adun sindumin – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 18 Jul 2025 09:21:04 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png adun sindumin – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Adun Sindumin gesa siasatan terperinci kematian pelajar di asrama https://sabahmedia.com/2025/07/18/adun-sindumin-gesa-siasatan-terperinci-kematian-pelajar-di-asrama/ https://sabahmedia.com/2025/07/18/adun-sindumin-gesa-siasatan-terperinci-kematian-pelajar-di-asrama/#respond Fri, 18 Jul 2025 09:20:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77527
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob memandang serius insiden kematian seorang pelajar di sebuah sekolah menengah dekat sini, semalam.

Menurut beliau, insiden menyayat hati itu bukan sahaja mengejutkan pihak sekolah dan ibu bapa, malah turut mengundang persoalan tentang tahap keselamatan dan kebajikan pelajar di asrama.

Dr Yusof yang sempat melawat jenazah pelajar berkenaan di Hospital Queen Elizabeth I (QEH1), berkata beliau telah dimaklumkan secara awal oleh pihak sekolah mengenai kejadian tersebut.

Katanya, punca sebenar kejadian masih belum dapat dipastikan dan pihaknya menyerahkan kepada polis serta pihak hospital untuk menyelesaikan siasatan.

“Pelajar berasal dari Sipitang itu ditemui dalam keadaan parah dan tidak sedarkan diri di bawah bangunan sekolah sekitar jam 3 pagi. Walaupun bilik pelajar tersebut terletak di tingkat tiga bersama pelajar lain, tiada siapa melihat bagaimana kejadian berlaku.

“Sama ada pelajar itu terjatuh sendiri atau melibatkan individu lain masih belum diketahui kerana ketika kejadian, pelajar-pelajar lain sedang tidur,” katanya ketika dihubungi Sabah Media, hari ini.

Menurut Dr Yusof, bedah siasat telah dilakukan bagi menentukan punca sebenar kematian, manakala pihak polis kini sedang menjalankan siasatan terperinci termasuk kemungkinan wujud unsur jenayah.

Sehubungan itu, beliau menggesa Jabatan Pendidikan menjalankan siasatan dalaman secara menyeluruh terhadap kes tersebut.

“Saya juga menggesa Jabatan Pendidikan menyiasat aspek keselamatan asrama, status psikologi dan kesihatan pelajar, serta mengenal pasti sama ada wujud unsur buli atau tekanan fizikal dan mental yang dialami pelajar terbabit,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa tragedi seumpama ini wajar dijadikan pengajaran buat semua pihak dan memerlukan tindakan susulan konkrit agar keselamatan serta kebajikan pelajar asrama sentiasa terjamin.

“Keselamatan pelajar adalah keutamaan. Pihak sekolah dan jabatan berkaitan perlu memastikan persekitaran asrama benar-benar selamat dan kondusif, bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga mental dan emosi pelajar,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/18/adun-sindumin-gesa-siasatan-terperinci-kematian-pelajar-di-asrama/feed/ 0 77527
Wakil Rakyat Ada Hak Memilih Platform Untuk Berkhidmat https://sabahmedia.com/2021/10/09/wakil-rakyat-ada-hak-memilih-platform-untuk-berkhidmat/ https://sabahmedia.com/2021/10/09/wakil-rakyat-ada-hak-memilih-platform-untuk-berkhidmat/#respond Sat, 09 Oct 2021 07:37:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7338
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU : Setiap wakil rakyat khususnya di Sabah berhak untuk memilih dan berkhidmat dengan mana-mana parti politik atau bergerak secara bebas.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia juga merupakan hak demokrasi ahli politik untuk berkhidmat melalui landasan atau parti politik yang diinginkan.

“Setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mempunyai hak istimewa untuk berkhidmat dengan mana-mana parti politik atau memilih bergerak secara bebas.

“Saya rasa itu sahaja yang boleh saya komen kerana ini terpulang kepada ADUN berkenaan.  Selain itu, kita juga berterima kasih kepasa ADUN yang menyokong hala tuju kerajaan negeri Sabah dibawah pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pengumuman ADUN Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob yang keluar daripada Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan mengistiharkan menyokong kerajaan pimpinan GRS semalam.

Hajiji yang juga Pengerusi GRS berkata, dengan sokongan wakil rakyat yang menyokong GRS akan membolehkan kerajaan Sabah terus memberi fokus kepada perpaduan dan juga pembangunan rakyat untuk negeri Sabah.

Terdahulu, beliau turut merasmikan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Sabah 2021 bertempat di Kompleks Sukan Likas, di sini, pagi tadi.

Semalam, ADUN Sindumin yang juga bekas Ketua Penerangan WARISAN mengumumkan keluar dari parti itu dan memberi sokongan kepada kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sabah dibawah pimpinan GRS.

Tindakannya itu adalah atas kehendak sendiri tanpa paksaan atau dorongan daripada mana-mana pihak.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/09/wakil-rakyat-ada-hak-memilih-platform-untuk-berkhidmat/feed/ 0 7338
((KEMASKINI)) – ADUN Sindumin Umum Keluar WARISAN https://sabahmedia.com/2021/10/08/kemaskiniadun-sindumin-umum-keluar-warisan/ https://sabahmedia.com/2021/10/08/kemaskiniadun-sindumin-umum-keluar-warisan/#respond Fri, 08 Oct 2021 03:36:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7285
Read Time:2 Minute, 4 Second

Oleh : ERDIE AB WAHID & NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob mengumumkan secara rasmi keluar daripada Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan mengistiharkan menjadi ADUN Bebas.

Susulan pengumuman itu, beliau turut melepaskan keahlian dalam parti dan semua jawatan dalam WARISAN.

Katanya, beliau memilih untuk bekerjasama dan memberi sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan yang memerintah di Persekutuan selain turut memberi sokongan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor serta kerajaan Sabah.

Dr Yusof berkata, tindakannya keluar WARISAN menjadi ADUN Bebas adalah demi kepentingan rakyat dan agenda pembangunan selain mahu menstabilkan politik Sabah.

Datuk Dr Yusof Yacob dalam sidang medianya pagi tadi

“Saya sudah lama berpolitik, sudah berusia juga.  Tindakan saya ini adalah atas keputusan peribadi tanpa ada pengaruh atau tekanan dari siapa-siapa.  Begitu juga dengan Parti Warisan Sabah.

“Saya tidak mempunyai kompleks atau masalah dengan WARISAN.  Keputusan saya adalah untuk membolehkan saya fokus dan bekerjasama dengan kerajaan untuk memberi khidmat kepada rakyat yang saya wakili di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin dan pembangunan Sipitang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di sini pagi tadi.

Dr Yusof yang juga bekas Ketua Penerangan WARISAN berkata, beliau turut mengadakan perbincangan bersama Presiden WARISAN Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung keputusannya keluar dari parti itu.

“Kami mengadakan perbincangan biasa bersama beliau (Shafie) sebagai sahabat, beliau tiada halangan.  Ini adalah pilihan saya, dalam politik ini dia tidak statik, politik ini adalah dinamin dan berubah-ubah.

“Atas kesempatan ini saya ingin merakamkan terima kasih kepada semua rakan-rakan terutama Presiden WARISAN.  Dasar saya dari dulu tidak mahu bermusuh dengan sesiapa dan akan terus menjadi sahabat dan rakan,” katanya.

Ditanya berhubung tindakan yang akan diambil WARISAN terhadapnya susulan pengumuman keluar dari parti itu, Dr Yusof berkata, beliau sedia untuk diambil tindakan.

“Perkara itu biasa, apa-apa tindakan selepas ini kita bersedia dan kita akan tanggung dan menerima.

“Saya cakap dengan rakan-rakan, ini pilihan saya, selepas ini nasib dan kedudukan saya dalam politik, saya akan buat kerja untuk rakyat dan rakyat akan tentukan kemana saya selepas ini,” katanya.

Turut mengumumkan keluar bersama beliau adalah beberapa Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian WARISAN Sipitang termasuk Setiauaha Bahagian; Ketua Penerangan dan Ketua Wanita Bahagian.

Selain itu, Dr Yusof berkata, seramai enam Ketua Penerangan Bahagian lain turut mengikut jejak langkah beliau antaranya Ketua Penerangan WARISAN Lahad Datu; Tawau; Beluran; Kudat; Sipitang dan Sepanggar selain Ketua Bahagian WARISAN Tawau dan dua AJK Bahagian Kimanis dan Beaufort.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/08/kemaskiniadun-sindumin-umum-keluar-warisan/feed/ 0 7285