Air ums gerudi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 02 Feb 2024 01:53:05 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Air ums gerudi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tiga telaga tiub di UMS siap digerudi https://sabahmedia.com/2024/02/02/tiga-telaga-tiub-di-ums-siap-digerudi/ https://sabahmedia.com/2024/02/02/tiga-telaga-tiub-di-ums-siap-digerudi/#respond Fri, 02 Feb 2024 01:53:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48846
Read Time:2 Minute, 1 Second

Kota Kinabalu : Tiga daripada enam telaga tiub yang digali bagi mengurangkan masalah air di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sudah siap digerudi oleh kontraktor yang dilantik setakat semalam.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata, tiga kawasan yang digerudi itu juga turut mempunyai sumber air bagi disalurkan ke kolej-kolej kediaman pelajar.

“Saya telah membuat lawatan le tapak penggerudian di UMS dan sekarang ini tiga telaga tiub sudah digerudi dan airnya juga sudah ada.

“Sekarang ianya dalam proses buat tangki dan penapis. Pada masa sama, kita akan buat pemasangan paip ke kolej-kolej kediaman. Itu adalah fasa seterusnya.

“Buat masa ini, tiga sudah dikenal pasti, tiga lagi dalam proses penggerudian dan saya akan terus memantau pelaksanaannya termasuk membuat lawatan mengejut bagi memastikan ia siap mengikut jadual pada Mac depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan projek telaga tiub terbabit selepas meninjau kerja penggerudian yang dilakukan syarikat kontraktor di UMS, semalam.

Projek berkenaan yang dijadual siap sepenuhnya pada Mac depan mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas pelajar UMS mengadu berdepan kesukaran akibat krisis bekalan air yang kritikal di kampus universiti itu tahun lalu.

Anwar pada Mei tahun lalu mengumumkan peruntukan RM3 juta untuk membantu menangani masalah itu dan ia digunakan untuk membina sistem telaga tiub sebagai langkah jangka pendek menampung keperluan air di kampus UMS.

Sementara itu, Mustapha mengulangi kenyataannya sebelum ini berhubung status projek itu yang hanya bersifat penyelesaian jangka pendek bagi mengurangkan beban pelajar akibat bekalan air tidak mencukupi daripada Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).

“Kita mahu tekankan kepada pihak JANS supaya dapat menyalurkan sekurang-kurangnya tiga juta liter sehari (MLD) ke tangki UMS.

“Ini penting sebab usaha yang kita buat ini (telaga tiub) hanya untuk sementara saja. Ia tidak dapat menampung sepenuhnya keperluan air pelajar dan kegiatan biasa di universiti,” katanya.

Berdasarkan laporan sebelum ini, pihak JANS berdepan masalah kekurangan bekalan air dari Loji Rawatan Air (LRA) Telibong di Tuaran berikutan kadar permintaan yang melebihi kapasiti menyebabkan banyak kawasan, termasuk UMS terjejas.

Sementara itu, Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar meminta pihak JANS meningkatkan pemantauan dan operasi pemotongan penyambungan paip haram di sekitar Sepanggar yang dikenal pasti turut menyumbang kepada masalah tekanan rendah.

Sebelum ini, pihak JANS dilaporkan sudah melaksanakan operasi pemotongan penyambungan paip haram yang dilakukan penghuni setinggan di beberapa lokasi di Sepanggar, namun ia dikhuatiri berulang jika tiada pemantauan berkala dan langkah membekal air secara sah di kawasan terbabit. – SABAH MEDIA / FOTO UMS

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/02/tiga-telaga-tiub-di-ums-siap-digerudi/feed/ 0 48846
Proses penggerudian telaga tiub UMS sudah dimulakan https://sabahmedia.com/2024/01/20/proses-penggerudian-telaga-tiub-ums-sudah-dimulakan/ https://sabahmedia.com/2024/01/20/proses-penggerudian-telaga-tiub-ums-sudah-dimulakan/#respond Sat, 20 Jan 2024 07:21:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48242
Read Time:1 Minute, 51 Second

Kota Kinabalu : Proses penggerudian empat telaga tiub bagi mengurangkan masalah air di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sudah mula dilaksanakan oleh dua kontraktor yang dilantik.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata, empat telaga tiub itu adalah sebahagian daripada enam telaga tiub yang lokasinya sudah dikenal pasti.

“Sekarang proses penggerudian untuk empat telaga tiub yang sudah dikenal pasti lokasinya sebelum ini sedang proses penggerudian dan pihak Unit Penyelarasan Pelaksaan (ICU) pun sudah membuat lawatan ke lokasi tersebut dan ini akan dilaporkan setiap minggu.

“Minggu depan hari isnin kitacakan mengadakan mesyuarat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan ini akan dilaporkan. Menteri juga akan beri laporan kepada mesyuarat Kabinet pada hari berikutnya. Jadi kita akan memantau perkara ini dari masa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan acara ‘mencelik mata singa’ sempena sambutan tahun baharu cina di Inanam di sini hari ini.

Pembinaan sistem telaga tiub itu dibiayai menggunakan dana RM3 juta yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mei tahun lalu bagi membantu UMS menangani krisis bekalan air di kampus induknya, di sini.

Minggu lalu, Mustapha diberi taklimat mengenai kerja mengenal pasti lokasi telaga tiub oleh pakar geologi dan wakil kontraktor yang melaksanakan projek berkenaan selepas masalah air dihadapi pelajar UMS mendapat perhatian Perdana Menteri.

Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, kontraktor yang dilantik perlu menyiapkan keseluruhan projek itu sehingga air dapat disalurkan mengikut tarikh yang ditetapkan mengikut kontrak penghujung Mac ini.

“Tapi saya mahu tekankan sekali lagi bahawa ini adalah projek jangka masa pendek untuk membantu Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang sekarang ini sedang berusaha untuk memulihkan dan menstabilkan bekalan air di kawasan Kota Kinabalu terutamanya.

“Jadi apa yang kita buat ini hanya langkah sementara sahaja. Kita mahu supaya kita bergantung terus dengan sumber air yang bersih, terawat daripada JANS.

“Justeru kita minta JANS, Kementerian Kerja Raya dan juga Kerajaan Negeri dapat , memantau perkara ini supaya dapat membantu pelajar-pelajar kita agar dapat air terawat secara berterusan daripada JANS,” katanya.

Isu air di UMS ada kaitan dengan kekurangan bekalan air yang disalurkan dari loji rawatan air (LRA) di Tuaran ke kawasan utara bandar raya Kota Kinabalu menyebabkan bekalan kepada pengguna, termasuk di UMS berdepan gangguan sejak kira-kira setahun lalu. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/20/proses-penggerudian-telaga-tiub-ums-sudah-dimulakan/feed/ 0 48242