aidiladha – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 29 May 2024 23:30:06 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png aidiladha – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PPSS jayakan program ibadah korban Aidiladha ini https://sabahmedia.com/2024/05/30/ppss-jayakan-program-ibadah-korban-aidiladha-ini/ https://sabahmedia.com/2024/05/30/ppss-jayakan-program-ibadah-korban-aidiladha-ini/#respond Wed, 29 May 2024 23:30:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55265
Read Time:1 Minute, 7 Second

Kota Kinabalu: Persatuan Peranakan Suluk Sabah (PPSS) akan turut menjayakan Program Ibadah Korban Peringkat Taman Aman Jaya pada sambutan Aidiladha bulan depan.

Pengerusi PPSS D. Lakson D. Majindi berkata, program tersebut bakal diadakan di Masjid Nurul Aman di Taman Aman Jaya, Lahad Datu dengan kerjasama jawatankuasa masjid serta penduduk setempat.

“Dalam masa terdekat ini, kita akan menyertai program korban sempena Hari Raya Aidiladha di Lahad Datu jadi PPSS ini turut sama menjayakan program ini di Masjid Nurul Aman,” katanya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, di sini

Lakson berkata, ekoran kekangan peruntukan, PPSS kini berhasrat untuk menyusun semula aktiviti serta program berdasarkan nasihat dan pandangan daripada Tun Juhar selaku penaung kepada persatuan terbabit.

“Kunjungan hari ini adalah untuk silaturahim dengan Tuan Yang Terutama Tun kerana beliau adalah penaung persatuan ini dan kami juga berbincang tentang hala tuju persatuan.

“Antaranya, kami memohon bantuan sebidang tanah untuk dewan PPSS dan membina sebuah masjid yang belum ditentukan lokasinya.

“Sebelum ini banyak aktiviti yang telah dirancang tetapi tidak dapat dilaksanakan ekoran pandemik COVID-19.

“Walau bagaimanapun, kita tetap menjalankan aktiviti berskala kecil dalam kalangan ahli sahaja sepanjang Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang lalu,” katanya.

Katanya, PPSS yang ditubuhkan sejak tahun 2012, kini dianggotai kira-kira 2,000 orang ahli seluruh Malaysia antaranya di Johor, Melaka, Perak dan sebagainya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/30/ppss-jayakan-program-ibadah-korban-aidiladha-ini/feed/ 0 55265
COVID-19: Aktiviti kunjung-mengunjung Aidiladha dan tempat kerja cetus dua kluster baharu di Sabah https://sabahmedia.com/2021/08/01/covid-19-aktiviti-kunjung-mengunjung-aidiladha-dan-tempat-kerja-cetus-dua-kluster-baharu-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/08/01/covid-19-aktiviti-kunjung-mengunjung-aidiladha-dan-tempat-kerja-cetus-dua-kluster-baharu-di-sabah/#respond Sun, 01 Aug 2021 12:19:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3930
Read Time:1 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU: Penularan jangkitan COVID-19 berpunca dari aktiviti kunjung-mengunjung semasa Aidiladha dan tempat kerja mencetuskan dua kluster baharu di Sabah hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, dua kluster tersebut ialah Kluster Tembidong Bidong, Telupid, Beluran dan Kluster Jalan Patikang Ulu, Keningau.

Katanya, Kluster Tembidong Bidong, Telupid, Beluran merupakan penularan jangkitan dalam komuniti yang disyaki berpunca daripada aktiviti kunjung-mengunjung dalam kalangan jiran tetangga semasa sambutan Aidiladha.

“Kes indeks adalah wanita, 55, disahkan positif COVID-19 melalui PCR Genexpert di Hospital Duchess of Kent, Sandakan pada 19 Julai 2021, selepas dirujuk oleh Klinik Kesihatan Nangoh kerana bergejala batuk dan sesak nafas sejak 17 Julai 2021.

“Turut dikesan positif ialah suami kes indeks menerusi ujian RTK-Ag pada hari yang sama, diikuti 18 kes hasil saringan (PCR) kontak rapat pada 21 Julai 2021.

“Setakat hari ini, daripada 292 individu yang disaring, kluster ini merekodkan 88 kes positif COVID-19 merangkumi 78 kes termasuk 31 kes baharu di Telupid dan 10 kes termasuk empat kes baharu di Beluran,” katanya.

Manakala Kluster Jalan Patikang Ulu, Keningau pula dikategorikan sebagai kluster tempat kerja.

Menurut Masidi, kes indeks merupakan lelaki, 19, kerani di sebuah syarikat bengkel dan servis jentera berat.

Katanya, pada 29 Julai 2021, kes indeks yang menjalani saringan bergejala di klinik swasta didapati positif COVID-19 dengan keputusan RTK-Antigen.

Namun pada hari yang sama, klinik yang sama menerima satu lagi RTK-Antigen positif yang merupakan kontak rapat kepada kes indeks.

Saringan kontak rapat di lapangan yang dilakukan oleh pasukan Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau serta klinik swasta kemudiannya mengesan 12 RTK-Antigen positif pada 30 Julai 2021.

Setakat hari ini, kluster ini menokok tiga kes baharu menjadikan jumlah kumulatif kes positif
sebanyak 17 kes melibatkan Mukim Patikang dan Lingkudau di daerah Keningau.

“Penambahan bilangan kes disyaki berpunca daripada pergaulan di antara penghuni rumah sewa yang padat di Jalan Patikang Ulu,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/01/covid-19-aktiviti-kunjung-mengunjung-aidiladha-dan-tempat-kerja-cetus-dua-kluster-baharu-di-sabah/feed/ 0 3930
Tun Juhar Tunai Solat Sunat Aidiladha Di Surau Istana Negeri https://sabahmedia.com/2021/07/20/tun-juhar-tunai-solat-sunat-aidiladha-di-surau-istana-negeri/ https://sabahmedia.com/2021/07/20/tun-juhar-tunai-solat-sunat-aidiladha-di-surau-istana-negeri/#respond Tue, 20 Jul 2021 08:10:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3346
Read Time:40 Second

KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha 1442H di Surau Istana Negeri pagi disini pagi tadi.

Tun Juhar menunaikan solat sunat itu bersama kira-kira 20 jemaah yang terdiri daripada ahli keluarga serta warga istana bermula jam 9 pagi.

Solat diimankan Pegawai Agama Istana Negeri, Imbran Anggun manakala khutbah yang bertajuk ‘Pengorbanan Meraih Keredhaan’ disampaikan oleh kakitangan, Kamarul Omar Baki.

Secara keseluruhan, solat tersebut dilaksanakan dengan pematuhan sepenuhnya kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi membendung penularan pandemik COVID-19.

Turut mengiringi Tun Juhar ialah Setiausaha Sulit, Abinan Asli, Timbalan Setiausaha Sulit, Ag Damit Pg Apong, Setiausaha Perhubungan, Datuk Mohd Rashid Mohd Tahir serta anakandanya yang juga Pengerusi Yayasan Nur Jauhar, Brigdier Al Hambra Juhar. /PENERANGAN.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/20/tun-juhar-tunai-solat-sunat-aidiladha-di-surau-istana-negeri/feed/ 0 3346
Solat Sunat Aidiladha Di Masjid Negeri Patuh SOP https://sabahmedia.com/2021/07/20/solat-sunat-aidiladha-di-masjid-negeri-patuh-sop/ https://sabahmedia.com/2021/07/20/solat-sunat-aidiladha-di-masjid-negeri-patuh-sop/#respond Tue, 20 Jul 2021 03:12:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3315
Read Time:42 Second

KOTA KINABALU:  Solat sunat Hari Raya Aidiladha 1442H di Masjid Negeri hari ini mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan kehadiran 30 orang ahli jemaah.

Solat sunat bermula pada pukul 7.40 pagi diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negeri, Imam Suhaidi Kuanting dengan mematuhi penjarakan sosial serta pemakaian pelitup separuh muka.

Seusai solat sekitar 8.00 pagi, para jemaah mendengar khutbah bertajuk ‘Pengorbanan Meraih Keredaan’ yang disampaikan oleh Mufti Negeri Sabah, Datuk Bungsu Aziz Jaafar. 

Dalam pada itu, khatib turut mengingatkan para jemaah untuk menghayati erti pengorbanan dalam kehidupan terutamanya dalam keadaan pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Antara jemaah yang hadir ialah Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Arifin Mohd Arif, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Ir Shahelmey Yahya, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Safar Untong dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Ahmad Abdul Rahman./PENERANGAN-

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/20/solat-sunat-aidiladha-di-masjid-negeri-patuh-sop/feed/ 0 3315
Semangat Pengorbanan Perlu Diterapkan Dalam Diri Masyarakat https://sabahmedia.com/2021/07/18/semangat-pengorbanan-perlu-diterapkan-dalam-diri-masyarakat/ https://sabahmedia.com/2021/07/18/semangat-pengorbanan-perlu-diterapkan-dalam-diri-masyarakat/#respond Sun, 18 Jul 2021 11:33:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3232
Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Semangat pengorbanan bagi menyambut sambutan Hari Raya Aidiladha perlu diterapkan dalam diri masyarakat di negeri ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah Shahelmey Yahya berkata, semangat pengorbanan itu perlu dihayati khususnya bagi mereka yang diperlukan bertugas ketika pandemik COVID-19 ini. 

“Kita faham dalam suasana kita masih dalam pandemik COVID-19 ini, petugas barisan hadapan tanpa putus asa dengan semangat yang berterusan membantu menjaga keselamatan rakyat di negeri ini.

“Dengan adanya hubungan yang erat diantara barisan petugas hadapan dan juga masyarakat maka kita akan dapat menjaga keselamatan, keamanan dan kemakmuran di negeri dan juga negara kita” katanya.

Shahelmey berkata demikian ketika menyerahkan sumbangan lembu korban kepada petugas barisan hadapan di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat berharap dengan penyerahan lembu korban kepada petugas barisan hadapan sekitar kawasan Putatan itu dapat menyuntik semangat mereka dalam menjalankan tugas.

Turut hadir semasa penyerahan lembu korban sumbangan Pejabat ADUN Tanjung Keramat itu ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat Tanjung Keramat; Sufian Matin.

Penyerahan disampaikan kepada Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah; Mohd Ali Ismail, Panglima Divisyen Kelima Infantri; Mejar Jeneral Datuk Mohd Halim Khalid dan Pegawai Daerah Putatan; Zainuddin Awang.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/18/semangat-pengorbanan-perlu-diterapkan-dalam-diri-masyarakat/feed/ 0 3232
Hajiji serah 108 lembu korban sempena Aidiladha https://sabahmedia.com/2021/07/18/hajiji-serah-108-lembu-korban-sempena-aidiladha/ https://sabahmedia.com/2021/07/18/hajiji-serah-108-lembu-korban-sempena-aidiladha/#respond Sun, 18 Jul 2021 06:13:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3201
Read Time:53 Second

TUARAN: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan 108 ekor lembu korban sempena Aidiladha yang akan disambut Selasa ini kepada 50 wakil masjid dan surau di sekitar Tuaran.

Majlis penyerahan lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha itu diadakan di perkarangan Masjid Haji Noor di Kampung Serusup dekat sini pagi tadi.

Selain itu, sumbangan lembu korban turut disampaikan oleh Ketua Menteri kepada pasukan keselamatan di negeri ini iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Pada majlis itu, TDM diwakili Panglima 5 Divisyen, Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia, Kem Lok Kawi, Mejar Jeneral Dato Mohd Halim Khalid; manakala PDRM oleh Ketua Jabatan Pengurusan PDRM Kontinjen Sabah, Pembantu Komisioner Kanan Zabidi Mohd Zain dan Timbalan Panglima Armada Timur, Markas Pemerintah Armada Timur Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Shazalie Shuib, mewakili TLDM.


Turut hadir, Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim; Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Joniston Bangkuai dan Pembantu Menteri Kewangan Negeri, Jasni Daya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/18/hajiji-serah-108-lembu-korban-sempena-aidiladha/feed/ 0 3201
Aidiladha: Ambil iktibar pengorbanan Nabi – Hajiji https://sabahmedia.com/2021/07/18/aidiladha-ambil-iktibar-pengorbanan-nabi-hajiji/ https://sabahmedia.com/2021/07/18/aidiladha-ambil-iktibar-pengorbanan-nabi-hajiji/#respond Sun, 18 Jul 2021 05:26:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3198
Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor meminta umat Islam di negeri ini agar menghayati dan mengambil iktibar sejarah serta kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan puteranya baginda Ismail AS, dalam menghadapi kehidupan yang semakin mencabar ini.

Katanya, Aidiladha adalah hari kebesaran Islam yang juga disambut di seluruh dunia dengan penuh keinsafan dan pengertian besar.

“Ini adalah tahun kedua umat Islam menyambut Aidiladha ketika penularan pandemik COVID-19.

Bagi kita umat Islam di Sabah, iktibar daripada Aidiladha menjadi panduan dalam menghadapi cabaran pandemik COVID-19.

“Aidiladha pada kali ini mengingatkan kita erti kesabaran. Dalam keadaan dan cabaran yang sedang kita hadapi ketika ini, situasi sebegini sebenarnya menuntut kita agar sentiasa bersabar, bersyukur, bermuhasabah diri, berlapang dada dan menempuh cabaran ini secara bersama.

“Ia juga adalah satu pengorbanan besar setiap individu, selaras dengan tuntutan dan ajaran Islam.

Raikanlah Aidiladha ini bersama keluarga di rumah masing-masing dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya dalam Perutusan Hari Raya Aidiladha 1442/2021, di sini pada Ahad.

Hajiji juga meminta umat Islam yang membuat ibadah korban sempena Aidiladha ini agar melaksanakannya dengan penuh penghayatan di samping mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.

Beliau bersama keluarganya turut merakamkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam di negeri ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/18/aidiladha-ambil-iktibar-pengorbanan-nabi-hajiji/feed/ 0 3198
Kerajaan Sabah Pinda SOP Sambutan Aidiladha https://sabahmedia.com/2021/07/17/kerajaan-sabah-pinda-sop-sambutan-aidiladha/ https://sabahmedia.com/2021/07/17/kerajaan-sabah-pinda-sop-sambutan-aidiladha/#respond Sat, 17 Jul 2021 12:55:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3175
Read Time:50 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mengambil keputusan untuk meminda prosedur operasi standard (SOP) sedia ada bagi aktiviti-aktiviti melibatkan sambutan Aidiladha.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, antaranya adalah tidak membenarkan pelaksanaan majlis rumah terbuka, jamuan, kunjung mengunjung dan ziarah tanah perkuburan.

“Bilangan jemaah di masjid-masjid, surau-surau  untuk solat sunat Aidiladha, solat jumaat dan solat fardu lima waktu adalah dikurangkan kepada 1/3 kapasiti ruang atau maksima 30 orang jemaah yang mana lebih rendah.

“Selain itu, bilangan pengendali sembelihan binatang korban adalah dikurangkan kepada 15 orang sahaja,” katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Katanya, semua aktiviti perayaan Aidiladha di lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) adalah tidak dibenarkan.

Tambahnya, pindaan SOP ini adalah bersifat sementara sehingga kes-kes harian COVID-19 kembali stabil.

Pada hari ini, Sabah merekodkan 647 kes positif COVID-19 dimana peningkatan besar ini adalah disebabkan saringan besar-besaran yang sedang dilaksanakan sekarang ini oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) untuk membendung penularan di komuniti.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/17/kerajaan-sabah-pinda-sop-sambutan-aidiladha/feed/ 0 3175
Lima Kampung Di Parlimen Beaufort Terima Sumbangan Kerbau Untuk Ibadah Korban https://sabahmedia.com/2021/07/15/lima-kampung-di-parlimen-beaufort-terima-sumbangan-kerbau-untuk-ibadah-korban/ https://sabahmedia.com/2021/07/15/lima-kampung-di-parlimen-beaufort-terima-sumbangan-kerbau-untuk-ibadah-korban/#respond Thu, 15 Jul 2021 12:21:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3079
Read Time:45 Second

BEAUFORT: Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Datuk Seri Lajim Ukin menyerahkan sumbangan kerbau kepada lima buah kampung yang berada di kawasan Parlimen Beaufort.

Katanya, sumbangan itu adalah untuk diagihkan kepada penduduk sempena perayaan Hari Raya Aidiladha yang akan diadakan pada Selasa depan.

“Ini merupakan sumbangan peribadi saya dimana ia akan digunakan untuk diagihkan kepada penduduk kampung terlibat,” katanya kepada Sabah Media disini hari ini

Lajim yang juga bekas Ahli Parlimen Beaufort berkata, penyerahan itu merupakan sumbangan amal yang dilaksanakan setiap tahun menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha.

Katanya, antara kampung terlibat menerima sumbangan ialah Kampung Kebatu; Kampung Kabidang; Kampung Kukut; Kampung Limbawang dan Kampung Kota Klias.

“Saya berharap agar sumbangan ini akan dapat memberi sedikit kegembiraan kepada penduduk terlibat khususnya ketika berdepan pandemic COVID-19.

“Meskipun kita dibenarkan untuk melaksanakan ibadah korban namun pematuhan prosedur standard operasi (SOP) perlu dipatuhi sentiasa agar kita dapat dijauhi dari penyakit ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/15/lima-kampung-di-parlimen-beaufort-terima-sumbangan-kerbau-untuk-ibadah-korban/feed/ 0 3079
Sabah Benarkan Solat Aidiladha Dan Ibadah Korban Dilaksanakan https://sabahmedia.com/2021/06/23/sabah-benarkan-solat-aidiladha-dan-ibadah-korban-dilaksanakan/ https://sabahmedia.com/2021/06/23/sabah-benarkan-solat-aidiladha-dan-ibadah-korban-dilaksanakan/#respond Wed, 23 Jun 2021 14:35:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1831
Read Time:1 Minute, 50 Second

KOTA KINABALU: Sabah membenarkan solat sunat Aidiladha dan pelaksanaan ibadah korban dijalankan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, bagi solat sunat Aidiladha dibenarkan dengan jumlah satu pertiga daripada keluasan dewan utama solat atau 50 orang jemaah atau mana yang lebih rendah.

“Antara syarat yang perlu diikuti ialah jemaah harus lengkap mengambil dua dos vaksin serta syarat lain yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri.

“Walaubagaimanapun, keputusan ini tertakluk kepada situasi semasa pandemik COVID-19,”katanya dalam kenyataan malam ini.

Masidi berkata, bagi pelaksanaan ibadah korban ia turut dibenarkan kecuali dikawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) namun begitu ianya bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa negeri atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk tujuan pelaksanaan.

Katanya, pelaksanaan ini tertakluk kepada pematuhan garis panduan yang telah ditetapkan dan pemakaian Garis Panduan Korban Tahun 2020, Garis Panduan Pelaksanaan Ibadah Korban, Tahun 2017 Pejabat Mufti Negeri Sabah, Kaedah-Kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan), 2009, Garis Panduan Penyembelihan.

“Bagi lokasi penyembelihan pula ianya perlu dilaksanakan di Rumah Sembelihan; Rumah Penyembelihan ruminan swasta yang berlesen; Masjid dan Surau dengan kelulusan Pihak Berkuasa Agama Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Pejabat Kesihatan Daerah.

“Selain itu, lokasi lain adalah di kawasan lapang seperti Balai Raya, Dewan yang bersesuaian dengan kebenaran pihak berkuasa tempatan, Jabatan Perkhidmatan Veterina (DVS), Penyelarasan JHEAINS dan Pejabat Kesihatan Daerah,”katanya.

Sementara itu, Masidi berkata, permohonan di lokasi lain selain daripada masjid dan surau perlu memohon kebenaran kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar dengan lebih awal.

Katanya, jumlah haiwan sembelihan di masjid atau surau tidak lebih daripada lima ekor sehari kecuali kambing 10 ekor. Pengecualian bilangan haiwan ini diberikan kiranya di proses di rumah penyembelihan yang dibenarkan.

“Jumlah petugas adalah tidak melebihi 20 orang sehari dengan syarat iainya sihat tubuh badan dan lengkap menerima dua dos vaksin.

“Jamuan petugas hanya berbungkus sahaja. Aktiviti memasak di kawasan penyembelihan adalah tidak dibenarkan manakala agihan tidak dibenarkan untuk dilaksanakan di masjid atau  surau. Agihan akan dibuat kepada pihak-pihak berkenaan melalui cara penghantaran sahaja ke rumah atau kediaman masing-masing,”katanya.

Katanya, pematuhan pada SOP MKN dan KKM serta Pihak Berkuasa Agama Negeri.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/23/sabah-benarkan-solat-aidiladha-dan-ibadah-korban-dilaksanakan/feed/ 0 1831