ADUN Karamunting – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 03 Nov 2025 09:58:15 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ADUN Karamunting – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pasukan ‘Task Force penyandang DUN Karamunting turun padang atasi bekalan air Blok A, Bandar Leila https://sabahmedia.com/2025/11/03/pasukan-task-force-penyandang-dun-karamunting-turun-padang-atasi-bekalan-air-blok-a-bandar-leila/ https://sabahmedia.com/2025/11/03/pasukan-task-force-penyandang-dun-karamunting-turun-padang-atasi-bekalan-air-blok-a-bandar-leila/#respond Mon, 03 Nov 2025 09:58:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84845
Read Time:1 Minute, 1 Second

SANDAKAN: Pasukan ‘Task Force’ penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin turun padang bagi mengatasi masalah bekalan air terputus yang dialami penduduk di Blok A Bandar Leila di sini.

Masalah bekalan air itu terputus dipercayai akibat paip bawah tanah yang rosak, selain akibat hakisan.

George berkata, pasukan mereka segera turun padang sebaik menerima aduan penduduk dan menghubungi kontraktor Jabatan Air Sandakan untuk menyelesaikan segera isu berkenaan.

Katanya, kontraktor terus melakukan kerja penggalian dan penggantian paip baharu sebaik menerima makluman berkenaan isu itu.

“Bekalan air kini sedang dipulihkan secara berperingkat dan kebanyakan penduduk sudah menerima air.

“Kedudukan kawasan tersebut yang lebih rendah menyebabkan tekanan air agak lemah namun kerja membekalkan semula air dapat dilakukan dengan adanya pam tambahan untuk memastikan aliran air stabil,” katanya dalam kenyataanya di sini, hari ini.

Wakil Pasukan Task Force itu, Yap Hsiu Min bersama Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bahagian Karamunting, Chong Fui Sham turut meninjau kerja pembaikan paip itu.

George berkata, pihaknya akan terus bertindak setiap kali menerima aduan rakyat kerana keutamannya adalah memastikan kebajikan dan keperluan asas penduduk terjamin.

Beliau merakamkan penghargaan kepada Jabatan Air Sandakan dan kontraktor atas tindakan pantas mereka serta meminta penduduk bersabar sepanjang proses pembaikan dijalankan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/03/pasukan-task-force-penyandang-dun-karamunting-turun-padang-atasi-bekalan-air-blok-a-bandar-leila/feed/ 0 84845
ADUN Karamunting prihatin terhadap masalah penduduk https://sabahmedia.com/2025/10/05/adun-karamunting-prihatin-terhadap-masalah-penduduk/ https://sabahmedia.com/2025/10/05/adun-karamunting-prihatin-terhadap-masalah-penduduk/#respond Sun, 05 Oct 2025 08:02:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82589
Read Time:1 Minute, 28 Second

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin, sekali lagi membuktikan keprihatinan beliau terhadap masalah dialami penduduk kawasan beliau apabila lampu jalan yang rosak di Jalan Pei Ying berjaya dibaiki dengan segera.

Beliau yang juga Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Karamunting berkata kerjasama antara agensi berkaitan dan pasukan khidmatnya amat penting bagi memastikan isu kemudahan awam dapat ditangani dengan segera demi keselamatan masyarakat.

Hiew berkata, Jalan Pei Ying merupakan laluan utama bagi penduduk di kawasan tersebut, dan lampu jalan memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan serta ketenteraman masyarakat.

Hiew yang diwakili oleh Timbalan Ketua Unit Aduan Pasukan Petugas ADUN Karamunting, Ricky Voon, turut turun padang meninjau keadaan selepas menerima aduan daripada penduduk.

“Kami terus menyampaikan maklumat kepada pihak Sabah Electricity sebaik menerima aduan, dan mereka segera melakukan pemeriksaan serta kerja-kerja pembaikan. Kecekapan dan tindakan pantas seperti ini wajar diberikan pujian dan penghargaan,” katanya.

Sementara itu, Pasukan Petugas ADUN Karamunting turut menerima aduan daripada penduduk Taman Hsiang Garden dan Bandar Leila berhubung sistem pembetungan yang tersumbat teruk hingga menyebabkan limpahan air kumbahan, takungan air busuk dan bau tidak menyenangkan yang menjejaskan kehidupan harian penduduk serta perniagaan berdekatan.

Hasil tinjauan mendapati masalah itu telah berlarutan sejak sekian lama, menyebabkan air sisa tidak dapat mengalir dengan baik serta menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Susulan itu, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sabah (JPPS) telah diminta menjalankan kerja-kerja pembersihan dan melancarkan semula aliran sistem pembetungan, yang berjaya diselesaikan kelmarin. Punca utama masalah dikenal pasti berpunca daripada bahan tidak mudah reput serta lapisan minyak yang menyumbat saluran.

Hiew turut merakamkan penghargaan kepada JPPS atas tindakan pantas mereka membersihkan manhole tersumbat di Hsiang Garden dan Bandar Leila, selain menasihatkan penduduk serta pengusaha premis makanan supaya lebih berwaspada dalam pengurusan sisa bagi mengelakkan masalah berulang.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/05/adun-karamunting-prihatin-terhadap-masalah-penduduk/feed/ 0 82589
ADUN Karamunting keluar Warisan sertai Gagasan Rakyat https://sabahmedia.com/2023/03/04/adun-karamunting-keluar-warisan-sertai-gagasan-rakyat/ https://sabahmedia.com/2023/03/04/adun-karamunting-keluar-warisan-sertai-gagasan-rakyat/#respond Sat, 04 Mar 2023 08:12:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30285
Read Time:1 Minute, 18 Second

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, George Hiew Vun Zin hari ini telah mengumumkan keluar dari Parti Warisan Sabah dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

George dalam kenyataannya hari ini berkata, beliau mengambil keputusan itu kerana rakyat sudah tidak mahu melihat keadaan politik yang tidak stabil yang telah mengakibatkan terbantutnya perkembangan dan kemajuan di Sabah, termasuk kawasan Karamunting.

“Rakyat sudah penat dengan kemelut politik di Sabah. Hanya dengan kestabilan politik yang utuh kita boleh membawa pembangunan dan perubahan, khususnya di Karamunting yang mendahagakan pelbagai pembaharuan dan pembangunan.

“Demi pembangunan dan kesahteraan rakyat di kawasan Karamunting, saya membuat keputusan untuk menyokong kepimpinan kerajaan perpaduan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga kerajaan negeri Sabah di bawah kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor,” katanya.

George memenangi kerusi Karamunting atas tiket Warisan pada tahun 2018 dan 2020. Beliau juga pernah menjadi Pembantu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan selama dua tahun.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal atas peluang yang diberikan kepada beliau di dalam arena politik.

“Namun, sekarang adalah masa untuk memberikan sepenuh tumpuan dan perhatian untuk menyatupadukan rakyat Sabah, membangunkan Sabah, dan menuntut hak-hak kita yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963.

“Saya akan menyumbangkan segala tenaga dan masa saya untuk bekerja dan memastikan kebajikan rakyat di kawasan saya akan terus terjaga, disamping membawa pembangunan yang diperlukan di Karamunting,”ujarnya.

Terdahulu pada Isnin lalu, ADUN Petagas Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari juga telah mengumumkan keluar dari parti Warisan dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah yang diterajui Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/04/adun-karamunting-keluar-warisan-sertai-gagasan-rakyat/feed/ 0 30285