ajaran sesat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 01 Jun 2026 14:51:45 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ajaran sesat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah tidak berkompromi terhadap penyebaran ajaran sesat https://sabahmedia.com/2026/06/01/sabah-tidak-berkompromi-terhadap-penyebaran-ajaran-sesat/ https://sabahmedia.com/2026/06/01/sabah-tidak-berkompromi-terhadap-penyebaran-ajaran-sesat/#respond Mon, 01 Jun 2026 14:51:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97606
Read Time:1 Minute, 43 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah tidak akan berkompromi terhadap sebarang usaha penyebaran ajaran yang telah difatwakan sebagai salah, sesat dan menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negeri ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, kerajaan melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) sentiasa memantau dan mengambil tindakan terhadap sebarang aktiviti yang berpotensi menjejaskan kesucian akidah umat Islam.

Beliau berkata, pendirian tegas itu dibuktikan menerusi operasi yang dijalankan Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah (BPUUS) JHEAINS pada 31 Mei lalu susulan aduan awam berhubung Program Jalsa Salana Wilayah Sabah Kali Ke-32 yang dikendalikan oleh Jamaat Ahmadiyah Muslim Malaysia (JAMM) di sebuah dewan sekolah menengah di Kota Kinabalu.

“Kerajaan Negeri memandang serius sebarang usaha untuk menyebarkan ajaran yang telah difatwakan salah, sesat dan menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Langkah penguatkuasaan akan terus dilaksanakan bagi memastikan umat Islam di negeri ini dilindungi daripada pengaruh fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam sebenar,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Arifin yang juga Exco Agama berkata, operasi itu melibatkan 52 Pegawai Penguat Kuasa Agama (PPA) JHEAINS dengan bantuan 25 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu bagi memastikan keselamatan dan kelancaran pelaksanaannya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati program berkenaan telah berlangsung selama tiga hari bermula 29 hingga 31 Mei dan dihadiri hampir 300 peserta dari seluruh Sabah.

Menurutnya, pelbagai bahan penerbitan, dokumen dan bahan promosi yang dikaitkan dengan ajaran Ahmadiyah Qadiani turut dipamerkan sepanjang program berlangsung.

Katanya, semua bahan berkaitan telah diambil tindakan mengikut peruntukan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah 1995 dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Arifin berkata, ajaran Ahmadiyah Qadiani telah difatwakan sebagai sesat dan menyeleweng oleh Majlis Fatwa Negeri Sabah pada 2006 sebelum diwartakan secara rasmi pada 2007.

Sehubungan itu, beliau menggesa umat Islam supaya sentiasa berwaspada dan tidak terpengaruh dengan sebarang bentuk penyebaran fahaman yang boleh menjejaskan kesucian akidah serta perpaduan masyarakat.

“Kerajaan Negeri melalui JHEAINS akan terus memperkukuh usaha pemantauan, penguatkuasaan dan pendidikan bagi memastikan kesucian akidah umat Islam sentiasa terpelihara serta keharmonian masyarakat terus terjamin,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/01/sabah-tidak-berkompromi-terhadap-penyebaran-ajaran-sesat/feed/ 0 97606
JHEAINS, PDRM tahan 12 pemimpin, 288 ahli kumpulan ajaran sesat https://sabahmedia.com/2026/06/01/jheains-pdrm-tahan-12-pemimpin-288-ahli-kumpulan-ajaran-sesat/ https://sabahmedia.com/2026/06/01/jheains-pdrm-tahan-12-pemimpin-288-ahli-kumpulan-ajaran-sesat/#respond Mon, 01 Jun 2026 01:12:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97573
Read Time:1 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU: Seramai 12 pemimpin dan penganjur utama kumpulan Jemaah Ahmadiyah Qadiani ditahan dalam operasi khas Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke atas satu program yang dikaitkan dengan ajaran yang telah difatwakan sesat di Sabah.

Turut ditahan dalam operasi itu ialah 288 ahli jemaah yang dipercayai menghadiri Program Jalsa Salana Wilayah Sabah Ke-32 yang berlangsung dari 29 hingga 31 Mei lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, operasi berkenaan dijalankan susulan aduan awam yang diterima JHEAINS pada 28 Mei lalu berhubung penganjuran program terbabit.

Menurutnya, hasil semakan mendapati program itu mempunyai kaitan dengan Jemaah Ahmadiyah Qadiani yang telah difatwakan sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Sabah serta diwartakan pada tahun 2007.

“Program berkenaan turut dihadiri kepimpinan tertinggi Jemaah Ahmadiyah Muslim Malaysia (JAMM) serta ahli-ahli dari beberapa daerah di Sabah.

“Seramai 300 individu ditahan bagi membantu siasatan, terdiri daripada 12 pemimpin dan penganjur utama serta 288 ahli jemaah,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut merampas 24 helai banting yang memaparkan pengasas dan pemimpin tertinggi Jemaah Ahmadiyah Qadiani.

Selain itu, kira-kira 200 buah buku dan bahan bacaan berkaitan ajaran berkenaan, dokumen program, senarai kehadiran, bahan penerbitan serta pelbagai dokumen yang mempunyai kaitan dengan aktiviti kumpulan terbabit turut dirampas.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 52(1), Seksyen 52A dan Seksyen 102 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah 1995.

“Kesemua individu yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tujuan dokumentasi dan siasatan lanjut oleh JHEAINS sebelum dibebaskan dengan jaminan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan panduan agama daripada sumber yang sahih dan diiktiraf serta merujuk pihak berkuasa agama sekiranya mempunyai sebarang keraguan berkaitan ajaran atau fahaman agama yang disebarkan.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang didapati menyeleweng daripada ajaran Islam,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/01/jheains-pdrm-tahan-12-pemimpin-288-ahli-kumpulan-ajaran-sesat/feed/ 0 97573
16 kumpulan, 4 buku mengamalkan ajaran sesat diwartakan di Sabah – Arifin https://sabahmedia.com/2024/08/12/16-kumpulan-4-buku-mengamalkan-ajaran-sesat-diwartakan-di-sabah-arifin/ https://sabahmedia.com/2024/08/12/16-kumpulan-4-buku-mengamalkan-ajaran-sesat-diwartakan-di-sabah-arifin/#respond Mon, 12 Aug 2024 08:55:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58903
Read Time:1 Minute, 37 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KENINGAU: Sejumlah 16 kumpulan dan empat buku dikenal pasti mengamalkan ajaran sesat yang telah diwartakan di negeri ini, kata Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi merangkap Exco Agama dan Exco Pendidikan Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.

“Di Negeri Sabah terdapat 16 ajaran sesat yang telah diwartakan berdasarkan senarai yang dikeluarkan Pejabat Mufti Negeri Sabah antaranya, Ajaran Ilmu Makrifat (mengenal Allah Diri) Oleh Mohd Yusuf Cik Wook Yang, Ajaran Islam Jama’ah, Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim, Ajaran Pertubuhan Rahmatan Lil ‘Alamin, Ajaran Qadiani, Ajaran Syiah, Aliran dan Dakyah Wahabiah, Black Metal, FAhaman Dan Ajaran Hizbut Tahrir, Fahaman Liberalisme Dan Pluralisme Menurut Pandangan Islam, Gerakan Kumpulan Muhammadiyyah Wahabiyyah Dan Itba’ Al-Sunnah di Malaysia, ISIS, Kumpulan Tal Tujuh, Ajaran Bahai, Tariqah Hasaniah dan Al-Arqam Melalui Syarikat Rufaqa’ Corporation Sdn Bhd.

“Manakala empat buku yang dimaksudkan termasuklah
buku ‘Islam Hadhari Menurut Pandangan Ustaz Haji Ashaari Muhammad, buku bertajuk ‘Membela Sunnah Nabawiyyah’ karangan Abd Wahab Bustami, buku Bertajuk Awaluddin Makrifatullah ditulis oleh Haji Muhammad Seman Al-Banjari dan buku-buku Mohd Hairi Nonchi,” katanya ketika ditemui pemberita semasa menyempurnakan Majlis Perasmian Minggu Perpustakaan di Auditorium Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Keningau.

Menurut Mohd Arifin, pada tahun lepas beberapa ahli dari kumpulan ajaran sesat Millah Abraham telah didakwa di negeri ini dan mereka telahpun dijatuhkan hukuman.

“Kumpulan ajaran sesat Millah Abraham memang dalam pemantauan kita, pemantauan dari pihak Majlis Ugama Islam Sabah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tahun lepas kita ada dakwa mereka di Sabah tetapi mereka bukan dari Sabah.

“Mereka telah dijatuhkan hukuman dan sebab itu dari masa ke semasa kita sentiasa memantau mereka untuk memastikan gerakan mereka terpantau dan tidak berkembang di Sabah,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, kumpulan berkenaan ada di beberapa daerah dan sedang dalam pemantauan pihak berkuasa.

“Kumpulan ini ada di beberapa daerah yang telah kesan itu pun daripada luar (bukan orang Sabah) dan ahli kumpulan mereka tidak ramai dan dalam pemantauan pihak berkuasa,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/12/16-kumpulan-4-buku-mengamalkan-ajaran-sesat-diwartakan-di-sabah-arifin/feed/ 0 58903