ADUN Limbahau keluar parti – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 21 May 2023 07:36:52 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ADUN Limbahau keluar parti – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hajiji belum terima makluman ADUN Limbahau keluar parti https://sabahmedia.com/2023/05/21/hajiji-belum-terima-makluman-adun-limbahau-keluar-parti/ https://sabahmedia.com/2023/05/21/hajiji-belum-terima-makluman-adun-limbahau-keluar-parti/#respond Sun, 21 May 2023 07:36:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34872
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyatakan beliau belum menerima sebarang makluman mengenai tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau Datuk Juil Nuatim keluar dari Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) berkuat kuasa hari ini.

“Dia (Juil) belum maklumkan kepada saya tapi saya berharap kalau betul, dia akan pilih satu kedudukan atau parti yang dia akan ikuti untuk dia teruskan perjuangan politiknya,” katanya.

Hajiji berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Timbalan Presiden KDM itu keluar parti, semasa menghadiri majlis sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang dihoskan oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) di Dewan Hakka di sini hari ini.

Hajiji berkata, beliau ada mendengar mengenai berita itu namun setakat ini belum berjumpa dengan Juil secara rasmi berkaitan perkara itu.

“Belum lagi tetapi saya ada dengar bgitulah ceritanya, itu terpulang kepada dia kerana kita ini adalah satu negara yang mengamalkan demokrasi, terpulang kepada ahli-ahli Dewan Undangan Negeri membuat keputusan.

“Bagaimanapun pada sidang DUN kali ini kita akan mengubal perlembagaan negeri kita untuk kita perkenalkan undang-undang Anti-Lompat,” katanya.

Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan Negeri itu adalah antara empat Rang Undang-Undang yang akan dibentangkan dalam mesyuarat pertama penggal keempat Dewan Undangan Negeri dari 22 Mei hingga 25 Mei ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/21/hajiji-belum-terima-makluman-adun-limbahau-keluar-parti/feed/ 0 34872