Agih – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 21 Oct 2021 09:22:11 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Agih – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan Sabah Agih RM1.2 juta Bantuan BUDI Kepada 670 Pelajar https://sabahmedia.com/2021/10/21/kerajaan-sabah-agih-rm1-2-juta-bantuan-budi-kepada-670-pelajar/ https://sabahmedia.com/2021/10/21/kerajaan-sabah-agih-rm1-2-juta-bantuan-budi-kepada-670-pelajar/#respond Thu, 21 Oct 2021 09:22:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7758
Read Time:2 Minute, 44 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah mengagihkan sebanyak RM1.2 juta menerusi Program Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) kepada 670 pelajar di negeri ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, bantuan BUDI ini adalah antara usaha diambil kerajaan negeri Sabah bagi membantu pelajar yang meneruskan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dan diploma.

“Pihak Yayasan Sabah menerusi BUDI menyalurkan bantuan one off sebanyak RM2,000 kepada 479 pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda, manakala sebanyak RM1,500 seorang kepada 168 pelajar peringkat Diploma serta 23 di peringkat persedian.

“Selain bantuan BUDI, kerajaan negeri turut memberi Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI) bagi pelajar yang menduduki peperiksaan SPM, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sebanyak RM200 seorang.

“Inisiatif lain yang turut dilaksanakan katanya ialah pengagihan 10,000 komputer riba menerusi Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) kepada pelajar yang tidak berkemampuan dan bakal menduduki peperiksaan penting,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyerahan Surat Tawaran JPA dan Bantuan Pendaftaran IPT (BUDI) kepada pelajar B40 di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini pada Khamis.

Turut hadir ialah Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Arifin Ariff; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman; Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Sr Safar Untong; Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Dr. Zulkapli Mohamed dan Naib Canselor UMS, Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin.

Hajiji berkata, Kerajaan Negeri sentiasa beriltizam bagi memastikan tidak ada golongan yang tercicir dalam mendapatkan pendidikan yang terbaik dan berkualiti.

Kerajaan amat prihatin terhadap bebanan kos pendidikan yang ditanggung ibu bapa, khususnya golongan B40.

“Setakat ini, bagi bantuan BUDI seramai 1,079 pelajar telah diluluskan daripada lebih kurang 5,000 yang dijangka menerima faedah ini dengan melibatkan peruntukan RM10 juta.

Bagi bantuan BAKTI pula, kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM7.6 juta yang akan memberi manfaat kepada lebih kurang 37,835 pelajar.

“Bantuan BAIK pula, setakat ini sebanyak 7,714 buah komputer riba telah diagih kepada pelajar terbabit dan selebihnya iaitu 2,272 lagi akan diagih sebelum hujung bulan ini,” katanya sambil menambah ini adalah antara inisiatif kerajaan negeri bagi memastikan tiada golongan yang tercicir daripada menerima akses kepada pendidikan berkualiti.

Sambil menegaskan kerajaan amat prihatin terhadap bebanan kos pendidikan yang ditanggung oleh ibu bapa, khususnya golongan kurang berkemampuan, katanya kerajaan akan berusaha untuk menambah peruntukan bagi bantuan pembiayaan pendidikan dan latihan sama ada dalam bentuk biasiswa, geran dan pinjaman.

“Kerajaan sentiasa komited dalam pembangunan modal insan khususnya dalam menyalurkan sejumlah peruntukan yang besar setiap tahun bagi membangunkan dan melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi dan seterusnya dapat memberi pulangan.

Sementara itu, Hajiji berkata kerajaan Persekutuan menerusi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam Program Pemberian Dermasiswa, juga telah memperuntukkan lebih RM40 juta kepada 670 pelajar asal Sabah bagi melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.

“Seramai 670 orang pelajar Bumiputera Sabah telah dipilih di bawah program ini dan seramai 59 pelajar hadir dalam majlis pada petang ini. Pelajar yang telah memperolehi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang ini akan mengikuti pelbagai program dalam pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Diploma.

“Saya meminta pelajar memanfaatkan sepenuhnya peluang diberikan dengan belajar bersungguh-sungguh kerana anda semua adalah tonggak serta harapan keluarga bagi membina masa depan yang lebih baik,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/21/kerajaan-sabah-agih-rm1-2-juta-bantuan-budi-kepada-670-pelajar/feed/ 0 7758
JaPen Agih 100 Jalur Gemilang Di Tenom https://sabahmedia.com/2021/08/28/japen-agih-100-jalur-gemilang-di-tenom/ https://sabahmedia.com/2021/08/28/japen-agih-100-jalur-gemilang-di-tenom/#respond Sat, 28 Aug 2021 10:01:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5419
Read Time:33 Second

TENOM : Seratus helai Jalur Gemilang dan bendera Negeri Sabah diagih Jabatan Penerangan (JaPen) Daerah Tenom, hari ini.

Pengagihan Jalur Gemilang meliputi 13 buah kampung dalam kawasan N.42 Melalap dan N.43 Kemabong sempena sambutan bulan kebangsaan pada tahun ini.

Penyerahan disempurnakan oleh Pengarah Penerangan Sabah, Nadzerah Abdullah sebagai simbolik Program Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Daerah Tenom kepada Ketua Kampung Baru Jumpa, Edward Besar, sejurus selepas lawatan ke Program Outreach Vaksinasi Covid-19 CITF di Dewan Gereja, Kampung Baru.

Turut hadir, Penolong Pegawai Daerah Tenom, Mas Syazwan Masood, Penolong Pegawai Daerah Kecil Kemabong, Yuesri Ismail Yusof, Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.43 Kemabong, Sabili Ahunang, dan Pegawai Penerangan Daerah, Sahiman Rahman. – PENERANGAN

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/28/japen-agih-100-jalur-gemilang-di-tenom/feed/ 0 5419
Jonathan Agih Sumbangan Sayur Segar Kepada Penduduk Sekitar Dun Kundasang https://sabahmedia.com/2021/06/29/jonathan-agih-sumbangan-sayur-segar-kepada-penduduk-sekitar-dun-kundasang/ https://sabahmedia.com/2021/06/29/jonathan-agih-sumbangan-sayur-segar-kepada-penduduk-sekitar-dun-kundasang/#respond Tue, 29 Jun 2021 11:10:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2220
Read Time:55 Second

RANAU: Lagi 350 orang Ketua Isi Rumah (KIR) dari 5 buah kampung sekitar kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kilanas-Kawiyan di DUN Kundasang, telah menerima agihan sayur- sayuran segar atas keprihatinan dan sumbangan Timbalan Menteri Dalam Negeri II (KDN) Malaysia yang juga Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin baru-baru ini.

Sumbangan bukan sahaja berupa sayur-sayuran segar malah barang keperluan makanan lain juga diberikan kepada mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Semua sumbangan telah dihantar dan disampaikan para sukarelawan yang mewakili pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau, bagi pihak Jonathan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Manakala sumbangan telah disampaikan kepada wakil-wakil penduduk kampung terlibat iaitu Anthone Pagandai di Kg.Manikulau, Ezas Takai di Kg.Kawiyan, Masun Resoin di Kg.Kilanas, Sumrid Padonggo di Kg.Patau dan Kg.Giring diwakili Mefwin Amar.

“Saya mewakili penduduk kampung merakam penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan Ahli Parlimen Ranau Jonathan Yasin dalam usaha serta keikhlasan hatinya yang sentiasa menghulurkan bantuan kepada rakyat P.179 Ranau ketika menghadapi masa sukar ini”, jelas Anthone mewakili Kg.Manikulau.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/29/jonathan-agih-sumbangan-sayur-segar-kepada-penduduk-sekitar-dun-kundasang/feed/ 0 2220
Dr Roland Agih Bakul Makanan di Lokasi PKPD Kg Warisan https://sabahmedia.com/2021/06/28/dr-roland-agih-bakul-makanan-di-lokasi-pkpd-kg-warisan/ https://sabahmedia.com/2021/06/28/dr-roland-agih-bakul-makanan-di-lokasi-pkpd-kg-warisan/#respond Mon, 28 Jun 2021 09:35:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2135
Read Time:50 Second

KOTA KINABALU: Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Dr Roland Chia meminta penduduk Kampung Warisan dekat sini untuk mengemas kini butiran data mereka bagi pengagihan bakul makanan.

Dr Roland mengatakan bahawa butiran data yang diberikan kepada ketua Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) juga mesti memasukkan jumlah isi rumah yang tinggal di setiap rumah supaya pengagihan bakul makanan yang betul dapat diberikan kepada keluarga yang terkesan.

“Satu rumah boleh terdiri daripada empat hingga lima keluarga,” kata Dr Roland dalam kenyataan media semasa mengunjungi pos kawalan barisan hadapan di Kampung Warisan dan Taman Puri Warisan di Darau yang telah dikenakan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Tambahnya, Dewan Bandaraya dan pasukannya akan mengagihkan bakul makanan dan ingin memastikan bahawa bantuan itu sampai kepada keluarga yang disasarkan.

Dr Roland juga mengunjungi Dewan Balairaya Kampung Warisan di mana ujian polymerase chain reaction (PCR) bagi ujian virus Covid-19 sedang dilakukan.

Beliau berpuashati dengan usaha Jabatan Kesihatan Sabah untuk memastikan semua penduduk kampung yang terlibat menjalani ujian PCR.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/28/dr-roland-agih-bakul-makanan-di-lokasi-pkpd-kg-warisan/feed/ 0 2135