Ahli SFWDA – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 28 Nov 2023 08:34:36 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ahli SFWDA – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Ahli SFWDA Sahut Cabaran Rainforest Challenge https://sabahmedia.com/2023/11/28/ahli-sfwda-sahut-cabaran-rainforest-challenge/ https://sabahmedia.com/2023/11/28/ahli-sfwda-sahut-cabaran-rainforest-challenge/#respond Tue, 28 Nov 2023 08:29:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45808
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Pengurus pasukan SFWDA, Reza Bakri berkata, kenderaan lasak yang akan bertanding mengharungi cabaran ketika berada dalam hutan itu dihantar bersama dua kereta sokongan.

Katanya, pasukan SFWDA kali ini akan diperkuatkan oleh seramai 10 peserta yang mempunyai pengalaman terbaik.

“Pasukan SFWDA kali ini akan mempertaruhkan kepakaran orang muda “Young Guns” pemandu, Aleshen Lo dan dibantu Onassis Onniel.

“Selain itu, pasukan ini juga akan diperkuatkan dengan bantuan peserta lain iaitu Lo Fui Min, Lam Wing Yip, Alvin Chin, Alvin Voon, Ronie Romero Didimus, Chang Ket Kiun dan Baharohum selaku ‘Team Principle’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Reza berkata, sukan lasak kenderaan pacuan empat roda ini bukan saja memerlukan keberanian dan semangat waja tetapi juga perlu kreatif bagi menempuh setiap halangan.

“Namun semua halangan itu memberikan kepuasan kepada setiap peserta yang sedia maklum dengan cabaran sukar diduga dalam aktiviti pengembaraan lasak RFC.

“SFWDA juga turut menyumbang dana sebanyak RM5,000 untuk persiapan keperluan serta memberi dorongan semangat kepada peserta RFC tahun ini,” katanya.

Sementara itu Reza berkata, selain daripada cabaran kereta lasak dari dalam negara, cabaran yang disertai lebih 30 kenderaan lasak itu turut membabitkan peserta luar negara.

“Kami difahamkan, antara negara yang bakal menyertai RFC adalah dari negara Russia, Vietnam, Thailand, Filipina dan Hong Kong serta China,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/28/ahli-sfwda-sahut-cabaran-rainforest-challenge/feed/ 0 45808