AI – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 14 Aug 2026 04:19:39 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png AI – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sedco teliti kerjasama strategik UMS guna AI bangunkan ekonomi maritim https://sabahmedia.com/2026/08/14/sedco-teliti-kerjasama-strategik-ums-guna-ai-bangunkan-ekonomi-maritim/ https://sabahmedia.com/2026/08/14/sedco-teliti-kerjasama-strategik-ums-guna-ai-bangunkan-ekonomi-maritim/#respond Fri, 14 Aug 2026 04:19:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101531
Read Time:1 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU: Sedco akan meneliti cadangan kerjasama strategik bersama Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam membangunkan sektor ekonomi maritim negeri.

Pengerusi Kumpulan Sedco, Datuk Masiung Banah berkata, teknologi AI mempunyai potensi besar dan berimpak tinggi dalam pembangunan ekonomi biru berasaskan sumber hasil laut.

“Saya akan memanggil satu mesyuarat khas bersama pengurusan tertinggi Sedco berhubung cadangan UMS ini, selaras dengan komitmen agensi menerusi projek Taman Perindustrian Ekonomi Biru di Kudat (KBEIP),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat delegasi UMS yang diketuai Penolong Naib Canselor, Prof. Dr. Rayner Alfred dan Prof. Madya Dr. Mohammad Puad Debit, di sini, semalam.

Dalam kunjungan itu, delegasi UMS mengemukakan cadangan jaringan kerjasama inovasi AI antara Sedco dan universiti berkenaan.

Menurut Masiung, penubuhan Malaysia AI of Excellence (MaiCoE) oleh UMS berpotensi memainkan peranan penting dalam pembangunan pelbagai inovasi berasaskan AI, termasuk dalam sektor ekonomi maritim serta pelancongan pesisir dan kepulauan secara digital.

Katanya, Sedco sebagai agensi pelaburan Kerajaan Negeri Sabah akan meneliti kepakaran dan teknologi yang dimiliki UMS bagi disesuaikan dengan program pembangunan Sedco yang sedang dan bakal dilaksanakan sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Masiung yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut berkata, Sedco kini sedang menyusun kerangka pembangunan bagi meletakkan Sabah sebagai hab ekonomi maritim di Kudat.

Katanya, projek KBEIP yang dicadangkan itu akan berteraskan teknologi hijau dan pemanfaatan sumber laut yang berpotensi menjadikan Sabah antara pemain penting dalam sektor ekonomi biru di rantau Asia Tenggara.

Beliau berkata, kerjasama antara Sedco dan UMS menerusi penerapan AI mampu membuka ruang kepada pembangunan teknologi baharu, inovasi serta peluang pelaburan dalam sektor ekonomi maritim negeri.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/14/sedco-teliti-kerjasama-strategik-ums-guna-ai-bangunkan-ekonomi-maritim/feed/ 0 101531
Pelajar perlu kuasai teknologi baharu, termasuk AI – Ahmad Sah https://sabahmedia.com/2026/08/08/pelajar-perlu-kuasai-teknologi-baharu-termasuk-ai-ahmad-sah/ https://sabahmedia.com/2026/08/08/pelajar-perlu-kuasai-teknologi-baharu-termasuk-ai-ahmad-sah/#respond Sat, 08 Aug 2026 04:23:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101218
Read Time:1 Minute, 12 Second

PUTATAN: Golongan pelajar hari ini wajar menguasai kemahiran teknologi baharu, termasuk kecerdasan buatan (AI), bagi menyesuaikan diri dengan perubahan landskap pendidikan semasa.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB), Datuk Ahmad Sah Sahari, berkata penguasaan teknologi dapat membantu pelajar mendapatkan maklumat dan bahan rujukan tambahan secara lebih pantas, tepat serta tersusun.

“Setiap pelajar perlu menerima perubahan teknologi terkini untuk mendapatkan rujukan tambahan dengan pantas dan tersusun melalui AI,” katanya.

Ahmad Sah dan Toisin merakamkan gambar kenangan bersama penerima bantuan komputer riba.

Beliau berkata demikian ketika menyaksikan penyampaian komputer riba kepada 18 pelajar sekolah menengah di sini, kelmarin.

Komputer riba berkenaan disumbangkan oleh Titijaya Land Bhd dan disampaikan wakil korporat syarikat itu, Dato Toisin Ganto, kepada 18 pelajar terpilih yang bakal melanjutkan pengajian ke peringkat universiti.

Ahmad Sah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas turut mengingatkan ibu bapa supaya memantau pergaulan anak-anak bagi memastikan mereka tidak terjebak dalam aktiviti tidak bermoral.

Menurutnya, pendidikan merupakan aset paling bernilai kerana kekayaan yang dimiliki seseorang belum tentu dapat menjamin masa depan yang lebih baik.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan Titijaya Land atas sumbangan komputer riba berkenaan yang dapat membantu pelajar meningkatkan pembelajaran.

“Saya berharap pelajar yang menerima bantuan ini dapat memanfaatkannya sebaik mungkin untuk mengembangkan ilmu dan mencapai pendidikan lebih tinggi.

“Walaupun komputer riba bukan satu keperluan wajib dalam setiap peringkat pendidikan, pelajar harus bersyukur kerana ia merupakan alat bantu yang boleh digunakan untuk mencapai kecemerlangan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/08/pelajar-perlu-kuasai-teknologi-baharu-termasuk-ai-ahmad-sah/feed/ 0 101218
Pelanggan Yes Kini Nikmati Akses Percuma ILMUchat Pro, Percepat Strategi AI-First https://sabahmedia.com/2026/06/25/pelanggan-yes-kini-nikmati-akses-percuma-ilmuchat-pro-percepat-strategi-ai-first/ https://sabahmedia.com/2026/06/25/pelanggan-yes-kini-nikmati-akses-percuma-ilmuchat-pro-percepat-strategi-ai-first/#respond Thu, 25 Jun 2026 09:28:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98869
Read Time:1 Minute, 38 Second

KUALA LUMPUR, — Lebih tiga juta pelanggan Yes kini boleh menggunakan platform kecerdasan buatan (AI) ILMUchat Pro secara percuma susulan kerjasama strategik antara YTL AI Labs dan Yes (YTL Communications), sekali gus memperluaskan akses kepada teknologi AI tempatan di seluruh negara.

Melalui integrasi Single Sign-On (SSO) dalam aplikasi MyYes, pelanggan boleh terus mengakses ILMUchat menggunakan akaun sedia ada tanpa perlu mendaftar secara berasingan. Inisiatif itu turut menjadikan Yes sebagai syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia yang menawarkan akses AI premium kepada keseluruhan pangkalan pelanggannya.

Selain kemudahan berinteraksi dengan AI, pelanggan kini boleh menggunakan ILMUchat untuk menghasilkan slaid pembentangan, mereka bentuk poster, membangunkan aplikasi mini dan permainan, serta menyediakan surat, cadangan dan mesej yang boleh dihantar terus melalui WhatsApp atau e-mel.

View this post on Instagram

A post shared by ILMUchat (@ilmuchat)

Ketua Pegawai Eksekutif YTL AI Labs, Foong Chee Mun berkata kerjasama itu merupakan langkah penting dalam memperluaskan penggunaan AI buatan Malaysia kepada jutaan pengguna, selain mengukuhkan pembangunan AI yang memahami bahasa, budaya dan konteks tempatan.

Beliau berkata ILMUchat dibangunkan khusus untuk pengguna Malaysia dengan keupayaan memahami penggunaan Bahasa Melayu, bahasa campuran, dialek tempatan serta rujukan harian seperti PTPTN dan KWSP, sekali gus menawarkan pengalaman yang lebih relevan berbanding platform AI antarabangsa.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications, Wing K. Lee berkata pemberian akses percuma kepada ILMUchat Pro merupakan sebahagian daripada strategi syarikat untuk mempercepat penggunaan AI dalam kalangan rakyat Malaysia sambil memperkukuh kedudukan Yes sebagai syarikat telekomunikasi “AI-first”.

Dalam perkembangan sama, YTL AI Labs turut memperkenalkan model langganan ILMUchat kepada pengguna umum dengan pelan Basic yang ditawarkan secara percuma, manakala pelan Pro berharga RM50 sebulan menyediakan akses tanpa had kepada fungsi premium termasuk penjanaan slaid, poster, pembangunan aplikasi dan muat naik fail.

ILMUchat kini boleh diakses menerusi pelayar web, Apple App Store, Google Play Store serta aplikasi MyYes. Platform itu dibangunkan sebagai AI berdaulat (sovereign AI) Malaysia yang memberi penekanan kepada keselamatan data, penggunaan bahasa tempatan dan pembangunan teknologi AI mengikut keperluan negara.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/25/pelanggan-yes-kini-nikmati-akses-percuma-ilmuchat-pro-percepat-strategi-ai-first/feed/ 0 98869
AI pemacu transformasi digital Sabah – Masidi https://sabahmedia.com/2026/05/07/ai-pemacu-transformasi-digital-sabah-masidi/ https://sabahmedia.com/2026/05/07/ai-pemacu-transformasi-digital-sabah-masidi/#respond Thu, 07 May 2026 01:10:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96253
Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU: Kecerdasan buatan (AI) kini menjadi pemacu utama dalam mempercepatkan transformasi digital Sabah merangkumi pelbagai sektor termasuk perkhidmatan awam, industri maritim, keselamatan siber serta pembangunan ekonomi berasaskan inovasi.

Timbalan Ketua Menteri Sabah II, Datuk Seri Masidi Manjun berkata penggunaan AI bukan sahaja meningkatkan kecekapan sistem penyampaian kerajaan, malah berpotensi besar memperkukuh daya saing ekonomi negeri selaras dengan agenda pembangunan Sabah Maju Jaya 2.0.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, penerapan teknologi itu perlu diselaraskan dengan usaha memperkukuh ekosistem digital termasuk analisis data besar, automasi perkhidmatan kerajaan serta pengukuhan keselamatan siber.

“Dalam era pendigitalan masa kini, potensi ekonomi biru semakin signifikan dengan memberi fokus kepada pemanfaatan sumber laut secara mampan melalui teknologi digital, termasuk dalam sektor perikanan pintar, pelancongan marin serta pemantauan alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat daripada Malaysia Digital Chamber of Commerce (MDCC) yang diketuai Pengerusi Emeritusnya, Dr Chris Daniel Wong bersama rombongan di pejabatnya, di sini pada Rabu.

Masidi menegaskan kerajaan negeri komited untuk terus menyokong transformasi digital dan pembangunan ekonomi biru sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi baharu Sabah, selain membuka ruang kerjasama strategik bersama pemain industri digital.

“Kerajaan negeri sentiasa terbuka kepada kerjasama yang mampu memberi manfaat kepada rakyat, selaras dengan aspirasi SMJ 2.0 untuk memastikan pembangunan yang lebih efisien dan berimpak tinggi,” katanya.

Menurut beliau, usaha memperluas penggunaan AI dalam pelbagai sektor juga diyakini mampu meningkatkan produktiviti industri, khususnya dalam sektor maritim dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Sementara itu, MDCC memaklumkan bahawa Program Forum Ekonomi Digital Malaysia 2026 akan dianjurkan di Dewan ITCC pada 11 Ogos 2026, bermula jam 2 petang dengan tema “Blue Economy & Artificial Intelligence – Driving Sustainable Digital Growth”.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/07/ai-pemacu-transformasi-digital-sabah-masidi/feed/ 0 96253
Sabah rancang bina SMAN berkonsep Al, perkukuh pendidikan Islam https://sabahmedia.com/2026/02/02/sabah-rancang-bina-sman-berkonsep-al-perkukuh-pendidikan-islam/ https://sabahmedia.com/2026/02/02/sabah-rancang-bina-sman-berkonsep-al-perkukuh-pendidikan-islam/#respond Sun, 01 Feb 2026 21:50:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90814
Read Time:2 Minute, 3 Second

TAWAU: Kerajaan Negeri merancang membangunkan sebuah Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) berkonsepkan kecerdasan buatan (Al) di kawasan sebelah Sekolah Agama Negeri (SAN) Apas Balung, sebagai langkah strategik memperkasa pendidikan Islam yang seimbang antara kekuatan rohani, ilmu dan kemajuan teknologi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, perancangan itu melibatkan baki tanah seluas 20 ekar di kawasan SAN Apas Balung dan akan diselaraskan melalui kerjasama Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) serta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

Beliau berkata, komitmen itu mencerminkan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam menyokong usaha pemerkasaan pendidikan Islam dan pembangunan institusi agama secara berterusan.

“Kerajaan Negeri akan terus komited menyokong usaha-usaha pemerkasaan pendidikan Islam dan pembangunan institusi agama melalui kerjasama pelbagai pihak,” katanya ketika merasmikan Majlis Ihya Ramadhan-Malam Mencari Kekasih di Dewan Masyarakat Tawau, di sini, pada Ahad.

Hajiji menegaskan, kekuatan sesebuah negeri tidak boleh diukur semata-mata melalui pembangunan fizikal, bangunan tinggi atau pencapaian ekonomi, sebaliknya perlu berpaksikan kepada akhlak rakyat, kekuatan iman dan kesuburan ilmu yang berteraskan nilai agama.

Menurut beliau, pembangunan pendidikan Islam bukan sekadar penyediaan infrastruktur, tetapi merupakan pelaburan jangka panjang dalam pembinaan modal insan yang seimbang dari segi rohani, intelek dan sahsiah.

Sehubungan itu, katanya. Kerajaan Negeri memberi perhatian serius terhadap pembangunan SAN sebagai sebahagian daripada usaha melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Hajiji berkata, usaha berkenaan selari dengan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang meletakkan pembangunan modal insan sebagai teras utama kemajuan negeri.
Pada sebelah pagi, beliau turut melawat dan merasmikan SAN Apas Balung yang mencatat sejarah tersendiri sebagai SAN pertama di Malaysia di bawah kelolaan JHEAINS yang memperkenalkan pendekatan pembelajaran berasaskan Al.

Katanya, inisiatif itu diperkukuh dengan pemasangan kemudahan Smart White Board di bilik darjah bagi menyokong kaedah pengajaran yang lebih interaktif, dinamik dan selari dengan keperluan pendidikan abad ke-21.

Beliau menegaskan bahawa pendekatan berkenaan membuktikan pendidikan agama tidak ketinggalan dalam arus kemajuan teknologi, malah mampu bergerak seiring dengan inovasi semasa tanpa mengorbankan nilai adab, akhlak dan jati diri Islam.

“Di sinilah anak-anak kita bukan sahaja diasuh dengan ilmu agama dan al-Quran, tetapi turut dipersiapkan dengan kemahiran teknologi serta pemikiran kritis untuk menghadapi cabaran masa depan,” katanya.

Hajiji berkata, pembangunan negeri yang mampan perlu berpaksikan keseimbangan antara kemajuan material dan kekuatan rohani bagi menjamin kestabilan sosial, keharmonian masyarakat serta kemajuan Sabah secara menyeluruh.

Pada masa sama, beliau mengajak umat Islam menjadikan bulan Ramadan yang bakal menjelma sebagai medan muhasabah diri dan titik perubahan untuk meningkatkan amal ibadat kepada Allah SWT.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/02/sabah-rancang-bina-sman-berkonsep-al-perkukuh-pendidikan-islam/feed/ 0 90814
SAN Apas Balung model baharu sekolah agama berteknologi AI – Hajiji https://sabahmedia.com/2026/02/01/san-apas-balung-model-baharu-sekolah-agama-berteknologi-ai-hajiji/ https://sabahmedia.com/2026/02/01/san-apas-balung-model-baharu-sekolah-agama-berteknologi-ai-hajiji/#respond Sun, 01 Feb 2026 06:47:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90793
Read Time:1 Minute, 33 Second

TAWAU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan Sekolah Agama Negeri (SAN) Apas Balung sebagai model baharu pembangunan pendidikan agama di Sabah, khususnya dengan penerapan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) selari perkembangan semasa.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menandatangani plak bagi merasmikan Sekolah Agama Negeri (SAN) Apas Balung baharu di Taman Sawit Balung, Tawau pada Ahad. – Foto ihsan JKM

Beliau berkata, pembinaan sekolah berkenaan yang siap dalam tempoh hanya tiga bulan hasil sumbangan pelbagai pihak membuktikan komitmen masyarakat terhadap pembangunan pendidikan agama di negeri ini.

“Saya tertarik atas usaha membina sekolah ini yang siap dalam masa tiga bulan sebagai permulaan, sebelum disusuli bantuan kerajaan untuk membesarkannya,” katanya ketika merasmikan SAN Apas Balung di Taman Sawit, Balung, pada Ahad.

Hajiji berkata, penggunaan teknologi AI di sekolah agama tersebut merupakan satu langkah ke hadapan yang wajar dicontohi institusi pendidikan lain.

“Saya tertarik hati, ini sekolah agama yang pertama menggunakan AI, ia sangat menarik. Inilah zaman yang kita hadapi pada masa akan datang ini, teknologinya serba canggih dan bukan saja di sekolah biasa, tapi di sekolah agama juga,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan negeri turut menyokong cadangan pengurusan sekolah berkenaan untuk menubuhkan sekolah menengah agama sebagai kesinambungan pendidikan kepada pelajar lepasan sekolah rendah agama.

“Ia satu cadangan yang cukup baik kerana bagi kita sekolah menengah agama perlu diperluaskan atau ditambah lagi bilangannya di Sabah kerana keperluan masyarakat Islam amat tinggi.

“Perancangan itu cukup baik, sekolah menengah dan seterusnya mungkin universiti Islam dan sebagainya,” katanya.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap EXCO Agama negeri, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif; Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk James Ratib serta Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif negeri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Sementara itu, Hajiji yang turut menunaikan solat Zohor di Masjid Al-Ansar, Taman Sawit Balung, menyampaikan sumbangan daripada Bahagian Zakat kepada golongan asnaf yang layak.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/01/san-apas-balung-model-baharu-sekolah-agama-berteknologi-ai-hajiji/feed/ 0 90793
IPT perlu adaptasi AI, akta keselamatan digital wajar digubal – Masiung https://sabahmedia.com/2026/01/07/ipt-perlu-adaptasi-ai-akta-keselamatan-digital-wajar-digubal-masiung/ https://sabahmedia.com/2026/01/07/ipt-perlu-adaptasi-ai-akta-keselamatan-digital-wajar-digubal-masiung/#respond Wed, 07 Jan 2026 00:53:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89346
Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan tiada pilihan selain mengadaptasi inovasi baharu kecerdasan buatan (AI), namun pada masa sama negara perlu menggubal akta kawalan keselamatan akses digital bagi menjamin penggunaannya secara beretika dan selamat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata, kebimbangan utama ketika ini ialah kekurangan lebih 10,000 jurutera dan pakar AI tempatan, sedangkan teknologi itu semakin dominan dalam pelbagai sektor pembangunan negara.

Menurutnya, walaupun terdapat universiti tempatan yang telah menubuhkan fakulti khusus AI, institusi lain seperti Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) juga boleh merentasi jurusan berkaitan AI dalam kurikulum latihan bagi melahirkan lebih ramai anak Sabah yang menguasai teknologi berkenaan.

Selain KTYS, pusat latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) turut berpotensi memperkenalkan bidang AI sebagai modul baharu dalam struktur akademik mereka.

Mengulas lanjut, Masiung menegaskan latihan dalam bidang AI tidak seharusnya tertumpu kepada aspek teknikal semata-mata, sebaliknya perlu diseimbangkan dengan pembentukan jati diri, sahsiah serta nilai moral.

“Bakat dan inovasi dalam kalangan anak Sabah perlu diketengahkan bagi menguasai teknologi tinggi AI demi memenuhi keperluan pembangunan negeri.

“Kepakaran AI perlu dimanfaatkan seiring peredaran masa, namun nilai kemanusiaan dan moral tidak boleh diketepikan tanpa kerangka undang-undang yang jelas,” tegasnya.

Beliau berkata, teknologi AI kini mempunyai pengaruh yang semakin meluas di peringkat global seiring dengan revolusi industri serta peranannya dalam tadbir urus dan pembangunan sesebuah negara.

Sehubungan itu, beliau menggesa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) supaya membangunkan teknologi berasaskan AI secara menyeluruh merentasi universiti dan institusi pengajian tinggi awam.

Masiung turut berharap lebih ramai golongan muda, khususnya di Sabah, menyertai bidang kecerdasan buatan bagi menampung kekurangan pakar dan jurutera dalam teknologi pintar berkenaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/07/ipt-perlu-adaptasi-ai-akta-keselamatan-digital-wajar-digubal-masiung/feed/ 0 89346
Penggunaan teknologi dan AI bantu tingkat daya saing usahawan mikro https://sabahmedia.com/2025/11/08/penggunaan-teknologi-dan-ai-bantu-tingkat-daya-saing-usahawan-mikro/ https://sabahmedia.com/2025/11/08/penggunaan-teknologi-dan-ai-bantu-tingkat-daya-saing-usahawan-mikro/#respond Sat, 08 Nov 2025 08:18:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85276
Read Time:1 Minute, 39 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Penggunaan teknologi dan Kecerdasan Buatan (AI) kini menjadi keperluan penting bagi membantu usahawan mikro meningkatkan daya saing, terutamanya dalam aspek pengeluaran, perkhidmatan dan pemasaran produk.

Ketua Penerangan Parti Gagasan (PGRS) merangkap Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, usahawan masa kini perlu mengadaptasi kemajuan teknologi bagi memastikan perniagaan mereka kekal relevan dan mampu menembusi pasaran lebih luas, bukan sekadar di peringkat tempatan tetapi juga antarabangsa.

“Oleh kerana kita kini hidup dalam dunia tanpa sempadan, usahawan perlu menggunapakai segala kelebihan teknologi seperti AI serta platform media sosial seperti Facebook dan Instagram untuk memasarkan produk mereka kepada khalayak yang lebih besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan penutupan Program Transformasi Usahawan Mikro anjuran Kelab Wanita Ikon Sabah di ruang legar T2 Tawau di sini, hari ini.

Menurutnya, penggunaan AI bukan hanya terhad kepada pemasaran digital, tetapi juga boleh dimanfaatkan dalam proses penghasilan produk dan perkhidmatan, sekali gus membantu meningkatkan kualiti serta kecekapan pengurusan perniagaan.

“Kerajaan telah menyediakan pelbagai ruang dan peluang latihan kemahiran kepada pengusaha bagi memanfaatkan teknologi baharu ini.

“Saya cadangkan agar Kelab Wanita Ikon Sabah berkolaborasi dengan agensi-agensi kerajaan untuk menganjurkan kursus kemahiran berkaitan AI dan teknologi tinggi bagi memperkasakan lagi usahawan wanita di Tawau,” ujarnya.

Nizam turut menegaskan bahawa kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor sentiasa komited memperkasa keusahawanan wanita melalui pelbagai inisiatif termasuk bantuan dana dan latihan kemahiran yang disalurkan menerusi Jabatan Hal Ehwal Wanita dan Kementerian Perindustrian Negeri Sabah.

Sementara itu, beliau turut menyampaikan penghargaan kepada penganjur program, serta dua ikon wanita tempatan iaitu Mardiana Mada dan Bela Mustari yang menjadi inspirasi kepada golongan wanita menceburi bidang perniagaan.

“Dengan adanya sokongan kerajaan serta kesediaan usahawan memanfaatkan teknologi, saya yakin kita mampu melahirkan lebih ramai usahawan mikro yang bukan sahaja berjaya di peringkat negeri, tetapi juga di peringkat global,” katanya.

Program sehari itu menghimpunkan usahawan wanita tempatan dengan objektif memperkasa keusahawanan mikro dan memupuk minat golongan muda terhadap bidang perniagaan berasaskan inovasi dan teknologi.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/08/penggunaan-teknologi-dan-ai-bantu-tingkat-daya-saing-usahawan-mikro/feed/ 0 85276
AI dan animasi perkukuh usaha pemeliharaan bahasa etnik https://sabahmedia.com/2025/09/06/ai-dan-animasi-perkukuh-usaha-pemeliharaan-bahasa-etnik/ https://sabahmedia.com/2025/09/06/ai-dan-animasi-perkukuh-usaha-pemeliharaan-bahasa-etnik/#respond Sat, 06 Sep 2025 08:58:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80710
Read Time:4 Minute, 23 Second

Oleh J. Evachel John

PENAMPANG: Dalam usaha mengekang kepupusan bahasa etnik di Sabah, kecerdasan buatan (AI) dan animasi digital kini digunakan sebagai alat baharu untuk menghidupkan kembali bahasa ibunda generasi muda.

Seramai 30 peserta menyertai bengkel AI dan animasi di Pusat Latihan Lomunu, Penampang. – Foto Sabah Media/ J. Evachel John

Bengkel anjuran Lotud Community Learning Centre (LCLC) dengan kerjasama Borneo Institute for Indigenous Studies (BorIIS), Universiti Malaysia Sabah (UMS); Summer Institute of Linguistics (SIL) Malaysia; PACOS Trust; dan Kadazan dusun Language Foundation (KLF) itu, mendapat tajaan daripada United Nations International Children’s Emergency Fund (UNICEF).

Program ini menghimpunkan 30 peserta pelbagai etnik untuk mempelajari cara menghasilkan animasi dalam bahasa masing-masing.

Berlangsung selama lima hari (18-22 Ogos) di Pusat Latihan Lomunu, Penampang, setiap peserta berjaya menyiapkan sekurang-kurangnya satu animasi menggunakan aplikasi mudah alih dan komputer.

Penganjur dan fasilitator melihat salah satu hasil animasi. – Foto ihsan penganjur

Perasmian bengkel disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif PACOS Trust, Anne Lasimbang yang menyifatkan bahasa ibunda sebagai “khazanah ilmu dan identiti” yang wajar dipelihara selari dengan arus teknologi.

Beliau berkata, sebelum ini menghasilkan animasi secara tradisional sangat mahal dan rumit. Namun kini, dengan aplikasi moden berasaskan AI, guru, belia dan aktivis komuniti mampu menghasilkan animasi sendiri tanpa memerlukan kemahiran teknikal tinggi.

“Bahasa ibunda bukan sekadar alat komunikasi, tetapi penyimpan pengetahuan, budaya dan warisan nenek moyang. Dengan AI, kita mampu membuat animasi dan menggunakan suara latar dalam bahasa ibunda, menjadikannya lebih dekat dengan dunia kanak-kanak.

“Kalau kita mahu bahasa etnik terus hidup, ia mesti berada di platform yang digemari anak-anak seperti animasi, aplikasi AI, dan media sosial. Itulah realiti dunia moden.

“Animasi dalam bahasa etnik bukan sekadar menarik. Ia adalah cara memastikan suara dan identiti nenek moyang kita kekal hidup untuk generasi cucu dan cicit,” katanya.

Animasi bantu kanak-kanak lebih cepat faham

Antara peserta bengkel ialah Marianah Hintanau, 48, guru Taska Warisan Bahasa Tobilung di Kampung Lokoput, Kota Belud. Beliau mengakui animasi digital memberi dimensi baharu dalam pengajaran bahasa ibunda.

Marianah Hintanau

“Kanak-kanak berusia tiga hingga empat tahun belum pandai membaca, tetapi mereka mudah memahami bila melihat animasi dalam bahasa ibunda. Mereka lebih seronok belajar, dan lebih cepat faham,” katanya.

Walaupun menghadapi kekangan teknikal kerana telefon bimbitnya tidak menyokong semua aplikasi, Mariana bertekad untuk terus belajar.

“Saya mahu mendalami lagi ilmu ini supaya dapat menghasilkan bahan animasi untuk komuniti, terutama bagi memartabatkan bahasa Tobilung,” ujarnya.

Bagi peserta muda, Melishnear Maikol, 16, pengalaman menghasilkan animasi dalam bahasa Tobilung membuka ruang baharu untuknya berkongsi warisan dengan rakan sebaya.

Melishnear Maikol

“Saya gembira kerana bukan sahaja belajar buat animasi, tetapi juga boleh mengajak kawan-kawan mengenali dan menggunakan bahasa ibunda kami,” katanya.

Sementara itu, Ester Ermelissa Ngoai, 38, guru etnik Tatana, berjaya menyiapkan dua video animasi sepanjang bengkel walaupun pada awalnya hanya menyasarkan satu sahaja.

Ester, yang mengikuti bengkel ini bagi mengisi masa cuti rawatan, berkata pengalaman tersebut memberinya lebih banyak manfaat daripada yang dijangkakan.

“Saya sasarkan untuk menghasilkan satu video animasi, tetapi berjaya menyiapkan dua, dan itu sangat menggembirakan saya. Bengkel ini memberi ilmu baharu termasuk cara menghasilkan animasi menggunakan aplikasi ChatGPT, Sora dan Hailuo dengan lebih cepat serta mudah. Selain itu, saya juga belajar tentang kepentingan menjaga hak cipta bagi setiap karya,” jelasnya.

Beliau turut menekankan kepentingan menggunakan suara latar dalam bahasa etnik, kerana ia membantu generasi muda lebih mudah menghayati jalan cerita, di samping menjadi rujukan standard sebutan dan kosa kata.

“Harapan saya adalah untuk menerbitkan lebih banyak karya animasi berbentuk cerita dan bahan pembelajaran kanak-kanak. Selain itu, saya mahu berkongsi ilmu ini dengan belia di daerah saya yang berminat, supaya lebih banyak animasi dalam bahasa etnik dapat dihasilkan,” katanya.

Usaha berterusan

Pengerusi LCLC, Pamanday Salvia Poit berkata inisiatif ini selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 4: Pendidikan Berkualiti dan SDG 11: Komuniti Mampan, serta menyokong usaha negara ke arah pendidikan inklusif dan saksama.

Menurutnya, bengkel ini mempunyai empat objektif utama: melatih 30 peserta pelbagai etnik dalam aplikasi animasi digital; mewujudkan kumpulan penghasil animasi berkemahiran dari komuniti Orang Asal; menghasilkan animasi dalam bahasa ibunda; serta menggalakkan penceritaan digital bagi memelihara bahasa yang terancam.

“Kami pilih pendekatan AI kerana ia cepat, kos yang lebih rendah, dan sejajar dengan trend semasa.

Animasi berasaskan AI membantu menghidupkan semula bahasa ibunda, khususnya dalam pendidikan awal kanak-kanak. Anak kecil mungkin belum membaca, tetapi melalui animasi mereka boleh mendengar dan mula bertutur dalam bahasa ibunda,” katanya.

Pamanday menjelaskan, kebanyakan bahasa etnik di Sabah kini berdepan kepupusan kerana tidak lagi dituturkan dalam keluarga. Animasi boleh digunakan di sekolah, taska, tadika malah di rumah, sekali gus mewujudkan ruang untuk kanak-kanak kembali belajar bahasa warisan.

Beliau turut memaklumkan, selepas bengkel animasi ini, peserta akan dilatih menghasilkan buku digital melalui aplikasi Bloom dengan kerjasama SIL Malaysia. Hasil animasi dan buku digital itu akan dipersembahkan pada Persidangan Pendidikan Orang Asal Malaysia (MIPS) ke-3 pada Disember depan.

“Kami bukan sekadar memberi latihan, tetapi juga bimbingan berterusan. Peserta digalakkan terus menghasilkan animasi baharu, manakala pihak kami akan membantu melalui pemantauan dan sokongan teknikal,” katanya.

Menyokong Pamanday, Anne menegaskan peserta bengkel tidak seharusnya berhenti selepas latihan ini, sebaliknya mengembangkan ilmu yang diperoleh di peringkat komuniti.

“Peserta memegang “kunci” masa depan bahasa ibunda. Pengetahuan yang ada jangan disimpan, tetapi dikongsi melalui lebih banyak animasi dan bengkel untuk belia serta kanak-kanak,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/06/ai-dan-animasi-perkukuh-usaha-pemeliharaan-bahasa-etnik/feed/ 0 80710
Penerapan AI penting elak media ketinggalan: Roslan Ariffin https://sabahmedia.com/2025/07/31/penerapan-ai-penting-elak-media-ketinggalan-roslan-ariffin/ https://sabahmedia.com/2025/07/31/penerapan-ai-penting-elak-media-ketinggalan-roslan-ariffin/#respond Thu, 31 Jul 2025 09:34:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78304
Read Time:1 Minute, 43 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Penerapan teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI) amat penting agar organisasi media tidak ketinggalan dalam persaingan industri, kata Pengarah Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), Roslan Ariffin.

Menurut beliau, kegagalan untuk mengadaptasi kemajuan teknologi boleh memberi kesan buruk terhadap daya saing sesebuah organisasi media, terutamanya dalam era digital yang dipacu oleh media sosial dan automasi kandungan.

“Kita dapati mereka yang gagal untuk mengadaptasikan ilmu baharu boleh menyebabkan sesebuah organisasi media ke belakang, dan akhirnya memberi kesan buruk terhadap keseluruhan industri,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penutupan Kursus dan Penyampaian Sijil Smart Journalism: AI Tools for Faster, Smarter Reporting di Hotel Promenade, hari ini.

Kursus selama tiga hari yang dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Wartawan Sabah (SJA) itu merupakan program pertama seumpamanya di Sabah, dan bertujuan memperkasakan wartawan dalam penggunaan teknologi AI secara cekap dan beretika.

Roslan menekankan bahawa AI merupakan satu alat yang boleh membantu wartawan mempercepatkan tugasan, memudahkan proses editorial dan memastikan organisasi media kekal relevan dalam landskap pemberitaan masa kini.

“AI bukan jalan mudah, tetapi ia antara jalan yang sedia ada untuk memastikan media terus relevan,” jelas beliau.

Namun begitu, Roslan turut menasihatkan agar wartawan lebih berwaspada dalam penggunaan teknologi ini, khususnya melibatkan penyuntingan visual dan penyebaran maklumat.

“Penggunaan gambar AI perlu dikawal, dan pastikan ada manusia di belakang setiap keputusan editorial. Kita juga akan menyambut Bulan Kebangsaan, jadi kalau guna grafik seperti Jalur Gemilang, pastikan jalur dan bintang sempurna,” katanya.

Beliau turut mengingatkan agar pengamal media tidak terbabit dalam penyebaran berita palsu (fake news) dan sentiasa menjaga kredibiliti sebagai wartawan yang sah.

“Dalam media, kita mesti berjaga-jaga. Jangan sampai kita hilang kredibiliti,” tegasnya.

Roslan turut melahirkan rasa kagum terhadap semangat peserta kursus dari Sabah yang disifatkan sebagai sangat berdedikasi walaupun dalam tempoh latihan yang singkat.

Tambahnya lagi, IPPTAR turut merancang penganjuran kursus lanjutan selepas ini termasuk AI in the Newsroom, undang-undang media, fotografi, penggunaan dron dan grafik digital.

“Kita membuka peluang kepada media Sabah untuk hadir ke Kuala Lumpur dan duduk di IPPTAR bagi mengikuti kursus-kursus yang lebih berfokus,” jelas beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/31/penerapan-ai-penting-elak-media-ketinggalan-roslan-ariffin/feed/ 0 78304