airasia – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 04 Aug 2025 09:13:24 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png airasia – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 AirAsia Wajar Menawarkan Pilihan Takaful Perjalanan: Antara Hak Pengguna dan Tanggungjawab Syarikat https://sabahmedia.com/2025/08/04/airasia-wajar-menawarkan-pilihan-takaful-perjalanan-antara-hak-pengguna-dan-tanggungjawab-syarikat/ https://sabahmedia.com/2025/08/04/airasia-wajar-menawarkan-pilihan-takaful-perjalanan-antara-hak-pengguna-dan-tanggungjawab-syarikat/#respond Mon, 04 Aug 2025 09:08:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78550
Read Time:3 Minute, 9 Second

Oleh Dr Mohamad Isa Abd Jalil
Pensyarah Kanan, Universiti Malaysia Sabah

Dalam era pengguna moden yang semakin peka terhadap isu nilai, etika dan kepatuhan agama, keperluan kepada produk dan perkhidmatan yang selaras dengan pegangan hidup pelanggan tidak boleh lagi dipandang enteng.

Ini termasuk dalam sektor penerbangan komersial, yang bukan sahaja menawarkan perkhidmatan pengangkutan, malah turut menjual pelbagai produk tambahan seperti insurans perjalanan, tempat duduk pilihan, makanan dan sebagainya.

Satu aspek yang masih ketinggalan dalam sistem perkhidmatan AirAsia — syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka di rantau ini — ialah ketiadaan pilihan perlindungan perjalanan berasaskan takaful. Ketika pengguna membuat tempahan tiket melalui laman web atau aplikasi AirAsia, satu-satunya pelan perlindungan yang ditawarkan ialah insurans konvensional.

Hal ini kelihatan kecil pada pandangan umum, tetapi bagi pelanggan Muslim yang menitikberatkan aspek halal dan patuh Syariah, ketiadaan pilihan ini memberi kesan besar.

Insurans konvensional sering dikaitkan dengan unsur riba (faedah berasaskan masa dan wang), gharar (ketidaktentuan) dan maisir (perjudian), yang semuanya telah difatwakan sebagai tidak patuh syariah oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia, Majelis Ulama Indonesia dan badan-badan autoriti Islam di peringkat antarabangsa. Maka, mengambil perlindungan berbentuk insurans konvensional bagi seorang Muslim yang berpegang teguh pada prinsip agamanya boleh menjadi masalah serius.

Dalam hal ini, takaful muncul sebagai alternatif yang selari dengan prinsip Islam. Berasaskan konsep ta’awun (saling membantu) dan tabarru’ (derma ikhlas), takaful menolak unsur faedah dan spekulasi tidak pasti, malah pengurusan risiko dilakukan secara kolektif dan telus.

Persoalannya, mengapa AirAsia — yang beroperasi di negara majoriti Muslim seperti Malaysia dan Indonesia — masih belum menyediakan pelan takaful sebagai pilihan?

Apa yang lebih menarik, syarikat-syarikat penerbangan besar seperti Malaysia Airlines, Emirates, Qatar Airways dan Saudia Airlines telah lebih awal memahami keperluan pelanggan pelbagai agama dan memberikan opsyen perlindungan perjalanan – insurans atau takaful – ketika pembelian tiket.

Bahkan, beberapa syarikat telah mengintegrasikan pelan takaful secara automatik untuk penumpang Muslim.

Langkah ini jelas menunjukkan bahawa penyedia perkhidmatan dalam industri penerbangan sudah sedar bahawa tanggungjawab mereka bukan sekadar mengangkut manusia dari titik A ke titik B.

Mereka juga bertanggungjawab menyediakan persekitaran dan sistem yang menghormati prinsip hidup pelanggan, terutamanya bila pelanggan tersebut tidak mempunyai kuasa untuk menyesuaikan kontrak – contohnya seperti dalam pembelian insurans automatik yang terikat pada sistem.

Dengan kedudukan AirAsia sebagai peneraju tambang rendah di Asia Tenggara dan dominasi pasaran domestik Malaysia, kegagalan menawarkan opsyen takaful adalah satu bentuk pengabaian tanggungjawab sosial korporat yang nyata.

Isu ini bukan semata-mata soal agama. Ia juga menyentuh hak pengguna untuk memilih produk kewangan yang selari dengan kepercayaan dan nilai mereka. 

Dalam persekitaran perundangan yang progresif, hak memilih ini sepatutnya menjadi standard minimum, bukan permintaan luar biasa.

Dengan menawarkan dua pilihan – insurans dan takaful – AirAsia bukan sahaja menunjukkan kepekaan terhadap kepelbagaian latar pelanggan, malah mempamerkan komitmen terhadap nilai keadilan, kebebasan beragama dan tanggungjawab sosial.

Penting untuk ditegaskan bahawa tidak ada tuntutan supaya insurans konvensional dihapuskan. Sebaliknya, apa yang diminta hanyalah pilihan tambahan untuk mereka yang tidak mahu menanggung risiko pelanggaran syariah. Memberikan pilihan adalah tindakan inklusif, bukan eksklusif.

Dari sudut pelaksanaan, menyediakan pelan takaful bukanlah sesuatu yang sukar. Malaysia memiliki banyak pengendali takaful yang telah lama menawarkan produk perjalanan – seperti Etiqa Takaful, Takaful Malaysia dan Prudential BSN Takaful.

Kerjasama strategik antara AirAsia dan salah satu pengendali ini boleh dibentuk dengan cepat, seterusnya diintegrasikan ke dalam sistem tempahan sedia ada.

AirAsia juga boleh mengambil pendekatan berperingkat – sebagai contoh, memperkenalkan pelan takaful hanya untuk laluan domestik terlebih dahulu sebelum diperluas ke laluan antarabangsa.

Dalam dunia perkhidmatan moden, memberi pilihan yang adil kepada pelanggan adalah bukti penghormatan terhadap kebebasan dan nilai manusia. Untuk AirAsia, menyediakan pilihan takaful bukan sekadar memenuhi tuntutan pengguna Muslim – ia adalah langkah asas dalam membina sistem perkhidmatan yang lebih bertanggungjawab, adil dan inklusif.

Sebagai pengguna tetap AirAsia dan ahli masyarakat yang prihatin, saya menyeru agar langkah ini diambil segera. Jangan biarkan pelanggan Muslim terus berada dalam dilema antara keselamatan dan keimanan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/04/airasia-wajar-menawarkan-pilihan-takaful-perjalanan-antara-hak-pengguna-dan-tanggungjawab-syarikat/feed/ 0 78550
Media tempatan terima diskaun 50 peratus tambang AirAsia ke destinasi dalam ASEAN https://sabahmedia.com/2025/06/14/media-tempatan-terima-diskaun-50-peratus-tambang-airasia-ke-destinasi-dalam-asean/ https://sabahmedia.com/2025/06/14/media-tempatan-terima-diskaun-50-peratus-tambang-airasia-ke-destinasi-dalam-asean/#respond Sat, 14 Jun 2025 10:37:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75550
Read Time:2 Minute, 16 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur : Pengamal media tempatan yang memegang Kad Perakuan Media Jabatan Penerangan (JaPen) bakal menikmati diskaun 50 peratus secara one-off (sekali beri) bagi pembelian tiket penerbangan pergi balik ke mana-mana 57 destinasi negara anggota ASEAN.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata ia merupakan satu inisiatif hasil kerjasama strategik antara Kementerian Komunikasi dengan syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia bersempena dengan Kepengerusian ASEAN 2025 oleh Malaysia. 

Beliau berkata tempahan tiket akan dibuka hingga 31 Dis 2025 manakala tempoh penerbangan bermula pada April hingga September 2026, serta butiran dan mekanisme tempahan tiket akan diumumkan oleh JaPen dalam masa terdekat.

“Terima kasih AirAsia atas inisiatif yang murah hati ini. Langkah ini mengiktiraf sumbangan pengamal media dan membuka peluang besar untuk mereka meneroka dan berhubung dengan rantau ASEAN.

“Kerjasama sebegini juga benar-benar menaikkan semangat HAWANA, meraikan dedikasi dan sumbangan golongan media,” katanya ketika menyampaikan ucapan alu-aluan pada Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini. 

Bertemakan “Kewartawanan Era Baharu: Keseimbangan AI dan Etika”, majlis kemuncak yang dihadiri kira-kira 1,000 pengamal media dari dalam dan luar negara itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Wong Chun Wai, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin, Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj merangkap Pengarah Projek HAWANA 2025, bersama barisan pengurusan tertinggi syarikat media negara. 

Beliau berkata setakat 4 Jun lepas, terdapat 12,428 pengamal media aktif yang berdaftar dengan JaPen dan memiliki Kad Perakuan Media, termasuk 12,297 warganegara Malaysia yang berkhidmat dalam pelbagai platform media cetak, penyiaran, digital dan portal berita dalam talian.

Sambutan HAWANA 2025 dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dengan Bernama selaku agensi pelaksana bertujuan mengiktiraf peranan dan sumbangan pengamal media dalam pembangunan negara. 

Tarikh 29 Mei telah diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional bersempena dengan penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939, bagi meraikan sumbangan pemain industri yang menjadi medium dalam membentuk minda masyarakat bermaklumat.

Sementara itu, Fahmi berkata AirAsia bakal menamakan sebuah kapal terbang khusus buat pengamal media yang akan dipenuhi dengan maklumat berita.

Beliau berkata pengasas syarikat penerbangan tambang rendah itu merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes telah bersetuju untuk melaksanakan perkara berkenaan.

“Saya ingin maklumkan bahawa Tan Sri Tony dan AirAsia ingin menamakan sebuah kapal terbang atas nama wartawan.

“ … kita akan putuskan nanti dan kapal terbang ini akan diisi dengan maklumat berita, jadi ia akan menjadi pesawat media,” katanya.– BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/14/media-tempatan-terima-diskaun-50-peratus-tambang-airasia-ke-destinasi-dalam-asean/feed/ 0 75550
AirAsia rancang latih juruterbang, jurutera tempatan https://sabahmedia.com/2025/06/04/airasia-rancang-latih-juruterbang-jurutera-tempatan/ https://sabahmedia.com/2025/06/04/airasia-rancang-latih-juruterbang-jurutera-tempatan/#respond Tue, 03 Jun 2025 23:53:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75029
Read Time:1 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu:  Syarikat penerbangan AirAsia merancang untuk bekerjasama dengan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Sabah bagi melaksanakan program latihan untuk melahirkan juruterbang, jurutera dan kakitangan teknikal penerbangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, inisiatif itu adalah sebahagian daripada usaha membangunkan modal insan tempatan khususnya dalam kalangan belia B40.

“Walaupun sektor pelancongan kekal sebagai pemacu utama ekonomi Sabah, AirAsia mahu memperluaskan sumbangan melalui pembangunan bakat dan kemahiran tenaga kerja tempatan.

“Kami sudah mempunyai ramai kru kabin, jurutera dan juruterbang. Jadi, kami mahu membantu melahirkan lebih ramai juruterbang, jurutera serta kakitangan teknikal dalam kalangan anak-anak Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman, di sini pada Selasa.

Tony berkata pihaknya sudah bersedia dari segi silibus dan struktur program serta akan menubuhkan jawatankuasa kerja bagi merangka pelaksanaan program berkenaan.

“Sebaik sahaja dana mencukupi, kami akan mula membuka permohonan. Sasaran kami adalah untuk memulakan program ini sebelum hujung tahun, bermula dengan latihan juruterbang,” katanya.

Katanya, program itu akan diperluaskan ke bidang kejuruteraan serta teknikal lain termasuk berkaitan kecerdasan buatan (AI) sejajar dengan pelaburan berterusan syarikat dalam teknologi terkini.

“Dalam industri penerbangan, AirAsia kini banyak menggunakan AI untuk penjadualan rangkaian, penjimatan bahan api dan pengurusan bagasi. 

“Justeru, kami mahu anak-anak Sabah turut terlibat dalam perkembangan teknologi ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/04/airasia-rancang-latih-juruterbang-jurutera-tempatan/feed/ 0 75029
AirAsia disaran guna aerobridge di KKIA demi penumpang golongan rentan https://sabahmedia.com/2025/02/08/airasia-disaran-guna-aerobridge-di-kkia-demi-penumpang-golongan-rentan/ https://sabahmedia.com/2025/02/08/airasia-disaran-guna-aerobridge-di-kkia-demi-penumpang-golongan-rentan/#respond Sat, 08 Feb 2025 09:45:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68243
Read Time:58 Second

KOTA KINABALU: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Christina Liew, menyeru pihak pengurusan AirAsia agar lebih bertimbang rasa dan berbelas kasihan dengan menggunakan aerobridge sedia ada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) demi keselesaan dan kemudahan penumpang, terutamanya golongan rentan, warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

Beliau menegaskan bahawa kemudahan tersebut sememangnya telah disediakan di KKIA dan berharap pihak pengurusan AirAsia akan mengutamakan keperluan untuk memberikan perkhidmatan yang baik kepada penumpang.

“Saya telah menerima aduan daripada warga emas yang menaiki penerbangan AirAsia, di mana mereka menyatakan rasa tidak selesa dan kesulitan kerana perlu berjalan agak jauh dari bangunan Terminal ke pesawat yang menunggu, serta berdepan kesukaran untuk menaiki tangga pesawat.

“Kita perlu mengambil kira kesusahan yang dihadapi oleh warga emas dan penumpang OKU, serta mengelakkan mereka daripada berdepan dengan kesulitan yang tidak perlu sebelum dan selepas penerbangan mereka,” kata Christina dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Memandangkan pihak pengurusan KKIA tidak mempunyai kuasa untuk mewajibkan penggunaan aerobridge, Christina menggesa Kementerian Pengangkutan Persekutuan (MOT) untuk mempertimbangkan penggunaan kuasanya demi kesejahteraan warga emas dan golongan OKU.

Difahamkan bahawa Kementerian Pengangkutan Sarawak berjaya mewajibkan pesawat AirAsia untuk menggunakan aerobridge di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/08/airasia-disaran-guna-aerobridge-di-kkia-demi-penumpang-golongan-rentan/feed/ 0 68243
AirAsia sasar terbangkan lima juta penumpang ke Sabah pada tahun ini https://sabahmedia.com/2025/01/15/airasia-sasar-terbangkan-lima-juta-penumpang-ke-sabah-pada-tahun-ini/ https://sabahmedia.com/2025/01/15/airasia-sasar-terbangkan-lima-juta-penumpang-ke-sabah-pada-tahun-ini/#respond Wed, 15 Jan 2025 03:35:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66966
Read Time:2 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu : Syarikat penerbangan AirAsia menyasarkan untuk menerbangkan lima juta tetamu ke Sabah melalui Kota Kinabalu, Sandakan, dan Tawau pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Aviation Group Bo Lingam berkata sasaran itu hampir dua kali ganda daripada 3.7 juta ketibaan yang direkodkan pada tahun lalu.

Katanya sasaran pertumbuhan ini merangkumi pelancong domestik dan antarabangsa serta memperkukuh kedudukan AirAsia sebagai pemacu kesalinghubungan dan pertumbuhan ekonomi negeri.

Menurutnya bagi mencapai matlamat ini, rancangan pengembangan AirAsia bagi tahun ini merangkumi peningkatan rangkaian sedia ada yang terdiri daripada 27 laluan, termasuk 13 laluan domestik dan 14 laluan antarabangsa ke dan dari Sabah.

“Penambahbaikan ini dijangka akan menyumbang kepada peningkatan 35 peratus dalam jumlah penerbangan kepada lebih 51,500 penerbangan setahun serta pertumbuhan 43 peratus dalam kapasiti tempat duduk kepada 9.8 juta tempat duduk setahun.

“Pada tahun lalu, AirAsia memainkan peranan penting dalam mempromosikan Sabah bagi mencapai sasaran lebih tiga juta pelawat dengan menerbangkan sebahagian besar daripada jumlah tersebut dan memperkukuh kedudukannya sebagai syarikat penerbangan terkemuka yang menyokong kesalinghubungan dan pertumbuhan pelancongan negeri.

“Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyatukan ekosistem pelancongan negeri, syarikat penerbangan ini sedang mengadakan siri jelajah di seluruh Sabah untuk mengeratkan kerjasama dan menyelaraskan usaha bagi menambah baik sektor pelancongan utama seperti penginapan, pengangkutan dan kemudahan akses, serta meneroka pelaburan strategik untuk memajukan infrastruktur pelancongan negeri,” katanya.

Sementara itu beliau berkata, Sabah adalah pasaran penting dalam rangkaian AirAsia dan pihaknya berbangga menjadi syarikat penerbangan terkemuka yang menghubungkan rantau ini ke Malaysia dan pasaran antarabangsa utama.

Katanya, sasaran bagi tahun ini adalah untuk menerbangkan lima juta tetamu dan komitmen ini disokong oleh pelaburan besar dalam kapasiti operasi untuk meningkatkan penerbangan dan usaha pemasaran bersasar.

“Dengan peningkatan ketibaan pelawat, inisiatif-inisiatif ini berpotensi mewujudkan impak pengganda ekonomi yang besar kepada rantau ini dan perniagaan tempatan, didorong oleh rantaian bekalan yang kukuh dan peningkatan perbelanjaan pelancong,” katanya.

Dalam pada itu Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah (STB) Julius Jimat berkata rangkaian luas AirAsia dan pelaburan yang berterusan telah memperkukuh kedudukan Sabah sebagai pintu masuk utama untuk pelancong domestik dan antarabangsa.

Katanya pihaknya teruja untuk meneruskan kerjasama itu bagi mempertingkatkan tawaran negeri ini dan memastikan bahawa semua pihak berkepentingan bersedia untuk memenuhi peningkatan ketibaan pelancong hasil daripada daripada inisiatif-inisiatif AirAsia.

Pada tahun lalu AirAsia dan STB memeterai kerjasama strategik selama lima tahun untuk meningkatkan industri pelancongan negeri ini dengan memperluaskan rangkaian udara di seluruh Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) dan memperkembang rangkaian ke ASEAN, Asia Utara, dan Oceania dari tahun 2024 hingga 2028 – SABAH MEDIA.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/15/airasia-sasar-terbangkan-lima-juta-penumpang-ke-sabah-pada-tahun-ini/feed/ 0 66966
Sabah tambah hubungan global melalui AirAsia https://sabahmedia.com/2024/09/26/sabah-tambah-hubungan-global-melalui-airasia/ https://sabahmedia.com/2024/09/26/sabah-tambah-hubungan-global-melalui-airasia/#respond Thu, 26 Sep 2024 07:47:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61246
Read Time:1 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU: Sabah kini dihubungkan dengan sepuluh bandar utama China berikutan penyambungan semula penerbangan terus dari Kunming ke Kota Kinabalu.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah Datuk Joniston Bangkuai mengalu-alukan penerbangan sulung Kunming yang dikendalikan oleh AirAsia, pada pagi Khamis.

Laluan Kunming-Kota Kinabalu akan beroperasi tiga kali seminggu, melengkapkan laluan terus AirAsia yang lain ke Hong Kong, Guangzhou, Hangzhou, Shenzhen, Wuhan, Shanghai, Beijing dan Ningbo.

Selain itu, Xiamen Air mengendalikan laluan Fuzhou-Kota Kinabalu.

Walaupun China kekal sebagai pasaran penting bagi Sabah, Joniston berkata Lembaga Pelancongan Sabah sedang mengejar peluang pasaran baharu.

“Kami sentiasa berbincang dengan rakan kongsi syarikat penerbangan kami, khususnya AirAsia, untuk mewujudkan Sabah sebagai hab pelancongan utama di Borneo.

“Kami mahu meneroka pasaran baharu seperti Vietnam, India, Asia Tengah, dan merancang untuk menyambung semula penerbangan terus dari Australia, antara lain.

“Dengan pembangunan Nusantara sedang dijalankan, kami perlu membina portfolio hab yang kukuh dan menguasai setiap pasaran yang akan membawa kepada laluan antarabangsa yang lebih menarik,” katanya.

AirAsia sedang giat berusaha untuk menghubungkan Sabah dengan lebih banyak bandar, termasuk Shantou (China) dan Kaohsiung (Taiwan), yang dijangka dilancarkan pada November.

AirAsia juga telah mula mempromosikan laluan baharu dari Ho Chi Minh City (Vietnam) ke Kota Kinabalu, dijangka bermula pada Disember.

Laluan antarabangsa lain yang dikendalikan oleh AirAsia termasuk destinasi utama Asia Tenggara seperti Singapura, Manila, Jakarta, Bali, dan Manado, serta Taipei dan Seoul.

Syarikat penerbangan lain yang menyediakan penerbangan terus antarabangsa ke Sabah ialah Air Busan (Busan-Kota Kinabalu), Scoot (Singapore-Kota Kinabalu), Shanghai Airlines (Shanghai-Kota Kinabalu), China Southern (Guangzhou-Kota Kinabalu), dan Royal Brunei (Bandar Seri Begawan-Kota Kinabalu).

Dari Januari hingga Julai tahun ini, Sabah mengalu-alukan 262,070 pelawat dari China, mencapai 70 peratus jumlah ketibaan pra-pandemik.

Rakyat Brunei dan Korea Selatan mengikuti rapat, dengan masing-masing 124,521 dan 106,573 ketibaan, menjadikan mereka tiga pasaran pelancongan antarabangsa utama Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/26/sabah-tambah-hubungan-global-melalui-airasia/feed/ 0 61246
AirAsia, STB meterai MoU jalin kerjasama strategik tingkatkan sektor pelancongan https://sabahmedia.com/2024/07/05/airasia-stb-meterai-mou-jalin-kerjasama-strategik-tingkatkan-sektor-pelancongan/ https://sabahmedia.com/2024/07/05/airasia-stb-meterai-mou-jalin-kerjasama-strategik-tingkatkan-sektor-pelancongan/#respond Fri, 05 Jul 2024 00:55:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57078
Read Time:3 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: AirAsia dan Lembaga Pelancongan Sabah (STB) mengumumkan kerjasama strategik dan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk meningkatkan sektor pelancongan negeri bagi tempoh lima tahun akan datang.

Kerjasama ini dijangka akan memperkukuh status Negeri di Bawah Bayu sebagai destinasi pelancongan utama dengan meningkatkan sambungan udara antara Sabah dan Kawasan Pertumbuhan Asean Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA), serta rantau Asean yang lebih besar, Asia Utara dan Oceania bagi tempoh 2024-2028.

Kumpulan AirAsia berhasrat untuk meningkatkan rangkaian secara keseluruhan di Sabah dan berhasrat untuk melancarkan 14 laluan domestik dan antarabangsa yang menarik termasuk Kota Kinabalu-Bandar Seri Begawan, Kota Kinabalu-Perth, Tawau-Guangzhou, Sandakan-Hong Kong, dan lain-lain.

Pelancaran ini tertakluk kepada permintaan dua hala bagi setiap laluan, kelulusan pengawal selia dan permintaan pasaran.

Kerjasama ini juga merangkumi kolaborasi yang lebih luas antara syarikat penerbangan dan badan pelancongan untuk membangunkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sebagai hab penerbangan serantau pada masa hadapan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew berkata pihaknya berbesar hati untuk bekerjasama secara strategik dengan AirAsia selama lima tahun di mana kementerian akan menyokong perbincangan antara syarikat penerbangan dan pihak berkepentingan berkaitan untuk memacu sektor pelancongan.

“Baru-baru ini, Sabah telah dinobatkan sebagai salah satu destinasi mampu milik dan AirAsia telah memainkan peranan penting dalam pencapaian ini.

“Pada separuh tahun ini, kami telah berjaya menyambut 1.24 juta pelancong ke Sabah dan dengan rangkaian luas AirAsia, kami yakin untuk menarik lebih ramai pelancong dan menawarkan pengalaman unik di Sabah kepada pengembara di luar rantau ini.

“Kemajuan pelancongan juga akan memberi faedah kepada ekonomi tempatan dalam pelbagai industri dan mencipta peluang pekerjaan secara langsung dalam pelbagai sektor seperti hospitaliti, pengangkutan, dan peruncitan.

“Sehingga tahun 2022, sektor pelancongan telah menyumbang kepada 22.8 peratus pekerjaan di negeri ini, termasuk jawatan di hotel, restoran, agensi pelancongan, dan pusat pelancongan tempatan.

“Kemasukan pelancong menghasilkan pendapatan tambahan bagi perniagaan tempatan serta menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di kawasan tersebut.

“Selain itu, pertumbuhan dalam sektor pelancongan mendorong pembangunan infrastruktur yang lebih baik, termasuk jalan raya, lapangan terbang, dan kemudahan awam, seterusnya memberi faedah kepada pelancong dan penduduk setempat pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan selepas menyaksikan majlis MoU berkenaan di sini pada Khamis (4 Jul).

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah, Julinus Jeffery Jimit berkata bahawa 90 peratus kedatangan pelancong adalah kemasukan dari udara, justeru kerjasama strategik ini akan terus memacu peluang pelancongan di negeri ini. Beliau berterima kasih kepada AirAsia untuk sokongan yang berterusan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Operasi Penerbangan) AirAsia Aviation Group Datuk Kapten Chester Voo berkata kerjasama ini menandakan langkah penting bagi kami untuk memperluas rangkaian dari hab kedua terbesar di Malaysia.

“Ia juga menawarkan lebih banyak peluang perjalanan kepada para tetamu di negeri ini untuk meneroka dunia dan bagi dunia untuk mengenali dan menerokai Sabah.

“Sejak tahun 2002, kami telah menerbangkan hampir 80 juta tetamu ke dan dari Sabah melalui laluan domestik dan antarabangsa. Kami berharap untuk melihat jumlah ini berkembang dengan pesat dalam tempoh lima tahun akan datang melalui kerjasama ini.

“Pada tahun 2023, AirAsia telah menyumbang kepada 60 peratus bahagian pasaran pelancongan di Sabah, menunjukkan potensi besar negeri ini sebagai destinasi pelancongan utama.

“Peningkatan rangkaian membawa lebih ramai pelancong antarabangsa ke Sabah, menggalakkan pertukaran budaya dan membuka peluang baharu dalam pelbagai sektor.

“Dengan sokongan berterusan para tetamu dan rakan kongsi kami, AirAsia akan memainkan peranan penting dalam menjadikan Sabah sebagai pusat pelancongan pesat, memacu pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat setempat,” tambah Chester.

Kumpulan AirAsia kini terbang ke 23 destinasi dari dan ke Sabah dengan sejumlah 294 penerbangan mingguan.

Destinasi ini termasuk dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur, Kota Kinabalu ke Pulau Pinang, Kota Kinabalu ke Hong Kong, Kota Kinabalu ke Seoul; dari Tawau ke Kuala Lumpur dan Tawau ke Johor Bahru; dari Sandakan ke Kuala Lumpur; dan tidak termasuk destinasi antara negeri Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/05/airasia-stb-meterai-mou-jalin-kerjasama-strategik-tingkatkan-sektor-pelancongan/feed/ 0 57078
AirAsia sokong pelancongan Sabah https://sabahmedia.com/2023/05/07/airasia-sokong-pelancongan-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/05/07/airasia-sokong-pelancongan-sabah/#respond Sun, 07 May 2023 09:58:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=33954
Read Time:2 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Sokongan berterusan AirAsia terhadap Pelancongan Sabah memberi petanda baik untuk kesejahteraan ekonomi negeri, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew.

Beliau berkata, AirAsia berada di trajektori yang betul dalam menjadikan Sabah sebagai hab penting secara operasi untuk syarikat penerbangan tambang murah itu, dan melancarkan Kempen Pelancongan Sabah.

“Kerjasama antara AirAsia dan Lembaga Pelancongan Sabah (STB) adalah wajar dalam usaha membawa pelancongan Sabah ke peringkat seterusnya. STB adalah salah satu daripada enam agensi di bawah Kementerian saya.

“Kami mengharapkan AirAsia dan STB bekerjasama rapat untuk menarik lebih ramai pelancong dari rantau Asia, antara kawasan lain,” katanya.

Christina berkata demikian selepas kunjungan hormat delegasi, tujuh anggota dari AirAsia Malaysia yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Riad Asmat, Jumaat lepas .

Tenaga kerja AirAsia Sabah terdiri daripada lebih 700 kakitangan, termasuk kakitangan darat, krew kabin dan pekerja lain yang berpangkalan di Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Dalam sesi taklimat kepada Menteri Pelancongan mengenai kemas kini AirAsia di Sabah, Riad berkata Sabah adalah hab penting dan salah satu daripada tiga hab AirAsia yang lebih besar di luar Kuala Lumpur, Malaysia di mana syarikat penerbangan itu akan mengendalikan 20 laluan antarabangsa dan domestik di bawah Rangkaian Sabah.

Laluan antarabangsa termasuk KK-Hong Kong (tujuh penerbangan seminggu), KK-Shenzhen (tujuh penerbangan seminggu), KK-Wuhan (tujuh penerbangan seminggu), KK-Guangzhou (tujuh penerbangan seminggu), KK-Taipei (tujuh penerbangan seminggu) dan KK-Singapura (14 penerbangan seminggu).

Menurut Riad, laluan KK-Macao akan dibuka semula pada Julai (empat penerbangan seminggu), dan begitu juga laluan KK-Beijing (tujuh penerbangan seminggu).

“Kesalinghubungan kami yang luas dengan sejumlah 303 frekuensi setiap minggu bukan sahaja mengukuhkan bahagian pasaran kami di negeri ini, tetapi juga membolehkan kami terus mencari untuk mengembangkan lagi rangkaian kami secara terus dari sini ke destinasi baharu dalam masa terdekat dengan Beijing (Daxing) China sebagai satu contoh.

“Ia akan menjadi sumber pertumbuhan ekonomi ketiga terbesar bagi Sabah selepas pertanian dan pembuatan, menyokong lebih 80,000 pekerjaan di negeri ini, pelancongan diteruskan dan berpotensi untuk menyumbang lebih banyak kepada masyarakat dan ekonomi negeri secara keseluruhannya,” jelas Riad.

Riad berkata, AirAsia berharap untuk terus bekerjasama dengan Lembaga Pelancongan Sabah yang sentiasa menyokong syarikat penerbangan itu sebagai organisasi yang memartabatkan pelancongan negeri dengan menghubungkannya ke lebih banyak laluan domestik dan antarabangsa pada masa hadapan.

Delegasi itu turut dihadiri Zamani Rafique (Perhubungan Kerajaan), Boon Seong Lim (Dasar Global Kumpulan, Perhubungan Kerajaan dan Komunikasi), Adrianna Welson (Perhubungan Kerajaan), Joshua Empiong Sanjan (Pemasaran), Liyana Mahizzan (Pemasaran) dan Primus Poyoh Paul (Ketua Stesen Kota Kinabalu).

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif STB Noredah Othman dan Pengurus Kanan Pemasaran Josephine Chai.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/07/airasia-sokong-pelancongan-sabah/feed/ 0 33954
Sabah terima penerbangan antarabangsa pertama 16 April ini https://sabahmedia.com/2022/04/05/sabah-terima-penerbangan-antarabangsa-pertama-16-april-ini/ https://sabahmedia.com/2022/04/05/sabah-terima-penerbangan-antarabangsa-pertama-16-april-ini/#respond Tue, 05 Apr 2022 08:57:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13932
Read Time:56 Second

KOTA KINABALU : Penerbangan antarabangsa yang pertama dari Singapura dijangka akan masuk ke Sabah pada 16 April ini menerusi pesawat AirAsia selepas sempadan negara dibuka pada 1 April lalu.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata, Sabah juga akan menerima kemasukan penerbangan antarabangsa dari Singapura menerusi penerbangan Scoot Airlines pada 29 April ini.

“Saya difahamkan pihak AirAsia akan memulakan penerbangan dari Singapura pada 16 April.  Begitu juga dengan Scoot Airlines yang akan membuat penerbangan ke Sabah pada 29 April.

“Selain itu juga, penerbangan menerusi Royal Brunei akan memulakan penerbangan ke Kota Kinabalu pada 6 Mei depan menerusi dua penerbangan setiap minggu iaitu pada setiap Jumaat dan Ahad,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan program Juadah Keluarga Malaysia disalah sebuah hotel terkemuka disini semalam.

Jafry berkata, pihaknya yakin ramai pelancong dari Singapura yang ingin datang ke Sabah selain menanti penerbangan ke negeri ini.

“Sebelum ini kita ada menerima jemputan dari Singapura untuk mengadakan perbincangan dengan agen-agen di Singapura.

“Namun pada masa itu pintu sempadan negara masih belum dibuka, jadi pihak STB (Sabah Tourism Board) akan mengadakan perbincangan selanjutnya,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/05/sabah-terima-penerbangan-antarabangsa-pertama-16-april-ini/feed/ 0 13932
Penerbangan Terus KK-Kuala Terengganu Berupaya Erat Hubungan Dua Negeri https://sabahmedia.com/2022/01/31/penerbangan-terus-kk-kuala-terengganu-berupaya-erat-hubungan-dua-negeri/ https://sabahmedia.com/2022/01/31/penerbangan-terus-kk-kuala-terengganu-berupaya-erat-hubungan-dua-negeri/#respond Mon, 31 Jan 2022 04:15:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11774
Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU : Penerbangan terus menghubungkan Kota Kinabalu dan Kuala Terengganu menerusi penerbangan syarikat tambang murah AirAsia mampu mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua negeri.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata, penerbangan itu juga diyakini mampu merancakkan lagi industri pelancongan domestik sekaligus memulihkan pelancongan di negeri ini.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya ingin merakamkan penghargaan kepada pihak AirAsia kerana memilih Kota Kinabalu Sabah sebagai salah satu laluan baharunya.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin

“Saya juga berharap agar kerjasama ini dapat terus dilaksanakan dalam memulihkan industri pelancongan khususnya di Sabah yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19 sebelum ini,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Jafry berkata, dengan adanya penerbangan terus ini juga akan menjadikan Sabah akan lebih mudah diakses oleh pelancong bukan sahaja daripada Semenanjung malah pelancong antarabangsa.

“Saya mengalu-alukan lebih ramai rakyat Malaysia untuk datang meneroka Sabah dan menikmati tawaran pelancongan serta kebudayaannya.

“Pihak kementerian saya akan terus menyokong AirAsia dan berharap untuk bekerjasama pada masa hadapan bagi mempromosikan industri pelancongan,” katanya.

Semalam,  penerbangan sulung AK5310 berlepas dari Kota Kinabalu tepat pada jam 3.15 petang dan tiba di Kuala Terengganu pada jam 5.40 petang.

Untuk rekod, penerbangan antara Kota Kinabalu dan Kuala Terengganu berlepas pada setiap hari Ahad dengan tambang promosi sehala tersedia untuk tempahan daripada serendah RM128 sahaja dari sekarang hingga 14 Februari 2022, untuk tempoh perjalanan dari 13 Februari hingga 30 September 2022.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/31/penerbangan-terus-kk-kuala-terengganu-berupaya-erat-hubungan-dua-negeri/feed/ 0 11774