agong permaisuri di sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 09 Sep 2023 03:09:49 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png agong permaisuri di sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Raja Permaisuri menangis penduduk Sabah sanggup tunggu dalam hujan https://sabahmedia.com/2023/09/09/raja-permaisuri-menangis-penduduk-sabah-sanggup-tunggu-dalam-hujan/ https://sabahmedia.com/2023/09/09/raja-permaisuri-menangis-penduduk-sabah-sanggup-tunggu-dalam-hujan/#respond Sat, 09 Sep 2023 03:09:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41501
Read Time:1 Minute, 36 Second

BERNAMA

Miri : Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menangis ketika menzahirkan rasa terharu dengan sambutan penduduk Sabah meraikan keberangkatan tiba baginda dan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semasa penjelajahan terakhir Kembara Kenali Borneo di negeri itu Khamis lalu.

Menerusi hantaran di Instagram Istana Negara semalam, berkongsikan video yang memaparkan Tunku Azizah menangis melihat kesanggupan rakyat Sabah menanti keberangkatan tiba baginda berdua dalam cuaca hujan lebat semasa perjalanan pasangan diraja itu dari Kota Kinabalu ke Sipitang, destinasi terakhir konvoi sebelum memasuki Lawas, Sarawak.

“Sabah ‘menangis’, saya juga turut menangis, rakyat menangis, langit menangis tetapi mereka masih tetap di luar sana dalam hujan lebat. Saya sudah separuh basah kerana saya buka tingkap.

“Terima kasih banyak-banyak. Tuanku (Al-Sultan Abdullah) dan saya akan mengenang perkara ini sepanjang hayat kami… Kami minta maaf dan kami rasa bersalah kepada rakyat yang menunggu di luar sana dalam hujan kerana kami tidak boleh keluar dan bertemu dengan mereka.

“…hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas dan Tuanku dan saya doakan semua orang tak sakit, tak demam sebab tunggu dalam hujan begitu lama,” titah Tunku Azizah dalam video berdurasi kira-kira 40 saat itu yang dirakamkan sendiri oleh baginda.

Hantaran video itu menerima lebih 200,000 tontonan manakala ruangan komen dipenuhi kenyataan positif dan penghargaan atas keprihatinan Seri Paduka berdua.

“Saya antara yang berhujan semalam di pekan Beaufort menanti ketibaan Tuanku berdua. Walaupun hujan lebat, sampaikan ada payung terbalik tapi kami tetap setia menanti.

“Teruja nampak Tuanku Permaisuri menangis semalam. Kami sayang Tuanku, Raja kami,” komen pengguna Instagram dengan nama @n_sal16.

“Apabila rakyat sudah terlalu sayang. Tak kisah hujan panas,” menurut @lockmayphotography dalam ruangan komen di hantaran berkenaan.

Kembara Kenali Borneo dari 3 hingga 13 Sept bermula di Tawau, Sabah dan akan berakhir di Telok Melano, Sarawak adalah program penjelajahan sejauh 2,154 kilometer menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/09/raja-permaisuri-menangis-penduduk-sabah-sanggup-tunggu-dalam-hujan/feed/ 0 41501
Agong, Permaisuri berangkat tiba di Tawau untuk Kembara Kenali Borneo https://sabahmedia.com/2023/09/03/agong-permaisuri-berangkat-tiba-di-tawau-untuk-kembara-kenali-borneo/ https://sabahmedia.com/2023/09/03/agong-permaisuri-berangkat-tiba-di-tawau-untuk-kembara-kenali-borneo/#respond Sun, 03 Sep 2023 07:51:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41210
Read Time:2 Minute, 43 Second

BERNAMA

Tawau: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba di lapangan Terbang Tawau di sini hari ini bagi memulakan pengembaraan yang julung kali diadakan dalam mendekati rakyat di Sabah dan Sarawak.

Kembara Kenali Borneo pada 3 hingga 13 Sept ini bermula dari Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Kuching, melibatkan jarak perjalanan lebih 2,154 kilometer dengan melalui Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei, memberikan peluang keemasan bagi rakyat di kedua-dua negeri untuk beramah mesra dengan pasangan diraja dan delegasi.

Pesawat membawa Seri Paduka berdua yang berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang mendarat pada pukul 1.50 tengah hari, sebelum Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah disambut Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersalaman dengan Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin (tengah) sejurus keberangkatan tiba. –Foto JAPEN Sabah

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Kadzim M Yahya, dengan ditemani isteri masing-masing.

Al-Sultan Abdullah kemudian berkenan melalui Kawalan Kehormat Setempat daripada Batalion Ke-26 Rejimen Askar Melayu Diraja (26 RAMD).

Mufti Kerajaan Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar membacakan doa bagi memohon keselamatan Seri Paduka berdua serta para hadirin, sebelum pasangan diraja bersama delegasi berangkat menuju ke hotel penginapan.

Sebelum meninggalkan Lapangan Terbang Tawau, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut berkenan bergambar bersama 40 kanak-kanak daripada Tadika Kemas dan Perpaduan di daerah ini, yang berpakaian tradisional pelbagai etnik.

Al-Sultan Abdullah yang memandu sendiri kereta dengan ditemani Tunku Azizah, turut berkenan beramah mesra, bersalaman dan berswafoto dengan orang ramai yang menantikan keberangkatan Seri Paduka berdua di sekitar lapangan terbang itu.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dijadual berangkat ke Majlis Pelancaran Kembara Kenali Borneo dan Santapan Malam Bersama Rakyat di Dewan Masyarakat Tawau di sini malam ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor (tengah) berjabat tangan dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – Foto JAPEN Sabah

Kawasan di sekitar Tawau kelihatan meriah dengan kibaran Jalur Gemilang dan bendera negeri Sabah bagi menyambut keberangkatan tiba pasangan diraja yang terkenal dengan sikap rendah hati dan mesra rakyat itu.

Tawau, yang dikenali sebagai ‘Bumi Peladang’ terletak di sebelah Pantai Timur Sabah iaitu kira-kira 500km dari ibu negeri Kota Kinabalu, dan merupakan bandar ketiga terbesar di negeri ini, selepas Kota Kinabalu dan Sandakan.

Mengikut data Jabatan Perangkaan pada 2020 daerah Tawau mempunyai 372,462 penduduk dengan keluasan 196 km persegi. Penduduk Tawau majoritinya terdiri daripada suku kaum Bugis, Bajau, Suluk Ida’an, Tidong, Cocos, Murut dan Lun Bawang.

Sebahagian besar daripada kawasan tanah tanah daerah Tawau adalah kawasan perladangan yang banyak ditanam dengan tanaman kelapa sawit dan koko, dengan kebanyakan penduduknya bekerja di ladang kelapa sawit.

Semasa di Sabah bagi tempoh 3 hingga 7 Sept, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong serta rombongan dijadual singgah di lapan daerah lain iaitu Lahad Datu, Sandakan, Telupid, Ranau, Kundasang, Kota Kinabalu, Penampang dan Sipitang. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/03/agong-permaisuri-berangkat-tiba-di-tawau-untuk-kembara-kenali-borneo/feed/ 0 41210