ADUN Petagas – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 24 Jul 2026 22:59:23 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ADUN Petagas – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 ADUN Petagas ambil tindakan selesai isu bekalan air Kondominium Kingfisher https://sabahmedia.com/2026/07/25/adun-petagas-ambil-tindakan-selesai-isu-bekalan-air-kondominium-kingfisher/ https://sabahmedia.com/2026/07/25/adun-petagas-ambil-tindakan-selesai-isu-bekalan-air-kondominium-kingfisher/#respond Fri, 24 Jul 2026 22:49:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100508
Read Time:2 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas mengambil tindakan segera mengadakan pertemuan dengan penghuni, pihak pengurusan Kondominium Kingfisher, Jabatan Air serta Pejabat Daerah Putatan bagi mencari penyelesaian terhadap isu gangguan bekalan air yang sekian lama membelenggu kawasan perumahan itu.

ADUN Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari berkata, pertemuan itu diadakan susulan aduan rasmi yang diterimanya minggu lalu bagi mendapatkan gambaran sebenar masalah yang dihadapi penghuni serta menyelaras tindakan segera untuk mengurangkan kesan gangguan bekalan air.

Katanya, masalah bekalan air di Kondominium Kingfisher berada pada tahap kritikal sekitar April hingga Mei lalu sehingga memaksa penghuni mendapatkan bekalan daripada pembekal air swasta.

“Penduduk terpaksa membeli air daripada syarikat swasta dengan kos yang tinggi. Ada yang membayar lebih RM900 bagi satu trip lori pada kadar RM7.50 bagi setiap meter padu. Sudah tentu ia menjadi beban kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat berkaitan gangguan bekalan air di Kondominium Kingfisher, pada Jumaat.

Beliau berkata, isu berkenaan turut dibangkitkan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri pada 21 Julai lalu sebelum meminta pegawainya berhubung dengan Pejabat Daerah Putatan bagi mengadakan sesi libat urus bersama semua pihak berkaitan.

Menurutnya, berdasarkan laporan terkini, keadaan bekalan air di kawasan berkenaan semakin bertambah baik sejak seminggu lalu dan kini hampir mencukupi bagi memenuhi keperluan harian penduduk.

Beliau berkata, penambahbaikan itu dipercayai hasil pelarasan injap (valve) paip oleh Jabatan Air yang membolehkan lebih banyak bekalan disalurkan ke kawasan perumahan berkenaan.

“Bagaimanapun, ini hanya penyelesaian sementara kerana apabila lebih banyak air disalurkan ke satu kawasan, kawasan lain mungkin menerima bekalan yang berkurangan.

“Kita berharap penyelesaian jangka panjang dapat direalisasikan apabila Loji Rawatan Air Papar siap dan mula beroperasi sekitar November nanti,” katanya.

Awang Ahmad Sah berkata, selain Loji Rawatan Air Papar, kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Kasigui juga akan membantu meningkatkan kapasiti bekalan air sebanyak 12,000 meter padu.

Katanya, Loji Rawatan Air Papar pula dijangka menyumbang tambahan kira-kira 35 juta liter sehari, sekali gus meningkatkan kecekapan bekalan air di kawasan Kingfisher, Duvanson, Ketiau dan Serigai.

Mengulas kebimbangan penduduk mengenai pertambahan pesat pembangunan perumahan di Putatan, beliau mengakui keadaan itu akan meningkatkan permintaan terhadap bekalan air serta kemudahan awam lain.

Sehubungan itu, katanya, perancangan menyeluruh perlu dilaksanakan bersama Pejabat Daerah Putatan, Majlis Daerah Putatan, Ahli Parlimen Putatan Datuk Shahelmey Yahya dan ADUN Tanjung Keramat, Datuk Shah Alfie Yahya, bagi memastikan pembangunan baharu disertai penyediaan infrastruktur yang mencukupi.

“Kita mahu memastikan aspek bekalan air, jalan raya, lampu isyarat serta kelancaran trafik dapat dirancang dengan lebih berkesan selaras dengan pertumbuhan pembangunan di Putatan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/25/adun-petagas-ambil-tindakan-selesai-isu-bekalan-air-kondominium-kingfisher/feed/ 0 100508
ADUN Petagas keluar WARISAN, sertai Gagasan Rakyat https://sabahmedia.com/2023/02/27/adun-petagas-keluar-warisan-sertai-gagasan-rakyat/ https://sabahmedia.com/2023/02/27/adun-petagas-keluar-warisan-sertai-gagasan-rakyat/#respond Mon, 27 Feb 2023 08:57:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30083
Read Time:1 Minute, 28 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas Datuk Awang Ahmad Sah Sahari hari ini mengumumkan meninggalkan parti WARISAN dan menyertai parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor.

“Lebih kurang tiga bulan saya memikirkan benda ini selepas pilihan raya, saya juga banyak mendengar perbincangan di kalangan pemimpin-pemimpin yang ada di bahagian saya, jadi saya membuat keputusan untuk memanggil semua mereka untuk berbincang.

“Nampaknya saya tidak ada keraguanpun kerana ini bukan saya sahaja keluar dari parti Warisan dan bolehlah di sifatkan keseluruhan pimpinan bahagian kecuali satu dua cawangan, wanita, wirawati dan sebahagian besar wira, ketua-ketua cawangan sebulat suara untuk menyokong kepada parti ini parti Gagasan Rakyat Sabah,” katanya pada sidang media di salah sebuah hotel di sini hari ini.

Awang Ahmad Sah yang juga Bendahari Agung WARISAN Sabah berkata, beliau meninggalkan parti WARISAN tidak dipengaruh oleh mana-mana pihak sebaliknya beliau sendiri memikirkan tentang masalah rakyat di bawah pimpinannya.

“Saya tidak dipengaruh oleh mana-mana pihak, keputusan ini adalah atas kerelaan saya sendiri, selepas saya berbincang dengan pemimpin-pemimpin bahagian DUN saya, barulah saya berjumpa dengan Hajiji dan membincangkan apa perancangan untuk negeri Sabah selanjutnya.

“Kita ada dua tahun setengah lagi, umur saya sudah 63 tahun, saya mesti memikirkan masalah-masalah rakyat, saya mesti memikirkan masalah-masalah pemimpin-pemimpin parti, jentera-jentera parti, ketua-ketua cawangan yang yang memberi kemenangan kepada saya sewaktu saya bertanding, jadi atas dasar itu saya nekad dan kita membuat keputusan untuk menyertai parti Gagasan Rakyat,” katanya.

Terdahulu, pada awal Februari lalu, tiga ADUN WARISAN mengumumkan keluar meninggalkan parti dan menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Tiga ADUN terbabit ialah Mohammad Mohamarin (Banggi), Chong Chen Bin (Tanjong Kapor) dan Norazlina Arif (Kunak).

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/27/adun-petagas-keluar-warisan-sertai-gagasan-rakyat/feed/ 0 30083