Agong permaisuri – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 28 Jan 2024 09:46:49 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Agong permaisuri – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Agong, Raja Permaisuri istimewa di hati rakyat Sabah https://sabahmedia.com/2024/01/28/agong-raja-permaisuri-istimewa-di-hati-rakyat-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/01/28/agong-raja-permaisuri-istimewa-di-hati-rakyat-sabah/#respond Sun, 28 Jan 2024 09:46:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48635
Read Time:45 Second

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sentiasa diingati rakyat Sabah sebagai pasangan diraja yang berjiwa rakyat.

Ia terbukti semasa lawatan Agong, dan Raja Permaisuri ke negeri ini sempena Kembara Kenali Borneo pada September lalu yang mendekatkan Seri Paduka berdua dengan rakyat Sabah dari semua lapisan masyarakat.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, rakyat Sabah pastinya mengingati Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah.

“Kedua-dua Seri Paduka dilihat penuh dengan rasa prihatin apabila mendekati rakyat yang berada dalam keadaan susah.

“Bagi pihak kerajaan negeri, kami mengucapkan terima kasih atas segala jasa mereka kepada negara dan mengucapkan selamat sejahtera kepada mereka dan keluarga,” katanya.

Hajiji berkata demikian selepas menghadiri Majlis Jamuan Negara sempena tamat tempoh pemerintahan Al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 di sini Sabtu lalu. FOTO JKM

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/28/agong-raja-permaisuri-istimewa-di-hati-rakyat-sabah/feed/ 0 48635