ahli parlimen – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 16 Jan 2026 06:23:12 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ahli parlimen – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KM bincang isu semasa bersama Ahli Parlimen Sabah https://sabahmedia.com/2026/01/16/km-bincang-isu-semasa-bersama-ahli-parlimen-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/01/16/km-bincang-isu-semasa-bersama-ahli-parlimen-sabah/#respond Fri, 16 Jan 2026 06:23:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89817
Read Time:39 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor telah mengadakan pertemuan dengan beberapa Ahli Parlimen (MP) Sabah untuk membincangkan isu-isu semasa di Sri Gaya pada malam Khamis.

“Saya telah mengambil maklum pandangan, maklum balas serta cadangan mereka mengenai perkara-perkara yang memberi kesan kepada akar umbi di bawah bidang kuasa Negeri dan Persekutuan.

“Kami juga membincangkan perkara-perkara pentadbiran yang berkaitan dengan pihak berkuasa daerah dan tempatan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Antara Ahli Parlimen yang bertemu dengan Ketua Menteri ialah Datuk Armizan Mohd Ali (Papar), yang juga merupakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Persekutuan, Datuk Shahelmey Yahya (Putatan), Datuk Matbali Musah (Sipitang), Lo Su Fui (Tawau), yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jonathan Yasin (Ranau) dan Riduan Rubin (Tenom).

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/16/km-bincang-isu-semasa-bersama-ahli-parlimen-sabah/feed/ 0 89817
Taklimat Khas Untuk Ahli Parlimen Sabah & Sarawak Mengenai MA63 https://sabahmedia.com/2021/11/10/taklimat-khas-untuk-ahli-parlimen-sabah-sarawak-mengenai-ma63/ https://sabahmedia.com/2021/11/10/taklimat-khas-untuk-ahli-parlimen-sabah-sarawak-mengenai-ma63/#respond Wed, 10 Nov 2021 08:44:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8336
Read Time:57 Second

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak dari blok kerajaan kini lebih memahami misi dan visi Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, hasil dari taklimat khas yang diadakan, di sini, semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr  Maximus Ongkili menyifatkan sesi perbincangan tersebut sebagai ‘rancak dan membuahkan hasil’.

“Ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak sangat interaktif dan turut membangkitkan isu dan persoalan yang bukan sahaja berkaitan pembangunan, hal keselamatan, tetapi juga menyentuh kesejahteraan rakyat Sabah dan Sarawak.

“Ia menunjukkan betapa komited para penggubal undang-undang di negara ini untuk memastikan hak Sabah dan Sarawak, serta rakyatnya, dilaksanakan, seperti yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan dan mengetengahkan isu-isu yang dibangkitkan ahli-ahli Parlimen Sabah dan Sarawak semasa taklimat khas yang berlangsung selama dua jam mengenai MA63 di bangunan Parlimen, di sini.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Ongkili berkata program serupa akan diadakan di Sabah untuk memberi taklimat kepada para pemimpin blok kerajaan Sabah yang dijadualkan semasa persidangan Bajet 2022 negeri bulan depan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/10/taklimat-khas-untuk-ahli-parlimen-sabah-sarawak-mengenai-ma63/feed/ 0 8336
Ahli-Ahli Parlimen BN,PN & GPS Tiba Di Istana Negara https://sabahmedia.com/2021/08/19/ahli-ahli-parlimen-bnpn-gps-tiba-di-istana-negara/ https://sabahmedia.com/2021/08/19/ahli-ahli-parlimen-bnpn-gps-tiba-di-istana-negara/#respond Thu, 19 Aug 2021 02:59:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4863
Read Time:1 Minute, 0 Second

KUALA LUMPUR: Sekumpulan ahli-ahli Parlimen yang akan mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini mula kelihatan tiba kira-kira jam 10.38 pagi tadi.

Mereka yang tiba menggunakan bas dipercayai membawa ahli Parlimen dari beberapa gabungan parti yang menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri masuk melalui Pintu 2 Istana Negara.

Beberapa kenderaan kenamaan juga turut kelihatan memasuki Istana Negara.

Selepas itu diikuti dengan ketibaan membawa rombongan ahli Parlimen menerusi bas kedua kira-kira jam 10.43 pagi.

Difahamkan sesi mengadap itu dijadualkan berlangsung secara berperingkat membabitkan lima kumpulan.

Kumpulan pertama terdiri daripada 24 Ahli Parlimen GPS dan UMNO akan bermula pada jam 10 pagi diikuti 25 ahli Parlimen UMNO, BERSATU dan Bebas pada jam 11.10 pagi.

Ini diikuti kumpulan ketiga 25 Ahli Parlimen UMNO dan BERSATU pada jam 2 petang, diikuti 22 ahli Parlimen UMNO, MCA, MIC, PBRS, PBS, STAR dan Bebas pada jam 3.10 petang.

Seramai 18 Ahli Parlimen PAS menjadi kumpulan terakhir menghadap Seri Paduka pada jam 4 petang.

Sesi menghadap hari ini bertujuan mengesahkan surat akuan sokongan mereka kepada calon Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/19/ahli-ahli-parlimen-bnpn-gps-tiba-di-istana-negara/feed/ 0 4863
114 Ahli Parlimen Dipanggil Ke Istana Negara Pagi Ini, Ismail Sabri Bakal PM Ke-9 https://sabahmedia.com/2021/08/19/114-ahli-parlimen-dipanggil-ke-istana-negara-pagi-ini-ismail-sabri-bakal-pm-ke-9/ https://sabahmedia.com/2021/08/19/114-ahli-parlimen-dipanggil-ke-istana-negara-pagi-ini-ismail-sabri-bakal-pm-ke-9/#respond Wed, 18 Aug 2021 22:54:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4861
Read Time:40 Second

KUALA LUMPUR : Ahli-ahli Parlimen yang menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri ke-sembilan telah dipanggil ke Istana Negara bermula pagi ini.

Mereka yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN),Parti Islam SeMalaysia (PAS) ; Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan beberapa ahli Parlimen Bebas.

Difahamkan, kehadiran mereka ke Istana Negara pagi ini adalah bagi mengesahkan surat akuan bersumpah (SD) sokongan mereka kepada calon Perdana Menteri.

Sumber menyatakan, pergerakan ke Istana Negara adalah mengikut parti bermula seawal jam 10 pagi yang dimulakan dengan GPS; Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU); UMNO dan BN serta PAS pada sebelah petang.

Pergerakan Ahli Parlimen BN dan UMNO esok akan bergerak ke Istana Negara dalam dua kumpulan menaiki bas khas dari ibu pejabat parti itu di Menara Dato’ Onn, di sini.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/19/114-ahli-parlimen-dipanggil-ke-istana-negara-pagi-ini-ismail-sabri-bakal-pm-ke-9/feed/ 0 4861