aidilfitrisabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 29 Apr 2022 05:36:01 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png aidilfitrisabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Replika kek Masjid Datuk Mahiruddin Imam Haji Hussin tarik perhatian TYT Sabah https://sabahmedia.com/2022/04/29/replika-kek-masjid-datuk-mahiruddin-imam-haji-hussin-tarik-perhatian-tyt-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/04/29/replika-kek-masjid-datuk-mahiruddin-imam-haji-hussin-tarik-perhatian-tyt-sabah/#respond Fri, 29 Apr 2022 05:36:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14899
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU : Replika kek Masjid Datuk Mahiruddin Imam Haji Hussin yang dipersembahkan sebuah hotel terkemuka di sini  menarik perhatian Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni.

Kek dengan berat 104 kilogram itu dipersembahkan Sutera Harbour Resort pada Majlis Persembahan Kek sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022 di Istana Seri Kinabalu disini kelmarin.

Replika kek masjid itu turut dihasilkan oleh Chef Pastri, Kee Roesdyen, 43, dalam tempoh 10 hari dengan bantuan dua kakitangan.

Tun Juhar bersama isteri semasa menyampaikan ucapan ringkas.

Pada majlis itu, sebanyak 13 biji kek pelbagai tema dipersembah kepada Tun Juhar oleh para pengusaha perhotelan dan kolej swasta.

Tun Juhar sempat merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang, di samping  memaklumkan semua kek beraneka bentuk itu akan diagihkan kepada rumah kebajikan serta anak-anak yatim sekitar Kota Kinabalu.

Replika kek Masjid Datuk Mahiruddin Imam Haji Hussin.

Selain Sutera Harbour Resort, turut mempersembahkan kek masing-masing ialah Hyatt Regency Kinabalu,  Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Horizon Hotel, Nexus Resort Karambunai, The Palace Hotel, North Borneo University College, Shangri-La Rasa Ria Resort dan Shangri-La Tanjung Aru, Dreamtel Kota Kinabalu, Mercure Kota Kinabalu City Centre, Le Meridien Kota Kinabalu, Asian Tourism International College Sdn Bhd dan Promenade Hotel.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/29/replika-kek-masjid-datuk-mahiruddin-imam-haji-hussin-tarik-perhatian-tyt-sabah/feed/ 0 14899