agong – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 24 Jun 2026 03:17:18 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png agong – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Agong kurnia sumbangan RM500,000 kepada mangsa kebakaran Kudat dan Sandakan https://sabahmedia.com/2026/06/24/agong-kurnia-sumbangan-rm500000-kepada-mangsa-kebakaran-kudat-dan-sandakan/ https://sabahmedia.com/2026/06/24/agong-kurnia-sumbangan-rm500000-kepada-mangsa-kebakaran-kudat-dan-sandakan/#respond Wed, 24 Jun 2026 03:17:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98784
Read Time:1 Minute, 3 Second

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor merakamkan penghargaan bagi pihak Kerajaan Negeri Sabah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar mengurniakan sumbangan kepada mangsa bencana kebakaran di Kudat dan Sandakan.

Sumbangan berjumlah RM500,000 itu disampaikan oleh Pemegang Amanah Urusan Yayasan Sultan Ibrahim Johor Tan Sri Avinderjit Singh kepada Hajiji sambil disaksikan sendiri Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di sini pada Rabu.

“Ini adalah tanda keprihatinan Baginda terhadap rakyat Sabah yang terjejas akibat bencana berkenaan.

“Kerajaan Negeri amat menghargai sumbangan dan sokongan yang diberikan, khususnya tragedi kebakaran di Kampung Gumpa, Kudat serta tragedi kebakaran besar di Kampung Bahagia, Sandakan,” katanya.

Hajiji beerkata, Kerajaan Negeri Sabah melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah akan terus memperkukuh usaha penyelarasan bantuan kebajikan, pengurusan pusat pemindahan sementara serta memastikan kebajikan dan kesejahteraan mangsa sentiasa terpelihara.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong, Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Datuk Awang Shahminan Sahari, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Datuk Walter Kenson dan Pegawai Daerah Kudat Charles William Dabbi.

Pada 16 April lalu, lapan buah rumah terbakar melibatkan 67 mangsa di Kampung Gumpa, Kudat manakala pada 18 April, 1050 buah rumah telah dijilat api menjejaskan 914 Ketua Isi Rumah (KIR) di Kampung Bahagia, Sandakan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/24/agong-kurnia-sumbangan-rm500000-kepada-mangsa-kebakaran-kudat-dan-sandakan/feed/ 0 98784
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Tahun Baharu 2026 https://sabahmedia.com/2026/01/01/agong-raja-permaisuri-zahir-ucapan-selamat-tahun-baharu-2026/ https://sabahmedia.com/2026/01/01/agong-raja-permaisuri-zahir-ucapan-selamat-tahun-baharu-2026/#respond Thu, 01 Jan 2026 02:21:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89046
Read Time:28 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar tahun baharu ini membawa kesejahteraan serta kemakmuran berterusan kepada negara.

Sultan Ibrahim turut menyeru rakyat supaya terus memperkukuh perpaduan dan saling menghormati antara satu sama lain demi keharmonian Malaysia.

“Seri Paduka Baginda turut berdoa agar Malaysia sentiasa dilindungi Allah SWT serta dikurniakan keamanan, kemajuan dan kesejahteraan berpanjangan,” menurut hantaran itu.  BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/01/agong-raja-permaisuri-zahir-ucapan-selamat-tahun-baharu-2026/feed/ 0 89046
Patuh dan percaya kepada Agong, tindakan Fahmi boleh timbulkan keadaan tidak harmoni. https://sabahmedia.com/2024/12/27/patuh-dan-percaya-kepada-agong-tindakan-fahmi-boleh-timbulkan-keadaan-tidak-harmoni/ https://sabahmedia.com/2024/12/27/patuh-dan-percaya-kepada-agong-tindakan-fahmi-boleh-timbulkan-keadaan-tidak-harmoni/#respond Fri, 27 Dec 2024 10:26:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66048
Read Time:1 Minute, 28 Second

Kota Kinabalu : Tindakan pereka grafik dan aktivis politik dari Semenanjung, Fahmi Reza memegang poster provokasi berbentuk penghinaan terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11, Tun Musa Aman boleh menimbulkan keadaan tidak harmoni di negeri ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Beaufort Ak Mohd Yazri Ak Mohd Yahaya berkata, keadaan ini dilihat boleh menghasut perasaan marah serta benci kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Katanya, provokasi ini dikenal pasti boleh menimbulkan keadaan tidak tenteram apabila dengan sengaja menghasut rakyat Sabah untuk menentang pelantikan Tun Musa Aman.

“Kita menyeru agar pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang kepada Fahmi Reza ini agar tidak ada perkara buruk berlaku di negeri ini.

“Kelihatan beberapa hantaran berniat menghasut rakyat Sabah berunsur negatif, sudah tentu perbuatan Fahmi Reza ini menimbulkan keadaan tidak tenteram kalangan penduduk di negeri ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Yazri berkata, setakat ini beberapa karikatur memaparkan wajah Musa Aman mengigit wang serta perkataan protes koruptor nombor satu ditampal dibeberapa kawasan di sekitar ibu negeri.

“Kita mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Fahmi Reza sekali gus menghentikan perbuatannya dalam tempoh terdekat.

“Pagi ini kita melihat posting Fahmi berada di hadapan kawasan pelancongan terkenal, bangunan Maybank Jalan Pantai, Kota Kinabalu sehingga tular di media sosial,” jelas Mohd Yazri.

Terdahulu Fahmi Reza memuat naik di laman sosial berkaitan sekeping gambar memegang poster provokasi berbentuk penghinaan terhadap Tuan Yang Terutama (TYT) yang baharu, Tun Musa Aman di hadapan bangunan Maybank Jalan Pantai.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kedatangan Fahmi ke Sabah untuk menyertai himpunan yang dianjurkan oleh sekumpulan mahasiswa UMS pada 31 Disember ini.

Sebelum ini, Tun Musa Aman dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11 setelah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dalam satu majlis di Istana Negara pada 17 Disember lalu. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/27/patuh-dan-percaya-kepada-agong-tindakan-fahmi-boleh-timbulkan-keadaan-tidak-harmoni/feed/ 0 66048
Agong Lawat China: Usaha Tarik Pelaburan Bagi Projek Kereta Api Johor-Singapura https://sabahmedia.com/2024/09/20/agong-lawat-china-usaha-tarik-pelaburan-bagi-projek-kereta-api-johor-singapura/ https://sabahmedia.com/2024/09/20/agong-lawat-china-usaha-tarik-pelaburan-bagi-projek-kereta-api-johor-singapura/#respond Fri, 20 Sep 2024 10:26:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60938
Read Time:1 Minute, 6 Second

Sultan Johor merangkap Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Ibrahim Iskandar mengadakan lawatan ke China bagi menarik pembiayaan daripada para pelabur untuk projek kereta api berkelajuan tinggi yang menghubungkan antara Johor dan Singapura.

Baginda dijemput oleh Presiden Xi Jinping dalam usahanya memacu ledakan infrastruktur di seluruh Asia dan Afrika serta mengeratkan hubungan strategik buat kedua-dua negara.

Delegasi Sultan Ibrahim termasuk wakil YTL Corp Bhd, Tan Sri Francis Yeoh yang merupakan syarikat Malaysia yang terlibat dalam senarai pendek projek mega tersebut menunjukkan minat yang tinggi dalam penglibatan tersebut.

Yang di-Pertuan Agong telah lama menyokong rangkaian kereta api tersebut hasil cadangan yang dihidupkan semula oleh kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tahun lalu dengan kaveat bahawa ia tidak akan dibiayai dengan kutipan cukai.

Sultan Ibrahim menjadi raja Malaysia pada Januari di bawah pemerintahan urutan beraja yang unik di mana sembilan raja turun temurun bergilir-gilir untuk berkhidmat selama lima tahun. Beliau memerintah negeri paling selatan Johor iaitu negeri yang bersempadan dengan Singapura.

Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke mengesahkan bahawa dasar kerajaan ialah projek tersebut diterajui oleh sebuah konsortium yang sekurang-kurangnya 51% milik rakyat Malaysia.

Pelaksanaan landasan kereta api itu bertujuan untuk mengurangkan masa perjalanan antara dua buah bandar berjarak 90 minit daripada empat jam jika menaiki kereta.

Projek dijangka menelan belanja sebanyak RM100 billion dibawah pengurusan kerajaan persekutuan. – Bloomberg

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/20/agong-lawat-china-usaha-tarik-pelaburan-bagi-projek-kereta-api-johor-singapura/feed/ 0 60938
Sultan Ibrahim titah akan laksana tanggungjawab dengan jujur, penuh timbang rasa https://sabahmedia.com/2024/07/20/sultan-ibrahim-titah-akan-laksana-tanggungjawab-dengan-jujur-penuh-timbang-rasa/ https://sabahmedia.com/2024/07/20/sultan-ibrahim-titah-akan-laksana-tanggungjawab-dengan-jujur-penuh-timbang-rasa/#respond Sat, 20 Jul 2024 07:15:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57790
Read Time:1 Minute, 52 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur : Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini bertitah akan melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan jujur, ikhlas dan adil serta penuh timbang rasa kepada semua rakyat jelata.

Titah Seri Paduka Baginda, ia demi menjaga kesejahteraan dan kedaulatan negara.

“Terlebih dahulu saya ingin menzahirkan ucapan menjunjung kasih kepada Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang telah memberikan kepercayaan dan penghormatan kepada saya untuk memikul amanah dan tugas sebagai ketua negara.

“Insya-Allah, saya akan melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan jujur dan ikhlas, dan memerintah dengan adil dan saksama serta penuh timbang rasa kepada semua rakyat jelata, demi menjaga kesejahteraan dan kedaulatan negara,” titah Sultan Ibrahim sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara, hari ini.

Pada masa sama Sultan Ibrahim menzahirkan harapan agar kerajaan terus berusaha untuk meringankan beban hidup rakyat serta membangunkan negara dengan lebih maju dan makmur.

Sementara itu, Sultan Ibrahim menzahirkan penghargaan di atas keberangkatan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Raja Bahrain Sheikh Hamad bin Isa Al Khalifa kerana sudi berangkat ke istiadat pertabalan itu, yang menandakan hubungan erat kedua-dua negara.

“Saya juga menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada semua Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan wakil-wakil Baginda yang sudi berangkat di dalam majlis ini. Saya turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir di sini dan juga yang mengutuskan ucapan tahniah, serta iringan doa sempena pertabalan saya sebagai Yang di-Pertuan Agong pada hari ini,” titah Sultan Ibrahim.

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan istiadat pertabalan hari ini serta semua majlis yang dianjurkan.

“Akhir kata, marilah kita berdoa ke hadrat Allah SWT, semoga negara Malaysia akan terus maju dan makmur, serta seluruh rakyatnya kekal hidup bersatu-padu, aman sentosa dan bahagia,” titah Seri Paduka Baginda.

Sultan Ibrahim ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam istiadat penuh tradisi dan adat raja-raja Melayu di Balairung Seri, Istana Negara pagi ini, yang melakar satu lagi peristiwa bersejarah dan bermakna bagi Malaysia.

Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan.-  BERNAMA / FOTO ISTANA NEGARA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/20/sultan-ibrahim-titah-akan-laksana-tanggungjawab-dengan-jujur-penuh-timbang-rasa/feed/ 0 57790
Kembara Kenali Borneo:Orang Ramai Dinasihatkan Jaga Keselamatan, Elak Tunggu Hingga Lewat Malam https://sabahmedia.com/2023/09/05/kembara-kenali-borneoorang-ramai-dinasihatkan-jaga-keselamatan-elak-tunggu-hingga-lewat-malam/ https://sabahmedia.com/2023/09/05/kembara-kenali-borneoorang-ramai-dinasihatkan-jaga-keselamatan-elak-tunggu-hingga-lewat-malam/#respond Tue, 05 Sep 2023 03:55:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41271
Read Time:1 Minute, 12 Second

BERNAMA

SANDAKAN Istana Negara menasihatkan orang ramai agar sentiasa berada di bahu jalan dan tidak menyeberangi jalan raya ketika konvoi Kembara Kenali Borneo melintasi setiap lokasi yang dijadualkan untuk mengelakkan kemalangan atau kejadian tidak diingini.

Menerusi hantaran di Facebook Istana Negara hari ini, Istana Negara juga menasihatkan orang ramai supaya tidak bersusah payah menanti ketibaan konvoi tersebut terutamanya sehingga lewat malam bersama anak-anak kecil.

“Pihak berkuasa tempatan dimohon mengambil langkah-langkah kawalan yang berkesan bagi memastikan keselamatan diri orang ramai yang berada di bahu jalan raya terjamin,” menurut hantaran itu.

Hantaran itu turut memaklumkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah amat terharu dengan sambutan hebat rakyat terhadap program Kembara Kenali Borneo yang sedang berlangsung sehingga 13 Sept ini.

Namun, Seri Paduka dan Pihak Urusetia Pelaksana Kembara Kenali Borneo juga amat prihatin dengan keselamatan diri dan ahli keluarga rakyat yang teruja menantikan ketibaan konvoi di setiap lokasi yang telah dirancang.

Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kini berkenan menyertai Kembara Kenali Borneo untuk mendekati penduduk di Sabah dan Sarawak, melibatkan pengembaraan jarak sejauh 2,154 kilometer dengan menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.

Turut berangkat mengikuti program Kembara Kenali Borneo ialah paduka anakanda Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana.

— BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/05/kembara-kenali-borneoorang-ramai-dinasihatkan-jaga-keselamatan-elak-tunggu-hingga-lewat-malam/feed/ 0 41271
Agong Nasihat Rakyat Siap Sedia Hadapi Kemungkinan Banjir Besar https://sabahmedia.com/2021/12/29/agong-nasihat-rakyat-siap-sedia-hadapi-kemungkinan-banjir-besar/ https://sabahmedia.com/2021/12/29/agong-nasihat-rakyat-siap-sedia-hadapi-kemungkinan-banjir-besar/#respond Wed, 29 Dec 2021 09:55:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10444
Read Time:1 Minute, 33 Second

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati rakyat, khususnya di negeri-negeri pantai timur, Johor dan Sabah, bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan berlaku banjir besar akibat hujan lebat yang berterusan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, titah nasihat Yang di-Pertuan Agong itu susulan amaran Tahap Waspada (Kuning) iaitu hujan berterusan yang akan dialami beberapa daerah di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah sepanjang minggu ini hingga 2 Januari depan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia.

“Seri Paduka Baginda turut menasihati rakyat, khususnya di kawasan berisiko dilanda banjir juga peka terhadap ramalan dan amaran yang telah dikeluarkan serta sentiasa berwaspada sekiranya paras air naik secara mendadak akibat hujan lebat yang berterusan.

“Ini termasuklah mematuhi semua arahan dan panduan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan sekiranya dikehendaki berpindah dari kediaman masing-masing demi keselamatan diri dan ahli keluarga tersayang,” katanya.

Ahmad Fadil berkata, menzahirkan keprihatinan tinggi Seri Paduka terhadap kemaslahatan rakyat, Al-Sultan Abdullah menyeru semua pihak mengambil iktibar daripada pengalaman bencana banjir sebelum ini untuk membaiki sebarang kelemahan dan kekurangan dalam menghadapi sebarang kemungkinan khususnya segala urusan pasca banjir.

Sehubungan dengan itu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja berkata, Seri Paduka Baginda menasihati agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dan pihak berkuasa tempatan supaya tidak leka dan proaktif dalam memastikan kesiapsiagaan, koordinasi dan penyelarasan pengurusan bagi menghadapi gelombang kedua banjir di tahap terbaik.

Katanya, Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan dan keyakinan bahawa menerusi persediaan awal dengan disusuli tindakan yang terancang, operasi-operasi menyelamat dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir yang terperangkap, khususnya mereka yang berada di kawasan berkepadatan tinggi dan juga pedalaman, dapat dilaksanakan dengan pantas dan berkesan.

“Seri Paduka Baginda turut mengajak semua rakyat untuk bersama-sama mendoakan agar gelombang kedua banjir yang akan berlaku ini tidak berpanjangan dan negara serta rakyat dilindungi daripada sebarang bentuk musibah dan bencana,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/29/agong-nasihat-rakyat-siap-sedia-hadapi-kemungkinan-banjir-besar/feed/ 0 10444
Agong Nasihat Semua Pihak Amalkan Demokrasi Bermusyawarah, Tutup Titah dengan 3 Rangkap Pantun https://sabahmedia.com/2021/09/13/agong-nasihat-semua-pihak-amalkan-demokrasi-bermusyawarah-tutup-titah-dengan-3-rangkap-pantun/ https://sabahmedia.com/2021/09/13/agong-nasihat-semua-pihak-amalkan-demokrasi-bermusyawarah-tutup-titah-dengan-3-rangkap-pantun/#respond Mon, 13 Sep 2021 05:03:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6226
Read Time:3 Minute, 0 Second

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihatkan semua pihak supaya mengamalkan demokrasi bermusyawarah dalam mencari penyelesaian kepada apa jua permasalahan.

Justeru, Seri Paduka menyambut baik keterbukaan kerajaan memberi peluang kepada pelbagai pihak termasuk Ahli Parlimen untuk melibatkan diri dalam tadbir urus negara.

“Beta turut menyambut baik dan amat menghargai usaha-usaha ke arah merealisasikan pendekatan baharu kerjasama dwipartisan antara semua pihak yang bakal membentuk landskap politik baharu dan membawa perubahan dalam sistem pentadbiran negara,” titah Seri Paduka pada Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Parlimen ke-14 hari ini.

Menyifatkan kematangan seumpama itu didambakan seluruh rakyat, Al-Sultan Abdullah bertitah perpaduan, kesepakatan dan kebersamaan yang erat bagaikan sebuah ‘Keluarga Malaysia’, negara akan dapat mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan.

“Ambillah nasihat pepatah Melayu lama yang berbunyi biduk lalu kiambang bertaut, sesungguhnya yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua,” titah Seri Paduka.

Al-Sultan Abdullah turut menyeru semua Ahli Parlimen agar mengembalikan fokus kepada usaha memerangi pandemik COVID-19 serta membawa kembali sinar kepada rakyat dan negara yang terlalu lama dibelenggu isu kesihatan dan kemurungan ekonomi.

Seri Paduka bertitah sebarang bibit pertelingkahan hendaklah segera dihentikan supaya Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang aman, harmoni dan bersatu padu.

“Ratusan pucuk surat telah beta terima daripada rakyat beta yang merintih penuh duka dengan seribu harapan agar sinar perubahan dapat mereka kecapi dengan segera bagi meneruskan kehidupan seharian seperti biasa.

“Nasihat beta kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat, jangan sama sekali meletakkan masa depan negara dan rakyat beta sebagai taruhan dalam percaturan untuk mencapai agenda tertentu,” titah Seri Paduka.

Bersempena sambutan hari Malaysia yang bakal dirai pada 16 Sept ini, Seri Paduka juga menyeru Ahli Parlimen dan seluruh rakyat untuk menghayati sejarah kemerdekaan dan pembentukan persekutuan Malaysia supaya sentiasa mempunyai asas patriotisme dan semangat cintakan negara yang tinggi.

Berkongsi situasi politik negara sebelum ini, Al-Sultan Abdullah bertitah negara menyaksikan peletakan jawatan Perdana Menteri kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Ogos lepas, kali kedua dalam tempoh pemerintahan Seri Paduka.

Seperti yang berlaku pada 2020 ekoran peletakan jawatan Perdana Menteri ketujuh Tun Dr Mahathir Mohamad, Seri Paduka bertitah amanah berat untuk memilih dan melantik Perdana Menteri kesembilan telah dilaksana dengan berpandu kepada Perlembagaan Persekutuan.

“Selaras dengan konsep Raja Berperlembagaan dan demokrasi berparlimen, beta telah memberi peluang kepada semua 220 Ahli-Ahli Dewan Rakyat untuk menamakan menerusi surat akuan seorang Ahli Dewan Rakyat yang diberi kepercayaan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri,” titah Al-Sultan Abdullah.

Seri Paduka bertitah setelah mendapati 114 Ahli Dewan Rakyat memberi kepercayaan dengan kerelaan mereka sendiri serta tanpa sebarang paksaan, Ahli Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Dalam titah ucapan itu, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan penghargaan kepada Muhyiddin dan barisan Ahli Jemaah Menteri lepas yang menerajui pentadbiran negara mengharungi cabaran pandemik COVID-19 yang getir.

Mengakhiri titah ucapan, Seri Paduka turut berkenan menitipkan tiga rangkap pantun sebagai pesanan tulus ikhlas buat Ahli-Ahli kedua-dua dewan yang antaranya supaya mereka ikhlas berbakti agar rakyat tidak gusar dan bimbang selain memartabatkan semula maruah negara.

Dari Segamat Ke Kota Tinggi;

Hajat Mula-Nya Ke Kuala Pahang;

Kepada Yang Berhormat IkhlasLah Berbakti;

Tidak Lah Rakyat Gusar Dan Bimbang.

Kalau Memandang Langit Yang Tinggi;

Jangan Lupa Rumput Di Bawah;

Bekerja-Lah Yang Berhormat Sepenuh Hati;

Martabat-Kan Negara Kembali Bermaruah.

Rempah Halia Di Gaul Di Uli;

Buat Ramuan Nasi Kebuli;

Sumpah Setia Ketaatan Di Beri;

PertahanKan Negara Dan Ibu Pertiwi.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/13/agong-nasihat-semua-pihak-amalkan-demokrasi-bermusyawarah-tutup-titah-dengan-3-rangkap-pantun/feed/ 0 6226
Agong, Permaisuri ucap takziah kepada keluarga Datuk Lajim Ukin https://sabahmedia.com/2021/08/29/agong-permaisuri-ucap-takziah-kepada-keluarga-datuk-lajim-ukin/ https://sabahmedia.com/2021/08/29/agong-permaisuri-ucap-takziah-kepada-keluarga-datuk-lajim-ukin/#respond Sun, 29 Aug 2021 10:16:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5482
Read Time:51 Second

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Datuk Seri Panglima Lajim Ukin, Mantan Ahli Parlimen Beaufort, Sabah, yang telah kembali ke Rahmatullah pada pagi hari ini.

Istana Negara menerusi laman Facebook rasmi pada Ahad menyatakan Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

“Seri Paduka Baginda berdua amat menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbanan Allahyarham sebagai wakil rakyat dan Ahli Parlimen Negeri Sabah, kepada masyarakat dan negara.

“Allahyarham pernah memegang beberapa jawatan penting dalam Kabinet Persekutuan antaranya sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Allahyarham juga pernah dilantik memegang jawatan Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin, “demikian menurut hantaran itu.- Sumber Facebook Istana Negara

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/29/agong-permaisuri-ucap-takziah-kepada-keluarga-datuk-lajim-ukin/feed/ 0 5482
Agong Zahir Dukacita, Pembatalan Ordinan Darurat Dibuat Sebelum Perkenan Baginda https://sabahmedia.com/2021/07/29/agong-zahir-dukacita-pembatalan-ordinan-darurat-dibuat-sebelum-perkenan-baginda/ https://sabahmedia.com/2021/07/29/agong-zahir-dukacita-pembatalan-ordinan-darurat-dibuat-sebelum-perkenan-baginda/#respond Thu, 29 Jul 2021 04:41:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3737
Read Time:3 Minute, 6 Second

KUALA LUMPUR: Seri Paduka Baginda, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan yang telah dibuat di Parlimen pada 26 Julai, 2021 lalu bahawa Kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan oleh Baginda sepanjang tempoh Darurat walhal pembatalan belum lagi diperkenan Baginda.

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang telah diperkenan dan dititahkan kepada Yang Berhormat Datuk Seri Takiyuddin Hassan selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) dan Yang Berbahagia Tan Sri Idrus Harun, Peguam Negara semasa majlis menghadap secara maya pada 24 Julai 2021 bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan telah tidak dilaksanakan.

Berikut adalah kenyataan penuh Istana Negara

Adalah dimaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-SuItan Abdullah Ri’ayatuddin AI-Mustafa Billah Shah İbni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah AI-Musta’in Billah menzahirkan penghargaan kepada pihak Kerajaan di ataş pelaksanaan persidangan Parlimen yang bermula pada hari Isnin lalü (26 Julai, 2021).

lanya adalah sejajar dengan saranan Duli-DuIi Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dalam Perbincangan Khas yang telah diadakan pada 16 Jun, 2021 Supaya persidangan Parlimen dapat diadakan sebelum tamatnya tempoh Darurat.

Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa dalam pemerintahan Raja Berperlembagaan dan sistem Demokrasi Berparlimen bertunjangkan prinşip keluhuran perlembagaan, semua pihak perlu mematuhi kedaulatan undang-undang.

Perkara 150(2B) dibaca dengan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan şecara jelas memperuntukkan kuasa penggubalan dan pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat terletak pada Seri Paduka Baginda.

Sehubungan dengan itu, Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan yang telah dibuat di Parlimen pada 26 Julai, 2021 lalü bahawa Kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan oleh Baginda sepanjang tempoh Darurat walhal pembatalan belum lagi diperkenan Baginda.

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang telah diperkenan dan dititahkan kepada Yang Berhormat Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) dan Yang Berbahagia Tan Sri Idrus bin Harun, Peguam Negara semasa majlis menghadap şecara maya pada 24 Julai 2021 bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan telah tidak dilaksanakan.

Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa kenyataan Yang Berhormat Menteri di Parlimen pada 26 Julai 2021 adalah tidak tepat dan telah mengelirukan Ahli-AhIi Dewan Rakyat.

Seri Paduka Baginda turut menegaskan bahawa permohonan pembatalan Semua Ordinan Darurat berkuat kuasa pada 21 Julai 2021 yang telah dilakukan secara tergesa-gesa tanpa pembentangan di Parlimen dan kenyataan yang bercanggah serta mengelirukan di Parlimen bukan sahaja gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang yang terkandung dalam Rukun Negara malah telah membelakangi fungsi dan kuasa Seri Paduka Baginda selaku Ketua Utama Negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Seri Paduka Baginda sedia maklum akan perlunya Baginda bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri seperti terkandung dalam Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.

Namun, Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa Baginda, selaku Ketua Utama Negara, mempunyai kewajipan untuk menyampaikan nasihat dan teguran jika berlaku sebarang tindakan yang tidak berperlembagaan oleh mana-mana pihak, khususnya mereka yang melaksanakan fungsi dan kuasa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa Ahli-ahli Parlimen supaya memberikan keutamaan kepada kemaslahatan dan kesejahteraan rakyat serta negara pada sesi sidang Parlimen yang kini sedang berlangsung untuk mencari penyelesaian terhadap pelbagai masalah yang dihadapi rakyat dan negara ketika krisis pandemik COVID-19

Seri Paduka Baginda turut mengambil kesempatan ini menyeru rakyat untuk bersama mendoakan agar negara sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT, dijauhi dari sebarang musibah dan wabak COVID-19 dapat dibendung serta diakhiri dengan segera.

Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin

Datuk Pengelola Bijaya Diraja

Istana Negara

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/29/agong-zahir-dukacita-pembatalan-ordinan-darurat-dibuat-sebelum-perkenan-baginda/feed/ 0 3737