air sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 23 Jul 2025 05:36:46 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png air sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Jabatan Air Sabah Wajar Distruktur Semula Ekoran Isu Yang Berpanjangan https://sabahmedia.com/2025/07/23/jabatan-air-sabah-wajar-distruktur-semula-ekoran-isu-yang-berpanjangan/ https://sabahmedia.com/2025/07/23/jabatan-air-sabah-wajar-distruktur-semula-ekoran-isu-yang-berpanjangan/#respond Wed, 23 Jul 2025 05:19:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77781
Read Time:2 Minute, 52 Second

Oleh Wan Azrain Adnan

Kota Kinabalu – Isu gangguan bekalan air terus menghantui rakyat Sabah dengan laporan terkini menyentuh kawasan Putatan dan sekitar pusat bandar Kota Kinabalu yang berdepan masalah tekanan air rendah sejak dua minggu lalu.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya Sabah melahirkan kekecewaannya terhadap situasi itu yang menurut Jabatan Air Sabah berpunca daripada permintaan tinggi serta beberapa isu teknikal.

Antara premis terjejas termasuk hotel bertaraf lima bintang dan pusat membeli-belah utama seperti Hotel Le Meridien, Hotel Promenade, Suria Sabah dan Wisma Merdeka.

Bagaimanapun, usaha pemulihan sedang dilaksanakan dan kebanyakan premis di kawasan pusat bandar (CBD) dilaporkan telah menerima semula bekalan air secara konsisten.

Gangguan bekalan air turut menjejaskan kehidupan harian penduduk serta sektor pelancongan Sabah yang sedang giat dipromosikan sebagai destinasi utama di peringkat domestik dan antarabangsa.

Menurut Menteri Kerja Raya Sabah, gangguan berkenaan amat mengecewakan kerana berlaku walaupun Loji Rawatan Air Kasigui telah pun beroperasi. Loji tersebut mempunyai kapasiti penghasilan lima juta liter air sehari, namun hanya mampu menghasilkan tiga juta liter sehari ketika ini.

Bekas Ketua Menteri Sabah turut bersuara, menyarankan agar kementerian tidak terus bergantung kepada Jabatan Air Sabah yang menurutnya gagal menyelesaikan isu bekalan air walaupun telah membelanjakan berbilion ringgit.

Beliau juga menyatakan bahawa Jabatan Air Sabah mempunyai kuasa luas di bawah Enakmen Bekalan Air Sabah 2003, namun masih gagal menangani masalah berkenaan secara berkesan.

Sebagai langkah penyelesaian, beliau mencadangkan agar satu badan berkanun baharu ditubuhkan untuk menggantikan Jabatan Air Sabah dan diterajui oleh golongan profesional yang berintegriti. Cadangan itu boleh dilaksanakan dengan meminda Enakmen Bekalan Air Sabah 2003.

Beliau sebelum ini pernah mencabar kesahan pelantikan Pengarah Jabatan Air Sabah pada 2019 dan berjaya memperoleh pengisytiharan mahkamah bahawa pelantikan tersebut tidak sah kerana tidak mematuhi peruntukan enakmen berkenaan.

Seksyen 3 Enakmen Bekalan Air Sabah 2003 menyatakan bahawa jawatan kanan dalam Jabatan Air Sabah mesti diisi oleh anggota perkhidmatan awam. Dalam kes tersebut, individu yang dilantik bukan anggota perkhidmatan awam pada waktu pelantikan.

Untuk rekod, Jabatan Air Sabah ditubuhkan pada Januari 1988 sebagai agensi di bawah Kementerian Kerja Raya Sabah. Ia bertanggungjawab mengawal selia serta mengurus pembekalan air terawat di negeri ini.

Berdasarkan laman sesawang Jabatan Air Sabah, jabatan ini berperanan sebagai pengawal selia (pelesenan, peraturan dan pendakwaan) serta penyedia perkhidmatan (operasi pengeluaran dan pembekalan air) — satu model ‘2 dalam 1’ yang berbeza berbanding Semenanjung Malaysia dan WP Labuan.

Di Semenanjung, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menjadi pengawal selia manakala setiap negeri mempunyai operator masing-masing seperti Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS).

Model Jabatan Air Sabah juga berbeza daripada industri tenaga di Sabah yang dikendalikan secara berasingan oleh Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECOS) sebagai pengawal selia dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) sebagai penyedia perkhidmatan.

Sehubungan itu, sudah tiba masanya Jabatan Air Sabah mencontohi model industri tenaga dengan memisahkan peranan pengawal selia dan penyedia perkhidmatan melalui penubuhan dua entiti:

•⁠  ⁠Suruhanjaya Air Sabah – sebagai pengawal selia

•⁠  ⁠Syarikat Air Sabah – sebagai penyedia perkhidmatan bekalan air

Melalui penstrukturan semula ini, prestasi industri air di Sabah dijangka dapat dipertingkat dan memberi manfaat kepada rakyat. Pemisahan peranan dapat memperkukuh tadbir urus dan akauntabiliti.

Sebagai contoh, sukar untuk memastikan ketelusan sekiranya entiti yang sama bertindak sebagai pengawal selia dan operator. Persoalannya: adakah Jabatan Air Sabah akan mengambil tindakan terhadap dirinya sendiri sekiranya berlaku penurunan mutu perkhidmatan?

Penyelesaian sebenar bagi isu bekalan air di Sabah tidak akan berjaya selagi Jabatan Air Sabah tidak distruktur semula.

“Jika anda sebahagian daripada masalah, sudah pasti anda tidak boleh menjadi sebahagian daripada penyelesaiannya,” ujar sumber itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/23/jabatan-air-sabah-wajar-distruktur-semula-ekoran-isu-yang-berpanjangan/feed/ 0 77781
LKAN KKDW – Kelewatan Melampau Seolah Tiada Ketergesaan Sejahterakan Penduduk Sabah https://sabahmedia.com/2024/07/08/lkan-kkdw-kelewatan-melampau-seolah-tiada-ketergesaan-sejahterakan-penduduk-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/07/08/lkan-kkdw-kelewatan-melampau-seolah-tiada-ketergesaan-sejahterakan-penduduk-sabah/#respond Mon, 08 Jul 2024 03:58:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57200
Read Time:8 Minute, 26 Second

oleh Wan Azrain Adnan

1.        baru-baru ini , Ketua Audit Negara telah mengumumkan Laporan Ketua Audit Negara 2/2024 (LKAN 2/2024). Antara lain, Ketua Audit Negara telah melaporkan mengenai pengurusan projek bekalan air luar bandar di Sarawak dan Sabah, yang di laksanakan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Malaysia.

2.        Secara keseluruhan, LKAN 2/2024 meliputi tiga skop utama pengurusan projek bekalan air luar bandar berkenaan:

  • Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Retikulasi: membina tangki simpanan air, membina stesen pam penggalak, penyambungan paip air sistem retikulasi
  • Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Naik Taraf/ Bina Loji Baru: membina baru dan menaik-taraf loji rawatan air sediada
  • Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Alternatif: membina telaga, sistem air terbuka dan sebagainya

3.        Menurut LKAN 2/2024, sejumlah 477 projek bekalan air luar bandar di Sabah telah di luluskan di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (2016 – 2020) dan Rancangan Malaysia ke-10 (2011 – 2015). Ini melibatkan peruntukan berjumlah RM 1.735 billion.

Untuk rekod berikut merupakan mantan Menteri KPLB Malaysia. Seorang daripadanya ialah Datuk Seri Shafie Apdal bekas Naib Presiden UMNO Malaysia dan pernah menjadi Ketua Menteri Sabah bawah Warisan pada 2018-2020

4.        Setakat Oktober 2023, daripada sejumlah 477 projek yang di luluskan, status projek adalah agak memuaskan di mana majoriti projek telah siap di laksanakan.

  • projek siap: 430 (90.1%)
  • projek dalam pelaksanaan: 8 (1.7%)
  • projek dalam perancangan: 24 (5.0%)
  • projek di batal: 15 (3.2%)
Skop ProjekJumlah ProjekPecahan ProjekProjek SiapProjek Dalam PelaksanaanProjek Dalam PerancanganProjek Batal
Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Retikulasi36175.7 %32751514
Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Naik Taraf/ Bina Loji Baru163.3 %3391
Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Alternatif10021 %100
Jumlah477100 %43082415
Peratusan100 %90.1 %1.7 %5.0 %3.2 %

5.        Daripada 430 projek yang telah siap, sejumlah 330 projek adalah Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Retikulasi dan BALB Naik Taraf/ Bina Loji Baru. Projek berkenaan telah dapat memberi manfaat kepada 20,790 bilangan rumah, merangkumi lebih 103,950 penduduk Sabah.

6.        Menurut data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) 2022, jumlah penduduk Sabah ialah 3.39 juta orang, di mana: warganegara (2.654 juta orang: 78%) dan bukan warganegara (0.736 juta orang: 22%).

Ini bermakna lebih 3% penduduk Sabah telah mendapat manfaat daripada projek BALB Retikulasi dan BALB Naik Taraf/ Bina Loji Baru yang telah siap setakat ini.

7.        Pada masa yang sama, terdapat sejumlah 24 projek yang masih dalam peringkat perancangan dan belum di laksanakan. Ini berlaku walaupun projek tersebut telah di luluskan sejak tahun 2016, dan perunding telah pun di lantik. Kelewatan projek sehingga 8 tahun ini telah menyebabkan lebih 22,000 bilangan rumah belum dapat menikmati bekalan air bersih dan terawat sehingga kini.

Skop ProjekTahun KelulusanJumlah ProjekKos Projek (RM)Bilangan Rumah
Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Retikulasi20163RM 51.50 juta5,476
20173RM 73.50 juta750
20189RM 207.79 juta8,953
Jumlah2016 – 201815RM 332.79 juta15,179
Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Naik Taraf/ Bina Loji Baru20163RM 120.00 juta2,423
20173RM 185.05 juta3,074
20183RM 121.00 juta1,945
Jumlah2016 – 20189RM 426.05 juta7,442
Jumlah Keseluruhan2016 – 201824RM 758.84 juta22,621

8.        Berdasarkan LKAN 2/2024, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Malaysia telah memberikan pelbagai maklumbalas mengenai kelewatan projek yang masih di dalam peringkat perancangan. Antaranya:

  • projek memerlukan tempoh untuk pelantikan perunding
  • penyediaan reka bentuk dan kelulusan mengambil tempoh yang lama
  • bantahan dan pencerobohan penduduk di tapak projek
  • perubahan dasar Kerajaan yang melibatkan kaedah perolehan
  • pelaksanaan Makmal Kajian Nilai setelah reka bentuk terperinci di sediakan oleh perunding
  • perubahan skop kerja selaras dengan keputusan Makmal Kajian Nilai
  • bergantung kepada prestasi Pelaksanaan projek lain yang di laksanakan oleh Agensi lain
  • isu dasar di bawah skop Program Bekalan Air Luar Bandar KKDW
  • prestasi perunding
  • perancangan projek telah terjejas berikutan penularan wabak Covid-19 serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (Mac 2020 – Oktober 2021)

9.        Namun begitu, apa jua maklumbalas yang telah di berikan oleh KKDW, kelewatan melampau bertahun-tahun ini seolah-olah menggambarkan tiada ketergesaan/ sense of urgency oleh pihak terbabit untuk melaksanakan projek tersebut demi kesejahteraan penduduk Sabah.

Agaknya berapa lama lagi penduduk Sabah (iaitu lebih 22,000 bilangan rumah) perlu menunggu untuk menikmati hasil projek-projek tersebut?

10.      Di samping itu, LKAN 2/2024 turut melaporkan pembatalan 15 projek, yang melibatkan sejumlah 9,682 bilangan rumah. Antara punca pembatalan projek tersebut adalah kerana:

  • sumber air mentah dan terawat tidak mencukupi
  • tiada jalan masuk ke tapak projek yang di cadangkan

11.      Pembatalan projek ini adalah sesuatu yang amat malang kerana isu-isu berbangkit tersebut sepatutnya telah di ambil kira ketika di cadangkan, dan telah pun di luluskan. Oleh itu, alasan sebegitu tidak boleh di terima lagi! Rakyat Sabah telah menunggu berdekad-dekad, dari generasi ke generasi, untuk menikmati bekalan air bersih dan terawat.

12.      Sewajarnya, pihak terbabit mencari penyelesaian untuk mengatasi isu-isu berbangkit, dan bukannya membatalkan terus projek berkenaan. Tiada pula maklumat samada projek yang di batalkan tersebut telah di gantikan dengan projek lain yang lebih sesuai. Jika tiada, rakyat Sabah juga yang kekal sengsara.

13.      Di samping itu, LKAN 2/2024 turut melaporkan bahawa walaupun projek telah siap, kadar peratusan penyambungan Meter dan Paip dari Meter Stand ke rumah penduduk masih rendah. Mengikut Garis Panduan Pelaksanaan Program Bekalan Air Luar Bandar (BALB) 31 Mei 2017, kos penyambungan meter dan paip dari meter stand ke rumah perlu di tanggung oleh pemilik rumah.

14.      Berdasarkan audit sampel 12 projek siap, hanya 1,382 rumah (36.1%) telah membuat penyambungan meter, manakala 3,824 (63.9%) masih belum membuat penyambungan meter.

15.      Antara sebab utama ramai penduduk masih tidak membuat penyambungan ialah kerana tidak mampu membayar kos penyambungan meter yang di anggarkan berjumlah RM 750 – 1000 (termasuk RM 230 untuk deposit pemasangan meter).

16.      Ini adalah sesuatu yang menyedihkan. Kemiskinan telah menghalang penduduk Sabah untuk menikmati manfaat projek yang telah siap di laksanakan untuk kesejahteraan hidup. Kemudahan sudah tersedia, wang pula tiada.

Umpama: so near and yet so far…

17.      Perkara ini wajar di teliti oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Sabah agar kadar peratusan penyambungan meter dan paip dapat di tingkatkan. Tiada gunanya melaksanakan projek di mana ramai rakyat masih tidak dapat menikmati manfaat yang terhasil.

18.      Sudah pasti agak sukar untuk mengurangkan kos penyambungan tersebut kerana melibatkan harga barang dan upah pekerja. Justeru itu, kaedah penyelesaian yang wajar di pertimbangan ialah agar Kerajaan Malaysia dan/ atau Kerajaan Sabah menampung kos penyambungan tersebut, samada sepenuhnya atau sebahagian.

19.      Sebagai contoh: Sekiranya Kerajaan Malaysia dan/ atau Kerajaan Sabah menanggung sepenuhnya kos penyambungan sebanyak RM 1,000 untuk 3,824 rumah berkenaan, ianya akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM 3,824,000.

20.      Ini adalah jumlah perbelanjaan yang kecil demi menyediakan kesejahteraan hidup kepada rakyat Sabah yang telah sengsara berdekad-dekad lamanya.

21.      Air merupakan isu legasi yang terus menjejaskan kesejahteraan hidup rakyat Sabah. Ramai rakyat Sabah masih tidak menikmati akses kepada bekalan air yang menyeluruh dan mencukupi.

22.      Ini termasuk demonstrasi mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang menghadapi masalah bekalan air di atas kelemahan Jabatan Air Negeri Sabah menyelesaikan kemelut air di kawasan Sepanggar.

23.      Antara punca utama isu bekalan air di Sabah ialah Kadar Air Tidak Berhasil/ Non-Revenue Water (NRW) yang terlampau tinggi, berpunca dari sistem paip yang usang dan rosak. Menurut Suruhanjaya Air Negara (SPAN), kadar NRW Sabah ialah 55%, iaitu ke-2 tertinggi di Malaysia. Sebagai perbandingan, purata kadar NRW negara adalah 37.2%.

Ini bermakna lebih separuh dari bekalan air terawat di Sabah ‘hilang’ dan tidak menjana sebarang pendapatan kepada Kerajaan Sabah. Oleh itu, Kerajaan Sabah terpaksa menanggung kerugian besar setiap tahun.

24.      Tambahan lagi, Sabah juga menghadapi isu kecurian air, yang di dalangi oleh penduduk tanpa dokumen. Sebagai contoh: Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, masalah bekalan air di UMS adalah di sebabkan oleh koloni setinggan yang besar di Sepanggar.

Dengan anggaran 12,000 buah rumah, koloni setinggan tersebut di anggarkan mencuri 18 juta liter air sehari, melalui sambungan paip air yang melanggar undang-undang.

25.      Oleh yang demikian, kerugian besar yang di alami akibat kadar NRW yang tinggi dan kecurian air menyebabkan Kerajaan Sabah menghadapi cabaran yang rumit untuk menyediakan perkhidmatan air yang cekap.

Dalam bahasa mudah, kutipan pendapatan bekalan air tidak dapat menampung perbelanjaan yang di perlukan. This is simply not sustainable.

26. Di bawah Belanjawan Sabah 2024, Kerajaan Negeri Sabah telah menyediakan peruntukan sebanyak RM 679.85 juta untuk menangani isu air di Sabah. Namun begitu, agenda penyelesaian isu air di Sabah memerlukan jumlah dana yang besar.

27.      Pada Mei 2023, semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Timbalan Ketua Menteri Sabah telah memaklumkan bahawa dana sejumlah RM 18.37 billion di perlukan bagi menyediakan perkhidmatan bekalan air yang efisyen di Sabah oleh Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).

28.      Maka, adalah jelas isu air di Sabah tidak mudah dan cepat untuk di selesaikan memandangkan dana yang besar di perlukan. Sebagai contoh: Berdasarkan jumlah dana RM 18.37 billion yang di perlukan tersebut, sekiranya Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Sabah membelanjakan RM 1 billion setahun, isu air di Sabah hanya dapat di selesaikan dalam tempoh hampir 20 tahun.

Tempoh masa tersebut mungkin lebih lama jika mengambil kira faktor kos penyelenggaraan tahunan untuk aset air di seluruh Sabah.

29.      Sudah pasti tempoh masa tersebut akan bertambah lama lagi dengan isu-isu yang telah di laporkan oleh LKAN 2/2024. Amat malang sekali, dengan dana yang sudah tersedia, projek-projek berkenaan pula tidak dapat dilaksanakan dengan baik, mengikut tempoh masa yang di tetapkan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/08/lkan-kkdw-kelewatan-melampau-seolah-tiada-ketergesaan-sejahterakan-penduduk-sabah/feed/ 0 57200
LKAN – 36 projek BALB di Sabah,Sarawak masih dalam perancangan walau telah dapat kelulusan semenjak 2016 https://sabahmedia.com/2024/07/04/lkan-36-projek-balb-di-sabahsarawak-masih-dalam-perancangan-walau-telah-dapat-kelulusan-semenjak-2016/ https://sabahmedia.com/2024/07/04/lkan-36-projek-balb-di-sabahsarawak-masih-dalam-perancangan-walau-telah-dapat-kelulusan-semenjak-2016/#respond Thu, 04 Jul 2024 13:27:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57051
Read Time:2 Minute, 9 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur: Gangguan bekalan air di Sarawak dan Sabah yang tidak ditangani dengan baik menyebabkan penduduk luar bandar di dua negeri tersebut, masih tidak dapat menikmati bekalan air bersih dan terawat, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2024 Siri 2.

Laporan itu menyatakan bahawa secara keseluruhannya projek Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Sarawak dan Sabah tidak mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Perkara ini susulan, terdapat kelemahan terhadap fungsi dan pelaksanaan projek yang tidak selari dengan objektif BALB, berkaitan taraf kesihatan dan kualiti hidup yang tidak dapat diukur.

“Sasaran pencapaian projek itu juga tidak konsisten, kerana diturunkan dari penetapan asal tanpa justifikasi. Terdapat juga projek yang telah siap dan diserahkan kepada kerajaan negeri, namun tidak digunakan dan diselenggara serta peruntukan disalurkan tidak dibuat pembayaran pada tahun semasa.

“Ketiadaan penyenggaraan secara berkala dan kelewatan pembaikan aset, menjejaskan operasi bekalan air dan jangka hayat aset menyebabkan kerugian kepada dana Kerajaan serta bekalan air tidak dapat dimanfaatkan oleh rakyat,” menurut laporan itu.

Menurut LKAN sehingga Oktober 2023, terdapat 36 projek di Sarawak dan Sabah dengan kos jumlah lebih RM1.5 bilion masih dalam perancangan, walaupun telah mendapat kelulusan pada 2016, 2017 dan 2018.

Dalam pada itu, semakan audit terhadap Laporan Bajet Program dan Prestasi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi projek tersebut mendapati, baki peruntukan projek BALB Retikulasi Sarawak pada 2017 berjumlah RM1.24 juta dan RM4.98 juta bagi projek BALB Sabah pada 2020, tidak menggambarkan jumlah baki yang sebenar pada tahun tersebut.

“Sekiranya peruntukan tersebut tidak disalurkan ke RISDA (bukan agensi pelaksana projek BALP Sabah dan Sarawak), jumlah sebenar baki peruntukan bagi projek BALB Retikulasi Sarawak pada tahun 2017 berjumlah RM13.24 juta dan RM102.54 juta bagi projek BALB Sabah.

“Ini memberi kesan kepada Laporan Bajet Program dan Prestasi KKDW bagi Projek BALB Sarawak yang perlu diserahkan kepada Kementerian Kewangan, yang perbelanjaan telah direkodkan lebih tinggi daripada sebenar dan baki pula direkodkan pada jumlah yang lebih rendah bermula 2017 bagi BALB Sarawak dan BALB Sabah bermula 2020,” menurut laporan itu.

Bagi mengatasi kelemahan yang dibangkitkan dan perkara yang sama tidak berulang pada masa hadapan, LKAN mengesyorkan agar KKDW mengkaji semula sasaran dan objektif program berkenaan supaya lebih realistik, boleh diukur dan konsisten, berdasarkan kebolehcapaian serta kemampuan pelaksanaan projek.

“Menambah baik garis panduan sedia ada agar lebih komprehensif dengan mengambil kira koordinasi dengan kerajaan negeri, melalui perbincangan isu-isu berkaitan sebelum projek bermula dan selepas penyerahan projek, yang meliputi aspek penguatkuasaan dan penyenggaraan.

“Memastikan pengurusan dan kawalan kewangan dilaksanakan dengan menyelenggara rekod peruntukan dan perbelanjaan yang tepat serta dibelanja mengikut keperluan dan ketetapan,” menurut laporan itu.  BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/04/lkan-36-projek-balb-di-sabahsarawak-masih-dalam-perancangan-walau-telah-dapat-kelulusan-semenjak-2016/feed/ 0 57051
12 jam tangan Rolex antara barang yang dirampas dalam perbicaraan rasuah Jabatan Air Sabah https://sabahmedia.com/2023/10/25/12-jam-tangan-rolex-antara-barang-yang-dirampas-dalam-perbicaraan-rasuah-jabatan-air-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/10/25/12-jam-tangan-rolex-antara-barang-yang-dirampas-dalam-perbicaraan-rasuah-jabatan-air-sabah/#respond Wed, 25 Oct 2023 11:22:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44174
Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Dua belas jam tangan Rolex adalah antara barangan berharga yang dirampas daripada bekas pengarah Jabatan Air Sabah Ag Mohd Tahir Mohd Talib, di mahkamah Khas Rasuah yang bersidang hari ini.

Penolong Pegawai Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ekasuzieana Shafri, 36, berkata salah satu barangan mewah itu adalah untuk wanita.

Ekasuzieana, yang memberi keterangan di hadapan hakim Abu Bakar Manat dalam perbicaraan skandal rasuah terbesar Sabah itu turut mengesahkan jam tangan itu adalah antara jam tangan mewah dalam senarai rampasan harta alih bertarikh 4 Okt 2016 yang dibuatnya di pejabat SPRM Sabah.

Jenama lain ialah Audemars Piguet (lima), Roger Dubuid (satu), Jaegerle-Couctre (dua), Chronoswiss (satu), Prank Muller (satu), Cartier (tiga), Ulysse Nardin (satu), Patek Philippe (tiga), dan Corum (dua).

Dia juga telah merampas barangan berharga lain termasuk wang tunai, barang kemas seperti kerongsang, rantai, anting-anting, cincin, gelang dan gelang jed, beg tangan berjenama dan jongkong emas.

“Saya juga mengesahkan bahawa semua barang eksibit ini diambil dari rumah Ag Tahir di sebuah bilik tidur di tingkat 3,” kata saksi ke-44 pihak pendakwaan itu.

Tahir, 58, sedang dibicarakan bersama isterinya, Fauziah Piut, 55, dan bekas timbalan pengarah jabatan air negeri, Lim Lam Beng, 66.

Pada 29 Dis 2016, ketiga-tiga mengaku tidak bersalah terhadap 37 pertuduhan pengubahan wang melibatkan RM61.57 juta.

Bekas timbalan pengarah jabatan, Teo Chee Kong, yang pada mulanya merupakan suspek utama dalam kes berkenaan, dibebaskan daripada 146 pertuduhan pengubahan wang melibatkan RM32.93 juta, pada Mac 2022.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/25/12-jam-tangan-rolex-antara-barang-yang-dirampas-dalam-perbicaraan-rasuah-jabatan-air-sabah/feed/ 0 44174