airasia – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 12 Jan 2024 07:02:13 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png airasia – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Penerbangan AirAsia Kota Kinabalu – Jakarta dibuka semula 6 Feb ini https://sabahmedia.com/2024/01/12/penerbangan-airasia-kota-kinabalu-jakarta-dibuka-semula-6-feb-ini/ https://sabahmedia.com/2024/01/12/penerbangan-airasia-kota-kinabalu-jakarta-dibuka-semula-6-feb-ini/#respond Fri, 12 Jan 2024 06:55:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47872
Read Time:50 Second

KOTA KINABALU: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew memuji langkah pihak syarikat penerbangan AirAsia mengembalikan semula laluan Kota Kinabalu ke Jakarta pada 6 Februari ini.

Datuk Christina Liew

Beliau berkata ia adalah tindakan yang tepat pada masanya, memandangkan permintaan yang semakin meningkat untuk perjalanan ke luar negara, berikutan pembukaan semula sempadan antarabangsa Malaysia untuk pelancong dari semua negara pada April 2022.

“Ini juga merupakan langkah terbaik berikutan perayaan Tahun Baharu Cina akan datang di mana orang ramai boleh memilih untuk bercuti ke luar negara.

“Justeru, kami mengalu-alukan penerbangan sulung AirAsia dari Jakarta ke Kota Kinabalu selepas pandemik, dan difahamkan bahawa ini adalah penerbangan antarabangsa kesepuluh syarikat penerbangan itu ke Sabah.

“Kami difahamkan kekerapan penerbangan adalah tiga kali seminggu pada hari Selasa, Khamis dan Sabtu,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

AirAsia dijadualkan berlepas dari Jakarta ke Kota Kinabalu pada 12.15 tengah hari (waktu Jakarta) pada 6 Februari, dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada 3.55 petang (waktu Sabah).

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/12/penerbangan-airasia-kota-kinabalu-jakarta-dibuka-semula-6-feb-ini/feed/ 0 47872
AirAsia digesa lebih banyak penerbangan destinasi antarabangsa ke Sabah – Hajiji https://sabahmedia.com/2023/12/04/airasia-digesa-lebih-banyak-penerbangan-destinasi-antarabangsa-ke-sabah-hajiji/ https://sabahmedia.com/2023/12/04/airasia-digesa-lebih-banyak-penerbangan-destinasi-antarabangsa-ke-sabah-hajiji/#respond Mon, 04 Dec 2023 14:09:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46059
Read Time:54 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menggesa AirAsia untuk melihat lebih banyak penerbangan dari destinasi antarabangsa ke Sabah.

Beliau berkata syarikat penerbangan tambang rendah itu perlu memanfaatkan lokasi strategik Sabah untuk mengendalikan sebanyak mungkin penerbangan antarabangsa ke ibu negara.

“Kerajaan negeri mengiktiraf bahawa AirAsia adalah penyedia utama kemudahan akses udara ke Sabah dan saya ingin melihat syarikat penerbangan itu melakukan lebih banyak lagi,” katanya semasa kunjungan hormat oleh pengurusan tertinggi Capital A Bhd, sebelum ini dikenali sebagai AirAsia Group Berhad, di pejabatnya di sini, hari ini.

Diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri Tony Fernandes dan Pengerusi Eksekutif Datuk Kamarudin Meranun, mereka memberi taklimat kepada Ketua Menteri mengenai operasi semasa dan rancangan masa depan syarikat penerbangan tambang murah itu.

Mereka turut berkongsi Majlis Pelancaran rekaan pesawat khas AirAsia sempena nama mendiang Datuk Irene Benggon Charuruks, sebagai penghormatan kepada bekas Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Sabah (STB) dan sumbangannya kepada industri pelancongan negeri, yang diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pagi tadi.

Turut hadir Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi STB Datuk Joniston Bangkuai.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/04/airasia-digesa-lebih-banyak-penerbangan-destinasi-antarabangsa-ke-sabah-hajiji/feed/ 0 46059
AirAsia lancar rekaan pesawat khas, penghormatan Datuk Irene Benggon Charuruks https://sabahmedia.com/2023/12/04/airasia-lancar-rekaan-pesawat-khas-penghormatan-datuk-irene-benggon-charuruks/ https://sabahmedia.com/2023/12/04/airasia-lancar-rekaan-pesawat-khas-penghormatan-datuk-irene-benggon-charuruks/#respond Mon, 04 Dec 2023 07:39:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46037
Read Time:2 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU: AirAsia hari ini melancarkan rekaan pesawat khas sebagai penghormatan kepada mendiang Datuk Irene Benggon Charuruks yang merupakan ikon pelancongan Sabah dan bekas Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Sabah.

Datuk Irene merupakan figura utama yang membentuk dan mempromosikan sektor pelancongan Sabah dan telah menyokong AirAsia sebagai antara pemain industri pelancongan utama di negeri ini sejak 22 tahun lalu.

Rekaan pesawat khas ini bukan sahaja melambangkan penghargaan terhadap sokongan beliau, malah mencerminkan hubungan erat antara AirAsia dan negeri Sabah.

Pengerusi Eksekutif Capital A, Datuk Kamarudin Meranun berkata selepas lebih dari dua dekad dengan sokongan berterusan Datuk Irene, kami berbesar hati untuk melancarkan rekaan pesawat khas ini sebagai penghargaan kepada beliau.

“Peranan penting beliau dalam membentuk dan mempromosikan sektor pelancongan Sabah, serta semangat kerjasamanya membantu kami menubuhkan hab Kota Kinabalu. Kami terhutang budi atas sokongan beliau dan ini adalah tanda penghormatan kami terhadap Datuk Irene. Terima kasih kerana menjadi bahagian penting dalam perjalanan AirAsia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes berkata, Sabah adalah tempat yang amat istimewa bagi AirAsia, di mana kami telah berkembang pesat dan menerbangkan lebih daripada 80 juta tetamu ke/dari Sabah sejak tahun 2002 hingga bulan November 2023.

“Tidak kira setinggi mana kami terbang, kami tidak akan melupakan mereka yang telah membantu kami sepanjang perjalanan, dan Datuk Irene adalah salah seorang yang menaruh sepenuh kepercayaan kepada kami.

“Pada tahun 2001, ketika berita tentang keputusan Kamarudin dan saya untuk mengambil alih sebuah syarikat penerbangan, Datuk Irene adalah salah seorang individu yang memandangnya dengan serius. Dengan sokongan berterusan beliau, kami berjaya menubuhkan Sabah sebagai hab dan terus berkembang pesat.

“Datuk Irene, terimalah rekaan pesawat khas ini untuk anda. Ia adalah pesawat pertama yang kami namakan dan kami mendedikasikannya kepada anda dengan penuh penghormatan oleh seluruh warga AirAsia,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurut Tony, selepas melancarkan Kota Kinabalu sebagai hab pada tahun 2002 dengan sokongan Datuk Irene dan Lembaga Pelancongan Sabah, ia menjadi hab kedua terbesar AirAsia selepas Kuala Lumpur.

“Sebagai syarikat penerbangan terbesar dengan sambungan terluas di negeri ini, AirAsia kini terbang ke 21 laluan termasuk domestik dan antarabangsa dengan 331 penerbangan mingguan dari Kota Kinabalu, Sandakan, dan Tawau.

“Pada tahun 2014, AirAsia telah melancarkan rekaan pesawat khas ‘Terima Kasih Sabah’ sebagai penghargaan kepada Negeri di Bawah Bayu dan rakyat Sabah atas sokongan mereka kepada syarikat penerbangan ini di negeri tersebut.

“Hari ini, syarikat penerbangan ini mengambil satu lagi langkah ke hadapan dengan menamakan salah satu pesawatnya sebagai penghargaan untuk negeri Sabah dan Datuk Irene,” katanya.

AirAsia mengendalikan penerbangan dari tiga destinasi di Sabah iaitu Kota Kinabalu, Sandakan, dan Tawau, ke pelbagai destinasi lain termasuk Singapura, Indonesia, China, Hong Kong, Taipei, Filipina, dan lain-lain.

Syarikat penerbangan ini juga merancang untuk memperkenalkan laluan baharu seperti Seoul ke Kota Kinabalu dan destinasi menarik lain pada masa akan datang.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/04/airasia-lancar-rekaan-pesawat-khas-penghormatan-datuk-irene-benggon-charuruks/feed/ 0 46037