Ahli Majlis Daerah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 08 May 2025 04:03:36 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ahli Majlis Daerah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Ahli Majlis Daerah digesa laksana peranan secara aktif, berintegriti https://sabahmedia.com/2025/05/08/ahli-majlis-daerah-digesa-laksana-peranan-secara-aktif-berintegriti/ https://sabahmedia.com/2025/05/08/ahli-majlis-daerah-digesa-laksana-peranan-secara-aktif-berintegriti/#respond Thu, 08 May 2025 04:01:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73409
Read Time:1 Minute, 58 Second

Oleh Normimie Diun

TUARAN: Ahli Majlis Daerah (AMD) digesa melaksanakan tanggungjawab secara aktif dan berintegriti bagi menyokong dasar serta agenda pembangunan yang digariskan Kerajaan Negeri.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, AMD bukan sekadar penyambung suara rakyat, tetapi juga perlu menjadi agen pelaksanaan yang berkesan kepada inisiatif kerajaan, khususnya Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“AMD perlu lebih proaktif dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat. Lengkap dengan ilmu serta kefahaman mengenai fungsi, peranan dan tanggungjawab mereka.

“Ini penting untuk memudahkan pelaksanaan dasar kerajaan dan menyampaikan bantuan serta program pembangunan kepada rakyat dengan cekap dan telus,” katanya pada Majlis Angkat Sumpah dan Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Daerah Tuaran Tahun 2025-2027 di Grand Ballroom Shangri-La Rasa Ria Resort dekat sini, hari ini.

Katanya, keberhasilan pelaksanaan Pelan Pembangunan SMJ bergantung kepada komitmen semua pihak termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan AMD. AMD perlu berganding bahu bersama kerajaan negeri dalam menyebarluaskan maklumat dasar, inisiatif serta bantuan kerajaan hingga ke peringkat akar umbi.

Hajiji turut menyenaraikan beberapa inisiatif pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan di daerah Tuaran, termasuk naik taraf infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik, pembangunan pelancongan serta pengukuhan keusahawanan tempatan.

“Sebesar mana pun peruntukan pembangunan, ia tidak akan memberi makna tanpa penyampaian yang cekap. Ahli Majlis perlu turun padang, melihat sendiri isu-isu rakyat dan bertindak dengan penuh integriti, ikhlas dan telus,” katanya.

Beliau turut menyeru semua AMD supaya memainkan peranan sebagai jambatan antara rakyat dan kerajaan, membawa suara rakyat ke peringkat pentadbiran dan memastikan setiap dasar dan program kerajaan difahami dan diterima oleh masyarakat.

Menurutnya, pelantikan AMD Tuaran kali ini terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk bekas penjawat awam, ahli perniagaan, tokoh belia serta wakil badan bukan.
kerajaan (NGO), mewakili suara empat kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Sulaman, Pantai Dalit, Tamparuli dan Kiulu.

Katanya, kepelbagaian ini diyakini sebagai kekuatan dalam merangka dasar dan menangani keperluan rakyat secara menyeluruh.

“Saya yakin dengan iltizam yang tinggi dan semangat kerja berpasukan, AMD mampu menggalas amanah ini demi kemajuan dan kesejahteraan rakyat Tuaran,” katanya.

Turut hadir di majlis itu ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri, Datuk Jahid Jahim, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Isnin. Aliasnih, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Joniston Bangkuai, Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau dan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/08/ahli-majlis-daerah-digesa-laksana-peranan-secara-aktif-berintegriti/feed/ 0 73409
Ahli Majlis Daerah perlu turun padang, jadi mata dan telinga kerajaan – Masiung https://sabahmedia.com/2025/05/07/ahli-majlis-daerah-perlu-turun-padang-jadi-mata-dan-telinga-kerajaan-masiung/ https://sabahmedia.com/2025/05/07/ahli-majlis-daerah-perlu-turun-padang-jadi-mata-dan-telinga-kerajaan-masiung/#respond Wed, 07 May 2025 10:54:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73367
Read Time:1 Minute, 50 Second

TONGOD: Ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) disifatkan sebagai barisan hadapan yang paling hampir dengan rakyat dan memainkan peranan penting dalam menyampaikan dasar kerajaan di peringkat akar umbi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata, pelantikan ahli majlis bukan sekadar simbolik, tetapi merupakan tanggungjawab besar dalam memastikan pembangunan dan kebajikan rakyat di daerah masing-masing terus terpelihara.

“Kedudukan ahli majlis ini sangat dekat dengan rakyat. Mereka adalah mata dan telinga kerajaan yang perlu sentiasa peka terhadap aduan serta keperluan penduduk setempat,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Angkat Sumpah dan Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli Majlis Daerah Tongod bagi sesi 2025-2027 di sini, pada Selasa (6 Mei).

Masiung turut mengingatkan semua ahli majlis supaya menjalankan tugas dengan penuh integriti, mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan mengutamakan kepentingan awam melebihi kepentingan peribadi.

Katanya, sebagai wakil kerajaan di peringkat tempatan, ahli majlis perlu menunjukkan contoh teladan yang baik kepada masyarakat serta memelihara nama baik institusi PBT.

“Saya tidak mahu dengar ada ahli majlis yang salah guna jawatan untuk kepentingan sendiri, lebih-lebih lagi menyalahgunakan kuasa dalam urusan pentadbiran atau projek kecil-kecilan.

“Kita bukan mahu popular, tetapi mahu berbakti kepada masyarakat dengan amanah yang diberi,” tegas beliau.

Menurut Masiung, pelantikan ahli majlis daerah dibuat berdasarkan merit dan kebolehan individu, bukan semata-mata kerana jawatan dalam parti politik.

“Kita tidak melantik ahli majlis hanya kerana mereka aktif dalam politik. Sebaliknya, kita mahu individu yang berkebolehan, berpengetahuan dan komited dalam menyumbang kepada pembangunan daerah,” katanya.

Beliau turut menyatakan rasa bangga kerana komposisi ahli majlis daerah kali ini terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk profesional, aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta golongan belia.

“Kepelbagaian ini memberi kelebihan kerana mereka membawa perspektif berbeza yang boleh membantu memperkasakan pentadbiran tempatan dan menyantuni keperluan rakyat dari semua segmen masyarakat,” ujarnya.

Masiung turut menasihatkan ahli majlis agar sentiasa turun padang, menghadiri program kemasyarakatan dan berinteraksi secara langsung dengan penduduk.

“Jangan tunggu rakyat datang ke pejabat, sebaliknya dekati mereka di kampung, taman perumahan atau semasa program komuniti. Di situlah kita dapat kenal pasti isu sebenar yang dihadapi rakyat,” katanya.

Turut hadir Pengerusi Pejabat Daerah Tongod yang juga Pegawai Daerah, Yuesri Ismail Yusof; Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Tongod, Jack Anas Amai serta pemimpin setempat di situ.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/07/ahli-majlis-daerah-perlu-turun-padang-jadi-mata-dan-telinga-kerajaan-masiung/feed/ 0 73367
Ahli Majlis Daerah jadi perancang utama bangunkan gerak kerja cemerlang – Masiung https://sabahmedia.com/2023/04/11/ahli-majlis-daerah-jadi-perancang-utama-bangunkan-gerak-kerja-cemerlang-masiung/ https://sabahmedia.com/2023/04/11/ahli-majlis-daerah-jadi-perancang-utama-bangunkan-gerak-kerja-cemerlang-masiung/#respond Tue, 11 Apr 2023 05:13:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32541
Read Time:51 Second

TONGOD: Menduduki kerusi Ahli Majlis Daerah bukanlah menjadi satu kebanggaan, tetapi mereka yang dilantik hendaklah mampu menghasilkan budaya kerja kelas pertama, kata Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah.

” Kita tidak mahu melihat barisan Ahli Majlis Daerah kali ini hanya sekadar memanaskan bangku mesyuarat, tapi perlu menjadi perancang utama membangunkan gerak kerja cemerlang, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis angkat sumpah Ahli-ahli Majlis Daerah Tongod 2023-2025 dan penyerahan tugas Pegawai Daerah baharu di Dewan Majlis Daerah di sini, kelmarin.

Masiung mahukan prestasi cemerlang Majlis Daerah yang lalu dapat dikekalkan dalam barisan ahli baharu kali ini.

Katanya, walaupun Majlis Daerah Tongod baru diwujudkan pada 2018 tetapi sehingga kini organisasi itu telah berjaya mengumpul dana melebihi RM3 juta.

Seramai 18 orang pemimpin masyarakat pelbagai latar belakang telah dilantik menduduki kerusi Majlis Daerah Tongod untuk tempoh dua tahun berakhir April 2025.

Sementara itu, Pegawai Daerah baharu, Nelson Domil Oluk, dijangka melapor diri bertugas pada Isnin ini. Beliau menggantikan, Mohd Fauzi Norbi yang dinaikan pangkat di Jabatan Ketua Menteri Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/11/ahli-majlis-daerah-jadi-perancang-utama-bangunkan-gerak-kerja-cemerlang-masiung/feed/ 0 32541
Ahli Majlis Daerah diminta tunjuk komitmen tinggi, sokongan padu dalam majukan daerah https://sabahmedia.com/2023/03/27/ahli-majlis-daerah-diminta-tunjuk-komitmen-tinggi-sokongan-padu-dalam-majukan-daerah/ https://sabahmedia.com/2023/03/27/ahli-majlis-daerah-diminta-tunjuk-komitmen-tinggi-sokongan-padu-dalam-majukan-daerah/#respond Mon, 27 Mar 2023 12:50:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31619
Read Time:3 Minute, 0 Second

KOTA MARUDU: Ahli-ahli Majlis Daerah diminta untuk menunjukkan komitmen yang tinggi dalam apa juga perancangan dan program yang akan dilaksanakan oleh Majlis Daerah, serta memberikan sokongan dan kerjasama padu dalam memajukan daerah masing-masing.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, Ahli-ahli Majlis hendaklah menanamkan sikap kerja berpasukan, tegas, cekap dan kreatif dalam mencetuskan idea-idea untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan yang lebih berkesan.

“Pelantikan ini adalah merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang amat berat dan penting,” katanya ketika berucap semasa merasmikan Majlis Upacara Angkat Sumpah Ahli-ahli Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) bagi Sesi 2023 – 2025 yang diadakan Bilik Gerakan Majlis Daerah Kota Marudu, di sini hari ini.

Upacara tersebut melibatkan seramai 17 orang (sebahagian lantikan baharu dan sebahagian lantikan semula) yang telah dilantik bagi meneruskan khidmat untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh penduduk Kota Marudu.

Berdasarkan kuasa yang diberi di bawah Seksyen 10 (1) Akta Kerajaan Tempatan 1976, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah telah melantik Ahli Majlis Daerah Kota Marudu untuk berkhidmat mulai 20 Januari 2023 sehingga 20 Januari 2025.

Dr. Joachim berkata, sebagai Ahli Majlis, sudah tentulah amanah dan tanggungjawab yang ini bukan semata-mata untuk memajukan diri sendiri, malah untuk membantu dan memenuhi kepentingan penduduk Kota Marudu, menyumbangkan idea-idea bernas dan kepakaran kepada MDKM serta memaju dan meningkatkan mutu perkhidmatan majlis.

“Ahli Majlis perlulah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam apa juga perancangan dan program yang akan dilaksanakan oleh MDKM dan berikanlah sokongan dan kerjasama yang padu untuk memajukan daerah Kota Marudu agar dapat bersaing seiring dengan daerah-daerah lain.

“Saya berharap, dengan pelantikan ini juga akan memudahkan Majlis Daerah dalam membuat keputusan dengan mengambil kira pandangan wakil masyarakat iaitu ahli-ahli majlis yang dilantik namun demikian, apa juga bentuk keputusan yang diambil hendaklah selaras dengan undang-undang, peraturan-peraturan serta dasar dan polisi yang sedia ada.

“Di samping itu, saya juga mengharapkan kerjasama yang terbaik di kalangan ahli majlis dengan pegawai-pegawai MDKM di dalam melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab kerana dengan adanya kerjasama ini akan dapat memantapkan lagi perkhidmatan yang akan diberikan kepada penduduk di Kota Marudu,” katanya.

Selain itu, Dr. Joachim juga mengharapkan MDKM boleh menjadi sebuah pihak berkuasa tempatan yang dapat memenuhi kehendak dan ekspektasi masyarakat, sentiasa dapat memberikan perkhidmatan terbaik dan bertekad untuk menjadikan pengurusan dan pentadbiran pada landasan yang tepat dan konsisten agar perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat sentiasa relevan dan memuaskan hati pelanggan dan pemegang taruh (stakeholders).

“MDKM diharap dapat mencapai dan meningkatkan kewangan serta mencari sumber-sumber baru supaya kemampuan kewangan Majlis dapat ditingkatkan.

“Ahli-ahli Majlis hendaklah menanamkan sikap kerja berpasukan, tegas, cekap dan kreatif dalam mencetuskan idea-idea untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan yang lebih berkesan. Idea-idea bernas tuan-tuan dan puan-puan hendaklah selari dengan hala tuju pelan tindakan Sabah Maju Jaya yang mana menjurus kepada pelaksanaan yang terancang dan strategik agar dapat mencapai sasaran dan matlamat yang bertepatan dengan keperluan pembangunan di daerah Kota Marudu.

“Saya menyeru kepada semua Ahli MDKM supaya dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan komitmen dan tanggungjawab yang tinggi. Berikanlah idea-idea yang bernas untuk membawa kesejahteraan dan kemajuan kepada Majlis Daerah Kota Marudu khususnya dan daerah Kota Marudu amnya,” katanya.

Dr. Joachim turut menyerahkan watikah pelantikan kepada semua Ahli MDKM bagi tahun 2023 – 2025.

Turut hadir ialah Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tandek, Hendrus Anding; Timbalan Setiausaha Tetap II Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Faridah Giau; Pegawai Daerah Kota Marudu, Alexander Yong; Pegawai Executive, Abdul Sani Arsat; Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri serta kakitangan Majlis Daerah.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/27/ahli-majlis-daerah-diminta-tunjuk-komitmen-tinggi-sokongan-padu-dalam-majukan-daerah/feed/ 0 31619