Air – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 15 Dec 2025 07:45:52 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Air – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Segera tangani isu air di Sungai Manila – Hazem https://sabahmedia.com/2025/12/15/segera-tangani-isu-air-di-sungai-manila-hazem/ https://sabahmedia.com/2025/12/15/segera-tangani-isu-air-di-sungai-manila-hazem/#respond Mon, 15 Dec 2025 07:45:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88308
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila, Hazem Mubarak Musa mahu gangguan bekalan air bersih yang masih menjejaskan kehidupan harian penduduk di kawasan itu ditangani segera.

Dalam perbahasan Belanjawan Negeri Sabah 2026 di Dewan Undangan Negeri (DUN), beliau memuji peruntukan besar sebanyak RM848 juta yang diberikan kepada Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan.

Bagaimanapun, beliau menekankan bahawa realiti di Sungai Manila masih mencabar.

“Masih ada kampung yang airnya menitis perlahan, dan ada kalanya kering berhari-hari. Ini adalah keperluan asas manusia. 

“Kita tidak boleh bercakap mengenai digitalisasi atau ekonomi biru sekiranya rakyat bangun pagi dan tiada air untuk mandi atau memasak,” katanya.

Hazem menuntut agar sebahagian daripada peruntukan pembangunan JANS disalurkan secara spesifik dan segera untuk menyelesaikan masalah tekanan air rendah dan paip usang di kawasan Sungai Manila.

Beliau menekankan kepentingan penukaran paip lama yang sering pecah, yang menyumbang kepada kadar air tidak berhasil (NRW) yang tinggi.

Katanya, rakyat Sungai Manila memerlukan jaminan berkesan, bukan alasan teknikal, agar bekalan air bersih dapat dinikmati tanpa gangguan.

“Segala perancangan di atas kertas hanya bermakna jika ia diterjemahkan kepada tindakan segera di lapangan.

“Rakyat menuntut penyelesaian yang konkrit, bukan janji kosong,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/15/segera-tangani-isu-air-di-sungai-manila-hazem/feed/ 0 88308
Shafie Perlu Bertanggungjawab Atas Isu Air Sabah Dan Kerugian RM315 Juta – NGO G57 https://sabahmedia.com/2025/10/13/shafie-perlu-bertanggungjawab-atas-isu-air-sabah-dan-kerugian-rm315-juta-ngo-g57/ https://sabahmedia.com/2025/10/13/shafie-perlu-bertanggungjawab-atas-isu-air-sabah-dan-kerugian-rm315-juta-ngo-g57/#respond Mon, 13 Oct 2025 04:13:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83149
Read Time:2 Minute, 46 Second

PUTRAJAYA — Gerakan Rakyat Malaysia (G57) mendesak agar bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal, bertanggungjawab secara moral dan politik atas kerugian sebanyak RM315 juta yang terpaksa ditanggung kerajaan negeri akibat keputusan pentadbirannya menamatkan kontrak enam syarikat konsesi air pada tahun 2018.

Pengerusi G57 Datuk Zulkarnain Mahdar  mendakwa keputusan itu telah mengakibatkan gangguan bekalan air berpanjangan di seluruh Sabah dan memaksa kerajaan negeri di bawah pimpinan sekarang menanggung beban kewangan yang besar.

“Keputusan menamatkan kontrak 58 loji rawatan air di seluruh Sabah dibuat tanpa pelan gantian yang jelas, tanpa kajian impak, dan tanpa mempertimbangkan kesannya terhadap rakyat,” katanya pada sidang media di hadapan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.

Katanya, akibat tindakan itu, kerajaan negeri terpaksa membayar pampasan berjumlah RM315.2 juta kepada enam syarikat berkenaan, jumlah yang disifatkan sebagai “wang rakyat Sabah yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan negeri.”

“RM315 juta ini bukan angka kecil. Wang ini sepatutnya boleh digunakan untuk membina sekolah, membaiki jalan, menyediakan bekalan air bersih, atau membantu lebih 10,000 pelajar Sabah melangsaikan pinjaman PTPTN.

Malah jika diagihkan sama rata, hampir tiga juta rakyat Sabah boleh menerima RM100 setiap seorang,” katanya.

Beliau turut mendakwa bahawa selepas penamatan kontrak itu, kerajaan negeri di bawah Parti Warisan Sabah melantik pula kontraktor baharu yang majoritinya tidak mempunyai pengalaman teknikal, malah dikaitkan dengan kepimpinan parti tersebut.

” Majoriti daripada syarikat baharu ini tidak mempunyai pengalaman teknikal, malah ada yang dikaitkan dengan pimpinan Parti Warisan sendiri. Kalau benarlah dakwaan ini, ini bukan sahaja satu kecuaian tetapi satu pengkhianatan terhadap amanah rakyat Sabah”

“Jika dakwaan ini benar, ia bukan sahaja satu kecuaian tetapi satu pengkhianatan terhadap amanah rakyat,” katanya lagi.

Desak SPRM Buka Siasatan Semula

Pengerusi G57 turut memaklumkan bahawa pihaknya telah menyerahkan surat rasmi kepada SPRM bagi mendesak agar siasatan dibuka semula terhadap Shafie, termasuk kemungkinan penyelewengan dana yang pernah dikaitkan dengan beliau dan ahli keluarganya sebelum ini.

“Kami percaya SPRM sebagai institusi bebas akan menjalankan siasatan dengan telus dan memastikan tiada siapa terlepas daripada tanggungjawab jika wujud unsur penyelewengan,” katanya.

Beliau menambah bahawa pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sivil sekiranya tiada penjelasan memuaskan diterima daripada pihak berkenaan.

Menurutnya, kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Panglima Hajiji Noor kini terpaksa menanggung kesan kewangan dan logistik akibat keputusan yang dibuat pada tahun 2018 itu.

“Walaupun kerajaan GRSPH bertungkus lumus cuba menyelesaikan masalah ketiadaan air di Sabah dengan mengaktifkan loji air dan pembinaan loji baharu, namun masih banyak kawasan yang terjejas akibat ketiadaan air.

“Masalah air di Sabah yang masih berlarutan hingga kini berpunca daripada keputusan menamatkan enam kontrak konsesi tanpa perancangan rapi. Apabila kontrak baharu dilantik tanpa kepakaran mencukupi, rakyatlah yang akhirnya menanggung akibatnya,” ujarnya.

Beliau menegaskan bahawa Shafie perlu tampil dan bertanggungjawab terhadap kerugian serta penderitaan yang dialami rakyat Sabah akibat keputusan tersebut.

“Persoalannya kini, siapa yang akan membayar RM315 juta itu? Rakyat tidak seharusnya menanggung akibat daripada kesilapan pentadbiran lalu,” katanya.

Tambahnya Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, beliau menyeru rakyat Sabah agar menilai semula kepimpinan yang pernah menyebabkan negeri menanggung kerugian besar.

“Kata-kata saya mungkin tegas, tetapi ia demi kebaikan rakyat dan masa depan Sabah. Kita mahu pemimpin yang jujur, berani mengaku silap dan tahu memikul tanggungjawab,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa perjuangan G57 bukan bermotifkan politik, sebaliknya berasaskan tanggungjawab moral untuk menuntut keadilan serta memastikan wang rakyat dikembalikan kepada mereka yang berhak.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/13/shafie-perlu-bertanggungjawab-atas-isu-air-sabah-dan-kerugian-rm315-juta-ngo-g57/feed/ 0 83149
Projek Bekalan Air Luar Bandar Sabah Perlu Diperkukuh https://sabahmedia.com/2025/08/19/projek-bekalan-air-luar-bandar-sabah-perlu-diperkukuh/ https://sabahmedia.com/2025/08/19/projek-bekalan-air-luar-bandar-sabah-perlu-diperkukuh/#respond Tue, 19 Aug 2025 02:40:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79609
Read Time:3 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU — Isu bekalan air yang berlarutan di Sabah berpunca bukan sahaja daripada masalah rasuah, malah turut melibatkan kelewatan dan ketidakcekapan pelaksanaan projek, sekali gus menimbulkan keresahan rakyat.

Tiga minggu lalu, gangguan bekalan air berlaku di Putatan dan Kota Kinabalu hingga menjejaskan operasi hotel lima bintang dan pusat membeli-belah.

Menteri Kerja Raya Sabah, yang juga Timbalan Ketua Menteri, dilaporkan terkilan dengan insiden tersebut kerana ia berlaku meskipun Loji Rawatan Air Kasigui yang baharu telah mula beroperasi. Loji berkapasiti lima juta liter sehari itu hanya mampu menghasilkan antara tiga hingga empat juta liter air terawat pada masa ini.

Menurut laman sesawang Jabatan Air Sabah, sehingga Disember 2024, terdapat 91 loji rawatan air beroperasi di seluruh negeri dengan purata pengeluaran 1,947 juta liter sehari serta rangkaian paip sepanjang 15,883 kilometer. Liputan bekalan air kini meliputi 100 peratus penduduk bandar dan 70 peratus penduduk luar bandar dengan 453,183 akaun pengguna berdaftar.

Persoalan Keupayaan Jabatan Air

Insiden gangguan air yang berulang menimbulkan persoalan mengenai keupayaan Jabatan Air Sabah menguruskan operasi pembekalan air secara berkesan. Kekecewaan rakyat semakin memuncak dengan pendedahan kes rasuah, kelemahan pelaksanaan projek serta isu infrastruktur air.

Pada Julai 2024, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 mendedahkan kepincangan projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di Sabah yang diuruskan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Di bawah RMK-10 (2011–2015) dan RMK-11 (2016–2020), sebanyak 477 projek BALB dirancang di Sabah dengan peruntukan RM1.735 bilion. Walaupun sebahagian besar projek siap, hampir tujuh peratus masih di peringkat pelaksanaan dan perancangan, manakala tiga peratus dibatalkan.

Sehingga Oktober 2023, sebanyak 24 projek BALB di Sabah dengan kos RM758.84 juta masih tertangguh antara lima hingga tujuh tahun. Keadaan itu menyebabkan lebih 22,000 rumah melibatkan kira-kira 100,000 penduduk atau tiga peratus daripada jumlah penduduk Sabah masih tidak mendapat bekalan air bersih.

Skop Projek BALB

Secara amnya, projek BALB terbahagi kepada tiga skop utama iaitu:

  • BALB Retikulasi — sambungan paip retikulasi daripada paip utama ke kampung dan rumah termasuk pembinaan tangki simpanan serta stesen pam.
  • BALB Naik Taraf/Bina Baharu Loji — pembinaan atau penaiktarafan loji rawatan air.
  • BALB Alternatif — pembinaan telaga tiub, telaga terbuka, sistem air graviti dan lain-lain.

Daripada jumlah keseluruhan 477 projek, sebanyak 361 (75.7 peratus) ialah projek retikulasi, 16 (3.3 peratus) projek naik taraf atau bina baharu loji, manakala 100 (21 peratus) projek alternatif.

Isu Sambungan Meter Air

Selain kelewatan pelaksanaan, LKAN turut menegur isu sambungan meter air yang perlu ditanggung pemilik rumah dengan kos RM750 hingga RM1,000, termasuk deposit RM230. Ramai penduduk luar bandar tidak mampu menanggung kos tersebut, sekali gus menyebabkan projek siap tetapi tidak dimanfaatkan rakyat.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), median upah bulanan pekerja di Sabah pada Disember 2024 hanyalah RM2,000. Ini bermakna kos sambungan meter mencecah hampir 50 peratus daripada gaji bulanan.

Sejak RMK-8, projek BALB dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Persekutuan melalui KKDW sebagai agensi pelaksana. Sebelum itu, pembiayaan dilaksanakan dengan gabungan 80 peratus pinjaman dan 20 peratus geran kerajaan bersama Pihak Berkuasa Air Negeri.

Sepanjang RMK-10 dan RMK-11, KKDW diterajui beberapa menteri termasuk Mohd Shafie Apdal, Ismail Sabri Yaakob, Rina Mohd Harun, Abdul Latiff Ahmad, dan kini Ahmad Zahid Hamidi sejak Disember 2022.

MenteriTempoh Perkhidmatan
Mohd Shafie Apdal10 April 2009 – 29 Julai 2015
Ismail Sabri Yaakob29 Julai 2015 – 12 Mei 2018
Rina Mohd Harun21 Mei 2018 – 24 Februari 2020
Abdul Latiff Ahmad10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021

Keperluan Transformasi Industri Air Sabah

Justeru, isu rasuah, kelemahan tadbir urus dan kelewatan projek menuntut transformasi menyeluruh dalam sektor air di Sabah. Cadangan turut dikemukakan agar model pembiayaan projek BALB ditukar kepada 100 peratus geran kerajaan selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/19/projek-bekalan-air-luar-bandar-sabah-perlu-diperkukuh/feed/ 0 79609
Pendapat : Isu Air Sabah Berpunca Kerakusan Pemimpin https://sabahmedia.com/2025/08/18/pendapat-isu-air-sabah-berpunca-kerakusan-pemimpin/ https://sabahmedia.com/2025/08/18/pendapat-isu-air-sabah-berpunca-kerakusan-pemimpin/#respond Mon, 18 Aug 2025 01:10:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79503
Read Time:2 Minute, 53 Second

Oleh Wan Azrain Adnan

Kota Kinabalu — Salah satu punca utama isu air yang masih berlarutan di Sabah berpunca daripada kerakusan, kecuaian serta ketidakcekapan kepimpinan dan pengurusan, baik di peringkat Persekutuan mahupun Negeri.

Situasi ini menuntut reformasi menyeluruh yang melibatkan model pelaksanaan, kawal selia serta tatakelola yang lebih kukuh dan telus. Perubahan secara sedikit demi sedikit tidak akan melonjakkan mutu perkhidmatan air di Sabah dengan segera dan mampan.

Akibat kelemahan sedia ada, rakyat di bandar dan luar bandar terus berdepan bekalan air yang tidak stabil dan kualiti air yang rendah. Masalah itu bukan sahaja menjejaskan kehidupan harian rakyat dan aktiviti perniagaan, malah turut merencatkan pembangunan ekonomi negeri.

Sebagai contoh, meskipun negara menerima pelaburan bernilai berbilion ringgit dalam sektor pusat data (data centre), Sabah masih belum memiliki satu pun pusat data kerana isu air dan elektrik yang tidak selesai. Perkara itu turut dibangkitkan oleh Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah pada persidangan Dewan Undangan Negeri pada Julai lalu.

Pada Oktober 2016, negara pernah dikejutkan dengan penahanan pegawai kanan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) serta rampasan wang tunai berjumlah RM114 juta bersama pelbagai barangan mewah. Kes itu melibatkan dana projek persekutuan bernilai lebih RM3.3 bilion sejak 2010 untuk pembinaan infrastruktur pengagihan bekalan air di Sabah.

Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), rampasan itu merupakan yang terbesar dalam sejarah rasuah negara dan dipercayai lebih banyak wang disimpan di bank luar negara. Kes tersebut berlaku sebelum skandal 1MDB terbongkar.

Pada Disember 2016, bekas Pengarah dan Timbalan Pengarah JANS didakwa di mahkamah. Pada Februari 2022, bekas Timbalan Pengarah dilepas tanpa dibebaskan, manakala kes bekas Pengarah masih berlanjutan sehingga kini.

Lebih mengejutkan rakyat, sejumlah besar wang tunai ditemui secara terbuka – termasuk lebih RM23 juta di pejabat Pengarah berkenaan serta lebih RM21 juta di kediamannya. Malah, RM9 juta dan RM4 juta ditemui di dalam bonet dua buah kereta.

Pada Disember 2024, hakim ketika memutuskan Pengarah itu perlu membela diri menyatakan bahawa aktiviti rasuah melalui Skim Kutipan Berpusat yang beroperasi sejak 2005 hingga 2016 tidak mungkin berlaku tanpa pengetahuan dan penglibatan beliau.

Menurut keterangan saksi, skim itu melibatkan kutipan komisen 10.75 peratus daripada kontraktor dan diagihkan kepada pegawai JANS, termasuk Pengarah (2.4%), Timbalan Pengarah (1.5%), Juruukur Bahan (1.5%), Ketua Jurutera Air Operasi dan Penyelenggaraan (1.5%) serta Ketua Kewangan (0.7%).

Kerakusan itu menyebabkan kos projek meningkat mendadak dan menelan dana kerajaan yang sepatutnya boleh digunakan untuk lebih banyak projek air di Sabah. Akibatnya, rakyat terus sengsara sehingga kini.

Menurut pandangan umum, mustahil skim itu dapat beroperasi begitu lama tanpa pengetahuan pihak berkuasa di peringkat negeri dan persekutuan. Tambahan pula, ketika memberi keterangan di mahkamah pada Jun 2025, bekas Pengarah terbabit mendakwa hanya RM3 juta daripada wang tunai yang dirampas adalah miliknya, manakala selebihnya milik pihak lain. Dakwaan itu menimbulkan persoalan baharu mengenai pemilik sebenar wang berkenaan.

Walaupun keterangan tersebut menguatkan spekulasi bahawa lebih ramai individu berprofil tinggi terlibat, ia kekal sebagai persepsi kerana tiada pihak lain didakwa setakat ini.

Apa yang jelas, skandal rasuah JANS tidak boleh berulang dan mesti menjadi pengajaran dalam sejarah. Skandal itu telah merompak kesejahteraan rakyat serta menjejaskan pertumbuhan ekonomi Sabah hingga hari ini.

Sehubungan itu, industri air negeri perlu dirombak sepenuhnya dengan penubuhan badan kawal selia bebas, manakala JANS bertindak sebagai pelaksana. Langkah ini diyakini mampu memastikan pengurusan lebih telus, cekap dan berkesan.

Namun, sebarang peraturan dan teknologi baharu tidak akan berjaya tanpa modal insan yang bersih, cekap dan amanah.

“The weakest link is always the human,” demikian rumusan yang harus diinsafi. 

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/18/pendapat-isu-air-sabah-berpunca-kerakusan-pemimpin/feed/ 0 79503
Yong Gesa Kerajaan Sabah Gantikan Jabatan Air Dengan Badan Berkanun Baharu Yang Profesional https://sabahmedia.com/2025/07/19/yong-gesa-kerajaan-sabah-gantikan-jabatan-air-dengan-badan-berkanun-baharu-yang-profesional/ https://sabahmedia.com/2025/07/19/yong-gesa-kerajaan-sabah-gantikan-jabatan-air-dengan-badan-berkanun-baharu-yang-profesional/#respond Sat, 19 Jul 2025 10:07:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77577
Read Time:1 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU – Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee, mencadangkan agar Jabatan Air Sabah digantikan sepenuhnya dengan sebuah badan berkanun baharu yang profesional bagi menangani masalah bekalan air yang berlarutan di negeri itu.

Menurut Yong, punca utama isu bekalan air di Sabah selama ini berpunca daripada kegagalan Jabatan Air itu sendiri, meskipun negeri ini kaya dengan sumber air daripada sungai, hujan dan laut, serta telah membelanjakan berbilion ringgit untuk sistem bekalan air sepanjang beberapa dekad lalu.

“Kita mempunyai Enakmen Bekalan Air Sabah 2003 yang memberikan kuasa luas kepada jabatan kerajaan ini. Namun sehingga kini, isu bekalan air sebagai utiliti asas harian masih gagal diselesaikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mengimbas sesi pra-persidangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah pada April 2023 yang dipengerusikan Ketua Menteri, di mana Ketua Menteri secara terbuka meluahkan kekecewaan berhubung masalah air yang berpanjangan.

“Saya menyatakan ketika itu bahawa menteri tidak seharusnya bergantung sepenuhnya kepada Jabatan Air kerana masalah sebenar datang daripada jabatan itu sendiri. Ada penyelesaian lain yang lebih berdaya maju dan kos efektif di luar sana,” katanya.

Yong, yang sebelum ini merupakan plaintif dalam kes berkaitan Jabatan Air pada 2019, berkata beliau telah membuat kajian mendalam mengenai prestasi dan kelemahan jabatan itu.

“Tidak masuk akal apabila menteri perlu mengarahkan Jabatan Air menyiasat masalah kekurangan air di Putatan dan Kota Kinabalu, sedangkan Loji Rawatan Air Kasigui baharu dengan kapasiti tambahan lima juta liter sehari sudah siap. Hasil siasatan mendapati masalahnya berpunca daripada sistem pengedaran, sesuatu yang telah diketahui sejak bertahun-tahun,” katanya.

Justeru, beliau mencadangkan agar pindaan dilakukan terhadap Enakmen Bekalan Air 2003 untuk membubarkan Jabatan Air sedia ada dan menggantikannya dengan badan berkanun baharu yang diterajui golongan profesional berkaliber, termasuk jurutera dan pentadbir berintegriti.

“Ramai jurutera dan pentadbir di Sabah mampu menjalankan tugas ini dengan lebih baik. Kita perlukan badan profesional yang bersemangat menyelesaikan isu bekalan air secara menyeluruh,” tambahnya.

Yong menegaskan kini keputusan terletak di tangan Kerajaan Sabah untuk membuat perubahan tersebut demi kesejahteraan rakyat.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/19/yong-gesa-kerajaan-sabah-gantikan-jabatan-air-dengan-badan-berkanun-baharu-yang-profesional/feed/ 0 77577
Kerajaan negeri dan UMS tangani isu bekalan air secara bersama, sistem agihan dalaman turut diperbaiki https://sabahmedia.com/2025/06/05/kerajaan-negeri-dan-ums-tangani-isu-bekalan-air-secara-bersama-sistem-agihan-dalaman-turut-diperbaiki/ https://sabahmedia.com/2025/06/05/kerajaan-negeri-dan-ums-tangani-isu-bekalan-air-secara-bersama-sistem-agihan-dalaman-turut-diperbaiki/#respond Thu, 05 Jun 2025 05:33:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75083
Read Time:2 Minute, 9 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah memberi jaminan bahawa isu bekalan air di Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan ditangani secara menyeluruh menerusi kerjasama rapat antara Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan pihak universiti.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, beberapa siri perbincangan dan lawatan tapak telah diadakan bagi merungkai isu yang telah berlarutan dan memberi kesan kepada lebih 23,000 warga kampus.

“Antara punca utama dikenal pasti termasuk kecurian air, sistem paip belum lengkap serta cabaran pengoperasian dalaman. Kerajaan memandang serius perkara ini dan telah menyelaras usaha kolaborasi antara JANS dan UMS dari aspek teknikal serta komunikasi,” katanya dalam sidang media berkaitan isu air UMS, di sini hari ini.

Kerajaan Negeri bersama Jabatan Air dan UMS semasa sidang media khas mengeni isu air UMS di bangunan Kementerian Kerja Raya Sabah di sini, hari ini. Dua dari kiri Prof. Ir. Dr. Rosalam Sarbatly (Timbalan Naib Cancelor UMS (Penyelidikan Dan Inovasi), Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor, Datuk Ir Shahelmey Yahya, Datuk Ridhwan Roger Linus (Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah) dan Chee Chun Chieh (Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah).

Menurutnya, hasil siasatan turut mendedahkan wujud kekeliruan komunikasi antara pihak universiti dan JANS khususnya berkaitan pemantauan paras air di Tangki R13, yang menyumbang kepada ketidaktentuan dalam agihan air.

“Miscommunication (ketidaksefahaman) ini sedang ditangani. Indikator lama telah diganti dan indikator digital yang baharu kini sedang menunggu pelepasan kastam untuk pemasangan dalam tempoh terdekat,” jelas beliau.

Beliau berkata, apabila pemasangan sistem tersebut selesai, ia akan membantu menyeragamkan pemantauan paras air dan pengoperasian pam dalaman kampus secara lebih efisien.

Sementara itu, Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansur berkata pihak universiti menyambut baik pendekatan bersama itu dan menekankan kepentingan kestabilan bekalan air menjelang kemasukan semula pelajar selepas cuti semester.

“Kami mengalu-alukan sokongan Kerajaan Negeri termasuk dalam bentuk peruntukan prasarana, penyelidikan serta biasiswa selama ini. Isu air ini kecil, tetapi telah dipolitikkan. Apa yang penting sekarang adalah penyelesaian tuntas demi kesejahteraan pelajar dan staf,” katanya.

Mengulas cadangan jangka panjang, Shahelmey berkata sistem paip baharu Telibong II Fasa 2 yang dijangka siap sepenuhnya akhir Jun atau awal Julai akan meningkatkan kapasiti bekalan air terawat ke kawasan Kota Kinabalu Utara termasuk UMS.

Projek-projek sokongan seperti pemasangan pam, penyambungan paip serta pembangunan loji rawatan baharu di Kasigui juga sedang giat dijalankan dan dijangka menyumbang tambahan kapasiti lima juta liter sehari (MLD) kepada sistem sedia ada.

“Kami percaya apabila semua elemen ini siap kelak, bekalan air akan menjadi lebih stabil dan mampan. Sementara itu, kerjasama berterusan antara JANS dan UMS sangat penting bagi mengelakkan sebarang gangguan pada masa depan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/05/kerajaan-negeri-dan-ums-tangani-isu-bekalan-air-secara-bersama-sistem-agihan-dalaman-turut-diperbaiki/feed/ 0 75083
DUN Sabah : JANS Laksana Kajian & Rekabentuk Cadangan Tambahbaik Mutu Air Mentah Sungai Padas https://sabahmedia.com/2021/12/07/dun-sabah-jans-laksana-kajian-rekabentuk-cadangan-tambahbaik-mutu-air-mentah-sungai-padas/ https://sabahmedia.com/2021/12/07/dun-sabah-jans-laksana-kajian-rekabentuk-cadangan-tambahbaik-mutu-air-mentah-sungai-padas/#respond Tue, 07 Dec 2021 04:42:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9434
Read Time:1 Minute, 51 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri melalui Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) akan melaksanakan kajian dan rekabentuk bagi cadangan penambahbaikan mutu air mentah Sungai Padas untuk Loji Rawatan Air (LRA) Beaufort 1 dan LRA Beaufort 2.

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Limus Jury berkata, ia adalah bagi memastikan bekalan air terawat tetap berterusan walaupun ketika musim hujan dan kemarau.

“Kajian ini melibatkan cadangan pembinaan sebuah fasiliti Pra-Pemendapan di muka sauk bagi mengawal kekeruhan air.

“Selain itu juga akan membina sebuah Kolam Takungan Air Pinggir Sungai (Off-River Storage, ORS) sebagai alternatif bagi sumber air mentah jika terdapat gangguan pada saluran utama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ruslan Muharam (PBS-Lumadan) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Dalam pada itu, Limus berkata, penggunaan bahan kimia iaitu (PAC) ‘’Poly Aluminium Chloride’’ akan digunakan khusus pada musim banjir bagi mengatasi masalah kekeruhan air ketika musim banjir di LRA 1 dan LRA 2.

Katanya, ini disebabkan ciri-ciri bahan kimia ini sangat berkesan digunakan untuk menjimatkan masa rawatan air ketika air yang sangat keruh disamping dapat mengelakkan dosing pam yang sering tersumbat ketika menggunakan bahan kimia konvensional seperti Aluminium Sulfat dan Hydrated Lime.

“Bagi mengatasi masalah pengurangan bekalan air terawat daripada LRA Beaufort 2 pada musim kemarau, satu ‘’weir’’ sementara telah dibina di Sungai Padas berdekatan dengan muka sauk.

“Ini bertujuan untuk menjadi bendung bagi meninggikan paras sungai dan mengalirkan sebahagian aliran sungai ke muka sauk di LRA Beaufort 2,” katanya.

Terdahulu, Limus berkata, bekalan air terawat bagi kawasan daerah Beaufort dan sekitarnya adalah dibekalkan melalui LRA Beaufort 1 dan LRA Beaufort 2 yang mempunyai kapasiti rekabentuk sebanyak 60 Juta Liter Sehari daripada sumber Sungai Padas.

Katanya, setelah LRA Beaufort 2 telah siap dan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2018, hampir 60 peratus kawasan di daerah Beaufort mendapat bekalan air daripada LRA Beaufort 2 dan selebihnya menerima bekalan air daripada LRA Beaufort 1.

“Gangguan bekalan air yang dihadapi di daerah Beaufort adalah apabila musim banjir dan kemarau dimana LRA Beaufort 1 dan Beaufort 2 terpaksa menghentikan proses rawatan air apabila kekeruhan air melebiihi 1,500 NTU.

“Pada musim kemarau LRA Beaufort 2 terpaksa mengurangkan pengeluaran bekalan air terawat  disebabkan paras sungai yang rendah daripada permukaan muka sauk,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/07/dun-sabah-jans-laksana-kajian-rekabentuk-cadangan-tambahbaik-mutu-air-mentah-sungai-padas/feed/ 0 9434
Penduduk Taman Residensi Milenium Mahu JANS Segera Tangani Masalah Bekalan Air https://sabahmedia.com/2021/11/20/penduduk-taman-residensi-milenium-mahu-jans-segera-tangani-masalah-bekalan-air/ https://sabahmedia.com/2021/11/20/penduduk-taman-residensi-milenium-mahu-jans-segera-tangani-masalah-bekalan-air/#respond Sat, 20 Nov 2021 06:33:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8633
Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU: Lebih 200 penduduk di Taman Residensi Milenium Inanam di sini mula ‘naik angin’ selepas hampir dua bulan tidak mendapat bekalan air bersih.

Wakil pengurusan taman berkenaan Edward Chong berkata, sehingga kini pihaknya terpaksa membeli bekalan air sendiri melalui pihak swasta dengan kos pembelian melebihi RM15,000.

“Penduduk disini rata-rata bengang dan marah dengan tindakan menteri berkaitan yang lebih mengutamakan politik berbanding menyelesaikan masalah bekalan air bersih secara tuntas.

“Kami pernah meminta Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) untuk membantu dalam soal ini, namun mereka hanya membisu tanpa memberi jawapan yang memuaskan penduduk,” katanya dalam kenyataan disini semalam.

Edward berkata, satu petisyen mengenai masalah itu telah disampaikan kepada pihak JANS.

Katanya, berikutan daripada usaha itu, JANS telah menghantar beberapa anggota teknikal untuk melawat taman berkenaan.

“JANS telah berjanji untuk menyelesaikan masalah gangguan air dengan menambah tekanan air ke kawasan taman berkenaan, tetapi sehingga kini tiada tindakan positif dilakukan.

“Bekalan air yang dibeli dari pihak swasta juga tidak mampu untuk menampung keperluan semua keluarga yang tinggal di sini,” katanya.

Seorang penduduk, Fred Lim berkata, beliau berterima kasih kepada pihak pengurusan yang prihatin dengan masalah penduduk dengan membeli bekalan air daripada pihak swasta.

Bagaimanapun, dia kecewa juruteknik yang sepatutnya dihantar oleh JANS untuk menyelesaikan masalah tidak hadir dalam perjumpaan yang diadakan di JANS baru-baru ini.

“Adakah pihak JANS kini hanya lepas tangan sahaja dengan masalah air yang dihadapi rakyat.

“Kami tidak pernah mengalami masalah air di sini, tetapi sejak dua tahun ini pelbagai masalah air yang serius telah wujud di kawasan ini dan kini tiba di perumahan ini,” katanya.

Sementara itu, penduduk perumahan Eric George dan Anthony Chong turut masing-masing berasa kecewa dengan pengurusan air yang dilakukan pihak berkuasa sekarang.

Mereka menjelaskan, tanggungjawab terhadap rakyat diabaikan sedangkan sibuk berpolitik di negeri orang.

“Jangan tabur janji di negeri orang sedangkan masalah air di negeri sendiri pun tidak dapat selesaikan,” katanya.

Pihak pengurusan dalam pada itu berharap masalah air di Taman Residensi Milenium Inanam dapat perhatian sewajarnya dari pihak kerajaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/20/penduduk-taman-residensi-milenium-mahu-jans-segera-tangani-masalah-bekalan-air/feed/ 0 8633
Sinergi Inovasi UMS-Industri Hasil Dana MOSTI Atasi Isu Air Bersih Penduduk Kiulu https://sabahmedia.com/2021/10/25/sinergi-inovasi-ums-industri-hasil-dana-mosti-atasi-isu-air-bersih-penduduk-kiulu/ https://sabahmedia.com/2021/10/25/sinergi-inovasi-ums-industri-hasil-dana-mosti-atasi-isu-air-bersih-penduduk-kiulu/#respond Mon, 25 Oct 2021 09:53:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7901
Read Time:2 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU: Projek Bekalan Air Graviti Bersih dan Terawat Mudah Alih di Kampung Rungus Nahaba, Kiulu, Tuaran hasil sinergi inovasi penyelidik Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan rakan industri dari Syarikat Pembinaan Kiawayan Sdn. Bhd. (PKSB) membantu penduduk di kampung itu menikmati bekalan air bersih yang boleh terus diminum.

Projek hasil dana dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui geran Malaysia Social Innovation (MySI) itu dilaksanakan selama tujuh bulan dengan penglibatan gotong-royong bersama penduduk kampung, dan telah mula beroperasi sejak Julai lalu.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, Prof. Madya Ts. Dr. Ramzah Dambul berkata, projek di kawasan tersebut yang melibatkan inovasi teknologi kejuruteraan dan inovasi sosial membolehkan bekalan air disalurkan ke 30 buah rumah di kampung tersebut.

“Dari aspek kejuruteraan, teknologi membran dan graviti diaplikasikan agar bekalan air dikumpulkan dan ditapis sehingga boleh diminum terus dari paip air, dan kualiti inovasi sebeginilah yang UMS giat usahakan untuk dibawa kepada masyarakat di negeri ini.

“Selain aspek teknikal, inovasi kedua yang penyelidik UMS ketengahkan adalah dengan mewujudkan satu sistem untuk penduduk tempatan melalui pengwujudan jawatankuasa pengurusan dalam kalangan penduduk kampung.

“Ini bagi memperkasakan mereka dari segi kemahiran untuk mengendalikan peralatan yang mesra pengguna agar teknologi yang dihasilkan lebih lestari dan komuniti terlibat boleh menerima teknologi tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Perasmian Program Pemindahan Ilmu Projek Bekalan Air Graviti Bersih Kg. Rungus Nahaba baru-baru ini.

Ramzah turut memaklumkan UMS sememangnya sedang giat melaksanakan aktiviti pemindahan ilmu dan teknologi kepada masyarakat seperti projek di Kampung Rungus Nahaba, dan perkara tersebut turut menjadi keutamaan dalam agenda penyelidikan di UMS dalam tempoh dua tahun ini.

“Sains, Teknologi dan Inovasi merupakan pemacu sosioekonomi dan penyelesaian terhadap pelbagai masalah komuniti di negeri Sabah, selain turut merupakan game changer dalam pelbagai aspek di bawah inisiatif Sabah Maju Jaya dan Rancangan Malaysia Ke-12.

“Justeru, projek inovasi sebegini yang UMS banyak berkolaborasi dengan pelbagai pihak demi manfaat masyarakat, dan UMS juga melaksanakan projek seumpama di daerah Pitas tetapi dengan teknologi yang berbeza,” kata Ramzah.

Dalam pada itu, Ketua Projek, Profesor Madya Ts. Dr. Gaim James Lunkapis memberitahu, terdapat tiga inovasi utama yang diperkenalkan dalam projek tersebut, iaitu inovasi pengambilan sumber bekalan air, inovasi aliran graviti, dan rumah tapisan teknologi hijau.

“Inovasi ini tidak langsung menggunakan kuasa elektrik, sebaliknya hanya bergantung kepada kuasa aliran graviti secara semula jadi.

“Teknologi ini boleh digunakan di mana-mana kawasan luar bandar yang tidak memiliki bekalan tenaga elektrik, dan tenaga solar juga boleh digunakan untuk mengambil air di bawah tanah,” katanya.

Ujar Gaim, projek itu merupakan sumbangan UMS untuk menyelesaikan masalah bekalan air bersih khususnya di luar bandar yang tidak menerima bekalan air atas faktor kekangan sumber kewangan dan lokasi kawasan agak jauh yang secara konvensional akan menelan kos tinggi bagi melaksanakan sistem perpaipan biasa.

Perasmian projek tersebut disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim.

Hadir sama Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Joniston Bangkuai dan Pengarah Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersilan UMS, Prof. Madya Dr. Jidon Janaun.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/25/sinergi-inovasi-ums-industri-hasil-dana-mosti-atasi-isu-air-bersih-penduduk-kiulu/feed/ 0 7901
Kumbang Bantu Membersihkan Air Dicemari Salvinia https://sabahmedia.com/2021/10/07/kumbang-bantu-membersihkan-air-dicemari-salvinia/ https://sabahmedia.com/2021/10/07/kumbang-bantu-membersihkan-air-dicemari-salvinia/#respond Thu, 07 Oct 2021 06:54:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7257
Read Time:1 Minute, 58 Second

KOTA KINABALU: Badan air yang banyak tercemar akibat serangan kiambang Salvinia Molesta di Sabah, dijangka dapat dibersihkan dengan menggunakan kumbang Cyrtobagous Salviniae.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor turut memuji usaha mesra alam yang diambil Kementerian Pertanian dan Industri Makanan negeri menerusi Jabatan Pertanian.

Berasal dari Brazil, rumpai akuatik Salvinia molesta ini tumbuh di permukaan air dan membahayakan biodiversiti serta pelbagai spesies air tawar termasuk ikan dan tumbuhan akuatik.

Kiambang ini pertama kali dikesan di Sabah pada awal tahun 2000. Spesies kumbang dengan muncung panjang, kumbang Cyrtrobagous salviniae atau kumbang salvinia adalah agen pengawal hama biologi untuk Salvinia molesta atau biasanya dikenali sebagai salvinia gergasi kerana kedua-dua yang dewasa dan larva memakan tumbuhan.

Ketika melancarkan program secara maya untuk memperkenalkan Kiambang Cyrtobagous salviniae ke seluruh daerah di Sabah, Hajiji berkata Kiambang gergasi ini atau `giant salvinia’ telah mencemari sekurang-kurangnya 200 badan air seperti sungai, kolam ikan, parit dan sawah di seluruh negeri ini.

“Ini adalah keadaan yang serius dan perlu ditangani dengan segera,” katanya sambil menambah bahawa tindakan harus diambil untuk menghentikan penyebaran kiambang ini di Kinabatangan, Sandakan, Lahad Datu, Tawau, Semporna, Beaufort, Kuala Penyu, Papar, Kota Kinabalu, Penampang, Kota Marudu, Kota Belud, Kudat, Tongod dan Tuaran.

Katanya, kerajaan negeri amat menghargai dan menyokong pelbagai langkah yang telah diambil oleh Jabatan Pertanian Sabah bersama Koperasi Mukim Batu Puteh Kinabatangan Berhad (KOPEL Bhd), Agensi Remote Sensing Malaysia (MYSA), Jabatan Hidupan Liar Sabah, Jabatan Perhutanan Sabah, Pusat Biodiversiti Sabah dan Sawit Kinabalu Sdn. Bhd dalam aktiviti memantau infestasi (organisma) rumpai kiambang.

“Usaha ini diperlukan bagi memastikan serangan kiambang Salvinia molesta dapat diatasi secara menyeluruh. Justeru itu, saya ingin menyeru seluruh masyarakat di Sabah untuk sama-sama menyertai perjuangan mengawal perebakan kiambang ini bagi memastikan badan air dan alam sekitar terus terpelihara,” katanya.

Dalam masa sama, Ketua Menteri menggesa orang ramai agar sentiasa peka kepada ancaman-ancaman ini dan tidak sewenang-wenangnya membawa, menjual atau menyebarkan apa-apa jenis tanaman, haiwan atau mikroorganisma dari luar negeri atau luar negara tanpa melalui prosedur kuarantin yang betul seperti prosedur-prosedur kuarantin yang dikuatkuasa di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dan Peraturan-Peraturan Kuarantin 1981.

Kiambang Salvinia boleh didapati dan dijual dalam talian sebagai perhiasan untuk akuarium.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/07/kumbang-bantu-membersihkan-air-dicemari-salvinia/feed/ 0 7257