aim – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 04 Dec 2021 08:50:15 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png aim – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Naik Taraf Jalan Mudahkan Urusan Logistik Usahawan Pasarkan Produk Perniagaan https://sabahmedia.com/2021/12/04/naik-taraf-jalan-mudahkan-urusan-logistik-usahawan-pasarkan-produk-perniagaan/ https://sabahmedia.com/2021/12/04/naik-taraf-jalan-mudahkan-urusan-logistik-usahawan-pasarkan-produk-perniagaan/#respond Sat, 04 Dec 2021 08:50:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9306
Read Time:1 Minute, 27 Second

KENINGAU: Penaiktarafan jalan dari Sapulut ke Pekan Pagalungan seterusnya ke Pekan Pensiangan kini telah diusahakan dan sedang dalam pelaksanaan.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, pelaksanaan menaik taraf jalan berkenaan akan mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan.

“Apabila siap, kita akan menikmati jalan berturap yang lebih selesa dan selamat serta dapat memendekkan jarak perjalanan dari 3 jam kepada 1 jam.

“Pastinya kemudahan ini akan memudahkan urusan logistik semua peniaga kecil dan sederhana selain Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan juga pejabat AIM Cawangan Nabawan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Kelab Sahabat AIM Cawangan Nabawan di sini hari ini.

Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, beliau turut menyatakan komitmen untuk membantu usahawan perniagaan termasuk Sahabat AIM untuk menceburi perniagaan atas talian.

Katanya, antara usaha yang telah dan sedang dilaksanakn termasuklah pembinaan 46 menara telekomunikasi yang baharu dan menaik taraf 44 menara sedia ada kepada rangkaian 4G.

“Kerja-kerja ini sedang dalam proses pelaksanaan dan dijangka siap pada penghujung tahun 2022.

“Saya percaya apabila menara ini siap sepenuhnya, kita akan dapat menikmati rangkaian telekomunikasi yang lebih baik serta akses kepada capaian internet yang lebih pantas.

“Pastinya nanti usahawan Sahabat AIM akan dapat bergiat dan bersaing di dalam arena ekonomi digital,” katanya.

Dalam pada itu, Arthur berkata, untuk jangkamasa panjang, apabila Ibu Negara Indonesia berpindah ke Kalimantan, beliau menjangkakan masyarakat di Parlimen Pensiangan akan mendapat limpahan ekonomi apabila akses kepada Ibu Negara tersebut dibuka.

Namun katanya, persiapan awal haruslah dilakukan bermula sekarang termasuklah menyediakan infrastruktur yang baik, mewujudkan persekitaran perniagaan kondusif, melahirkan para peniaga yang berdaya saing dan sebagainya.

“Persiapan-persiapan tersebut tidak mampu saya lakukan secara berseorangan. Sejujurnya saya memerlukan sokongan daripada semua pihak bagi memastikan Parlimen Pensiangan tidak terpinggir daripada arus pembangunan negara,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/04/naik-taraf-jalan-mudahkan-urusan-logistik-usahawan-pasarkan-produk-perniagaan/feed/ 0 9306
Berita Kematian Lajim Ukin Disahkan Palsu https://sabahmedia.com/2021/08/24/berita-kematian-lajim-ukin-disahkan-palsu/ https://sabahmedia.com/2021/08/24/berita-kematian-lajim-ukin-disahkan-palsu/#respond Tue, 24 Aug 2021 14:20:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5199
Read Time:48 Second

KOTA KINABALU : Mesej tular kononnya Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Datuk Seri Lajim Ukin telah meninggal dunia adalah palsu.

Perkara itu disahkan Pegawai Khasnya Ismail Norazman lewat petang tadi menerusi hantaran di Facebooknya.

“Saya menerima berita yang ditularkan di media sosial mengatakan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin Pengerusi Amanah Ikhtiar Malaysia telah tiada. Beliau kini masih dalam keadaan stabil walaupun kritikal selepas ditidurkan sejak petang tadi jam 2pm.

“Sebaran berita itu adalah palsu,”katanya.

Ismail turut berharap mesej yang tular itu dihentikan dan sebaran berita tidak sahih tidak dikongsi.

“Bersama kira mendoakan kesembuhan Datuk Seri Panglima melawan COVID-19 yang kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Pakar KPJ,” katanya.

Terdahulu, petang tadi, Lajim mula ditidurkan kira-kira jam 2 petang di Hospital Pakar KPJ Sabah selepas disahkan positif COVID-19 pada 12 Ogos lalu.

Keadaan kesihatan Lajim mula merosot sejak semalam dan pihak hospital mengambil keputusan untuk memasang alat bantuan pernafasan seterusnya ditidurkan pagi tadi.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/24/berita-kematian-lajim-ukin-disahkan-palsu/feed/ 0 5199
20,700 Keluarga Sahabat AIM Terima Bakul Kasih AIM Seluruh Malaysia https://sabahmedia.com/2021/07/03/20700-keluarga-sahabat-aim-terima-bakul-kasih-aim-seluruh-malaysia/ https://sabahmedia.com/2021/07/03/20700-keluarga-sahabat-aim-terima-bakul-kasih-aim-seluruh-malaysia/#respond Sat, 03 Jul 2021 02:10:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2433
Read Time:51 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak 20,700 buah keluarga Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) diseluruh negara menerima bantuan bekalan makanan asas menerusi Program Bakul Kasih AIM.

Pengerusi Eksekutif AIM Datuk Seri Lajim Ukin berkata, bantuan itu adalah bagi membantu meringankan beban Sahabat AIM yang terkesan dan terjejas akibat pandemik COVID-19 di negara ini.

“Kita telah menyerahkan bantuan bekalan makanan ini diseluruh negara yang memberi manfaat kepada hampir 20,700 buah keluarga diseluruh negara termasuk di Sabah.

“Kebanyakkan mereka ini tidak boleh menjalankan perniagaan seperti membuka kedai makan, gerai minum dan lain-lain,”katanya.

Katanya, pelbagai Program Pemasaran Produk Sahabat Secara Atas Talian sedang dilaksanakan bagi membantu Sahabat menjangkau pasaran lebih luas.

“Semua pihak dan kakitangan juga sedang berusaha untuk membantu merangka pelan pemulihan pendapatan Sahabat supaya Sahabat dapat bangkit semula daripada situasi sukar sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Sahabat dinasihatkan sentiasa menjaga kesihatan serta patuh kepada SOP ditetapkan kerajaan supaya kita sama-sama dapat memutuskan COVID-19 ini dengan segera dan dapat kembali menjalankan perniagaan seperti biasa,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/03/20700-keluarga-sahabat-aim-terima-bakul-kasih-aim-seluruh-malaysia/feed/ 0 2433
Cadang Buka Zon, Daerah Catat Angka Kes Rendah, Buka Operasi Perniagaan Namun SOP Perlu Terus Dipatuhi https://sabahmedia.com/2021/07/02/cadang-buka-zon-daerah-catat-angka-kes-rendah-buka-operasi-perniagaan-namun-sop-perlu-terus-dipatuhi/ https://sabahmedia.com/2021/07/02/cadang-buka-zon-daerah-catat-angka-kes-rendah-buka-operasi-perniagaan-namun-sop-perlu-terus-dipatuhi/#respond Fri, 02 Jul 2021 09:05:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2383
Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Datuk Seri Lajim Ukin menyokong tindakan Kerajaan Sabah membenarkan beberapa aktiviti sosial dan ekonomi beroperasi pada pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Pertama yang bermula Isnin lalu.

Katanya, meskipun terdapat kelonggaran, sebahagian besar Standard Operasi Prosedur (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sebelum ini masih dilaksanakan.

 “Bagi AIM khususnya di Sabah, kita akan mengikut kepada SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) namun saya difahamkan kerajaan negeri telah memohon untuk mendapat kelonggaran dalam beberapa aktiviti sosial dan ekonomi.

“Saya juga ada bertemu dengan Ketua Menteri (Datuk Seri Hajij Noor) beberapa hari lalu dan mencadangkan agar zon atau daerah yang tidak mencatatkan kes tinggi, kawasan berkenaan perlu dibenarkan beroperasi seperti perniagaan dengan SOP yang ketat,”katanya.

Katanya, cadangan berkenaan juga turut dikemukakan kerajaan negeri kepada MKN bagi pertimbangan dan pelaksanaan di Sabah.

“Pada kita, mana-mana negeri yang tidak ada jangkitan seperti Perlis, mereka patut dibenarkan untuk membuka operasi perniagaan atau aktiviti lain namun SOP perlu juga dipatuhi.

“Sama juga seperti Sabah, jika sebuah daerah itu merekodkan angka kes tinggi, penduduk daerah berhampiran adalah tidak dibenarkan untuk masuk kerana kita mempunyai Sekatan Jalan Raya (SJR),”katanya.

Terdahulu, kelmarin Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi bayangan peralihan fasa PPN akan dibuat mengikut negeri.

Beliau antara lain menyifatkan pelanjutan Fasa Pertama PPN tidak adil bagi negeri yang berjaya mencapai nilai ambang bagi setiap indikator peralihan fasa seperti ditetapkan dalam PPN.

Bagaimanapun beliau menafikan dakwaan Perlis, Kelantan dan Terengganu akan beralih ke Fasa Kedua PPN, selain menegaskan sebarang pengumuman mengenainya perlu dikeluarkan MKN.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/02/cadang-buka-zon-daerah-catat-angka-kes-rendah-buka-operasi-perniagaan-namun-sop-perlu-terus-dipatuhi/feed/ 0 2383
AIM Beri Penangguhan Bayaran Balik Selama 2 Bulan https://sabahmedia.com/2021/07/02/aim-beri-penangguhan-bayaran-balik-selama-2-bulan/ https://sabahmedia.com/2021/07/02/aim-beri-penangguhan-bayaran-balik-selama-2-bulan/#respond Fri, 02 Jul 2021 08:11:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2377
Read Time:1 Minute, 51 Second

KOTA KINABALU: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) hari ini mengumumkan penangguhan bayaran balik pinjaman selama dua bulan membabitkan seramai 378,507 peminjam yang dikenali sebagai Sahabat AIM bermula Jun lalu.

Pengerusi Eksekutif AIM Datuk Seri Lajim Ukin berkata, pengeculian pembayaran yang akan berakhir pada penghujung Julai itu nanti adalah berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 menerusi fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 29 Jun lalu.

“Dengan penangguhan sehingga penghujung bulan Julai ini, AIM telah memberi penangguhan bayaran kepada Sahabat AIM selama lapan minggu bermula 1 Jun lalu.

“Untuk rekod AIM sebelum ini telah memberi pengecualian bayaran balik salama 16 bulan secara automatik kepada semua Sahabat ketika PKP 1.0 dilaksanakan tahun lalu. Ia kemudian disusuli penangguhan bersasar sehingga Oktober 2020 yang membabitkan seramai 12,568 Sahabat AIM,” katanya dalam sidang media disini hari ini.

Lajim berkata, penangguhan itu diberikan kepada mereka yang layak dan benar-benar terkesan penangguhan masih lagi diteruskan sehingga ke hari ini.

Katanya, selain penangguhan bayaran balik pinjaman, AIM turut menangguhkan semua mesyuarat pusat, perjumpaan pusat khas dan kutipan bagi Skim Pembiayaan Ikhtiar, Simpanan Tabung Kumpulan, Tabung Kebajikan dan Kesejahteraan Sahabat (TKKS) dan Tabung Khairat Hutang.

“Pada masa sama, AIM turut menangguhkan pembentangan permohonan bagi Skim Pembiayaan Ikhtiar, pengeluaran Tabung Kumpulan, tuntutan Tabung Khairat Hutang, penjadualan semula pembiayaan dan pembentangan untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman.

“Namun AIM membenarkan kutipan balik bayaran Skim Pembiayaan Ikhtiar melalui kaedah bukan tunai atau e-bayaran,”katanya.

Sementara itu, Lajim berkata AIM turut memperkenalkan lapan Pakej Ransangan Ekonomi AIM, selain menyediakan pelbagai insentif lain termasuk penangguhan tambahan, program kerjasama dengan beberapa agensi kerajaan dan bengkel atau kursus secara digital untuk Sahabat AIM.

“Bagi memastikan kebajikan Sahabat AIM terbela, AIM juga memberi bantuan bekalan makanan asas yang setakat ini memberi manfaat kepada seramai 20,700 keluarga menerusi Program Bakul Kasih AIM.

“AIM sesungguhnya amat prihatin terhadap kesusahan yang dialami Sahabat AIM dan atas sebab itu kita berusaha untuk melaksanakan program pasaran produk Sahabat AIM secara dalam talian supaya dapat menjangkau pasaran yang lebih luas dan mereka dapat terus berniaga tanpa melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, AIM juga sedang merangka pelan pemulihan pendapatan Sahabat AIM bagi membantu mereka bangkit semula daripada situasi sukar sepanjang PKP.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/02/aim-beri-penangguhan-bayaran-balik-selama-2-bulan/feed/ 0 2377
Pegawai AIM Digesa Jangan Bersikap Prejudis Terhadap Peminjam https://sabahmedia.com/2021/06/28/pegawai-aim-digesa-jangan-bersikap-prejudis-terhadap-peminjam/ https://sabahmedia.com/2021/06/28/pegawai-aim-digesa-jangan-bersikap-prejudis-terhadap-peminjam/#respond Mon, 28 Jun 2021 07:11:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2115
Read Time:1 Minute, 10 Second

BEAUFORT : Pegawai lapangan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) digesa untuk tidak bersikap prejudis terhadap Sahabat AIM sehingga enggan meluluskan pinjaman yang dikemukakan oleh pemohon.

Pengerusi Eksekutif AIM Malaysia Datuk Seri Lajim Ukin berkata, ia susulan terdapat rungutan yang diterima Sahabat AIM yang mendakwa pinjaman yang dipohon telah ditolak meskipun pinjaman sebelumnya sudah diselesaikan mengikut tempoh ditetapkan.

“Ingin saya maklumkan bahawa mana-mana ahli Sahabat yang sudah menyelesaikan pinjaman adalah layak untuk menambah pinjaman dan AIM pusat tidak ada mengeluarkan arahan untuk tidak melayan sebarang pinjaman sama ada baru atau tambahan kerana mereka layak.

“Keengganan tidak meluluskan pinjaman disebabkan kumpulan Sahabat tidak aktif hadir setiap minggu adalah tidak wajar kerana apa yang penting sekali, mereka perlu menyelesaikan pinjaman seperti yang ditetapkan,”katanya ketika dihubungi hari ini.

Lajim berkata, pihaknya komited untuk membantu Sahabat dalam menghadapi situasi sukar khususnya berdepan pandemik COVID-19 malah turut memberi kelayakan pinjaman tambahan kepada mereka yang sudah lebih 80 peratus pembayaran semula.

“Pihak AIM masih masih mempertimbangkan untuk kelayakan membuat pinjaman tamabahan walaupun ada Sahabat yang masih mempunyai baki tunggakan kira-kira 15 ke 20 peratus pinjaman ekoran pandemik ini.

“Justeru, adalah tidak wajar untuk menolak permohonan pinjaman Sahabat yang sudah melunaskan bayaran apatah lagi mereka yang aktif membayar setiap minggu,” katanya.

Terdahulu, pihaknya mendapat rungutan daripada sekumpulan Sahabat berhubung sikap prejudis seorang pegawai lapangan AIM di sebuah daerah disini yang enggan meluluskan pinjaman tambahan dengan alasan tidak wajar.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/28/pegawai-aim-digesa-jangan-bersikap-prejudis-terhadap-peminjam/feed/ 0 2115
AIM Sumbang Bakul Kasih Kepada Penduduk Terjejas PKPD https://sabahmedia.com/2021/06/27/aim-sumbang-bakul-kasih-kepada-penduduk-terjejas-pkpd/ https://sabahmedia.com/2021/06/27/aim-sumbang-bakul-kasih-kepada-penduduk-terjejas-pkpd/#respond Sun, 27 Jun 2021 14:58:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2101
Read Time:59 Second

BEAUFORT : Sebanyak 127 beg berupa bakul kasih Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) disumbangkan kepada penduduk terjejas di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kampung Kukut.

Sumbangan yang disampaikan Pengerusi Eksekutif AIM Malaysia Datuk Seri Lajim Ukin itu diserahkan kepada Penolong Pegawai Daerah Beaufort Karim A.M Zahari dan turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias Datuk Isnin Aliasneh.

Lajim berkata, sumbangan berkenaan adalah sebahagian dari tanggungjawab sosial korporat (CSR) AIM bagi membantu penduduk yang terjejas akibat pandemik COVID-19 termasuk yang berada dalam kawasan PKPD.

“Ini adalah sebahagian daripada CSR kita kepada rakyat yang terjejas khususnya mereka yang dilanda musibah serta berdepan cabaran ketika pandemik COVID-19.

“Kita akan meneruskan program seumpana ini pada masa akan datang,” katanya selepas menyampaikan sumbangan berkenaan yang disalurkan melalui Pejabat Daerah Beaufort selaku urusetia Majlis Keselamatan Negara (MKN) daerah Beaufort.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKPD selama dua minggu di Kampung Kukut bermula Jumaat lalu hingga 8 Julai depan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati kes telah meningkat dalam tempoh singkat dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti tersebut.

Pelaksanaan PKPD itu bagi memudahkan KKM melakukan saringan, menyekat pergerakan dan penularan jangkitan dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/27/aim-sumbang-bakul-kasih-kepada-penduduk-terjejas-pkpd/feed/ 0 2101