agong kembara kenali borneo – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 23 Sep 2023 14:15:16 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png agong kembara kenali borneo – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 ‘Masih rindu, harap orang Borneo juga rindu orang Pahang’ – Agong https://sabahmedia.com/2023/09/23/masih-rindu-harap-orang-borneo-juga-rindu-orang-pahang-agong/ https://sabahmedia.com/2023/09/23/masih-rindu-harap-orang-borneo-juga-rindu-orang-pahang-agong/#respond Sat, 23 Sep 2023 14:15:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42393
Read Time:1 Minute, 38 Second

BERNAMA

Bera : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah bahawa pengalaman sepanjang menyertai Kembara Kenali Borneo yang bermula pada awal bulan ini, masih meninggalkan kesan kepada Seri Paduka Baginda sekeluarga.

Kembara yang turut disertai Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah itu, menurut Seri Paduka Baginda hanya ‘dipenuhi pengalaman manis, tiada yang pahit dan semuanya berjalan elok’.

“Saya ingin ambil kesempatan… ini kali pertama saya berucap selepas 10 hari di kembara dan saya sekeluarga masih lagi ada perasaan rindu kepada rakyat Sabah, Sarawak dan Brunei dan sudah tentu juga (rindu) kepada Pahang.

“Kepada semua di Borneo, izinkan saya mengatakan bahawa walaupun jauh di mata, tapi tetap dekat di hati kita semua. Saya harapkan orang di sana juga, ada perasaan rindu kepada kita orang Pahang,” titah Seri Paduka Baginda.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian semasa mencemar duli menyempurnakan Majlis Perasmian Jambatan Guai di Kampung Seberang Guai di sini hari ini, yang kemudiannya dinamakan sebagai Jambatan Al-Sultan Abdullah.

Turut berangkat ialah Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Majlis turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Ahli Parlimen Bera.

Al-Sultan Abdullah dalam titah baginda turut menzahirkan hasrat mahu menerbitkan buku dan membuat video semua pengalaman manis sepanjang kembara sejauh 2,154 kilometer yang menelusuri Lebuhraya Pan Borneo dari 3 hingga 13 Sept lepas.

Kembara Kenali Borneo yang diilhamkan oleh Al-Sultan Abdullah sendiri merupakan kunjungan terakhir Seri Paduka Baginda ke Sabah dan Sarawak sebagai seorang Yang di-Pertuan Agong sejak ditabalkan pada 2019.

Mengaitkan kembara itu dengan perasmian Jambatan Guai, Al-Sultan Abdullah bertitah jambatan seharusnya menjadi medium yang menghubungkan silaturahim dan memanjangkan semangat ukhuwah serta menyatukan semua sebagai keluarga Malaysia yang harmoni. – BERNAMA / FOTO ISTANA NEGARA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/23/masih-rindu-harap-orang-borneo-juga-rindu-orang-pahang-agong/feed/ 0 42393
Kembara Kenali Borneo : Agong beri pandangan aduan rakyat Sabah di peringkat Persekutuan https://sabahmedia.com/2023/09/07/kembara-kenali-borneo-agong-beri-pandangan-aduan-rakyat-sabah-di-peringkat-persekutuan/ https://sabahmedia.com/2023/09/07/kembara-kenali-borneo-agong-beri-pandangan-aduan-rakyat-sabah-di-peringkat-persekutuan/#respond Wed, 06 Sep 2023 23:28:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41380
Read Time:2 Minute, 8 Second

Kota Kinabalu : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah akan memberi pandangan berhubung aduan yang diterima daripada rakyat di negeri ini di peringkat Persekutuan.

Baginda bertitah aduan itu termasuklah isu berkaitan jalan raya, bekalan elektrik dan air susulan program Kembara Kenali Borneo di Sabah yang bermula pada 3 September lalu.

“Saya nak bawa ke tengah di sini ialah berkaitan satu tempat begitu cantik yang saya ambil di atas jambatan Sungai Liwagu (Ranau), orang kampung tunjuk saya jambatan pecah dua, saya dimaklumkan sejak 2019 tidak dibaki.

“Saya harap ini kita dapat ketengahkan, saya juga sendiri akan usahakan di peringkat Persekutuan.  Apabila saya balik ke Kuala Lumpur, berjumpa dengan Perdana Menteri, saya akan suarakan mana-mana yang patut saya suarakan,” titah baginda.

Baginda bertitah pada Majlis Santapan Malam Kerajaan Negeri Sabah sempena Kembara Kenali Borneo di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, malam tadi.

Hadir sama menyambut keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah ke majlis itu ialah Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Dalam pada itu, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa bertuah dan bersyukur kerana sampai ke negeri ini menerusi program Kembara Kenali Borneo yang bermula di Tawau pada 3 September lalu dan akan tamat di Teluk Melano, Sarawak pada 13 September ini dengan jarak perjalanan sejauh 2,154 kilometer.

Al-Sultan Abdullah bertitah, baginda bersama Raja Permaisuri Agong dan putera serta puteri baginda amat sukacita dan berbesar hati kerana buat julung kali dapat menjelajah serta mengemabra ke setiap pelusuk negeri Sabah dan Sarawak.

Titah baginda, kembara berkenaan dibuat dan dinamakan sebagai Kembara Kenali Borneo kerana teringin melihat seluruh pelusuk Sabah dan Sarawak selepas hanya melawat Kota Kinabalu dan Kuching setiap kali ke kedua-dua negeri sebelum ini.

“Luar dari Kota Kinabalu atau Kuching saya tidak pernah jejak. Jadi saya fikir, umurpun sudah meningkat, saya cuba nak melihat sendiri dengan mata kasar saya bersama keluarga, nak tengok keadaan, nak kenal rakyat Sabah di seluruh pelusuk luar Kota Kinabalu.

“Alhamdulillah, ini sudah saya dapat realisasikan di Sabah mulai 3 September hingga hari ini, saya sudah memandu sendiri kereta sejauh 759 kilometer dan alhamdulillah, pinggang saya masih kuat lagi.

“Saya tak nak komen pasal jalan raya di sini. Esok (hari ini) saya akan habis memandu sehingga 226 kilometer lagi dan ini bermakna berakhirlah sejauh 985 kilometer di bumi Sabah, syukur ke hadrat Allah SWT,” titah baginda. – SABAH MEDIA/ FOTO FB TPM II

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/07/kembara-kenali-borneo-agong-beri-pandangan-aduan-rakyat-sabah-di-peringkat-persekutuan/feed/ 0 41380