan secepat mungkin bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/12/aduan-jalan-rosak-di-kota-marudu-kota-belud-tuaran-konsesi-dalam-tindakan-arsad/feed/ 0 68523