agama – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 25 Mar 2026 23:11:28 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png agama – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 277 pelajar terima Anugerah Mumtaz SRU dan SMU 2025 https://sabahmedia.com/2026/03/26/277-pelajar-terima-anugerah-mumtaz-sru-dan-smu-2025/ https://sabahmedia.com/2026/03/26/277-pelajar-terima-anugerah-mumtaz-sru-dan-smu-2025/#respond Wed, 25 Mar 2026 23:08:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93790
Read Time:1 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU : Seramai 277 pelajar cemerlang menerima Anugerah Mumtaz dalam Majlis Anugerah Pelajar Mumtaz Sijil Rendah Ugama (SRU) dan Sijil Menengah Ugama (SMU) Tahun 2025 yang berlangsung di Dewan Sa’adah Wisma MUIS, pada Rabu.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian cemerlang pelajar dalam bidang pendidikan agama.

Daripada jumlah itu, seramai 213 pelajar SRU dan 64 pelajar SMU mencapai tahap Mumtaz.

Antara penerima utama, Nur Aliya Raju Karno dari Sekolah Agama Negeri (SAN) Pekan Beaufort dinobatkan sebagai pelajar terbaik SRU dengan pencapaian 98 peratus.

Nur Aliya (tiga dari kiri) menerima Anugerah Khas Pelajar Terbaik SRU.

Nur Aliya berkata, kejayaannya adalah hasil usaha berterusan dalam mengulang kaji pelajaran serta sokongan ibu dan guru.

“Saya biasanya membaca dan menulis semula apa yang dipelajari sehingga benar-benar faham,” katanya yang bercita-cita menjadi guru sejarah.

Bagi kategori SMU, pelajar Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Toh Puan Hajjah Rahmah, Balqis Nur Danisha Bahri muncul sebagai pelajar terbaik dengan memperoleh 94.68 peratus, manakala pelajar dari SMAN Kunak, Muhammad Faezz Hakim Rahim menerima pengiktirafan sebagai pelajar terbaik aliran Tahfiz.

Menurut Balqis, amalan disiplin dan kerohanian menjadi antara kunci kejayaannya.

Balqis (dua dari Kanan) Menerima Anugerah Khas Pelajar Terbaik SMU.

“Saya banyak melakukan solat malam dan solat hajat, selain mengulang kaji pelajaran seawal jam 3 pagi,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Faezz Hakim pula berkata, kejayaannya adalah hasil sokongan dan doa ibu bapa serta bimbingan guru-guru.

“Keputusan ini adalah berkat doa ibu bapa dan tunjuk ajar guru-guru yang sentiasa memberi sokongan sepanjang pembelajaran saya,” ujarnya. 

Selain itu, SMAN Toh Puan Hajjah Rahmah turut diiktiraf sebagai sekolah dengan pencapaian terbaik bagi SMU.

Turut hadir, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Isnin Aliasnih @ Liasnih serta Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Ustaz Awang Juri Awg Tahir.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/26/277-pelajar-terima-anugerah-mumtaz-sru-dan-smu-2025/feed/ 0 93790
Lihat sudut kemanusiaan dahulu, agama kemudian, titah sultan Perak https://sabahmedia.com/2024/08/08/lihat-sudut-kemanusiaan-dahulu-agama-kemudian-titah-sultan-perak/ https://sabahmedia.com/2024/08/08/lihat-sudut-kemanusiaan-dahulu-agama-kemudian-titah-sultan-perak/#respond Thu, 08 Aug 2024 09:59:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58716
Read Time:2 Minute, 13 Second

PETALING JAYA: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menyeru agar toleransi dan perpaduan lebih erat di kalangan penganut agama berbeza serta menggesa mereka melihat satu sama lain sebagai manusia terlebih dahulu sebelum menilai mereka berdasarkan kepercayaan agama mereka.

Memetik laporan FMT, Sultan Nazrin bertitah mereka yang menyuarakan retorik sikap tidak bertoleransi dan penyisihan mahu meyakinkan orang ramai bahawa mereka yang berbeza daripada mereka adalah lebih rendah daripada mereka, atau orang lain yang mengancam, tidak berperikemanusiaan.

Dalam ucapan pada Persidangan Martabat Insan Asia Tenggara Serantau yang dianjurkan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) semalam, pemerintah Perak berkongsi kisah tentang pengorbanan tanpa pamrih seorang sami Buddha di Myanmar di tengah-tengah rusuhan anti-Muslim 2013.

Beliau berkata sami yang dikenali sebagai Uzin Pein itu mengetuai sebuah biara di Mandalay, Myanmar. Apabila rusuhan tercetus, beliau membenarkan ratusan umat Islam mencari perlindungan di sana.

“Apabila ratusan orang bersenjata dan marah muncul di pintu biara malam itu, menuntut agar orang Islam diserahkan kepada mereka untuk dibunuh, Uzin Pein berdiri di depan pintu dan enggan (berbuat demikian).

“Dia tinggal di sana sepanjang malam, berkata, ‘Saya tidak boleh berbuat demikian. Jika kamu hendak mencederakan mereka, kamu perlu membunuh saya dahulu’. Dan akhirnya, kumpulan itu menjadi letih dan pulang ke rumah.

“Bagi sami Buddha ini, tidak kira orang yang mencari perlindungan adalah Muslim, dan begitu ramai rakan Buddhanya mahu mereka mati. Baginya, mereka adalah manusia dalam bahaya besar; dan dia berdiri untuk hak mereka untuk maruah dan untuk hidup.

Kita mungkin tidak semua mempunyai keberanian luar biasa Uzin Pein, tetapi kita semua boleh cuba mencontohi beliau dalam melihat dan menghargai manusia terlebih dahulu, bukannya label agama, titah baginda.

Sultan Nazrin mengeluh bahawa keterangkuman dan kebebasan beragama tidak diberikan selepas bertahun-tahun, dan seterusnya mengutuk penganiayaan agama.

Beliau berkata tindakan pencerobohan atas nama agama atau etnik mesti dikikis kerana ia mewakili serangan terhadap maruah manusia itu sendiri.

Sultan berkata baginda berbangga dengan rekod prestasi Malaysia dalam mempromosikan perpaduan sambil meraikan kepelbagaiannya, dan mengekalkan bahawa semua rakyat Malaysia mesti dapat berkongsi kepercayaan bahawa mereka mempunyai tempat di bawah matahari Malaysia.

Beliau juga berkata pemimpin agama mempunyai kuasa untuk menggunakan pengaruh mereka untuk memadamkan kebencian dan konflik, selagi mereka kekal berpegang pada kepercayaan teras kepercayaan mereka – belas kasihan, kasih sayang dan pengampunan.

Sultan Nazrin memetik contoh Uskup Kuching sekarang, Donald Jute, yang pada 2010 meremehkan insiden di mana individu tidak dikenali membaling batu ke Gereja Good Shepherd Anglican dan memecahkan tingkap kaca berwarnanya.

Tindak balas yang tenang dan terbuka oleh Reverend Jute dalam menghadapi kecederaan menjadi contoh bagi kita semua, tanpa mengira kepercayaan kita atau peranan kita di dalamnya. Semoga tindakan beliau mengingatkan kita untuk sentiasa membalas dengan bermaruah, walaupun kita tidak dilayan dengannya. – FMT

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/08/lihat-sudut-kemanusiaan-dahulu-agama-kemudian-titah-sultan-perak/feed/ 0 58716
Selawat, Marhaban dan Kompang akan diperkukuh agar jadi pilihan generasi muda https://sabahmedia.com/2024/07/26/selawat-marhaban-dan-kompang-akan-diperkukuh-agar-jadi-pilihan-generasi-muda/ https://sabahmedia.com/2024/07/26/selawat-marhaban-dan-kompang-akan-diperkukuh-agar-jadi-pilihan-generasi-muda/#respond Fri, 26 Jul 2024 07:59:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58092
Read Time:1 Minute, 46 Second

Membakut :   Budaya berselawat, marhaban dan kompang akan terus diperkukuh dan dikembangkan lagi agar ia menjadi pilihan kepada generasi muda pada masa kini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha penyatuan kumpulan-kumpulan selawat, marhaban dan berzanji akan digerakkan bagi menarik minat golongan muda menyertai aktiviti berkenaan.

“Kita akan kembangkan budaya kita iaitu selawat, marhaban dan berzanji, kita akan kukuhkan kerana setiap masjid ada kumpulan kompang, kumpulan marhaban dan selawat tetapi kita belum ada penyatuannya.

“Oleh itu, kita akan satukan untuk mereka bertukar fikiran, bersilaturrahim dan kita akan undang tokoh-tokoh yg terkenal dalam bidang selawat, marhaban serta kompang untuk mengembangkan bakat yang ada dalam kalangan masyarakat di kawasan ini khususnya generasi muda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada pada Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Daerah Membakut di Masjid Kg Mawao di sini hari ini.

Arifin yang juga Exco Pendidikan dan Agama Sabah berkata, generasi muda kini dilihat semakin meninggalkan budaya ini dan ianya akan dijadikan sebagai pilihan bagi generasi muda.

Acara yang diadakan secara bergilir dengan kawasan DUN Bongawan itu dihadiri lebih 400 jemaah yang turut serta dalam majlis tadarus dan khatam Al-Quran, di samping penyampaian Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah 1446H kepada Allahyarham Ramli Daud yang diwakili anak saudaranya, Imam Sidek Muslim.

Pada majlis itu juga, penyampaian sumbangan khas RM5,000 bagi pengimarahan dan utiliti Masjid Nurul Karim Kg Mawao dan sumbangan Kelas KAFA RM2,000 yang disampaikan oleh Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah, Datuk Omar Raisul As Salam Syah Sulaiman Omar.

Arifin berkata, program tadarus dan khatam Al-Quran diadakan secara rutin setiap tiga bulan di kawasan terbabit sejak dua tahun lalu sentiasa mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk sekitar.

“Kita jadikan amalan setiap kali program kebesaran Islam kita anjurkan dahulukan dengan tadarus dan khatam Al-Quran. 

“Kalau tiada program pun setiap tiga bulan kita akan adakan kerana bagi kita tadarus dan khatam ini bukan sahaja pada bulan Ramadan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau juga memaklumkan pihaknya juga merancang untuk melaksanakan program berskala besar dengan membawakan tokoh agamawan terkenal, Ustaz Abdul Somad ke Membakut, September depan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/26/selawat-marhaban-dan-kompang-akan-diperkukuh-agar-jadi-pilihan-generasi-muda/feed/ 0 58092
Ramadan eratkan silaturrahim walau berlainan agama – Nur Robecca https://sabahmedia.com/2023/03/30/ramadan-eratkan-silaturrahim-walau-berlainan-agama-nur-robecca/ https://sabahmedia.com/2023/03/30/ramadan-eratkan-silaturrahim-walau-berlainan-agama-nur-robecca/#respond Thu, 30 Mar 2023 14:13:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31806
Read Time:3 Minute, 28 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

SHAH ALAM: Menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan bersama masyarakat Muslim yang lain tentunya keadaan itu tidak mudah bagi seorang individu yang baru memeluk agama Islam (mualaf).

Demikian pengalaman yang dikongsikan Nur Robecca Ruth Robert Abdullah, 32, berasal dari Kota Kinabalu yang baru sahaja memeluk agama Islam kerana mendirikan rumahtangga dengan seorang lelaki Muslim berasal dari Kuantan, Pahang.

Nur Robecca bertemu jodoh dan diijabkabulkan sebagai suami isteri dengan seorang penyanyi rap dan komposer lagu, Luca Sickta, 34, pada 3 Mac 2022. Pasangan ini baharu saja dikurniakan cahaya mata pertama mereka pada 17 Mac lalu, seorang bayi lelaki diberi nama Razeeq.

Menceritakan pengalaman pertama berpuasa di bulan Ramadan bersama suami sangat menyeronokkan namun sedikit kecewa kerana dia tidak dapat menunaikan kewajiban yang menjadi salah satu Rukun Islam itu iaitu berpuasa di bulan Ramadan disebabkan dia baru seminggu melahirkan anak.

“Pengalaman pertama kali berpuasa sebagai seorang Muslim adalah tahun lalu, 2022. Ketika itu saya masih berada di Kota Kinabalu, baru berkahwin dan berjauhan dengan suami. Terus terang saya katakan, berpuasa secara suka suka (ikut kawan) dan berpuasa kerana tanggungjawab sangatlah berbeza,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Menurutnya, berpuasa kerana tanggungjawab dan amanah untuk kali pertama terasa mencabar disebabkan baru belajar dan cuba untuk memahami maksud Ramadan. Alhamdullilah, dengan bimbingan dari orang sekeliling terutamanya suami biarpun suami berada di Semenanjung pada ketika itu, dia sangat membantu.

“Tetapi tahun ini, saya dan suami sepatutnya merasakan pengalaman Ramadan pertama kami bersama sebagai suami isteri tapi rezeki mendapat cahaya mata pertama tahun ini, saya sedang berpantang ketika bulan Ramadan,” ujarnya.

Turut berkongsi kegembiraan dengan kehadiran ibubapanya dari Sabah yang datang sambil melawat cucu yan baru dilahirkan.

Sebagai ibu dan bapa Nur Robecca iaitu Ayunah Majabin, 52, dan Robert Sylvester Kuil, 54, mereka juga sangat menyokong dan menghormati antara satu sama lain walaupun berlainan pegangan agama.

Ayunah berkata, menantunya (Luca) menyuruh dia masak dan buat macam biasa tapi dia tidak berbuat begitu kerana menghormati mereka sebagai Muslim yang sedang berpuasa pada siang hari.

“Bagaimanapun, saya kata kebetulan kami beragama Kristian juga berpuasa Paska terutama pada hari Rabu dan Jumaat tidak boleh makan daging, menantu saya terkejut dia kata rupanya agama kami pun ada berpuasa, saya cakap puasa hingga good Friday 7 April ini. Puasa dalam agama kami boleh makan tapi tidak boleh terlalu kenyang.

“Tapi kami sebagai ibubapa sangat menghormati menantu dan anak kami jadi saya dan suami turut puasa dan berbuka jam 7.25 petang waktu berbuka di Shah Alam, Selangor,'” katanya.

Menurutnya, sebenarnya dia juga sudah biasa bergaul dengan masyarakat Muslim kerana anak pertama mereka Rounnah Beb juga berkahwin dengan lelaki Muslim iaitu Che Ahmad Sofian Che Mohd Yusoff dan mereka dikurniakan dua cahaya mata bernama Che Sofea Reanna dan Che Shaquille Rizq.

“Saya juga pernah bersama mereka semasa bulan Ramadan jadi kami sudah biasa, tiada masalah bagi kami dan seronok pula sebab menantu lagi suka saya masak dari mereka makan di luar. Hanya bulan Ramadan tahun ini mereka suami isteri (Rounnah dan Che Ahmad) agak sibuk sedikit tidak dapat berbuka puasa bersama dengan kami kerana kekangan tugas sebagai pramugari dan pramugara.

“Manakala menantu saya Luca, sangat humble orangnya dan sebelum buka puasa awal lagi dia tanya “hari ini mummy masak apa?” padahal saya masak simple saja, masakan kampung-kampung Sabahan. Masa berbuka kami sama-sama sekeluarga buka puasa,” katanya.

Ayunah berkata, sebagai rakyat Sabah memang sudah ada sikap Keluarga Perpaduan dengan semangat kasih sayang bersama masyarakat Muslim contohnya bila makan di kedai sebelah Muslim sebelah lagi kedai bukan bukan Muslim. Kita dapat lihat keharmonian hidup masyarakatnya telah wujud di situ.

“Keadaan ini, mereka boleh duduk bersama tetapi bila musim puasa orang kita sangat menghormati kawan-kawan, saudara mara dan keluarga termasuklah saya memang tidak kekok bersama masyarakat Muslim, cuma di sini (semenanjung) berbeza sedikit terutamanya waktu berbuka puasa lewat tidak macam di Sabah, jadi kena sabar tunggu berbuka puasa bersama menantu dan anak,” tambahnya.

Dalam pada itu, Nur Robecca juga ada adik beradik yang masih beragama Kristian iaitu Brandon Ron Robert dan isterinya Suzy Robot. Pasangan ini mempunyai dua orang anak iaitu Bella Adele dan Bryden Ayden. Manakala seorang adik perempuan yang masih bersekolah di tingkatan enam atas, Rachel Avril.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/30/ramadan-eratkan-silaturrahim-walau-berlainan-agama-nur-robecca/feed/ 0 31806
MUIS Dicadang Tingkat Kursus SPPM Ke Taraf Diploma https://sabahmedia.com/2022/01/26/muis-dicadang-tingkat-kursus-sppm-ke-taraf-diploma/ https://sabahmedia.com/2022/01/26/muis-dicadang-tingkat-kursus-sppm-ke-taraf-diploma/#respond Wed, 26 Jan 2022 08:30:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11564
Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU : Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) diminta untuk mencari jalan bagi meningkatkan kursus Sijil Profesional Pengurusan Masjid (SPPM) ke taraf diploma.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ia boleh dilaksanakan melalui kerjasama dengan agensi agama khususnya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

“Sehubungan itu program SPPM untuk semua ahli jawatankuasa masjid di Sabah dan juga dibuka kepada penyertaan awam ini adalah sebagai langkah awal dalam memastikan sistem amalan pengurusan masjid teratur dan sistematik. 

“Justeru itu, saya mencadangkan kepada MUIS, JHEAINS dan UMS mencari jalan untuk meningkatkan kursus ini ke taraf diploma,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Graduasi SPPM Siri 1 dan 2 Sesi 2021/2022 disini semalam.

Hadir sama Naib Canselor UMS Profesor Datuk ChM Ts Dr Taufiq Yap Yun Him; Pengarah JHEAINS Datuk Saifulzaman Sangul dan Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Norjeli Dais.

Mohd Arifin berkata, Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 1.0 bagi tempoh 2021 hingga 2025 yang digariskan oleh kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor adalah untuk membawa citra inklusiviti, pemilikan bersama dan kebertanggungjawaban setiap anak Sabah untuk menjayakan agenda pembangunan negeri.

Katanya, JHEAINS melihat peranan masjid dalam konteks memantapkan pembangunan Insan menurut acuan Islam perlu dimurnikan selaras dengan teras utama yang kedua iaitu Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat.

“Diharap program ini menjadi antara faktor pengukuh kepada terbangunnya pengurusan masjid yang professional dan diharapkan lebih banyak program yang akan dirangka oleh pihak masjid dalam terus membangunkan modal insan.

“Saya amat yakin dan percaya institusi masjid kini bukan sekadar tempat untuk menunaikan solat semata-mata tetapi juga mencakupi aktiviti kemasyarakatan dan pendidikan,” katanya.

Sementara itu, Mohd Arifin turut meminta JHEAINS dan MUIS dengan dukungan MUIS merealisasikan usaha untuk melaksanakan kursus yang melahirkan Huffaz Profesional dengan kursus bertaraf diploma dan ijazah.

Beliau turut meminta MUIS, JHEAINS dan UMS membina modul bagi persijilan kursus untuk para muallaf yang boleh dibuat secara maya dan fizikal di tempat kuliah yang lebih selesa.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/26/muis-dicadang-tingkat-kursus-sppm-ke-taraf-diploma/feed/ 0 11564
Kerajaan Terus Pantau Individu Ditauliah Ajar Agama https://sabahmedia.com/2021/12/31/kerajaan-terus-pantau-individu-ditauliah-ajar-agama/ https://sabahmedia.com/2021/12/31/kerajaan-terus-pantau-individu-ditauliah-ajar-agama/#respond Fri, 31 Dec 2021 08:37:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10510
Read Time:46 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah melalui Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) sentiasa memantau dan memastikan tiada sebarang aktiviti penyalahgunaan platform mengajar agama bagi kepentingan politik di negeri ini.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, bidang kuasa berhubung perkara itu adalah dibawah Pejabat Mufti namun turut dipantau bersama MUIS.

“Perkara ini adalah dibawah Pejabat Mufti kerana untuk menjadi penceramah dan mengajar agama ada kriteria tertentu.

“Tidak semua boleh terlepas untuk mengajar kerana perlu terlebih dahulu mendapatkan pentauliahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran Buletin M-2Care Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah di Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) disini hari ini.

Mohd Arifin berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang laporan atau aduan mengenai individu yang ditauliahkan mengajar agama untuk tujuan berpolitik.

“Saya berharap agar MUIS sentiasa memantau kegiatan mereka ini dan mudah-mudahan di Sabah tidak berlaku namun jika ada kita akan cari jalan untuk mengatasi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/31/kerajaan-terus-pantau-individu-ditauliah-ajar-agama/feed/ 0 10510
PERKIS Akan Terus Laksana Aktiviti Dakwah & Keagamaan Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/09/10/perkis-akan-terus-laksana-aktiviti-dakwah-keagamaan-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/09/10/perkis-akan-terus-laksana-aktiviti-dakwah-keagamaan-di-sabah/#respond Fri, 10 Sep 2021 08:07:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6119
Read Time:56 Second

BEAUFORT: Pertubuhan Kebajikan Islam Sabah (PERKIS) akan meneruskan segala aktiviti dan perancangan bagi melaksanakan aktiviti dakwah dan keagamaan di negeri ini.

Timbalan Presiden 1 PERKIS Abdul Sani Marif berkata, pertubuhan yang ditubuhkan pada 21 Februari tahun lalu itu diasaskan oleh bekas Ahli Parlimen Beaufort Allahyarham Datuk Seri Lajim Ukin.

“Pemergian Allahyarham Datuk Seri Lajim Ukin yang juga Presiden PERKIS sememangnya satu kehilangan besar buat kami barisan kepimpinan PERKIS Negeri Sabah.

“Beliau merupakan seorang pemimpin yang baik, dihormati dan disegani oleh semua lapisan rakyat.  InsyaAllah kami akan terus melaksanakan segala program yang telah dirancang sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menziarahi pusara Allahyarham Datuk Seri Lajim Ukin di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kebatu disini baru-baru ini.

Bacaan Yasin dan Tahlil turut diadakan serta dihadiri Isteri Allahyarham Datin Seri Normilah Siong dan anaknya Mohd Azman Lajim.

Sani berkata, PERKIS juga akan terus memperkasakan dan memartabatkan keperluan umat Islam melalui pertubuhan itu.

“Alhamdulilah sebelum ini PERKIS telah melancarkan satu Tabung Kemanusiaan Palestin dan pembinaan surau di salah sebuah kampung di Ranau.

“Kita juga dijangka akan mengadakan mesyuarat presiden bagi membincangkan perkara yang berkaitan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/10/perkis-akan-terus-laksana-aktiviti-dakwah-keagamaan-di-sabah/feed/ 0 6119
Ruang kegiatan tidak bermoral mesti ditutup sepenuhnya https://sabahmedia.com/2021/02/16/ruang-kegiatan-tidak-bermoral-mesti-ditutup-sepenuhnya/ https://sabahmedia.com/2021/02/16/ruang-kegiatan-tidak-bermoral-mesti-ditutup-sepenuhnya/#respond Tue, 16 Feb 2021 11:45:27 +0000 http://18.136.128.23/?p=186
Read Time:39 Second

Ruang dan peluang untuk melakukan kegiatan tidak bermoral dan maksiat mesti ditutup sepenuhnya di Malaysia, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik, Dr Aliakbar Gulasan.

Ini termasuk kaedah-kaedah konvensional atau penggunaan pendekatan dan aplikasi moden, katanya.

Beliau berkata demikian  sebagai merujuk khusus kepada isu penggunaan aplikasi Sugarbook yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

‘Mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) tidak sepatutnya terlibat dengan kegiatan tidak bermoral dan maksiat ini,” tegasnya.

“Saya yakin dengan tindakan semua pihak, kerajaan dan pihak berkuasa pasti akan mendatangkan natijah yang baik,” katanya.

“ Selain itu, kerajaan juga mesti menutup mana-mana ruang maksiat yang lain seperti kelab malam dan pusat-pusat urut yang selalunya melanggar peraturan kerajaan,” kata Dr Aliakbar.

Beliau amat yakin kerajaan akan mengambil langkah dan tindakan ke arah melahirkan Malaysia bebas maksiat.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/02/16/ruang-kegiatan-tidak-bermoral-mesti-ditutup-sepenuhnya/feed/ 0 186