Air ums – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 17 Jul 2025 02:52:36 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Air ums – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 UMS sedia kerjasama bincang solusi air Kg. Kaniogan https://sabahmedia.com/2025/07/17/ums-sedia-kerjasama-bincang-solusi-air-kg-kaniogan/ https://sabahmedia.com/2025/07/17/ums-sedia-kerjasama-bincang-solusi-air-kg-kaniogan/#respond Thu, 17 Jul 2025 02:30:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77461
Read Time:1 Minute, 21 Second

Beluran: Pasukan dari Makmal Hidup Rural Water Supply (RuWaS) Fakulti Sains dan Teknologi (FST) Universiti Malaysia Sabah (UMS) bersedia bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi membantu penduduk di Pulau Kaniogan, Beluran, untuk mendapatkan bekalan air bersih.

Salah seorang penyelidik RuWaS FST, Profesor Kehormat Dr. Kawi Bidin berkata, pihaknya mengalu-alukan penglibatan ramai pihak dari segi penyaluran dana mahupun bantuan lain untuk membangunkan sistem yang boleh menyelesaikan masalah air di kampung tersebut.

Katanya pasukan penyelidik UMS telah membuat cerapan potensi air bawah tanah, kualiti air, serta potensi sistem rawatan dari sumber air sedia ada di pulau berkenaan

“Beberapa sampel air turut dikumpul untuk dibawa ke makmal bagi ujian seterusnya. Isu ini bukan sahaja melibatkan keperluan asas penduduk, malah memerlukan usaha kolektif dan komitmen jangka panjang demi kesejahteraan komuniti.

“Kami percaya bahawa dengan sokongan yang padu, kita mampu merealisasikan satu penyelesaian yang berimpak dan lestari,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas meninjau keadaan di Kampung Kaniogan, baru-baru ini.

“Kami mempunyai pengalaman dan teknologi yang sesuai untuk diaplikasikan di kawasan luar bandar. Apa yang diperlukan hanyalah kerjasama serta sokongan kewangan untuk melaksanakannya secara berkesan,” katanya.

Pulau Kaniogan dihuni oleh kira-kira 1,200 penduduk dan mempunyai masalah bekalan air bersih untuk diminum mahupun sebagai kegunaan harian.

Menurut Ketua Kampung Kaniogan, Azmi Madlis, penduduk terpaksa mendapatkan bekalan air dari pekan Beluran dan menyebabkan kos sara hidup mereka turut meningkat.

“Lebih membimbangkan kami, untuk mendapatkan bekalan air itu hanya boleh diakses oleh penduduk dengan menggunakan pengangkutan air sahaja,” ujarnya.

Terdahulu Makmal Hidup RuWaS FST UMS telah pun membangunkan beberapa sistem mikroloji bekalan air untuk kegunaan penduduk luar bandar di Pitas, Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/17/ums-sedia-kerjasama-bincang-solusi-air-kg-kaniogan/feed/ 0 77461
Abdul Rahman nafi sistem pam UMS bermasalah https://sabahmedia.com/2025/05/30/abdul-rahman-nafi-sistem-pam-ums-bermasalah/ https://sabahmedia.com/2025/05/30/abdul-rahman-nafi-sistem-pam-ums-bermasalah/#respond Fri, 30 May 2025 13:50:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74862
Read Time:3 Minute, 1 Second

Kota Kinabalu : Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menafikan kenyataan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) berhubung masalah air yang didakwa berpunca daripada kelemahan sistem pam universiti berkenaan.

Dalam kenyataan itu, JANS memaklumkan sistem pam air UMS tidak berupaya mengepam air bagi memenuhi keperluan di kampus induk itu.

Abdul Rahman berkata, pada masa ini UMS mempunyai tiga pam untuk tujuan mengepam air dari tangki R13 ke UMS dan  masih berfungsi dengan baik walaupun telah berusia. 

Katanya, sehingga hari ini aras air dalam tangki R13 mencukupi untuk dipam dan proses pengepaman bekalan air ke UMS tidak bermasalah. 

“Jadi masalah air di UMS ini bukan kerana sistem pam UMS yang tidak efektif, tetapi kerana aras air dalam tangki R13 tidak mencukupi untuk dipam.

“Berdasarkan pemantauan berkala oleh pasukan teknikal UMS, didapati paras air di Tangki R13 tidak sentiasa berada pada tahap optimum. 

“Malah, terdapat hari-hari tertentu di mana paras air berada di bawah tahap minimum, sekali gus menyukarkan operasi pengepaman ke sistem bekalan dalaman kampus,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Selain itu, Abdul Rahman berkata, bukti bergambar serta data paras air telah direkodkan oleh UMS sebagai dokumentasi rasmi dan boleh dikemukan kepada JANS untuk rujukan lanjut.

Menurutnya, surat-menyurat kepada pihak JANS berkaitan kekurangan bekalan air di Tangki R13, notis pemakluman gangguan bekalan air, serta gambar operasi lori tangki turut dilampirkan sebagai bahan sokongan.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata, tangki R13 itu bukan eksklusif kepada UMS sahaja kerana tangki itu juga adalah sumber air kepada kawasan utara Kota Kinabalu termasuk di Sepanggar, KKIP, taman-taman perumahan dan Hospital Likas. 

Katanya, kawasan utara Kota Kinabalu juga merupakan kawasan yang pesat membangun dengan taman-taman perumahan dan kawasan industri baru.

“Ini bermakna bukan semua 34 juta liter sehari itu untuk UMS. Fakta menunjukkan bahawa UMS tidak dapat mengepam air dari tangki R13 ke UMS kerana bekalan air dalam tangki tersebut tidak mencukupi terutamanya waktu puncak. 

“Keadaan ini menjejaskan keupayaan UMS untuk menyalurkan air secara berkesan ke seluruh kawasan kampus, khususnya kolej kediaman pelajar,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa bekalan air ke tangki R13 oleh JANS akan bertambah baik dalam masa dua bulan apabila kerja-kerja penyambungan paip dari loji rawatan air baru iaitu LRA Telibong 2 Fasa 2 ke kawasan utara Kota Kinabalu (termasuk UMS) yang telah bermula sejak tahun lalu, akan siap sepenuhnya.

“Saya yakin jika bekalan air dari loji rawatan air Telibong 2 fasa 2 (sekitar 80 juta liter sehari) sudah mula disalurkan, isu gangguan bekalan air di UMS yang menyebabkan keresahan dan  tekanan emosi kepada pelajar-pelajar UMS selama ini akan selesai,” katanya.

Abdul Rahman berkata, sebagai langkah proaktif, UMS telah melaksanakan pelbagai langkah mitigasi dan persediaan jangka sederhana bagi mengurangkan impak gangguan air di UMS sementara menunggu kesemua projek-projek air yang sedang dibangunkan oleh kerajaan negeri dapat direalisasikan.

Katanya, ia termasuklah pembinaan tangki imbangan baharu berkapasiti 3.5 juta liter sehari (MLD) lengkap dengan sistem pam baharu.

Selain itu, langkah lain adalah penggunaan sumber alternatif seperti telaga tiub (tubewell) dan agihan air minuman berbotol dan penyediaan bantuan lori tangki air dengan kerjasama JANS.

“UMS amat menghargai komitmen JANS dalam mencari penyelesaian bersama secara profesional. 

“UMS berpendirian bahawa penyelarasan teknikal yang lebih menyeluruh serta kerjasama strategik yang lebih erat perlu digembleng demi kepentingan bersama tetapi ianya perlu berasaskan fakta di lapangan,” katanya.

Menurutnya lagi, UMS kekal komited menjadikan kebajikan pelajar sebagai keutamaan utama. 

“Justeru, sebarang cabaran teknikal atau logistik berkaitan akses kepada bekalan air bersih perlu ditangani secara menyeluruh, telus, dan segera oleh semua pihak yang terlibat,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/30/abdul-rahman-nafi-sistem-pam-ums-bermasalah/feed/ 0 74862
Bekalan air di UMS pulih sepenuhnya, sedia tampung keperluan pelajar https://sabahmedia.com/2024/07/28/bekalan-air-di-ums-pulih-sepenuhnya-sedia-tampung-keperluan-pelajar/ https://sabahmedia.com/2024/07/28/bekalan-air-di-ums-pulih-sepenuhnya-sedia-tampung-keperluan-pelajar/#respond Sun, 28 Jul 2024 02:18:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58186
Read Time:1 Minute, 26 Second

Kota Kinabalu : Bekalan air di kampus induk Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah pulih sepenuhnya dan bersedia untuk menampung keperluan pelajar sedia ada dan pelajar baharu sesi kemasukan 2024/2025 yang dijangka akan mula mendaftar awal Oktober ini.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, ini adalah berdasarkan rekod bacaan air harian yang dilakukan oleh pihak Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP) UMS yang mendapati bekalan air terawat daripada Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) stabil dan mencukupi ketika ini.

“Trend bekalan air JANS yang diperoleh UMS dari bulan Januari 2024 semakin meningkat berbanding sebelumnya, dan terkini pada tahap stabil, konsisten dan mencukupi iaitu pada purata 5 juta liter sehari (MLD).

“Di samping itu juga, projek pembinaan telaga tiub menerusi dana peruntukan yang disalurkan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Pendidikan Tinggi juga telah siap sepenuhnya dan berfungsi dengan baik,” katanya dalam kenyataan di sini.

Dr Kasim berkata, bekalan air telaga tiub itu merupakan bekalan air alternatif bagi mengurangkan impak kepada para pelajar sekiranya terdapat gangguan bekalan air JANS akibat kerja-kerja penyelenggaraan terancang, berjadual atau berlaku insiden yang tidak dapat dielakkan.

Katanya, berdasarkan perkembangan bekalan air daripada JANS yang stabil dan konsisten, serta bekalan air alternatif telaga tiub yang telah siap dan berjalan dengan lancar, maka UMS pada ketika ini tidak mempunyai sebarang isu bekalan air.

Untuk rekod, populasi terkini di dalam kampus induk UMS yang mempunyai keluasan sekitar 999 ekar dengan kawasan yang telah dibangunkan sekitar 70 peratus adalah mencecah 20,000 orang sehari.

Berdasarkan populasi tersebut, keperluan air dalam kampus induk UMS adalah sekitar tiga juta liter sehari (MLD) ke 5MLD sehari.

Justeru, Kasim merakamkan ucapan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Persekutuan yang responsif dengan sebarang keperluan universiti. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/28/bekalan-air-di-ums-pulih-sepenuhnya-sedia-tampung-keperluan-pelajar/feed/ 0 58186
18,000 liter air minuman dihantar ke kolej kediaman UMS https://sabahmedia.com/2023/12/30/18000-liter-air-minuman-dihantar-ke-kolej-kediaman-ums/ https://sabahmedia.com/2023/12/30/18000-liter-air-minuman-dihantar-ke-kolej-kediaman-ums/#respond Sat, 30 Dec 2023 04:08:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47303
Read Time:2 Minute, 11 Second

Kota Kinabalu : Pejabat Parlimen Sepanggar mengambil inisiatif membantu pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang menghadapi gangguan bekalan air sejak beberapa minggu lalu dengan menghantar sebanyak 18,000 liter atau 1,000 karton air minuman.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata, bekalan yang mula dihantar sejak semalam itu akan diagihkan ke kolej-kolej kediaman di universiti berkenaan dan akan ditambah pada hari ini.

Katanya, inisiatif itu adalah selepas pihaknya dimaklumkan mengenai masalah berkenaan minggu lalu dalam memastikan pelajar yang berada di kampus UMS Kota Kinabalu tidak terputus bekalan air.

“Untuk mengurangkan keresahan pelajar, kita menghantar 18,000 liter air mineral ke kolej kediaman yang memerlukan dan kalau ada keperluan, kita akan hantar lagi selepas ini.

“Bagi air kegunaan biasa, kita bergantung kepada Jabatan Air, sebab UMS ada tangki, jadi kita tidak mahu bertembung, mana yang Jabatan Air boleh buat atau UMS boleh buat itu mereka buat.

“Di pihak kita, penghantaran air minuman ini sebab ada pelajar yang sedang menduduki peperiksaan. Jadi kita hantar air minuman untuk kegunaan mereka buat sementara waktu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis kesyukuran sempena setahun sebagai Ahli Parlimen Sepanggar, di sini, malam tadi.

Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu gangguan bekalan air yang dihadapi warga UMS kebelakangan ini, terutama di kolej kediaman pelajar hingga menjejaskan rutin harian mereka.

Beliau mengakui turut menerima surat daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMS berhubung isu itu pada minggu lalu meminta penyelesaian masalah berkenaan.

Katanya, pihaknya telah mengarahkan Pejabat Parlimen Sepanggar untuk mengatur perbincangan di antara MPP, Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan pengurusan universiti bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu itu dan langkah penyelesaiannya.

“Saya difahamkan mesyuarat sudah diadakan tadi (semalam) dan saya berharap perbincangan itu akan dapat meredakan keadaan, selain pihak MPP UMS juga dapat memahami apa sebenarnya masalah yang dihadapi JANS terutamanya,” katanya.

Dalam pada itu, Mustapha berkata usaha untuk mengatasi masalah air di UMS dan seluruh kawasan Parlimen Sepanggar akan terus menjadi tumpuannya selaku Ahli Parlimen kawasan itu pada tahun depan.

Katanya, kawasan Parlimen Sepanggar, termasuk UMS paling terjejas akibat kekurangan bekalan air yang sedang dihadapi di kawasan utara bandar raya Kota Kinabalu berikutan kedudukannya di hujung sistem paip air yang bermula dari Loji Rawatan Air (LRA) Telibong, di Tuaran.

“Saya fikir untuk tahun ini kita sudah ada peningkatan agak baik cuma beberapa lagi lokasi terutama di hujung (sistem paip) seperti UMS ada masalah tekanan rendah, jadi kita cuba tingkatkan perkara itu.

“Kita dimaklumkan selepas LRA Telibong Dua disiapkan, perkara ini akan dapat diselesaikan sebab 30 peratus air dari loji itu akan disalurkan ke paip asal di kawasan Sepanggar,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/30/18000-liter-air-minuman-dihantar-ke-kolej-kediaman-ums/feed/ 0 47303